Alam Fauna dan Flora

Fenomena Alam

EDUP3053 Teknologi Pengajaran & Pembelajaran

Sudut Agama dan Moral

Halaman Kesihatan

Halaman Pertanian

Halaman Pendidikan Seni Visual

Sudut Hiburan & Rekreasi

Belimbing Buluh Ubat Darah Tinggi & Resepi Asam Pedas Daging Belimbing Buluh


Belimbing Buluh Ubat Darah Tinggi?

Belimbing Buluh Asrama Blok C

Belimbing buluh (belimbing asam) ni kalau dimasak lemak udang memang sedap. Selain sedap, ia turut berkhasiat.

Anda yang ada penyakit darah tinggi pun boleh memanfaatkan khasiat semulajadinya.

1. Ambil beberapa biji buah belimbing asam yang masih segar.
2. Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat.
3. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya.
4. Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang.
5. Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu.


Daun belimbing buluh pun ada kegunaannya. Sekiranya mengalami demam panas, anda boleh cuba petua di bawah;


1. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar.
2. Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.
3. Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih.
4. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit.
5. Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan.
6. Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.

Resepi Asam Pedas Daging Belimbing Buluh

Asam Pedas Belimbing Buluh
 
Asam Pedas Belimbing Buluh
Asam pedas daging belimbing buluh
Biasalah kalau tak tahu nak buat apa...kita di sini sibuk nak uruskan perut...orang lain penat berperang sesama sendiri..hanya doa yang mampu kita titipkan buat mereka.

-hadis riwayat al-Tirmidzi, al-Nasai dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Amru. Nabi SAW menyatakan bahawa hancurnya dunia lebih ringan daripada membunuh seorang lelaki muslim.

-hadis riwayat al-Tirmidzi daripada Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah. Nabi SAW menyatakan jika penduduk langit dan bumi bekerjasama menumpahkan darah seorang mukmin maka Allah akan humban ke dalam neraka.

Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga." (HR. Muslim)
bukan saja menuntut ilmu, nak jadi doktor atau sebagainya..ilmu memasak juga harus di tuntut...
tapi saya ni pandai masak sikit-sikit aje...masak untuk family bolehlah..

cili kering
bawang besar
bawang putih
halia
sedikit belacan (semua bahan kering di kisar)
belimbing buluh
daun kesum
bunga kantan
asam jawa
jus limau nipis
gula
garam
daging batang pinang anggaran setengah kilo
kacang bendi

sukatan ikut suka hati....

Tumis bahan yang dikisar sehingga naik minyak,masa menumis masukkan gula,masukkan bahan masam,masukkan air,bila hampir mendidih masukkanlah daging...daging batang pinang senang dan mudah empuk dan lembut jadi proses memasak sangatlah sekejap..akhir sekali masukkan belimbing buluh dan bendi...siap untuk di makan dengan nasi panas bersama ayam goreng berempah

No comments:

Post a Comment