Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, keintelektual & spiritual manusia. Biasanya lukisan dihasilkan secara spontan, mengikut gerak hati & perasaan pelukis masing-masing. Ini menjadi landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.
Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.
Boleh dikaitkan dengan pengalaman yg istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati, diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan bahan dokumentasi.
• Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yg boleh dikaitkan dengan keperluan psikologi, sejarah dan artistik – ini terbukti bahawa pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu; daya visualisasi, daya emosi dan daya estetika.
•
Melukis merupakan satu daripada medium yang cepat bagi meluahkan apa yang tercetus dalam diri, sama ada kita berinteraksi dengan sesuatu yang berada di dunia tampak (luaran) atau dunia imaginasi (dalaman) penyelidikan, kajian dan perakam peristiwa. Selain itu lukisan juga sebagai alat komunikasi idea serta data menyimpan memori pelukis bagi penghasilan karya terbaik dalam media pilihan.
Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ianya adalah milik semua manusia. Pengalaman anak-anak kecil menconting di atas kertas atau dinding merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk visualisasi. Ini juga ada kaitnya dengan penemuan lukisan-lukisan purba di gua-gua, lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan. Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari nafkah.
Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan bangunan. Ianya digunakan oleh akritek dan orang tertentu untuk beberapa tujuan antaranya:
SEJARAH LUKISAN
Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisahkan tentang kehidupan seharian sepeti perburuan dan pengembaraan. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.
Di Malaysia lukisan pada gua telah dijumpai di gua Niah Sarawak & Gua Tambun, Perak.Lukisan purba yang terkenal terdapat di beberapa gua di Perancis terutama di Gua Lascaux. Lukisan yang dijumpai di Gua Chauvet, Ardeche, Perancis dipercayai lukisan paling awal iaitu pada tahun 15000-13000 S.M. Lukisan tersebut menggambarkan sekumpulan kuda atau binatang perburuan yang dihasilkan oleh manusia pada zaman paleolitik.
Pada zaman Mesir purba lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan ‘komik’ yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang gemilang.
KEPENTINGAN LUKISAN
Menurut Betti & Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranya ialah:
• untuk penyelidikan, kajian & untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar
• untuk merakamkan sesuatu peristiwa
• sebagai alat komunikasi idea ( mencari idea yg terbaik)
• sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya yang
terbaik.
terbaik.
Benarkah lukisan dihasilkan oleh pelukis untuk meluahkan sesuatu yang bermain dalam minda dan melalui perasaan dalamannya?
JENIS – JENIS LUKISAN
1. Lukisan Figuratif dan Non-figuratif
Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia. Lukisan figuratif tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah rumit kerana memerlukan pelukis membuat penilaian dan kadar banding yang tepat bagi menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.
Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa yang lama. Ia juga perlu membuat pemerhatian. Satu-satunya cara untuk menghasilkan lukisan yang baik ialah dengan melukis. Lukisan figuratif menekankan aktiviti melukis bentuk-bentuk tubuh manusia.
Agostino Carracci (1557-1602), Cephalus carried by Aurora in her Chariot
Karya non figuratif adalah suatu karya seni rupa yang tidak mengandungi unsur figura atau bentuk, sesuai dengan nama gaya atau alirannya, sebagai contoh, gaya abstrak yang hanya berfokus pada permainan atau penonjolan warna belaka. Lukisan bentuk non figuratif (abstrak), ialah objek yang dilukis tidak terikat dengan bentuk-bentuk yang ada di alam.
Series 1 oleh Emily Deacon
Lukisan Kajian
Lukisan kajian merujuk kepada kegiatan melukis sesuatu benda untuk tujuan kajian. Pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian.Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Contohnya, melukis tumbuh-tumbuhan atau memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.
Lukisan anatomi oleh Leonardo Da Vinci
LUKISAN ARKITEKTURAL
Bidang seni dan seni reka yang menjurus kepada rekabentuk bangunan dikenali sebagai arkitek. Lukisan arkitektural memerlukan lakaran yang terperinci dari segi ukuran dan bentuk.Ini bermakna lukisan arkitektural ialah gambaran dan dokumen reka bentuk arkitek.Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan bangunan. Ianya digunakan oleh akritek dan orang tertentu untuk beberapa tujuan antaranya:
- membangunkan idea rekaan untuk dikemukakan sebagai proposal,
- menghubungkan idea dan konsep rekaan,
- memberi keyakinan kepada pelanggan tentang manfaat dan kebaikan rekaan,
- untuk membolehkan kontraktor bangunan memahami rekabentuk bangunan yang hendak dibina,
- sebagai dokumentasi kerja yang telah siap,
- sebagai satu rekod sebuah bangunan yang telah wujud.
Lukisan-lukisan seni bina dilakar berdasarkan kepada beberapa persetujuan, antaranya ialah diagram, umumnya sebagai skala, ditunjukkan dari pandangan atas yang memperlihatkan perkaitan setiap bilik, ruang dan ciri-ciri fizikal yang lain dalam sesuatu struktur. Secara konvensional, lakaran-lakaran ini dibuat menggunakan dakwat atas kertas, ini menyukarkan kerja membuat salinan yang dilakukan dengan melakar semula dengan tangan. Abad kedua puluh memperlihatkan satu anjakan iaitu melukis pelan menggunakan kertas surih, memudahkan membuat salinan dengan lebih cekap.
Pembangunan komputer memberi satu kesan yang besar dalam kaedah merekabentuk dan mewujudkan lukisan-lukisan teknikal. Melukis secara manual merupakan kaedah lama dan ketinggalan. Hari ini kebanyakan lakaran dihasilkan menggunakan perisian CAD.
The Concertgebouw (concert hall) Amsterdam, oleh Adolf Leonard van Gendt, 1888.
Lukisan Teknikal
Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan dengan saintifik. Dikenali juga sebagai merangka atau melukis yang memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Sesuatu lakaran rangka yang secara visual memberi informasi tentang bagaimana ia berfungsi atau cara ia dibina.
Untuk memahami lukisan-lukisan teknikal, seseorang perlu menggunakan piawaian teknikal iaitu kefahaman terhadap simbol-simbol lazim, perspektif, unit-unit ukuran, sistem-sistem tatatanda, gaya visual, atau susunan. Ini memudahkan pelukis teknikal dapat memperlihatkan perkaitan setiap unit dengan lebih ringkas dan mudah. Kelaziman sedemikian membentuk satu bahasa visual yang membolehkan lukisan mudah untuk difahami.
Ini memerlukan satu bentuk kemunikasi yang jelas terutama dalam menyediakan dokumentasi fungsi-fungsi setiap objek yang dirangka. Peranan ini membezakan lukisan teknikal dengan lukisan ekspresif seni tampak. Apabila mentafsir lukisan-lukisan artistik, tafsirannya mempunyai maksud yang pelbagai namun bagi lukisan teknikal ianya mempunyai satu makna yang hendak disampaikan.
The Concertgebouw (concert hall) Amsterdam, oleh Adolf Leonard van Gendt, 1888.
Lukisan Teknikal
Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan dengan saintifik. Dikenali juga sebagai merangka atau melukis yang memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Sesuatu lakaran rangka yang secara visual memberi informasi tentang bagaimana ia berfungsi atau cara ia dibina.
Untuk memahami lukisan-lukisan teknikal, seseorang perlu menggunakan piawaian teknikal iaitu kefahaman terhadap simbol-simbol lazim, perspektif, unit-unit ukuran, sistem-sistem tatatanda, gaya visual, atau susunan. Ini memudahkan pelukis teknikal dapat memperlihatkan perkaitan setiap unit dengan lebih ringkas dan mudah. Kelaziman sedemikian membentuk satu bahasa visual yang membolehkan lukisan mudah untuk difahami.
Ini memerlukan satu bentuk kemunikasi yang jelas terutama dalam menyediakan dokumentasi fungsi-fungsi setiap objek yang dirangka. Peranan ini membezakan lukisan teknikal dengan lukisan ekspresif seni tampak. Apabila mentafsir lukisan-lukisan artistik, tafsirannya mempunyai maksud yang pelbagai namun bagi lukisan teknikal ianya mempunyai satu makna yang hendak disampaikan.
No comments:
Post a Comment