Alam Fauna dan Flora

Fenomena Alam

EDUP3053 Teknologi Pengajaran & Pembelajaran

Sudut Agama dan Moral

Halaman Kesihatan

Halaman Pertanian

Halaman Pendidikan Seni Visual

Sudut Hiburan & Rekreasi

Khasiat Daun Sendok

Daun Sendok






Familia :
Planfaginaccae

Pengenalan:
Daun sendok biasanya tumbuh liar di hutan, ladang, dan halaman berumput yang agak lembap, kadang ditanam dalam pot sebagai tanaman herba. Tumbuhan ini berasal dari daratan Asia dan Eropah. Tumbuhan herba ini tersebar luas di dunia dan telah dikenal sejak berzaman malah merupakan salah satu dari 9 tumbuhan ubat yang dianggap keramat di Anglo Saxon.


Anglo Saxon merupakan istilah yang merujuk kepada keturunan tentara Germania yang sejak abad ke-5 Masehi hingga kini hidup di Inggris dan Wales. Menurut cerita dari St. Bede, bangsa Anglo-Saxon merupakan keturunan dari tiga suku bangsa Germania yaitu bangsa Angles, Saxon dan Jutes. Mereka adalah petani yang memiliki kepampuan tempur seperti prajurit. 


Daun Senduk tumbuh tegak, tinggi 15 - 20 cm. Daun tunggal, bertangkai panjang, tersusun dalam roset akar. Bentuk daun bundar telur, tepi rata atau bergerigi kasar tidak teratur, permukaan licin atau sedikit berambut, panjang 5 - 10 cm, lebar 4 - 9 cm, warnanya hijau.

Dikenali juga dengan nama Che qian cao (China), ma de, xa tien (Vietnam),; Weegbree (Belanda), plantain, greater plantain, ; Broadleaf plantain, rat's tail plantain, waybread,; White man's foot (Inggeris).; dikenali juga sebagai ekor anjing oleh orang Melayu.

Tumbuhan yang digunakan sebagai herba ini adalah bersaiz rendah yang boleh anda dapati hampir di mana sahaja. Dalam beberapa kumpulan tumbuhan dianggap sebagai rumpai, tetapi ia sebenarnya salah satu herba penyembuhan terbaik di planet ini.

Ciri – ciri daun sendok ini memiliki daun tunggal berwarna hijau, dengan bentuk lonjong telur yang melebar, tepi daun rata atau bergerigi tidak teratur dan sedikit kasar, permukaan licin dan sedikit berbulu. Bertangkai panjang dengan tangkai yang melengkung, panjangnya kira – kira5-10 cm. Daun sendok memiliki bunga yang tersusun dengan panjang sekitar 25-30 cm dengan ukuran kecil -kecil berwarna putih. Buah daun sendok berbentuk bulat telur berisi biji 2-4 biji setiap buahnya, berwarna hitam dan keriput.


Berfungsi mengubati penyakit seperti:
Infeksi saluran kencing, kencing berlemak, kencing berdarah,; Bengkak kerana penyakit ginjal (nefrotik edema), batu hempedu,; Batu ginjal, radang prostat (prostatitis), kencing sedikit, demam, ; Influenza, batuk rejan (pertusis), radang saluran nafas (Bronkhitis) ; radang mata merah (konjungtivitis),; Kencing manis (diabetes melitus), cacing perut, gigitan serangga,; Hepatitis akut disertai kuning (hepatitis ikterik akut), Gangguan pencernaan pada anak (dispepsia), Perangsang berahi (afrodisiak), masalah sperma (spermatorea), Kencing sakit (disuria), sukar kencing, penglihatan kabur,; Batuk darah, keputihan (leukore), sengal otot, mata merah,; Batuk berdahak, beri-beri, darah tinggi (hipertensi), rematik gout,; Sakit kuning (jaundice).

Menambah tenaga dan kesuburan lelaki – Kesibukan aktiviti dan beratnya kerja-kerja harian menjadi salah satu faktor masalah kesuburan dan tenaga lelaki. Selain riadah yang teratur, masa rehat yang cukup dan pemakanan yang berkualiti, lelaki masih dengan keluhan kerana kesuburan dan tenaga sexsual yang kurang walaupun telah mengamalkan pelbagai kaedah perubatan. Sudah tiba masanya anda mencuba meminum jamu daun sendok ini kerana khasiat yang dimiliki daun sendok tidak kurang berbanding khasiat dari tanaman herbal lainnya. Minum air rebusan daun sendok secara rutin dua kali sehari agar keluhan anda cepat teratasi dan hubungan suami – isteri anda lebih romantik bertenaga.

SIFAT KIMIA
Herba ini bersifat manis dan sejuk dingin dan menghilangkan haus. Biji bersifat manis, dingin, masuk meridian ginjal, hati, usus halus dan paru.
KANDUNGAN KIMIA
Herba ini mengandung plantagin, aukubin, asam ursolik, Beta-si- tosterol, n-hentriakontan, dan plantagluside yang terdiri dari methyl D-galakturonat, D-galaktosa, L-arabinosa dan L-rhammosa. Juga mengandungi tanin, kalium dan vitamin (B1, C, A). Kalium bersifat peluruh kencing dan melarutkan endapan garam kalsium yang terdapat dalam ginjal dan kandung kencing. Zat aktif aukubin selain berkhasiat melindungi hati terhadap pengaruh zat beracun yang dapat rnerosak sel-sel hati (hepatoprotektor), juga berkhasiat antiseptik. Biji (che qian zi) daun sendok mengandung asam planterolik, plantasan (dengan komposisi xylose, arabinose, asam galacturonat dan rharnnose), protein, musilago, aucubin, asam suksinat, adenin, cholin, katalpol, syringin, asam lemak (palmitat, stearat, arakidat, oleat, linolenat dan lenoleat), serta flavanone glycoside. Sedangkan bahagian akar mengandung naphazolin. Efek Farmakologis dan Hasil Penelitian

1. Fraksi etil asetat (asam) daun sendok dengan dosis 2 glkg bb yang diberikan secara oral pada tikus putih jantan yang telah diinduksi dengan asetosal 200 mglkg bb, ternyata mempunyai aktiviti antiuicer. Penapisan fitokimia fraksi etil asetat asam menunjukkan adanya golongan triterpenoid dan monoterpenoid (Sariati, Jurusan Farinasi FMIPA UNPAD, 1993).

2. Infus daun sendok 10% dan 20% terhadap kelarutan Ca dan Mg dari batu ginjal secara in vitro, mempunyai kesan melarutkan kalsium dan magnesium dari batu ginjal dengan berkesan jika dibandingkan dengan air suling (Ismedsyah, Jurusan Farmasi FMIPA USU, 199 1).

3. Ekstrak daun sendok pada konsentrasi 1 - 3 g/wi menunjukkan daya antibakteria terhadap Staphylococcus aureus dan Shigella sonnei (Meriana Sugiarto, Fak. Farmasi Univ. Katolik Widya Mandala, .1992).

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN :
Herba, biji, akar. Biji dikumpulkan setelah masak lalu digoreng atau digoreng dengan air garam.

No comments:

Post a Comment