Alam Fauna dan Flora

Fenomena Alam

EDUP3053 Teknologi Pengajaran & Pembelajaran

Sudut Agama dan Moral

Halaman Kesihatan

Halaman Pertanian

Halaman Pendidikan Seni Visual

Sudut Hiburan & Rekreasi

Moringa, Ramungai, Murungai dan Kelor



Secara umum pandangan fizikal dari tanaman moringa oleifera ini adalah tumbuhan yang mempunyai tinggi batang kira-kira 7 hingga 11 meter. Daunnya berbentuk bujur telur dengan ukuran kecil yang mempunyai susunan majmuk dalam satu tangkai. Mempunyai bunga berwarna putih kekuningan, sedangkan buahnya berbentuk segi tiga memanjang. Masyarakat di nusantara biasa menggunakan daun dan buah kelor ini untuk bahan sayur-sayuran. Di sebalik manfaatnya sebagai bahan sayuran, daun kelor atau moringa oleifera ini ternyata mempunyai khasiat yang lebih besar untuk rawatan berbagai jenis penyakit.

Moringa atau Kelor, yang lebih dikenali sebagai 'The Multipurpose Tree of Life”' adalah genus tunggal dalam keluarga tumbuhan berbunga Moringaceae. Moringa mempunyai 13 spesies kesemuanya. Moringa Oleifera adalah spesies pokok dari keluarga Moringaceae yang paling banyak ditanam kerana manfaatnyanya yang banyak kepada manusia. Terdapat banyak nama biasa bagi pokok ini termasuk: moringa, drumstick tree, Horsh-radish tree, ben oil tree, atau benzoil tree. Di kepulauan nusantara, pokok ini dinamakan Kelor, Ramungai atau Tambarayong bagi masyarakat Dusun di Sabah. Masyarakat Melayu menamakannya sebagai Kacang kelo, merunggai, ramungai, lembungai, pemanggai, sajina, kachang kelok, kachang kulu, kachang kelang buah kelentang dan pelbagai lagi.

Orang Melayu menggunakan akar untuk membuat 'param' yang digunakan dalam perubatan. Akar kering juga ditumbuk lumat juga digunakan sebagai bedak untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit. Akar ini juga digunakan dalam beberapa kes termasuk demam, asma, sawan, histeria, gout, penyakit sendi, spams, hepatoslenomegaly serta pundi kencing dan calculi buah pinggang. Akar juga bertindak sebagai perangsang untuk proses penghadaman. Akar-kulit kayu digunakan sebagai rawatan untuk demam kuning. Lazimnya menggunakan campuran akar ramungai yang segar dengan kulit akar pokok betik. Bahan ini boleh digunakan secara luaran sebagai serbuk untuk merawat basal, lemah otot dan penyakit beriberi.


Buah Kelor
Pokok ini tahan kemarau dan mudah berkembang. Dikatakan berasal dari kaki bukit selatan Himalaya di barat laut India, dan ditanam secara meluas di kawasan tropika dan subtropika di mana buah biji muda dan daun digunakan sebagai sayur-sayuran. Ia juga boleh digunakan untuk pembersihan air dan mencuci tangan, dan kadang-kadang digunakan dalam perubatan herba. Ukuran daun yang kecil yang menyembunyikan sejuta khasiat berguna kepada kesihatan tubuh. Terdapat juga pengkaji yang manamakannya sebagai "Miracle Tree" kerana manfaatnya yang menakjubkan.

Spesies ini adalah salah satu tumbuhan yang paling berguna di dunia. Ia ditanam di semua negara di kawasan tropika. The moringa oleifera ditanam untuk daun, buah-buahan, akar untuk pelbagai makanan dan tujuan perubatan. Buah muda yang kadang-kadang dipanggil drumsticks boleh dimasak dalam pelbagai cara. Daun digunakan sebagai sayur-sayuran dan minyak boleh diperolehi daripada benih.




Biji Kelor 
Kini terdapat usaha-usaha untuk mempromosikan Moringa oleifera sebagai sumber makanan dan perubatan sebagai satu cara untuk memerangi kemiskinan dan kekurangan zat makanan terutamanya di negara-negara dunia ketiga. Ini kerana, ia tumbuh dengan cepat dalam pelbagai jenis persekitaran, dan banyak tumbuhan yang boleh dimakan, termasuk dengan ternakan. Daunnya mengandungi semua asid amino dan kaya dengan protein, Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, dan mineral. Apabila daun diberi makan kepada lembu, ia telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam berat badan sebanyak 32% dan pengeluaran susu di antara 43 hingga 65% kerana protein yang tinggi dalam daun.

Tumbuhan itu mengandungi satu kompaun unik yang dikenali sebagai cytokini yang mana kajian saintifik dan klinikal mendapati ia amat sesuai untuk mempercepatkan tumbesaran. Didapati juga bahawa cytokini pada pokok kelor mengandungi unsur anti keuzuran atau penunaan, sekali gus membolehkan ia menjadi bahan awet muda atau merawat pelbagai penyakit. Walaupun akarnya terasa pahit, ia sangat berkesan untuk membantu sistem penghadaman, membasmi cacing parasit dalam usus, mengatasi sembelit, melegakan sistem saraf dan membina ketenangan dan meningkatkan tenaga batin. Selain itu ujian cytokini ke atas ternakan mendapati haiwan yang diberikan diet mengandungi bahan itu mampu meningkatkan pengeluaran susu, selain mempercepatkan penyembuhan atau penggantian sel rosak.

Tea daun kelor
Tea daun kelor ini dapat disediakankan dengan mudah di rumah. Hanya perlu memetik daunnya yang sudah matang dari ranting-rantingnya. Kumpulkan daun yang hijau sahaja, kemudian pilihlah daun segar terbaik. Proses seterusnya ialah pengeringan. Pengeringan dengan sinar matahari tidak digalakkan kerana akan mengurangi kekuatan nutrisi di dalamnya. Daun tea kelor yang kering kemudian ditumbuk untuk disimpan dan digunakan.

Berikut adalah antara manfaat mengamalkan pengambilan tea daun kelor.

1. Berat badan – Kecenderungan individu pada ketika ini adalah mengimpikan tubuh tetap ramping dan langsing. Penyelidikan mendapati bahawa tea kelor sangat membantu untuk menangani masalah pencernaan. Kesannya ialah merangsang metabolisme untuk lebih membantu tubuh membakar kalori dengan lebih cepat kerana tea kelor juga diserap ke dalam usus.

2. Membekalkan tenaga – Secawan tea daun kelor setiap pagi boleh menguatkan bahagian tubuh untuk tetap pro aktif sepanjang hari. Tubuh akan terasa baik dan bertenaga dari sebelumnya.

3. Menyediakan pemakanan untuk kekuatan minda – Selain sebagai minuman berkhasiat untuk seluruh tubuh, tea daun kelor juga berperanan penting dalam memelihara otak dan mata.

4. Membantu Pencernaan – Daun kelor mempromosikan pencernaan makanan yang merupakan bantuan yang tepat terhadap masalah perut.

5. Meningkatkan Fungsi Perkumuhan – Seduhan teh daun kelor juga membantu fungsi ginjal dan hati. Tubuh dianggap sihat hanya jika fungsi pembuangan berjalan normal.

6. Menyihatkan Rambut -Pertumbuhan rambut menjadi hidup, berkilau, mengkilap dengan asupan pemakanan yang tepat. Khasiat hadir dalam tea ini meningkatkan pertumbuhan rambut.



Terdapat juga kepercayaan bahawa daun kelor ini boleh digunakan sebagai penangkal ilmu hitam, seorang penyihir atau penganut ilmu hitam akan luntur dan hilang semua kekuatan ilmu hitamnya jika di pukul atau ditampar dengan menggunakan daun kelor.

No comments:

Post a Comment