Tajuk ini meliputi maklumat dan latihan berkaitan seni visual di Malaysia merujuk kepada seni visual sebelum merdeka dan selepas merdeka.
Sejarah perkembangan seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Ia meliputi tempoh setengah abad. Kesenian visual yang menjadi tradisi Melayu adalah daripada pelbagai bidang seni. Maklumat perkembangan Seni Visual yang dibincangkan adalah mengikut tajuk-tajuk seperti berikut:
§ Artifak
§ Catan Cina
§ Catan air
§ Seni bina
§ Seni Plastik
§ Seni Arca
§ Seni Bina
§ Seni Moden
§ Seniman
§ Karya-karya terkenal
Hasil Pembelajaran:
1) Menganalisis pengaruh Seni Barat dalam Seni Oriental dan Seni Malaysia
2) Membanding beza dan menghubungkaitkan pengaruh Seni Visual Barat dengan Seni Visual di Malaysia.
3)Menggunakan pengetahuan dan menerangkan kronologi perkembangan Seni Visual Malaysia selepas merdeka.
4) Menganallisis perkembangan Seni Visual selepas merdeka.
5) Menunjukkan sikap patriotik terhadap karya seni Malaysia
Artifak
Artifak adalah barang-barang sejarah hasilan manusia seperti peralatan, senjata atau ornamen.
Tembikar
Tembikar Kecur |
Tembikar mula digunakan di negara ini sejak Zaman Neolitik lagi. Ini dibuktikan dengan penemuan di beberapa tempat seperti di Gua Cha (Kelantan), Bukit Tengku Lembu (Perlis), Ulu Tembeling (Pahang) dan Gua Niah (Sarawak). Kegunaan utama tembikar purba ini adalah untuk keperluan seharian seperti memasak dan menyimpan makanan di samping dijadikan bekas untuk mengisi air. Reka corak yang mudah dan ringkas seperti garisan dan lorekan menjadi ragam hias pada permukaan tembikar purba.
Peredaran zaman memperlihatkan perubahan di dalam rupa bentuk, ragam hias serta kegunaan tembikar. Bentuk-bentuk yang lebih sesuai seperti periuk, belanga, alat kukus diperkemas dan diperhalus buatannya. Motif-motif hiasan yang berunsurkan flora dan fauna, tulisan khat, abstrak serta geometri digubah menjadi hiasan menarik pada permukaan tembikar. Perubahan ini menjadikan tembikar bukan sahaja dapat memenuhi keperluan harian tetapi juga sesuai dijadikan sebagai hiasan dalaman untuk ruang rumah, ruang pejabat dan sebagainya.
Penemuan inovasi baru dalam industri tembikar membantu meningkatkan pengeluaran dan seterusnya membangunkan industri tembikar itu sendiri. Namun demikian, pembuatan secara tradisional yang menggunakan tangan terus diusahakan terutamanya oleh pembuat-pembuat tembikar tradisional bagi memenuhi dan memelihara seni tembikar warisan negara.
Tembikar Kuron warisan tradisi Kadazan Dusun Sabah |
Di Sabah, terdapat tembikar yang dikenali sebagai Kuron atau pasu hasil kerja tangan masyarakat Kadazan Dusun untuk kegunaan harian seperti memasak dan menyimpan barang makanan dan air. Tanah untuk membuat kuron ini kebiasaannya boleh didapati di tebing sungai terutama di perdu pokok. Tanah itu ditumbuk menggunakan batu dan dipicit menjadi leper seperti piring. Tanah seterusnya dikepal dan dimampatkan serta dibentuk menjadi pasu kuron. Beberapa peralatan daripada kayu digunakan untuk membuat corak pada kuron. Antara motif yang digunakan ialah garis lurus melintang (sinuhak), garis lurus menegak (pihatun), berbentuk permata (numpukelei) dan cabang (rah)
Keris
Keris Pekaka |
Keris menjadi sejenis senjata warisan Melayu sejati yang telah digunakan di Tanah Melayu sejak lebih daripada 700 tahun yang lalu. Selain sebagai senjata untuk mempertahankan diri, keris juga merupakan satu lambang yang menjadi kemegahan serta kebanggaan bangsa dan negara.Contoh keris yang wujud di Malaysia Keris Semenanjung, Keris Taming Sari, Keris Pekaka, Keris Panjang dan Keris Madura.
Ada banyak teori cuba menjelaskan asal-usul penggunaan keris di Nusantara. Antaranya adalah teori yang pertama seperti yang dikemukakan G.B. Gardner dalam bukunya Keris and Other Malay Weapon (1936). Keris dianggap Gardner sebagai perkembangan lanjut daripada jenis senjata tikam zaman pra-sejarah yang terbuat daripada tulang ikan pari. Cara membuatnya adalah dengan memotong tulang ikan pari pada pangkalnya, kemudian dibalut kain pada tangkainya, sehingga dapat digenggam dan mudah dibawa ke mana-mana (Hill 1998). Tetapi, Harsrinuksmo (2004) mengatakan teori Gardner itu ada banyak kelemahan, kerana tradisi pembuatan keris yang tertua di Indonesia tidak berkembang di kawasan pesisir, tetapi di pedalaman pulau Jawa.
Teori yang kedua tentang asal usul keris telah dikemukakan Griffith Wilkens. Dia menganggap budaya keris baru muncul pada abad ke-14 dan ke-15M sebagai perkembangan daripada senjata tombak – senjata yang lazim digunakan suku-suku yang tinggal di Asia dan Australia. Daripada mata lembing itulah lahir jenis senjata tikam yang lebih pendek, yang kemudian dikenal sebagai keris. Alasan terjadinya perubahan bentuk daripada tombak kepada keris didasarkan pertimbangan bahawa tombak tidak mudah dibawa, lebih-lebih lagi untuk menyusup hutan. Oleh sebab pada masa itu bahan besi masih susah dijumpai, maka lembing tombak dicabut daripada tangkainya sehingga dapat
digenggam (Harsrinuksmo 2004).
Teori yang ketiga mengenainya telah dikemukakan A. J. Barnet Kempers yang menyatakan bahawa munculnya tradisi pembuatan keris di Nusantara dipengaruhi kebudayaan perunggu yang berkembang di Dongson, Vietnam, sekitar abad ke-3M. Dia menduga bahawa keris adalah perkembangan lanjutan daripada jenis senjata penusuk pada zaman perunggu. Senjata tikam zaman itu berbentuk menyerupai manusia berdiri pada gagangnya, yang menyatu dengan bilahnya (Harsrinuksmo 2004). Namun, setelah dirujuk prasasti dan gambar pada relief di candi-candi di Jawa, dapat diduga bahawa keris sudah dikenali orang Jawa sejak abad ke-5M.
Pada prasasti batu yang ditemui di Desa Dakuwu, Grabag, Magelang, Jawa Tengah, ditemui relief yang menggambarkan peralatan besi. Prasasti ini dibuat sekitar tahun 500M seperti yang tertulis dalam huruf Pallawa yang menggunakan bahasa Sansekerta. Prasasti ini menyatakan adanya sebuah mata air yang bersih dan jernih, terdapat beberapa gambar yang antaranya terdapat trisula, kapak,
sabit, kudi dan belati atau pisau yang bentuknya mirip dengan keris.
Ketrampilan mengolah logam di Jawa semakin berkembang setelah pengaruh kebudayaan India mulai masuk ke Nusantara sekitar abad ke-5M. Pengaruh itu dapat dilihat pada gambar yang terdapat di relief candi di Jawa, terutamanya candi Borobudur dan candi Prambanan, Jawa Tengah. Pada relief
itu terdapat gambar senjata tikam yang menyerupai lembaran daun – model senjata tikam yang telah berkembang lebih dahulu di India. Oleh para ahli, senjata tersebut dinamai ‘Keris Buda’ dan dianggap sebagai prototaip keris.
Pada relief di candi Borobudur, tepat di sudut bawah bahagian tenggara, tergambar beberapa perajurit membawa senjata tajam yang menyerupai keris (Maisey 1998; Harsrinuksmo 2004). Di candi Prambanan pula terdapat gambar yang serupa, terutamanya di candi utama yang disebut sebagai candi Shiva. Di candi ini terdapat relief monyet yang menghunus sejenis belati mirip keris dan
Laksmana sedang bertempur sambil memegang senjata serupa. Jenis senjata tikam di candi Prambanan itu tidak berbeza dengan yang ada di candi Borobudur: kedua-duanya tergolong sebagai jenis ‘Keris Buda’. Dilihat bentuknya, keris itu berukuran pendek, gemuk dan agak tebal, mirip dengan senjata tikam yang berkembang di India.
Relief tentang senjata yang menyerupai keris juga terdapat di candi di
Jawa Timur, misalnya, di candi Singosari (dibangunkan pada tahun 1300M),
candi Jawi dan candi Panataran. Di candi Singasari terdapat relief yang
menggambarkan senjata mirip keris – bentuknya sama dengan yang terdapat
di candi Borobudur dan candi Prambanan. Di candi Jawi, juga terpahat relief
Dewi Durga sedang menggenggam belati yang juga mirip dengan yang ada
di candi Prambanan, kecuali gambar belati yang ada di candi Jawi itu
kelihatan lebih halus dan terang daripada yang ada di candi Prambanan. Ini
menunjukkan telah terjadi peningkatan kualiti dalam seni pembuatan keris. Di
candi Panataran juga terdapat relief yang menggambarkan Hanuman sedang
memegang senjata yang bentuknya tidak jauh berbeza dengan yang ada di candi
lain (Maisey 1998).
Meskipun senjata – yang disebut sebagai ‘Keris Buda’ di atas wujud aslinya
jarang - bahkan sukar dijumpai, hal ini bukan bererti senjata tersebut secara
nyata tidak ada. Jika dirujuk pendapat J. J. Honigmann dalam bukunya The
World of Man (1959), kebudayaan adalah keseluruhan sistem gagasan yang
termanifestasi menjadi tiga sistem: ideas, activities dan artefacts. Ketiga-tiganya
dinyatakan Koentjaraningrat (1979) sebagai sistem yang saling berkaitan, dan
dalam hal ini sistem yang paling abstrak (ideas) seakan-akan berada di atas
untuk mengatur aktiviti sistem sosial lain yang lebih konkrit, sedangkan aktiviti dalam sistem sosial menghasilkan kebudayaan materialnya (artefact). Sebaliknya
sistem yang berada di bawah dan yang bersifat konkrit itu memberi tenaga
kepada yang di atas. Pendapat itu menggambarkan bahawa kebudayaan adalah
interaksi timbal-balik antara sistem-sistem dalam wujud kebudayaan tersebut,
iaitu hubungan antara idea, aktiviti dan artifak. Pendapat ini dijadikan landasan
untuk memperkuat gagasan bahawa ‘Keris Buda’ – sebagai artifak — secara
nyata memang pernah ada, kerana gagasan tentangnya setidak-tidaknya sudah
termanifestasi dalam relief di candi di Jawa. Dengan lain kata, relief di candi
tersebut adalah pantulan dari gagasan mahupun aktiviti masyarakat Jawa waktu
itu.
Dugaan di atas diperkuat pendapat Soekiman (1983) yang mengatakan
‘Keris Buda’ adalah keris pertama yang pernah dibuat di Nusantara – ketika
tanah Jawa berada di bawah kuasa kerajaan Mataram Kuno (abad ke-8 sampai
ke-10). ‘Keris Buda’ diperkirakan adalah peninggalan keris generasi pertama
yang kelak menjadi cikal baka lahirnya keris. Namun, belum diketahui secara
pasti pada abad berapa dan pemerintahan siapa ‘Keris Buda’ dibuat.
Setelah orde kekuasaan di Jawa berpindah ke Jawa Timur dengan berdirinya
kerajaan seperti Kahuripan, Jenggala, Daha dan Singasari (abad ke-10 sampai
abad ke-13), tradisi pembuatan keris menunjukkan perkembangan yang
mengesankan. Dari segi kualiti, keris yang dibuat pada periode ini jauh lebih
berkualiti berbanding dengan masa Mataram Kuno. Pada periode ini keris
dikenali sebagai tangguh5 Jenggala. Keris yang dibuat pada zaman Jenggala
terkenal dengan kualiti besinya yang bagus dan penempaan pamornya yang
prima (Garret & Solyom 1978).
Setelah ketiga-tiga kerajaan tersebut itu tumbang, lahirlah Kerajaan
Majapahit (abad ke-13 sampai ke-15), kerajaan terbesar yang pernah wujud di
tanah Jawa. Kerajaan Majapahit mencapai puncak kejayaannya pada masa
pemerintahan Hayam Wuruk dengan patihnya, Gadjah Mada, pada tahun 1294.
Pada masa inilah diduga kebudayaan keris telah tersebar luas sehingga ke
kawasan yang sekarang ini disebut sebagai negera jiran, seperti Malaysia, Brunei,
Thailand, Filipina dan Kamboja (Garret & Solyom 1978).
Tradisi pembuatan keris terus berkembang pada era nom-noman, iaitu
setelah pecahnya Surakarta dan Yogyakarta pada tahun 1755. Pada era Paku
Buwono terjadi kemajuan yang mencolok dalam penggarapan dan pemilihan
bahan. Terjadi eksplorasi estetik baru, yang antara lain, menghasilkan sejumlah
dapur dan ricikan (detail) yang semakin tegas, dalam, rapi dan beragam;
Dipetik dari Tulisan MAHYUDIN AL-MUDRA dalam: Melacak Asal-Usul Keris dan Peranannya dalam Sejarah Nusantara
Catan Cina
Xu Beihong |
Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin.Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.
Catan air
Sejarah seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Ia meliputi tempoh setengah abad. Kesenian visual bukan menjadi tradisi Melayu. Seni visual ini wujud oleh perintis karya-karya cat air dan cat minyak para pegawai Kolonial British yang berkhidmat di Pulau Pinang pada akhir tahun 1770an yang mengikut estetik zaman Victoria.
Seni lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930an dengan terciptanya karya-karya catan awal oleh Yong Mun Seng, Abdullah Ariff dan lain-lain lagi.
Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.
Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.
Seni bina
Tidak dapat dinafikan masyarakat dahulu kala mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang seni bina. Terdapat bangunan-bangunan yang menarik disamping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik. Contohnya, istana, rumah berhala, monumen, tembok, bangunan pentadbiran kerajaan, stesen keretapi, pusat pengajian, sekolah, masjid, dan lain-lain lagi. Dianggarkan terdapat lebih kurang 35,000 buah bangunan sebelum perang yang berada di 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara wajar dipulihara (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).
Fielden (2000) berpendapat bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai senibina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan juga politik serta rohani yang simbolik.
Contoh senibina sebelum merdeka:
(1) Bangunan Stadthuys di Banda Hilir, Melaka (1641).
(2) Balai Besar di Alor Setar, Kedah (1735).
(3) Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (1888).
(4) Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir, Melaka (1728).
(5) Gereja St. George Anglican di George Town, Pulau Pinang (1817).
(6) Balai Seni di Alor Setar, Kedah (1893).
Rumusan
Perkembangan seni visual Malaysia sebelum merdeka adalah sebagai minat atau rekod sejarah. Merupakan zaman baru bagi pelukis Malaysia dan seni halus tidak dipentingkan. Aktiviti seni dipengaruhi oleh suasana penjajah iaitu menekankan genre lukisan dan catan lanskap dalam aliran Realisme. Era baru dalam aliran naturalis dan figura manusia.
Perkembangan Seni Visual Selepas Merdeka
Seni Plastik
Istilah plastik digunakan kepada semua imej-imej spatial. Seniman mengenalpasti dari aspek perletakan imej di dalam ruang plastik merujuk kepada keperluan permukaan dan perasaan seniman. Seni plastik juga adalah satu terma dalam seni visual yang memberi maksud unsur plastik dalam bahan-bahan yang boleh dibentuk dan dibina. Unsur plastik ini menjurus kepada aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan yang merangkumi objek tiga dimensi.
Seni plastik di Malaysia melibatkan hasil karya catan, arca, senibina, tembikar, ukiran, tenunan senjata dan sebagainya. Membentuk ialah teknik menghasilkan karya dengan cara mengukir, menguli, menempa, mengurut, dan menggelek. Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat, batu dan sebagainya. Membina pula ialah menghasilkan karya seni dalam bentuk tiga dimensi secara mengikat, melentur, menyambung, membentuk, menjalin, mencantum dan sebagainya. Bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini ialah batu, kayu, logam, besi, keluli dan sebagainya.
Dalam lewat tahun 50-an telah berlaku konflik dalam seni akibat perbalahan dominasi oleh pengamal aliran abstrak dan ekspresionistik. Seniman dan peminat aliran realisme rasa tercabar dan telah bangkit. Dalam tahun 1960-an pemilihan gaya abstrak adalah lebih formalistik dan berbentuk individualistik. Gaya ’avant-garde’ yang dipolori oleh Abstrak Ekspresionisme Amerika telah diberi penghargaan.
Sekitar dekad 1980-an dan 1990-an memperlihatkan cubaan serius untuk menerapkan ciri ’nasional’ atau keaslian’ seni plastik moden. Seniman pada sekitar tahun 80-an menghasilkan karya di luar ciri seni plastik konvensional dan tidak terikat pada media, bahan dan proses berkarya.
Seni Arca
Seni lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930an dengan terciptanya karya-karya catan awal oleh Yong Mun Seng, Abdullah Ariff dan lain-lain lagi.
Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.
Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.
Seni bina
Tidak dapat dinafikan masyarakat dahulu kala mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang seni bina. Terdapat bangunan-bangunan yang menarik disamping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik. Contohnya, istana, rumah berhala, monumen, tembok, bangunan pentadbiran kerajaan, stesen keretapi, pusat pengajian, sekolah, masjid, dan lain-lain lagi. Dianggarkan terdapat lebih kurang 35,000 buah bangunan sebelum perang yang berada di 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara wajar dipulihara (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).
Fielden (2000) berpendapat bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai senibina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan juga politik serta rohani yang simbolik.
Contoh senibina sebelum merdeka:
(1) Bangunan Stadthuys di Banda Hilir, Melaka (1641).
(2) Balai Besar di Alor Setar, Kedah (1735).
(3) Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (1888).
(4) Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir, Melaka (1728).
(5) Gereja St. George Anglican di George Town, Pulau Pinang (1817).
(6) Balai Seni di Alor Setar, Kedah (1893).
Rumusan
Perkembangan seni visual Malaysia sebelum merdeka adalah sebagai minat atau rekod sejarah. Merupakan zaman baru bagi pelukis Malaysia dan seni halus tidak dipentingkan. Aktiviti seni dipengaruhi oleh suasana penjajah iaitu menekankan genre lukisan dan catan lanskap dalam aliran Realisme. Era baru dalam aliran naturalis dan figura manusia.
Perkembangan Seni Visual Selepas Merdeka
Seni Plastik
Istilah plastik digunakan kepada semua imej-imej spatial. Seniman mengenalpasti dari aspek perletakan imej di dalam ruang plastik merujuk kepada keperluan permukaan dan perasaan seniman. Seni plastik juga adalah satu terma dalam seni visual yang memberi maksud unsur plastik dalam bahan-bahan yang boleh dibentuk dan dibina. Unsur plastik ini menjurus kepada aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan yang merangkumi objek tiga dimensi.
Seni plastik di Malaysia melibatkan hasil karya catan, arca, senibina, tembikar, ukiran, tenunan senjata dan sebagainya. Membentuk ialah teknik menghasilkan karya dengan cara mengukir, menguli, menempa, mengurut, dan menggelek. Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat, batu dan sebagainya. Membina pula ialah menghasilkan karya seni dalam bentuk tiga dimensi secara mengikat, melentur, menyambung, membentuk, menjalin, mencantum dan sebagainya. Bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini ialah batu, kayu, logam, besi, keluli dan sebagainya.
Dalam lewat tahun 50-an telah berlaku konflik dalam seni akibat perbalahan dominasi oleh pengamal aliran abstrak dan ekspresionistik. Seniman dan peminat aliran realisme rasa tercabar dan telah bangkit. Dalam tahun 1960-an pemilihan gaya abstrak adalah lebih formalistik dan berbentuk individualistik. Gaya ’avant-garde’ yang dipolori oleh Abstrak Ekspresionisme Amerika telah diberi penghargaan.
Sekitar dekad 1980-an dan 1990-an memperlihatkan cubaan serius untuk menerapkan ciri ’nasional’ atau keaslian’ seni plastik moden. Seniman pada sekitar tahun 80-an menghasilkan karya di luar ciri seni plastik konvensional dan tidak terikat pada media, bahan dan proses berkarya.
Seni Arca
Arca dihayati sebagai satu cabang kesenian yang berkaitan dengan pengkajian bentuk-bentuk tiga dimensi yang melibatkan formalistik seni seperti ruang, jalinan, warna, struktur dan rupa. Seni arca di Malaysia boleh dikatakan masih baru berbanding dengan catan.
Seni arca moden mula berkembang di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an. Menurut T.K.Sabapathy (1976), karya-karya arca Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin, Cheong Laitong, Yeoh Jin Leng dan Tang Tuck Kan membangkitkan hal-hal yang menghubungkan catan dengan arca.
Aliran Ekspresionisme dan Abstrak Ekspresionisme meresap ke dalam seni arca. Contohnya, karya Syed Ahmad Jamal “The Link” (1963), yang sama tema dengan catannya.
Arca-arca yang bersifat figuratif dan representasi dapat dilihat menerusi karya-karya Anthony Lau. Antara karya awal Anthony Lau adalah arca “Djin Api” (1959), “Forest” (1968) dan “Ecstacy” (1986)
Dekad 1970-an memperlihatkan perkembangan arca yang pesat. Pada tahun 1976 satu pameran “Tinjauan Seni Arca Moden Malaysia” telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Antara yang turut serta adalah Anthony Lau, Chan Teck Meng, Teo Tien Eng, Syed Ahmad Jamal, Cheong Laitong dan Latiff Mohidin.
Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara merupakan salah sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam melahirkan ramai pengarca ternama dan berpotensi seperti Zakaria Awang, Ariffin Ismail, Mad Anuar Ismail, Wan Ahmad Wan Mohamod, Ham Rabeah Kamarun, Ramlan Abdullah, Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Zulkifli Yusof, Raja Shahriman dan Bayu Utomo.
Dari segi tema, para pengarca berinteraksi terhadap persekitaran seperti persoalan agama, budaya, alam dan kehidupan secara umumnya. Peningkatan minat dan kecenderungan seniman kepada seni arca dan media campuran jelas kelihatan awal dekad 1990-an. Pelbagai bentuk arca terhasil, sama ada secara konvensional, bersifat galeri, pemasangan (installation) atau pun arca persekitaran.
2.5.3 Seni Bina
Sebagai sebuah negara yang mempunyai kebudayaannya sendiri, senibina Malaysia mengandungi unsur-unsur budaya kebangsaan yang berteraskan kebudayaan masyarakat berbilang kaum.
Yang dimaksudkan dengan senibina adalah melingkupi:
1. Binaan tempat kediaman iaitu rumah atau taman perumahan.
2. Bangunan-bangunan awam seperti masjid, hospital, perpustakaan, muzium dan sebagainya.
3. Bangunan-bangunan kerajaan.
4. Bangunan-bangunan perniagaan.
5. Aspek-aspek umum seperti pintu gerbang, menara, tugu peringatan dan sebagainya.
6. Taman-taman dan kawasan rekreasi.
Menjelang era pasca- merdeka, suatu aspek yang turut mengalami perubahan ketara ialah gaya rupa seni bina. Para arkitek yang baharu sahaja menamatkan pengajian di luar Negara telah membawa fahaman baru dalam seni bina di bandar-bandar utama Negara yang sebelum ini dikuasai oleh gaya rupa senibina kolonial, anglo-Indian, elektik dan sebagainya.
Antara bangunan-bangunan utama yang dapat digolongkan dalam senibina moden ialah bangunan istana raja-raja Melayu di tiap-tiap negeri, bangunan parlimen (1963), bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (1959), Stadium Negara (1964), Muzium Negara, Masjid Negara, Bank Bumiputra, Dayabumi, Bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan berkembar Petronas dan Menara Telekom.
Bentuk dan corak senibina moden memperlihatkan perubahan-perubahan yang nyata tetapi disesuaikan dengan ciri-ciri senibina asli Malaysia. Dari semasa ke semasa binaan-binaan baru didirikan bagi memenuhi keperluan pembangunan Negara dan keperluan masyarakat.
Beberapa orang arkitek seperti Howard Ashley, Baharuddin Kassim, Hisham Albakri (kumpulan arkitek JKR yang mereka bentuk Masjid Negara) dan W. Ivor Shipley (arkitek JKR yang merekabentuk bangunan Parlimen) mengadaptasi factor-faktor setempat ke dalam rekabentuk moden.
2.5.4 Seni Moden
Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay hooi Keat, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William K.K. Lau. Mereka memperkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi perbincangan dan pameran.
Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.
Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama. Ini membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka.
Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.
Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang telah membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri Ghazali Shafie, Tan Sri Dato’ Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri Zain Azraii, Professor Ungku Aziz, Puan P.G. Lim dan ramai lagi.
Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato’ Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.
Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli politik dan diplomat.
Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.
Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan.
Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion dan Industrial Design.
Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics, Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art.
Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan ’New Scene’ seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.
Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan.
Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.
Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.
Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan Luar negara.
Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi institut, maktab dan sekolah-sekolah serta para profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus. Kursus Ijazah selama tiga tahun ditawarkan oleh Jabatan Kemanusiaan. Ini termasuk Studio Seni lukis dan Sejarah Senilukis dan Kemanusiaan. USM menawarkan kursus Seni halus bagi Catan, Fotografi, Teori-teori Seni, Seni Arca, Rekabentuk Grafik, Aspek-aspek Seni Asia Tradisional, Aspek-aspek Keseniaan Asia Moden dan latihan Ilmiah. USM juga menawarkan kursus Master of Art dalam Sejarah Senilukis.
Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Badan-badan swasta seperti firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada , telah mula membeli karya-karya untuk dijadikan koleksi simpanan.
Awal tahun 1980an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naif, sambungan akademik aliran realisme dan karya-karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang kaya di rantau ini.
2.5.5 Seniman
Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya seniman terkenal seperti Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.
Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato’ Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.
Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Kejayaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.
Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.
Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan ’New Scene’ seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi.
Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.
Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.
Karya-karya terkenal
1. Yong Mun Sen (1896 -1962)
dawn
Seaside Village
1. Yong Mun Sen (1896 -1962)
dawn
Watercolour on parchment paper 1955 |
Seaside Village
Seaside Village - watercolor 1950 |
2. Mohd Hussein Enas
Mengutip Daun Tembakau 1963 |
Pengantin Perempuan Iban cat Minyak 1963 |
3. Datuk Syed Ahmad Jamal
Datuk Syed Ahmad Jamal, Mandi Laut, Cat Minyak Atas Papan, 1957 |
6. Dzulkifli Buyung
Kelambu, Kapur Pastel 1967 |
6.A. Latiff Mohidin
A.Latiff Mohidin, Pago – Pago, Cat Minyak, 1962
2. Imago Senja ( Cetakan )
Media : Kayu 1969
A.Latiff Mohidin, Siri Langkawi, Kayu
Media : Kayu 1969
A.Latiff Mohidin, Siri Langkawi, Kayu
2.5.6.11 Mazli Mat Som
Mazli Mat Som, Yati, pastel, 1964
Mazli Mat Som, Menanti Nelayan, Cat Minyak, 1965
2.5.6.12 Khaw Sia
1. Menyeberang Sungai
Media : Cat Air
Tahun :1958
2.5.6.13 Lai Foong Moi
Lai Foong Moi, Waktu Pagi Di Kampung, Cat Minyak, 1958
2.5.6.14 Patrick Ng Kah Onn (1932 - )
Patrick Ng Kah Onn, Menjemur Kain, Gauce, 1961
Patrick Ng Kah Onn, Semangat Angin, Tanah Dan Air, Cat Minyak, 1958
2.5.6.15 Yeoh Jin Leng (1929 - )
1. Sawah Padi
Media : Cat Minyak
Tahun :1963
2.5.6.16 Jolly Koh
Jolly Ko, Paku Kipas, Cat Minyak, 1968
2.5.6.17 Khalil Ibrahim
1. Pantai Timur 1
Media : Lilin Dan Pewarna Batik
Tahun :1988
Khalil Ibrahim, Pantai Timur 2, Lilin Dan Pewarna Batik,1978
2.5.6.18 Chua Thean Teng
1. Di Tepi Pantai
Media : Lilin Dan Pewarna Batik
Tahun :1958
Chua Thean Teng, Musim Buah, Lilin Dan Pewarna Batik, 1968
Rumusan
Seni visual selepas merdeka semakin matang dan menjadi bidang professional. Persepsi masyarakat terhadap seni visual mula berubah daripada peringkat rendah ke peringkat antarabangsa. Seni visual juga menjadi salah satu simbol perpaduan kaum. Kemunculan catan hard-edge, arca dan karya mula menggunakan perisian komputer. Institut dan akedemi seni swasta memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang.
No comments:
Post a Comment