Alam Fauna dan Flora

Fenomena Alam

EDUP3053 Teknologi Pengajaran & Pembelajaran

Sudut Agama dan Moral

Halaman Kesihatan

Halaman Pertanian

Halaman Pendidikan Seni Visual

Sudut Hiburan & Rekreasi

Kesenian di Eropah abad ke 16


Pengenalan
Pada sekitaran 1495-1527, Rom menjadi pusat seni yang baru menggantikan Florence. Meskipun demikian, pelukis-pelukis utama era Gemilang Renaisan seperti Leonardo Da Vincci, Michaelangelo dan Raphael telah memulakan karier mereka di Florence.
Terdapat tiga gaya seni yang utama pada abad ke-16, iaitu:
1. Zaman Gemilang Renaisan (s. 1498-1520 M)
2. Zaman Akhir Renaisan (s. 1520-1600 M)
3. Mannerisme (s. 1520-1600 M)
Seni di zaman Gemilang Renaisan mementingkan aturan, kesatuan, keharmonian gaya, keseimbangan dan ciri-ciri semukur. Zaman Akhir Renaisan meneruskan ciri-ciri ini sementara Mannerisme menolaknya.
Dalam era Gemilang Renaisan, perbincangan akan kehebatan seni berkisar terutamanya pada karya-karya Leonardo, Micheangelo, dan Raphael. Meskipun begitu, pelukis-pelukis ini, termasuk pelukis-pelukis besar lain seperti Titian tidak tergolong dalam mana-mana aliran yang khusus. Mereka menghasilkan karya-karya unik. Mereka mempelajari daripada seni abad ke-15 dan sesama mereka bagi membentuk satu stail kukuh yang menjadi rujukan ramai. Mereka mengangkat seni lukis ke satu tahap yang dulunya dimiliki puisi. Pada era Gemilang Renaisan, pelukis (catan), pengarca dan juru bina meletakkan diri mereka pada tahap yang tinggi. Status pelukis hari ini diperkatakan banyak bertolak daripada itu.
Seni catan
Zaman Gemilang Renaisan (s.1498-1520 M)
Gaya catan pada peringkat ini banyak berkisar pada karya-karya Leonardo, Michelangelo dan Raphael. Peringkat ini berkahir dengan kematian Leonardo pada tahun 1519 dan Raphael pada tahun 1520.
Tujuan dan subjek kajian
1. Catan keagamaan adalah yang terpenting :
a. Raphael terkenal dengan karya-karya ‘ Madonna and Child’.




Madonna and Child - Raphael 

b. Michelangelo pula menghiasi ‘Sistine Ceiling’ dengan kisah-kisah Bible.


Frescoes in the Sistine Chapel

2. Tema-tema mitologi bertambah penting.
3. Minat terhadap landskap dan manusia meningkat.
4. Potret dapat menggambarkan nilai-nilai psikologi dan personality model.
Ciri-ciri catan
1. Coreggio banyak bereksperimentasi dengan kesan cahaya serta menghasilkan catan ilusionistik pada dom seni bina dan ini mempengaruhi gaya catan siling Baroque pada abad ke-17.
2. Gaya catan Michelangelo seperti ‘ The Last Judgement’ bertukar menjadi lebih grites dan berlebih-lebihan.
Contoh-contoh karya
1. Andrea del Sarto, ‘Madonna of the Harpies’, (1517 M)
2. Corregio, ‘Holy Night’, (1522 M)
3. Michelangelo, ‘Last Judgement’ (Sistine Chapel, Rome 1534-41 M)
Mannerisme (s.1520-1600 M)

Sama ada dalam catan ataupun seni bina, gaya seni ini berkembang sebagai reaksi terhadap Gemilang Renaisan. Meskipun subjek-subjek keagamaan dan mitologi terus berkembang, penekanan mereka terhadap subjek tradisional agak kabur. Simbol-simbol yang bersifat peribadi banyak digunakan. Cat minyak serta tempera merupakan media yang paling popular.

Ciri-ciri catan
Sebagai reaksi terhadap keunggulan zaman Gemilang Renaisan, Mennerisme melahirkan stail yang penuh dengan cirri-ciri penggayaan, kakalutan, kacau bilau, berlawanan, tidak seimbang, perlebihan, kekaburan dari segi ruang dan warna-warna yang berlawanan. Figura tidak mempunyai nisbah anggota yang tepat, penuh dengan gerakan serta ekspresi yang bergemuruh di samping bentuk badan yang panjang dan jinjang. Elemen seni bina klasik digunakan dalam persembahan yang agak ganjil seperti pentas.
Contoh-contoh karya
1. Japoco Pontormo, ‘Joseph in Egypt’ , (1518 M)
2. Rosso Fiorentino, ‘ Moses Defending the Daughters of Jethro’ (1523 M)
3. Parmigionino, ;Madonna with the Long Neck’ (1535 M)
4. Bronzino, ‘Potrait of a young Man’, (s.1550 M)
Venice
Seperti di bahagian-bahagian lain di Itali, subjek-subjek keagamaan dan mitologi terus-terusan penting. Giovanni Bellini terkenal dengan karya-karya ‘Madonna’nya sementara Titian pula masyur dengan catan-catan potret yang mengandungi kesan-kesan psikologi. Imej figura wanita bogel diperkenalkan dalam catan oleh ‘Venetians’ untuk mewujudkan rasa keindahan dan kesenangan dalam seni tampak.

Ciri-ciri catan
Warna merupakan elemen terpenting dalam catan Venetian. Kesan-kesan emosi lebih penting dari peraturan matematik. Catan-catan Venetian kelihatan unik dan tenang. Mannerism tidak menjadi sebahagian daripada gaya seni ini.
Contoh-contoh karya
1. Giovanni Bellini, ‘St. Francis in Escstacy’ (s. 1458 M)
2. Giorgione, ‘The Tempest’, (1505-10 M)
3. Titian, ‘Sacred and Profane Love’, (1518 M)
4. Lorenzo Lotto, ‘Madonna and Child with Saints’, (1548 M)
5. Tintoretto, ‘The Miracle of the Slave’ (1548 M)
6. Veronese, ‘The Triumph of Venice’, (1585 M)

Perancis
Di Perancis, Mannerisme mempunyai kesan yang kuat ke atas School of Fontainebleau. Pelukis-pelukis Itali dibawa masuk ke Perancis oleh Francis I untuk menghiasi istananya. Subjek-subjek sekular seperti potret, mitologi dan sejarah dianggap terpenting.
Di antara cirri-ciri karya The School of Fontainebleau yang dikembangkan oleh Manneris Itali, Rosso Fiorentino, dan Primaticcio itu ialah :
a. Perubahan yang tiba-tiba dari segi ukuran dan jalinan.
b. Figura dalam gaya dan kedudukan yang tidak logic
c. Figura yang jinjang dan panjang.

Contoh-contoh karya
1. Jean Clouet, ‘Potrait Of Francis I’ (1525-30 M)
2. Rosso Fiorentino, ‘Venus Reproving Love’, (1530-40 M)
3. Francisco Primaticco, ‘Apelles with Alexander and Campaspe’ (1540an)

Jerman, Belanda dan England
Seni pada zaman Gemilang Renaisan mempengaruhi gaya seni di ketiga-tiga negara ini. Durer dan Holbein merupakan dua orang pelukis yang paling berjaya dalam menggabungkan seni Itali dan Eropah Utara. Durer terkenal sebagai seniman seni cetak yang penting.

Contoh-contoh karya
Jerman
1. Albrecht Durer, ‘Italian Mountains’, (s.1495 M)
2. Matthias Grunewald, ‘Isenheim Altarpiece’, (1515 M)

Belanda
1. Jan Gossaert, ‘Agony in the Garden’, (s.1503-7 M)
2. Joachim Patiner, ‘Landscape with St. Jerome’, (1520 M)
3. Pieter Bruegel, ‘The Peasant Wedding’, (1565 M)

England
1. Hans Holbein the Younger, ‘Henry VIII’ (1539-40 M)
2. Nicholas Hilliard, ‘A Young Man Among Roses’, (1588 M)

Seni arca
Zaman kegemilangan renaisan (s.1498-1520 M)
Michelangelo merupakan pengarca yang terkemuka dari zaman gemilang hinggalah ke Akhir renaisan. Gayanya mempengaruhi pengarca-pengarca Manneris Perancis dan Sepanyol. Atas naungan pihak gereja serta kepercayaannya yang mendalam dalam agama, Michelangelo banyak berkarya menggunakan subjek keagamaan.
Michelangelo merasakan bahawa pada setiap blok marmar, tersembunyi figura di dalamnya dan seniman cuma perlu mengukir dan memahat untuk membebaskannya.
Ciri-ciri karya
Penemuan arca ‘The Laocoon’ di Rom dalam tahun 1503 banyak mempengaruhi arca-arca figura oleh Michelangelo. Antaranya, ia kelihatan kukuh, heroic, benar-benar berotot, ekspresif serta beremosi.

Contoh-contoh karya
1. Michelangelo, ‘Pieta’, (1498-1500 M)
                       ‘David’, (1501-4 M)
                       ‘Moses’, (s. 1513-15 M)
Zaman Akhir Renaisan (s. 1520-1600 M)
Mannerism berkembang menerusi karya-karya Michelangelo. Karya-karuanya yang terkemudia memperlihatkan cirri-ciri ketegangan (tension), di mana keseimbangan yang tidak menentu serta perhubungan figura dengan ruang yang melahirakan kesan kecemasan dalam diri penonton.
Contoh-contoh karya
1. Michelangelo, ‘Medici Tombs’, San Lorenzo, (1519-34M)
                       ‘Crossed-leg Captive’, (1527-28 M)
Mannerisme
Tidak seperti Michelangelo, pengarca-pengarca manneris mengambil mitologi sebagai subjek utama dalam berkarya. Mereka dinaungi oleh golongan penaung seni persendirian. Namun begitu, karya-karya Michelangelo mempengaruhi mereka. Disamping itu, elemen-elemen catan Manneris seperti bentuk badan figura yang panjang, kepala yang kecil serta kedudukan yang aneh lagi unik turut wujud dalam arca-arca Mannerisme.
Contoh-contoh Karya
1. Benvenuto Celline, ‘Perseus’, (1545-54 M)
2. Giovanni da Bologna, ‘Rape of the Sabine Women’, (1583 M)

Seni bina
Di Itali, bangunan kelihatan lebih indah dari abad sebelumnya, namun masih menggunakan prinsip-prinsip yang serupa. Tiga orang arkitek yang pentig adalah Bramante, Michelangelo dan Polladio. Rome merupakan pusat seni di Itali, namun bangunan-bangunan turut dibangunkan di tempat-tempat lain terutamanya di Venice. Di Florence, seni bina dianggap kurang penting dari zaman sebelumnya. Kebanyakan pembinaan gereja di tempat-tempat lain. Golongan hartawan mendirikan istana-istana indah, perpustakaan, pejabat-pejabat dan lain-lain lagi. Bahan-bahan asas serta cara dan kaedah pembinaan adalah serupa seperti abad ke-15.

Reka bentuk
Zaman Gemilang Renaisan (s.1498-1520 M)
 Kesempurnaan seni bina gaya ini merangkumi aspek-aspek aturan, kesatuan, ketegangan, keharmonian dan peraturan. Elemen-elemen asas organisasi termasuklah bentuk bulatan empat segi sama dan tiga segi. Arkitek zaman tersebut, terutamanya Bramante memperlengkapkan ciri-ciri yang diperkenalkan pada abad ke-15.

Contoh-contoh karya
1. Donato Bramante, ‘Il Tempietto’, Rome (1502 M)
I1 Tempietto - Donato Bramante 1502

Zaman Akhir Renaisan (s. 1520-1600 M)
Konsep reka bentuk yang diperkenalkan dalam zaman awal serta Gemilang Renaisan terus berkembang di Itali. Michelangelo memperkenalkan ‘Colossal Order’ serta ‘Paired Columns’. Gaya klasik Andrea Palladio yang berdasarkan seni bina Rumawi kemudiannya mempengaruhi England dan Amerika. Bahagian hadapan (muka hadapan atau ‘façade’) Il Gesu yang direka oleh Giacomo della Porta dalam tahun 1568 menjadi rujukan kepada ‘facades’ gereja-gereja Baroque pada abad ke-17.

Contoh-contoh karya
1. Michelangelo, ‘Capitoline Hill’, Rome (1537 M)

Capitoline Hill 1537 - Michelangelo


2. Andrea Palladio, ‘Villa Rotunda’, Vicenza (mula 1550 M)


Villa Rotunda 1550M - Andrea Palladio

3. Giacomo della Porta, ‘Il Gesu’, Rome (1575-84 M)

Mannerisme (s.1520-1600 M)
Gaya ini cuma wujud dalam seni bina secular. Arkitek seperti Romano dan Vasari menidakkan prinsip-prinsip Renaisan misalnya menerusi aturan dan ukuran yang tidak menentu di samping penggunaan motif-motif klasik yang tidak logik.


No comments:

Post a Comment