Dipetik dari tulisan
PROF. DR. MULYADI MAHAMOOD
Asal usul perkataan
Baroque, sebagai satu era kesenian Eropah selepas Renaisan tidak jelas. Boleh
jadi ia terbit dari perkataan Itali barocco, bermaksud satu persoalan yang
kompleks, atau dari perkataan Portugis barocco, bermaksud bentuk mutiara yang
tidak tepat. Namun apa yang jelas, kedua-dua istilah ini lebih merujuk kepada
maksud suatu kecenderungan terhadap dekorasi atau konfigurasi (reka bentuk)
yang kompleks : sesuatu yang berbeza daripada pemikiran harmoni yang umumnya
dikaitkan dengan seni Renaisan. Walau bagaimanapun, jelas bahawa istilah ini
telah diberikan kemudian, kemungkinan sebagai istilah diskriptif yang
meragukan.
Dalam konteks Sejarah
Seni secara umumnya, istilah Baroque menerangkan period seni Barat daripada
s.1600-1750. Asal bahasanya bermaksud sesuatu yang kompleks, rumit, atau tidak
sama, dan umumnya merujuk kepada peningkatan maksud emosional serta komposisi
berlebih-lebihan, selepas era Renaisan yang disifatkan terkawal.
Seni Baroque lahir
ekoran daripada usaha pihak Gereja Katholik menentang serta memerangi
Protestianisme (Reformasi Agama) pimpinan Martin Luther (seorang pemimpin agama
di Jerman : The German Augustinian Canon) (sekitar 1521). Kritikan –kritika
keras Luther terhadap pihak Gereja terkandung dalam 95 Propositions-95 Theses,
yang mendesak agar korupsi Gereja dihapuskan. Rujuk juga: http://www.biography.com/people/martin-luther-9389283
Protestantisme: Suatu Reformasi
Protestantisme lahir ekoran daripada rasa tidak puas hati penganut-penganut Kristian di Eropah Utara yang melihat pihak Gereja menikmati kemewahan tanpa memikirkan nasib masayarakat ramai, penuh korupsi, rasuah dan hipokrasi. Pihak Gereja tidak lagi mengamalkan ajaran Kristian yang sebenar, menyeleweng daripada ajaran asal. Kaki judi, minum arak, berkahwin, dan tidak memainkan peranan sebagai pemimpin agama. Penyembahan terhadap Mary dan Jesus sebagai anak Tuhan turut dipertikai.
Sikap korupsi dan kecelaruan pihak Gereja Katolik juga dilihat dari sudut kecenderungan mereka menaungi karya-karya seni lukis yang dianggap tidak sesuai dengan sifat sebuah rumah ibadat, iaitu gereja. Misalnya karya Michelangelo di Sistine Chapel diperdebatkan dan dipersoalkan atas persoalan decorum atau kesopanan, ketertiban, dan tatasusila. Mereka mempersoalkan kesesuaian figura-figura bogel yang menghiasi gereja kecil (chapel) itu. Karya-karyanya disamakan dengan Mannerisme dan figura-figura bogelnya dikaitkan dengan eroticisme bukannya idealism. Karya-karya yang masak stailnya dari sudut seni lukis, tapi disifatkan Luther sebagai berniat jahat dan merbahaya, ditambah dengan watak-watak exotic seperti dewa-dewi mitologi Yunani, dan subjek yang kurang jelas mengukuhkan penegasan Protestant bahawa seni telah berfungsi untuk seni sahaja, untuk kebaikan seni sahaja, bukan Christ. Pihak gereja merasa bahangnya, dan antara1559-1565, tekanan drapery (kain) ditambah pada banyak figura-figura dalam “Last Judgment”.
Bangkangan terhadap karya ini juga dibangkitkan pada November 1541, bila Nicolo Sernini menulis kepada Cardinal Gonzaga bahawa “tidak elok meletakkan imej figura-figura dalam gereja… tambahan Christ dilukis tanpa janggut dan terlalu muda, dia tidak mempunyai kedudukan tinggi yang setaraf dengannya” (Kissick, J., 1996:226).
Luther juga membangkang penaungan seni oleh gereja bahawa pelukis-pelukis yang bekerja di bawah naungan Gereja Katolik pada awal abad ke-16 adalah pewaris-pewaris gaya seni abad sebelumnya. Justeru itu, timbul kecenderungan mereka untuk melahirkan gaya yang bersifat peribadi dalam berkarya. Contohnya Mannerisme, periode peralihan yang menekankan kehebatan stailistik dan reka bentuk kompleks daripada idealism dan keseimbangan generasi sebelumnya.
Penggayaan jelas dalam
karya-karya Parmigianino (1503-40) seperti “Madonna of the Long Neck” (1534)
kelihatan dalam posisi dan kadar banding yang digayakan. Pontormo (1494-1556)
pula dalam “The Deposition” dengan menggunakan warna yang lari daripada
keharmonian Renaisan.
Justeru itu, kekukuhan pihak gereja katolik selama ini dipersoalkan, dan penggerak utamanya ialah Martin Luther. Dia melancarkan Revolusi Keagamaan yang dikenali sebagai Protestantisme (pengikut-pengikut yang protes). Lantas, lahir Reformasi yang mengubah bentuk agama dan budaya Eropah.
Luther dan Protestant memberi tumpuan kepada konsep pendidikan untuk umum, muzik, seni, dan literasi bagi pelbagai kelas masyarakat, bagi membolehkan “word of god” dalam Bible difahami semua. Terjemahan Bible dalam bahasa Jerman olehnya disifatkan lebih bermakna daripada upacara keagamaan yang berlebih-lebihan dalam gereja. Dia menggabungkan muzik dengan kata-kata pujian kepada Tuhan (hymns atau mazmur).
Tapi Protestant tidak begitu memihak atau simpati terhadap seni lukis yang dianggapnya sebagai penggantungan gereja terhadap misteri simbolisma yang tidak dimengerti oleh masyarakat umum. Justeru itu, lahir penolakan imej dalam gereja, dan kurang naungan seni lukis untuk gereja. Walau bagaimanapun, ini telah membuka seni lukis kepada pasaran dagangan komersil, untuk kelas pertengahan. Justeru itu lahir karya-karya landskap, pemandangan harian (catan genre), dan potret. Antara tahun 1517-1520, tulisan Luther sendiri terjual sebanyak 300,000 salinan dengan bantuan teknik cetakan.
Akibat Reformasi Agama, Kristian berpecah dua, kepada Katolik dan Protestant. Kebanyakan Negara-negara Eropah Utara seperti Britain, Jerman, Utara Belanda, Switzerland, dan semua Scandinavia berfaham Protestant. Sementara Negara-negara di selatan kekal Katolik, seperti Perancis, Sepanyol, Portugal, Itali, Selatan Jerman, Austria yang terus menghubungi Pope (paus) untuk maksud keagamaan dan politik.
Pembahagian ini mempengaruhi hasil seni. Namun kepelbagaian stail dan konsep seni antara tahun 1600 dan 1750 bukan semata-mata bertolak daripada reformasi dan penolakan gereja katolik, tapi juga menerusi Council of Trent yang bertemu antara 1545-1563, yang mana katolik berjaya membanteras korupsi dalaman, dan melahirkan kuasa gereja yang baru dan bertenaga. Hasilnya ialah penaungan karya-karya besar yang membentuk standard seni Baroque.
Seni Baroque : Suatu Counter-Reformation
Kelahiran seni Baroque disebut juga sebagai suatu Counter-Reformation yang cuba meletakkan kembali kuasa gereja katolik yang digugat oleh kelahiran Protestantisme di Eropah Utara. Justeru itu, karya-karya seni itu dianggap bersifat didaktik dan propaganda. Ciri-ciri sandiwara bertujuan menarik simpati penghayat, menerusi kesan dramatic, kemuliaan dan moral. Seni berperanan didaktik (mendidik) dan propaganda.
Bagi menyangkal pandangan Luther yang menyifatkan bahawa acara keagamaan di gereja tidak jelas sifatnya, cuma seperti acara produksi teater besar yang tidak jelas maknanya kepada rakyat, pihak gereja katolik menerusi the Council Of Trent menaungi seni lukis yang menekankan maksud yang jelas. Ia di awasi oleh piawaian moral dan diikuti oleh kecenderungan estetik. Ini menimbulkan pelbagai reaksi, dan Council mengeluarkan kenyataan pada disember 1563 bahawa dengan menatap karya-karya keagamaan disekeliling mereka sewaktu beribadat, mereka dapat mempertingkatkan iman dan kepercayaan. Dengan itu, seni berperanan sebagai alat pengajaran (sesuatu yang sebenarnya sehaluan dengan objektif-objektif Luther dalam tulisan-tulisan mazmurnya).
Disamping meninggalkan kesan yang kuat ke atas seni Itali, gaya Baroque menular ke seluruh Eropah dengan pantas. Walau bagaimanapun, di luar Itali dan Sepanyol, prinsip-prinsip seni Baroque selalunya digunakan untuk kerja-kerja sekular. Ciri-ciri pergerakan yang hebat serta kesan terang gelap yang dramatic turut lahir di Jerman, Austria, Perancis, Scandinavia, Belanda, dan England. Ciri-ciri umum gaya Baroque termasuklah penggunaan ruang, cahaya, keberatan, isi padu dan jalinan untuk menunjukkan tenaga. (Kissick, J., 1996: 226-233)
Seni Catan
Umumnya terdapat dua tema utama: catan bertema keagamaan menghiasi istana, dan catan bertema kehidupan harian (catan genre) untuk perniagaan.
Ciri-ciri Catan Baroque
Umumnya seni catan Baroque disifatkan sebagai dinamik. Kesan ilusi dalam ruang dan cahaya membuatkan catan-catan siling kelihatan lutsinar, satu konsep membawa pandangan penonton kearah syurga. Komposisi catan disifatkan sebagai kompleks dengan warna padat dan cahaya terang. Tenebrisme adalah kaedah merakam cahaya kuat di atas latarbelakang gelap bagi melahirkan kesan dramatic dalam catan. Ini dipelopori oleh Caravaggio. Di antara pelukis-pelukis Baroque yang utama adalah, di Itali: Annibale Caracci, Caravaggio; di Sepanyol: Zurbaran, El Greco, Velasquez; di Perancis: Georges de la Tour, Poussin ; di Flanders: Rubens, Anthony Van Dyck ; dan di Belanda: Frans Hals, Jan Vermeer, Rembrandt.
Di setiap Negara Eropah, catan berkembang dengan ekspresi Baroque yang unik. Dinamik adalah ciri asas catan pada abad ke-17 itu. Ruang, cahaya, keberatan, isipadu dan jalinan digunakan untuk menunjukkan elemen tenaga.
Itali
Perkembangan Seni Baroque di Itali boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:-
1. Era Awal Baroque (The Early Baroque Period) (s. 1580-1625 M)
Memperlihatkan kelahiran prinsip-prinsip Baroque dalam karya-karya catan Annibale Caracci dan Domenishino, arca oleh Francessco Mochi dan arkitek Carlo Maderna.
2. Era Gemilang Baroque (The Higher Baroque) (s.1625-1675 M)
Berkisar di Rome dengan arca-arca oleh Gianlorenzo Bernini yang dinamik, seni bina yang inovatif oleh Barromini dan Rainaldi.
3. Era Akhir Baroque (Late Baroque) (s.1675-1715 M)
Meneruskan ciri-ciri Higher Baroque. Dapat dilihat dalam siling ‘St. Ignazio’ yang dicipta oleh Andrea Rozzo. Ini kemudiannya mewujudkan gaya Rococo.
Di samping meninggalkan kesan yang kuat ke atas seni Itali, gaya Baroque menular ke seluruh Eropah dengan pantas. Walau bagaimanapun di luar Sepanyol dan Itali, prinsip-prinsip Baroque selalunya digunakan untuk kerja-kerja secular. Ciri-ciri pergerakan yang hebat serta kesan terang gelap yang dramatic dalam seni Baroque turut wujud di Jerman, Austria, Perancis, Scandinavia, Belanda, dan England, misalnya dalam karya-karya Peter Paul Rubens dan Diego Velazquez. Ciri-ciri umum gaya Baroque termasuklah penggunaan ruang, cahaya, keberatan isipadu dan jalinan untuk menunjukkan tenaga.
Catan siling yang bertemakan keagamaan dihasilkan dengan gaya yang dinamik, besar dan penuh dengan nilai-nilai emosi. Warna-warna yang padat, pergerakan dan gaya yang diperlebih-lebihkan dalam komposisi diagonal merupakan sebahagian dari ciri-ciri asas catan Baroque.
Tujuan Dan Subjek Kajian
1. Catan digunakan untuk menghiasi gereja, terutamanya catan-catan siling yang ilusionistik membawa penonton ‘arah ke syurga’.
2. Catan-catan easel membawa tema dan cerita keagamaan yang dinamik.
3. Dekorasi istana menekankan kepada subjek mitologi yang dilihat dari sudut Kristian. Ilusionisme amat penting.
4. Imej figura manusia dan catan hamper sama pentingnya di dalam komposisi.
Media dan teknik
1. Fresco digunakan untuk catan dinding dan siling.
2. Cat minyak dan kanvas untuk catan easel.
3. Media campuran (mixed media), misalnya dalam catan meniru arca, dan catan meniru seni bina untuk kesan realisma.
Ciri-ciri Catan Baroque
1. Ciri-ciri umum :
a. Dinamik
b. Komposisi diagonal
c. Ilusionisme dalam ruang dan cahaya membuat siling kelihatan lutsinar.
d. Perspektif yang kompleks.
e. Kesan emosi yang kuat menerusi gabungan warna yang padat, pergerakan yang diperlihatkan serta komposisi yang unik lagi berani.
2. Caracci memperkenalkan Bolognese Academy di mana para pelajar di latih berkarya dengan gaya Renaisan, gabungan stail Michelangelo, Raphael dan Titian.
3. Caravaggio menggunakan kaedah tenebrisme, di mana cahaya yang kuat memberi kesan dramatic.
Contoh-contoh karya
1. Annibale Caracci, ‘Venus dan Anchises’, (1579-1600).
2. Annibale Caracci, ‘Landscape With Flight Into Egypt’ (1603)
3. Guido Reni, ‘Aurora’ (1613-14)
4. Domenichino, ‘Hunt of Diana’ (1615)
5. Guerno, ‘Aurora’ (1621-23).
6. Caravaggio, ‘Calling of St. Matthew’, (1600).
Sepanyol
Terdapat dua gaya utama:
1. Intense Mysticism
2. Detached Realism
Kedua-duanya mementingkan ciri-ciri tenebrisme dan ilusionisme. Catan keagamaan dianggap terpenting dalam perkembangan seni di Sepanyol. Di samping itu, potret, genre, landskap, mitologi dan subjek secular berkembang dibawah pengaruh Velazquez. Mysticism dalam catan agama dapat dilihat dalam catan-catan El-Greco, sementara Realisme dalam catan-catan Velazquez. Caravagio mempengaruhi pelukis-pelukis Sepanyol menerusi Tenebrisme.
Martin Luther 1483-1546 Eisleben, Germany |
Protestantisme: Suatu Reformasi
Protestantisme lahir ekoran daripada rasa tidak puas hati penganut-penganut Kristian di Eropah Utara yang melihat pihak Gereja menikmati kemewahan tanpa memikirkan nasib masayarakat ramai, penuh korupsi, rasuah dan hipokrasi. Pihak Gereja tidak lagi mengamalkan ajaran Kristian yang sebenar, menyeleweng daripada ajaran asal. Kaki judi, minum arak, berkahwin, dan tidak memainkan peranan sebagai pemimpin agama. Penyembahan terhadap Mary dan Jesus sebagai anak Tuhan turut dipertikai.
Sikap korupsi dan kecelaruan pihak Gereja Katolik juga dilihat dari sudut kecenderungan mereka menaungi karya-karya seni lukis yang dianggap tidak sesuai dengan sifat sebuah rumah ibadat, iaitu gereja. Misalnya karya Michelangelo di Sistine Chapel diperdebatkan dan dipersoalkan atas persoalan decorum atau kesopanan, ketertiban, dan tatasusila. Mereka mempersoalkan kesesuaian figura-figura bogel yang menghiasi gereja kecil (chapel) itu. Karya-karyanya disamakan dengan Mannerisme dan figura-figura bogelnya dikaitkan dengan eroticisme bukannya idealism. Karya-karya yang masak stailnya dari sudut seni lukis, tapi disifatkan Luther sebagai berniat jahat dan merbahaya, ditambah dengan watak-watak exotic seperti dewa-dewi mitologi Yunani, dan subjek yang kurang jelas mengukuhkan penegasan Protestant bahawa seni telah berfungsi untuk seni sahaja, untuk kebaikan seni sahaja, bukan Christ. Pihak gereja merasa bahangnya, dan antara1559-1565, tekanan drapery (kain) ditambah pada banyak figura-figura dalam “Last Judgment”.
Suasana dalaman Gereja kecil Sistine |
Bangkangan terhadap karya ini juga dibangkitkan pada November 1541, bila Nicolo Sernini menulis kepada Cardinal Gonzaga bahawa “tidak elok meletakkan imej figura-figura dalam gereja… tambahan Christ dilukis tanpa janggut dan terlalu muda, dia tidak mempunyai kedudukan tinggi yang setaraf dengannya” (Kissick, J., 1996:226).
Luther juga membangkang penaungan seni oleh gereja bahawa pelukis-pelukis yang bekerja di bawah naungan Gereja Katolik pada awal abad ke-16 adalah pewaris-pewaris gaya seni abad sebelumnya. Justeru itu, timbul kecenderungan mereka untuk melahirkan gaya yang bersifat peribadi dalam berkarya. Contohnya Mannerisme, periode peralihan yang menekankan kehebatan stailistik dan reka bentuk kompleks daripada idealism dan keseimbangan generasi sebelumnya.
Madonna of the Long Neck,1543 & The Deposition,1528 |
Justeru itu, kekukuhan pihak gereja katolik selama ini dipersoalkan, dan penggerak utamanya ialah Martin Luther. Dia melancarkan Revolusi Keagamaan yang dikenali sebagai Protestantisme (pengikut-pengikut yang protes). Lantas, lahir Reformasi yang mengubah bentuk agama dan budaya Eropah.
Luther dan Protestant memberi tumpuan kepada konsep pendidikan untuk umum, muzik, seni, dan literasi bagi pelbagai kelas masyarakat, bagi membolehkan “word of god” dalam Bible difahami semua. Terjemahan Bible dalam bahasa Jerman olehnya disifatkan lebih bermakna daripada upacara keagamaan yang berlebih-lebihan dalam gereja. Dia menggabungkan muzik dengan kata-kata pujian kepada Tuhan (hymns atau mazmur).
Tapi Protestant tidak begitu memihak atau simpati terhadap seni lukis yang dianggapnya sebagai penggantungan gereja terhadap misteri simbolisma yang tidak dimengerti oleh masyarakat umum. Justeru itu, lahir penolakan imej dalam gereja, dan kurang naungan seni lukis untuk gereja. Walau bagaimanapun, ini telah membuka seni lukis kepada pasaran dagangan komersil, untuk kelas pertengahan. Justeru itu lahir karya-karya landskap, pemandangan harian (catan genre), dan potret. Antara tahun 1517-1520, tulisan Luther sendiri terjual sebanyak 300,000 salinan dengan bantuan teknik cetakan.
Akibat Reformasi Agama, Kristian berpecah dua, kepada Katolik dan Protestant. Kebanyakan Negara-negara Eropah Utara seperti Britain, Jerman, Utara Belanda, Switzerland, dan semua Scandinavia berfaham Protestant. Sementara Negara-negara di selatan kekal Katolik, seperti Perancis, Sepanyol, Portugal, Itali, Selatan Jerman, Austria yang terus menghubungi Pope (paus) untuk maksud keagamaan dan politik.
Pembahagian ini mempengaruhi hasil seni. Namun kepelbagaian stail dan konsep seni antara tahun 1600 dan 1750 bukan semata-mata bertolak daripada reformasi dan penolakan gereja katolik, tapi juga menerusi Council of Trent yang bertemu antara 1545-1563, yang mana katolik berjaya membanteras korupsi dalaman, dan melahirkan kuasa gereja yang baru dan bertenaga. Hasilnya ialah penaungan karya-karya besar yang membentuk standard seni Baroque.
Seni Baroque : Suatu Counter-Reformation
Kelahiran seni Baroque disebut juga sebagai suatu Counter-Reformation yang cuba meletakkan kembali kuasa gereja katolik yang digugat oleh kelahiran Protestantisme di Eropah Utara. Justeru itu, karya-karya seni itu dianggap bersifat didaktik dan propaganda. Ciri-ciri sandiwara bertujuan menarik simpati penghayat, menerusi kesan dramatic, kemuliaan dan moral. Seni berperanan didaktik (mendidik) dan propaganda.
Bagi menyangkal pandangan Luther yang menyifatkan bahawa acara keagamaan di gereja tidak jelas sifatnya, cuma seperti acara produksi teater besar yang tidak jelas maknanya kepada rakyat, pihak gereja katolik menerusi the Council Of Trent menaungi seni lukis yang menekankan maksud yang jelas. Ia di awasi oleh piawaian moral dan diikuti oleh kecenderungan estetik. Ini menimbulkan pelbagai reaksi, dan Council mengeluarkan kenyataan pada disember 1563 bahawa dengan menatap karya-karya keagamaan disekeliling mereka sewaktu beribadat, mereka dapat mempertingkatkan iman dan kepercayaan. Dengan itu, seni berperanan sebagai alat pengajaran (sesuatu yang sebenarnya sehaluan dengan objektif-objektif Luther dalam tulisan-tulisan mazmurnya).
Disamping meninggalkan kesan yang kuat ke atas seni Itali, gaya Baroque menular ke seluruh Eropah dengan pantas. Walau bagaimanapun, di luar Itali dan Sepanyol, prinsip-prinsip seni Baroque selalunya digunakan untuk kerja-kerja sekular. Ciri-ciri pergerakan yang hebat serta kesan terang gelap yang dramatic turut lahir di Jerman, Austria, Perancis, Scandinavia, Belanda, dan England. Ciri-ciri umum gaya Baroque termasuklah penggunaan ruang, cahaya, keberatan, isi padu dan jalinan untuk menunjukkan tenaga. (Kissick, J., 1996: 226-233)
Seni Catan
Umumnya terdapat dua tema utama: catan bertema keagamaan menghiasi istana, dan catan bertema kehidupan harian (catan genre) untuk perniagaan.
Ciri-ciri Catan Baroque
Umumnya seni catan Baroque disifatkan sebagai dinamik. Kesan ilusi dalam ruang dan cahaya membuatkan catan-catan siling kelihatan lutsinar, satu konsep membawa pandangan penonton kearah syurga. Komposisi catan disifatkan sebagai kompleks dengan warna padat dan cahaya terang. Tenebrisme adalah kaedah merakam cahaya kuat di atas latarbelakang gelap bagi melahirkan kesan dramatic dalam catan. Ini dipelopori oleh Caravaggio. Di antara pelukis-pelukis Baroque yang utama adalah, di Itali: Annibale Caracci, Caravaggio; di Sepanyol: Zurbaran, El Greco, Velasquez; di Perancis: Georges de la Tour, Poussin ; di Flanders: Rubens, Anthony Van Dyck ; dan di Belanda: Frans Hals, Jan Vermeer, Rembrandt.
Rembrandt van Rijn |
Di setiap Negara Eropah, catan berkembang dengan ekspresi Baroque yang unik. Dinamik adalah ciri asas catan pada abad ke-17 itu. Ruang, cahaya, keberatan, isipadu dan jalinan digunakan untuk menunjukkan elemen tenaga.
Itali
Perkembangan Seni Baroque di Itali boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:-
1. Era Awal Baroque (The Early Baroque Period) (s. 1580-1625 M)
Memperlihatkan kelahiran prinsip-prinsip Baroque dalam karya-karya catan Annibale Caracci dan Domenishino, arca oleh Francessco Mochi dan arkitek Carlo Maderna.
2. Era Gemilang Baroque (The Higher Baroque) (s.1625-1675 M)
Berkisar di Rome dengan arca-arca oleh Gianlorenzo Bernini yang dinamik, seni bina yang inovatif oleh Barromini dan Rainaldi.
3. Era Akhir Baroque (Late Baroque) (s.1675-1715 M)
Meneruskan ciri-ciri Higher Baroque. Dapat dilihat dalam siling ‘St. Ignazio’ yang dicipta oleh Andrea Rozzo. Ini kemudiannya mewujudkan gaya Rococo.
Di samping meninggalkan kesan yang kuat ke atas seni Itali, gaya Baroque menular ke seluruh Eropah dengan pantas. Walau bagaimanapun di luar Sepanyol dan Itali, prinsip-prinsip Baroque selalunya digunakan untuk kerja-kerja secular. Ciri-ciri pergerakan yang hebat serta kesan terang gelap yang dramatic dalam seni Baroque turut wujud di Jerman, Austria, Perancis, Scandinavia, Belanda, dan England, misalnya dalam karya-karya Peter Paul Rubens dan Diego Velazquez. Ciri-ciri umum gaya Baroque termasuklah penggunaan ruang, cahaya, keberatan isipadu dan jalinan untuk menunjukkan tenaga.
Catan siling yang bertemakan keagamaan dihasilkan dengan gaya yang dinamik, besar dan penuh dengan nilai-nilai emosi. Warna-warna yang padat, pergerakan dan gaya yang diperlebih-lebihkan dalam komposisi diagonal merupakan sebahagian dari ciri-ciri asas catan Baroque.
Tujuan Dan Subjek Kajian
1. Catan digunakan untuk menghiasi gereja, terutamanya catan-catan siling yang ilusionistik membawa penonton ‘arah ke syurga’.
2. Catan-catan easel membawa tema dan cerita keagamaan yang dinamik.
3. Dekorasi istana menekankan kepada subjek mitologi yang dilihat dari sudut Kristian. Ilusionisme amat penting.
4. Imej figura manusia dan catan hamper sama pentingnya di dalam komposisi.
Media dan teknik
1. Fresco digunakan untuk catan dinding dan siling.
2. Cat minyak dan kanvas untuk catan easel.
3. Media campuran (mixed media), misalnya dalam catan meniru arca, dan catan meniru seni bina untuk kesan realisma.
Ciri-ciri Catan Baroque
1. Ciri-ciri umum :
a. Dinamik
b. Komposisi diagonal
c. Ilusionisme dalam ruang dan cahaya membuat siling kelihatan lutsinar.
d. Perspektif yang kompleks.
e. Kesan emosi yang kuat menerusi gabungan warna yang padat, pergerakan yang diperlihatkan serta komposisi yang unik lagi berani.
2. Caracci memperkenalkan Bolognese Academy di mana para pelajar di latih berkarya dengan gaya Renaisan, gabungan stail Michelangelo, Raphael dan Titian.
3. Caravaggio menggunakan kaedah tenebrisme, di mana cahaya yang kuat memberi kesan dramatic.
Contoh-contoh karya
1. Annibale Caracci, ‘Venus dan Anchises’, (1579-1600).
2. Annibale Caracci, ‘Landscape With Flight Into Egypt’ (1603)
3. Guido Reni, ‘Aurora’ (1613-14)
4. Domenichino, ‘Hunt of Diana’ (1615)
5. Guerno, ‘Aurora’ (1621-23).
6. Caravaggio, ‘Calling of St. Matthew’, (1600).
Sepanyol
Terdapat dua gaya utama:
1. Intense Mysticism
2. Detached Realism
Kedua-duanya mementingkan ciri-ciri tenebrisme dan ilusionisme. Catan keagamaan dianggap terpenting dalam perkembangan seni di Sepanyol. Di samping itu, potret, genre, landskap, mitologi dan subjek secular berkembang dibawah pengaruh Velazquez. Mysticism dalam catan agama dapat dilihat dalam catan-catan El-Greco, sementara Realisme dalam catan-catan Velazquez. Caravagio mempengaruhi pelukis-pelukis Sepanyol menerusi Tenebrisme.
Flanders
Pelukis-pelukis Flemish
berkarya dalam berbagai-bagai subjek untuk memenuhi kehendak penaung-penaung
seni yang kaya dari pelbagai bangsa. Rubens gemar memetik subjek figura manusia
yang dipersembahkan dalam suasana keagamaan, sejarah dan mitologi. Van Dyck
yang terkenal sebagai pelukis istana King Charles I (England) memperkenal dan
mempelopori asas catan potret Inggeris, disamping itu, kebnayakan
pelukis-pelukis Baroque berbangsa Flemish merupakan pelajar-pelajar Rubens yang
terpengaruh dengan subjek dan stailnya.
1. Peter
Paul Rubens, ‘Elevation of the Cross’ (1610)
2. Peter
Paul Rubens, ‘Garden of Love’, (1638)
Belanda
Catan-catan potret,
genre, alam benda dan landskap berkembang dengan popular. Karya-karya Hals,
Velmeer dan Little Dutch Masters juga dianggap penting. Kehebatan hiasan
dalaman gereja menyebabkan catan keagamaan tidak diperlukan untuk dekorasi.
Penaung seni juga tidak begitu meminati subjek ini, malahan Rembrant sendiri
merakamkan subjek keagamaan ini dalam karya suasana kehidupan harian. Subjek
sejarah dan mitologi juga tidak begitu popular. Kehidupan harian merupakan
subjek utama dan dirakamkan dalam catan-catan potret individu dan berkumpulan,
landskap, seascapes, pandangan dalaman rumah dan gereja serta alam benda.
Contoh-contoh karya
The Utrecht School
1. Gerrit
Van Honsthrost, ‘The Supper Party’, (1620)
2. Hendrick
Terbruggen, ‘The Calling of St. Matthew’, (1621)
The Haarlem School
1. Frans
Hals, ‘The Jolly Toper’, (1627)
Pandangan Dalaman (Interior Scenes)
1. Jan
Vermeer, ‘Kitchen Maid’, (1658)
2. Pieter
de Hooch, ‘The Linen Cupboard’, (1663)
Catan keagamaan
1. Rembrant
‘Supper at Emmaus’, (1628-30)
‘Supper at Emmaus’, (1628-30)
‘Blinding
of Samson’, (1636)
Potret Berkumpulan
1. Rembrant
‘Anatomy
Lesson of Dr. Tulp’ (1632)
‘The
Night Watch’, (1642)
Perancis
Catan-catan dengan gaya Baroque Klasik dibiayai oleh Raja dan pihak istana. Subjek-subjek mitologi serta sejarah amat digemari di samping potret, genre dan lansdkap. Dalam setengah abad yang pertama, Poussin, de la Tour, Le Nain dan pelukis-pelukis lain menghasilkan karya-karya yang inovatif. Dengan penubuhan Academy of Painting and Sculpture dalam tahun 1648, pelukis-pelukis berkarya untuk Raja dengan menghiasi istana. Mereka menghasilkan catan-catan keagamaan, mitologi, potret dan hiasan yang mengagungkan Raja.

1. Georges
de la Tour, ‘Newborn’, (1630)
2. Louis
le Nain, ‘Peasant Family’ (1640)
3. Nicholas
Poussin, ‘Inspiration of the Peet’, (1628-29)
4. Claude
Lorrain, ‘Embarkation of Saint Ursula’, (1641)
5. Phillipe
de Champaigne, ‘Unknown Man’, (1650)
6. Hyacinthe
Rigaud, ‘Potrait of Louis XIV’ (1701)
Seni arca
Pada abad ke-17, perkembangan arca cuma menonjo di Itali dan Perancis. Gianlorenzo Bernini merupakan pengarca yang terkemuka dan stailnya berpengaruh di kedua-dua buah negara tersebut.
Itali
Keseluruhannya, arca membawa subjek-subjek keagamaan yang dibiayai oleh pihak Gereja Katolik sebagai alat menentang Protestant Reformation. Beberapa buah arca Bernini juga merakamkan subjek mitologi.
Media dan teknik
Gabungan bahan, misalnya marmar dan gangsa dihasilkan untuk memberi kesan tertentu seperti sinaran cahaya.
Ciri-ciri Arca Baroque
Pada abad ke-17 itu, seni arca memperlihatkan kesan psikologi, emosi dan tenaga yang kuat serta ciri-ciri realism yang jelas. Komposisi yang menarik dicipta agar arca dapat dihayati dari segenap sudut, bukan dari bahagian hadapan sahaja. Arca Baroque juga merakam pergerakan atau aksi yang berterusan.

1. Gialorenzo
Bernini
‘Apollo
dan Daphne’, (1622-24)
‘David’,
(1623)
‘Ecstacy
of St. Theresa’, (1645-52)
Perancis
Seperti seni Perancis
yang lain pada abad ke-17 itu, arca juga bersifat secular dan digunakan sebagai
satu cara untuk mengagungkan Raja dan pegawai-pegawai tinggi pemerintah. Potret
dan mitologi merupakan dua subjek terpenting. Marmar dan terracotta adalah
media arca yang popular.
Contoh-contoh Karya
1. Pierre
Puget, ‘Milo of Crothna’, (1671-83)
2. Antoine
Coysevox, ‘Bust of Colbert’, (1667)
3. Francois
Girardon, ‘Tomb of Richelieu’, (1675-77).
Seni bina
Indah, besar dan mewah adalah ciri-ciri seni bina Baroque yang lazim diterjemahkan menerusi pelbagai gaya kebangsaan. Di Itali, gereja dan bangunan-bangunan keagamaan lain dibentuk untuk menunjukkan kuasa serta kesatuan gereja katolik. Istana dan bangunan-bangunan awam dibina dalam pelbagai gaya. Gereja St. Peter yang disiapkan di Rom selepas 120 tahun pembinaannya memeperlihatkan peralihan gaya Renaisan kepada Baroque. Dalam seni bina Baroque ini, ruang dan isi padu digunakan untuk mewujudkan kesan pergerakan. Cahaya diolah agar dapat mewujudkan kesan emosi dan perasaan. Ini dilakukan menerusi perubahan kesan cahaya dan warna di atas pelbagai bentuk permukaan. Arkitek Baroque juga merakamkan elemen perubahan dengan menggunakan bentuk geometric yang kompleks seperti bujur telur, bulat buntar, keseimbangan dinamik dan kesan cahaya yang dramatik.

Contoh-contoh
karya
1. Carlo
Maderna, ‘Santa Susanna’, (1597-1603)
2. ‘St. Peter’s Facado’
(1606-12)]
3. Gianlorenzo
Bernini, ‘Colonnade of St. Peter’s’, (1656)
4. Grancesco
Borromini, ‘St. Ivo’, (1642-60)
Perancis
Bangunan awam serta
istana lebih banyak dihasilkan daripada gereja. Stailnya dikenali sebagai
‘Classical-Baroque’, iaitu gabungan ciri-ciri klasik Renaisan dengan kehebatan
Baroque. Istana Versailles serta keindahan landskap persekitarannya
menggambarkan kehalusan dan kecantikan gaya Baroque serta kekuasaan dan
kekayaan Perancis. Seni bina istana Perancis kemudiannya membentuk dan menjadi
satu ‘satandard’ di Eropah antara 1600 dan 1715.
Contoh karya
Chateau de Versailles, Versailles |
1. Louis
Le Vau dan Jules Hardouin-Mansart, ‘Garden Façade, Versailles’, (1669-85)
No comments:
Post a Comment