Seniman-seniman Proto-Renaisan membuat pengamatan yang terus dan secara langsung terhadap alam. Catan masih digunakan untuk menghiasi gereja di samping bangunan-bangunan awam. Golongan pedagang yang kaya menjadi penaung kerja-kerja seni. Subjek keagamaan dan sekular juga menjadi penting. Subjek-subjek keagamaan dipetik daripada beberapa sumber utama seperti: 1. Bible 2. The Apocrypha ; sekumpulan cerita yang dulu pernah dimuatkan di dalam Bible, tapi kemudiannya dibuang kerana tidak asli. 3. The Golden Legend; koleksi cerita mengenai kehidupan pengikut suci kristian yang ditulis oleh Japaco de Voragine, Archbishop Genoa dalam abad ke-13. 4. Mirror of man’s salvation : Kisah kehidupan Nabi Isa. Subjek sekular atau bukan keagamaan seringkali berkaitan dengan politik dan pemerintah.
Terdapat empat aliran catan yang utama pada era Proto-Renaisan, iaitu : 1. Sieniese School : pelukis-pelukisnya seperti Duccio dan Lorenzetti. 2. Roman School : pelukisnya Pietro Cavallini. 3. Florentine School : pelukis-pelukisnya seperti Cimabue dan Giotto. 4. Pisan School : pelukisnya Francesco Traini.
Seni Arca Arca pada peringkat Proto-Renaisan kebanyakannya merupakan ukiran timbulan yang digunakan untuk menghiasi mimbar serta pintu gereja. Seperti catan, subjek-subjeknya dipetik dari Bible. Media Dan Teknik 1. Batu marmar digunakan untuk arca timbulan serta arca berdiri bebas kerana ia mudah didapati di Itali. Ia digabungkan dengan bahan-bahan lain seperti granit dan batu-batu lain. 2. Gangsa juga digunakan. Dua gaya arca di Itali dalam abad ke-14 itu adalah : 1. Gaya klasik punyai ciri-ciri Rumawi seperti dalam figura, pakaian serta struktur seni bina. Pengarca utama ialah Nicola Pisano. 2. Gaya gotik Diilhamkan dari Perancis. Pengarcanya Giovanni Pisanno. Figura-figuranya dipersembahkan dalam aksi serta emosi yang bertenaga.
Karya Nicola Pisano |
The Calling of the Apostles 1309-1311M |
1. Duccio, “The Calling of the Apostles”, (1309-1311 M).
2. Duccio, “Virgin and Child Enthroned with Saints”, (1308-1311 M).
3. Cimabue, “Virgin and Child Enthroned with Angels And Prophets”, (1280-1290M).
Madonna Enthroned with the Child St Francis St Domenico and two Angels - Cimabue |
Virgin and Child Enthroned with Angels And Prophets -Cimabue |
4. Giotto, “Madonna Enthroned”, (s.1310M)
5. Giotto, “The Arena Chapel Frescoes”, (1305M)
The Arena Chapel Frescoes 1305M- Giotto |
Seni arca
1. Nicola Pisano “Pulpit, Pisa Baptistry”, (1259-60M)
2. Giovanni Pisanno, “Pulpit, St. Andrea, Pistoia” (1301M)
Pulpit, St.Andrea, Pistoia |
No comments:
Post a Comment