Alam Fauna dan Flora

Fenomena Alam

EDUP3053 Teknologi Pengajaran & Pembelajaran

Sudut Agama dan Moral

Halaman Kesihatan

Halaman Pertanian

Halaman Pendidikan Seni Visual

Sudut Hiburan & Rekreasi

Teori Teleologikal






Teleologikal berasal daripada perkataan ‘telos’ yang bererti matlamat.  Teori Teleologikal mengatakan nilai betul atau salah bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan.  Ertinya jika perbuatan itu member lebih banyak kebaikkan maka ia perlu dilakukan. Teori ini amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan(konsekuensialisme).  Bagi ahli teologi,nilai moral adalah tindakan seseorang bergantung kepada nilai bukan moral yang dihasilkan mereka.  Oleh itu teori ini menetapkan apa yang baik atau yang wajib secara bukan moral.  Maka untuk mengentahui sama ada apa yang dilakukan itu baik,betul atau wajib secara bukan moral(Frankena,1973).
            Teleologis juga mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang baik secara bukan moral.  Ada yang berfikir seperti hedonis(mengenal pasti apa yang baik dengan keseronokan dan yang buruk dengan keseksaan) dan ada yang berfikir bukan seperti hedonis(mengenal pasti yang baik dengan kuasa,ilmu,kesedaran diri,ketepatan dan lain-lain).  Teleologis juga berbeza pendapat tentang siapa yang menerima kebaikan atau keburukan.  Oleh yang demikian pelbagai teori teleology telah wujud.  Antaranya ialah Utilitarianisme dan Egoisme.

No comments:

Post a Comment