Alam Fauna dan Flora

Fenomena Alam

EDUP3053 Teknologi Pengajaran & Pembelajaran

Sudut Agama dan Moral

Halaman Kesihatan

Halaman Pertanian

Halaman Pendidikan Seni Visual

Sudut Hiburan & Rekreasi

Monday, 9 February 2015

Teori Perkembangan

Arnold Lucas Gesell (1880 – 1961)
Arnold Lucas Gesell


Arnold Lucas Gesell seorang ahli psikologi perkembangan melalui buku beliau “An Atlas of Infant behaviour” (1934) dan “Infant and Child in the Culture of Today” (1943) mempercayai bahawa perkembangan berlaku secara dalaman. Ini bermakna, ciri-ciri yang tertentu akan muncul bila tiba peringkat kematangan yang bersesuaian. Sekiranya otot, saraf, otak dan tulang tidak bersedia atau tidak matang, peluang-peluang yang diberikan kepada kanak-kanak untuk belajar sesuatu kemahiran tidak akan mencapai hasil yang positif.
Umur
Ciri-ciri

0 – 1 tahun

1. Perkembangan Emosi : mula 1 bulan melalui isyarat tangisan atau senyuman
untuk nyatakan kehendak / 4 bulan ketawa bila rasa gembira.
2. Perkembangan Fizikal : mula pd 4 bulan dengan pergerakan mata / 6 bulan
boleh duduk, merangkak, pegang objek/ 1 tahun boleh berdiri atau memegang
kerusi.
* Perkembangan mengikut makenisma kawal kendiri.

1 – 2 tahun

Perkembangan mental dan fizikal meningkat – kemahiran menggunakan
perkataan mudah
• Perkembangan fizikal bertambah – mula berjalan dan belari

2 – 3 tahun
Mula berdikari – makan, minum dan lain-lain sendiri
• Mula guna ayat mudah
3 – 4 tahun
• Perkembangan fizikal dlm permainan
• Keupayaan melaksanakan tugas harian

4 – 5 tahun

Perkembangan emosi dan sosial – interaksi dengan rakan sebaya
• Perkembangan mental – kemukakan soalan / sedia dengar pendapat
orang lain /membezakan betul dan salah.

5 – 6 tahun
Masa transisi; keperluan sekolah, rakan sebaya dan pengubahsuaian kepada
peraturan
7-10 tahun

Masa penyatuan dan penyesuaian kepada alam persekolahan
11-14 tahun

Masa transisi; konflik berhubung dengan baligh dan keremajaan
15-16 tahun
Masa penyatuan; persediaan untuk menghadapi alam dewasa

No comments:

Post a Comment