Alam Fauna dan Flora

Fenomena Alam

EDUP3053 Teknologi Pengajaran & Pembelajaran

Sudut Agama dan Moral

Halaman Kesihatan

Halaman Pertanian

Halaman Pendidikan Seni Visual

Sudut Hiburan & Rekreasi

Sunday, 28 June 2015

Khasiat Buah Abiu


Buah Abiu berasal dari Amazon Amerika Selatan

Abiu (Pouteria caimito) adalah sejenis tanaman malar hijau yang tergolong dalam keluarga Sapotaceae yang berasal dari kawasan tanah rendah Amazon di Brazil dan kini telah tersebar luas di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Sebelum sampai ke Malaysia, buah ini ditanam secara meluas di Australia.

Pokok abiu sederhana besar dengan ketinggian mencapai sehingga 10 meter. Daunnya tersusun secara berselang, bersaiz 10-20 cm panjang dan 3-6 cm lebar. Bunganya jenis hermaprodit, berwarna putih dan keluar dari aksil daun sama ada secara tunggal atau berkelompok antara 2-5 kuntum setiap kelompok. Buah yang muda berwarna hijau, berkulit licin. Buah yang masak berwarna kuning berkilat dan kurang bergetah. Isinya berwarna putih krim, berjus, tekstur halus dan lembut, manis, aroma harum, sedikit bergetah dan mengandungi 1-4 biji yang berwarna hitam dan berbentuk empat segi panjang. Isinya seperti kelapa muda tetapi lebih manis.

Abiu boleh dibiak sama ada melalui biji benih atau secara pembiakan tampang. Jenis pembiakan tampang yang sesuai dilakukan ialah cantuman baji ataupun cantuman sisi. Anak pokok yang dibiak cara tampang boleh ditanam ke ladang 4-5 bulan selepas mencantum. Biji benih abiu haruslah disemai secepat mungkin (1-2 hari) bagi menjamin pertumbuhan yang baik. Anak pokok dibiak dari biji benih boleh ditanam ke ladang bila mencapai umur 6-8 bulan selepas disemai. Pokok abiu yang dibiak secara tampang akan mula mengeluarkan buah antara 1-2 tahun selepas ditanam di ladang sementara itu pokok yang dibiak melalui biji benih hanya mulai berbuah 2-4 tahun selepas menanam.
Bunga Abiu 1

         
Bunga Abiu
Pokok ini cepat berbuah sekitar umur 2 tahun, Mula mengeluarkan bunga yang berwarna putih ketika berumur 2 tahun. Dua bulan kemudian, bunga menjadi buah berwarna hijau dan berangsur menjadi kuning cerah ketika sudah masak atau matang.

Isi buah abiu berwarna putih krim dengan rasa khas manis yang segar. Ada yang menggambarkannya seperti rasa kelapa muda, namun ada juga yang menyetarakannya dengan paduan susu dan karamel. Disebabkan isinya yang lembek dan sedikit berair, abiu boleh dimakan dengan cara dibelah melintang atau membujur, atau juga dengan sudu. Setiap buah abiu mengandungi 1-5 biji.


Khasiat Buah Abiu

Meringankan batuk, bronchitis, dan sistem pernafasan atau paru-paru kerana  mengandung banyak vitamin A, B3 dan C, serta kaya dengan sumber kalori dan serat. Isi buah abiu boleh digunakan untuk meringankan batuk, bronchitis, dan pernafasan atau paru-paru.

Getah  pohon abiu bermanfaat sebagai ubat cacing, dan menyembuhkan luka bengkak.



7 comments:

  1. Pak, boleh kah saya meminta foto bunga abiu. Saya Nindita dari Indonesia :). Thanks

    ReplyDelete
  2. Bolehkah saya meminta foto bunga abiu pak ? Terimakasih. Saya Nindita from Indonesia.

    ReplyDelete
  3. Foto bunga Abiu tidak banyak. Atas permintaan terhadap bunga abiu, saya telah menambah foto bunga Abiu. semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. I'm from Thailand.I want to buy Abiu seeds for planting in Thailand.
    Pls. inform me where is to buy.
    THANKS.
    KEERATI ,email modsuan ad gmail dot com

    ReplyDelete
  5. saya ingin membeli buah abiu, bolehkah saya tahu adakah tuan menjual buahnya? kalau ya, sila hubungi saya di 012-2498078 atau sia beri nombor tuan utk saya hubungi nanti. Terima kasih

    ReplyDelete
  6. tuan, saya berminat untuk embeli buah ini secara pukal, boleh saya dapatkan nombor telepon tuan utk saya hubungi atau tuan boleh hubungi saya di 012- 2498078. tq

    ReplyDelete
  7. Encik, saya sedang mencari ladang buah Abiu . Bolehkah encik berkongsi dengan saya nombor telefon pemilik ladangnya . Terima kasih amat sgt. Boleh e-mail saya kat estheryt@yahoo.com atau 012-2498078

    ReplyDelete