Alam Fauna dan Flora

Fenomena Alam

EDUP3053 Teknologi Pengajaran & Pembelajaran

Sudut Agama dan Moral

Halaman Kesihatan

Halaman Pertanian

Halaman Pendidikan Seni Visual

Sudut Hiburan & Rekreasi

Friday, 16 December 2016

Cara Menyediakan Baja Organik Buatan Sendiri

Kembangkan keperluan runcit anda sendiri dengan baja buatan sendiri
Terdapat di kalangan kita yang meluangkan masa untuk berkebun biarpun sedikit kerana hasil kawasan belakang rumah jauh lebih baik dan lebih murah berbanding mendapatkannya dari kedai-kedai runcit atau pasaraya. Bukan kerana aktiviti ini akan memberi kebaikan kepada jasmani dan minda atau hasil sampingan bahkan bukan juga kerana saranan kerajaan untuk membuat kerja-kerja sampingan guna menampung perbelanjaan keluarga yang semakin mendesak. Cukuplah kalau dengan usaha ini kita memperolehi hasil tanaman yang segar dan tahu secara terperinci sumber baja yang digunakan untuk membesarkan tanaman. Ini sangat penting kerana kita sedia maklum hasil tanaman yang dijual di luar sangat terdedah kepada penggunaan baja yang tidak sesuai untuk kesihatan kita.
Secara jujur, kebanyakan daripada kita akan menggunakan baja yang sesuai untuk tanaman makanan kegunaan sendiri dan tidak menggunakan baja sembarangan.

Terdapat juga kepercayaan bahawa kita perlu membelanjakan sejumlah wang  yang besar untuk memiliki taman yang benar-benar sihat yang baik. Saya berpendapat bahawa salah faham ini adalah disebabkan oleh tanah di belakang rumah tidak berkualiti untuk tanaman dan memerlukan baja yang banyak untuk diusahakan.

Alasan ini agak komplikated. Boleh dibincangkan untuk satu topik khusus. Memadai dengan mengatakan bahawa jika tanah lemah, tumbuh-tumbuhan juga akan menjadi lemah.  Maka bermakna pengeluaran yang rendah, membawa kepada lebih banyak masa dan wang dibelanjakan walhal produktivinya sedikit.

Tanah Yang Sihat Bermakna Tanaman Harusnya Sihat
Ini bererti kita perlu perlu meronai tanah. Kebanyakan kita tidak membuat kompos sendiri di rumah, Terdapat pelbagai jenis baja tanaman yang dijual di pasaran yang didapati mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan tanaman kita dan tidak mesra alam. Sebagai tambahan, baja juga semakin mahal, dan ini seperti merealisasikan metos mengapa membangunkan tanaman di belakang rumah agak mahal. Ini tidak selalunya benar. Kita tidak perlu membelanjakan sejumlah wang yang banyak kerana percaya atau tidak kita sebenarnya dikelilingi oleh baja.

Hasilkan Baja Anda Sendiri
Menyediakan kawasan tanaman makanan organik sendiri adalah mudah dan menghiburkan. Kebanyakan daripada kita sudah maklum bahawa cara terbaik untuk memiliki kawasan penanaman yang baik ialah dengan menggunakan kompos untuk menyuburkan tanah. Sudah tentu dan memang benar. Kompos boleh dihasilkan sendiri di rumah melalui sisa-sisa makanan, dan keratan akbar yang hampir-hampir bebas kos.

Pembajaan sememangnya diperlukan oleh seseorang untuk menjayakan projek tanamannya. Jika demikian, dengan maklumat yang sedikit tentang cara-cara menghasilkan baja sendiri kita sebenarnya telah mengelak dari berbelanja lebih membeli baja di kedai.

Nutrien Berkhasiat untuk Tumbuh-tumbuhan Prolifik
Kunci kepada satu taman yang cantik ialah tanah yang baik. Nutrien penting yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman kebanyakannya terdapat dalam tanah. Nitrogen, fosforus, kalium, dan rendah tahap kalsium, magnesium, dan sulfur yang dipanggil makronutrien, dan ini adalah nutrien yang sangat dperlukan tumbuhan.

Mikronutrien kekal boleh dibekalkan dalam jumlah yang kecil di semua kawasan malah diperlukan juga di kawasan tanah yang kurang subur.

Walaupun ia mungkin bukanlah topik yang paling menarik dalam hal berkaitan berkebun,  namun pengetahuan tentang asas baja merupakan perkara yang mesti ada pada setiap pekebun. Sama seperti kita yang memerlukan makanan berkhasiat - begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Memahami sedikit tambahan pengetahuan mengenai baja boleh membantu kita menjayakan taman tanaman berkembang besar, kuat, tanaman yang sihat dengan kos yang lebih rendah.

Sebelum kita melihat beberapa jenis baja buatan sendiri, Satu perkara umum yang perlu diperhatikan tentang baja ialah semua jenis baja samada buatan sendiri atau yang terdapat di pasaran terkelompok dalam dua kategori asas iaitu samada kimia/sintetik atau organik semulajadi.

Perbandingan Baja Organik Dengan Baja Sintetik
Baja kimia atau sintetik dihasilkan menggunakan bahan-bahan sintetik yang biasanya mengandungi bahan nitrogen, fosforus dan kalium yang sangat pekat (merupakah bahan-bahan N-P-K yang disenaraikan pada bungkusan baja).

Baja jenis ini bekerja dengan cepat kerana ia merupakan makanan tumbuh-tumbuhan secara langsung. Kelemahan baja ini ialah ia tidak membantu menambah nilai baikpulih tanah malah secara beransur-ansur boleh memusnahkan organisma yang bermanfaat kepada tanah yang sihat. Melalui penggunaan baja ini terus menerus dalam kuantiti yang banyak, ia akhirnya akan membentuk tanah yang menghalang kepada pertumbuhan pokok.

Baja organik semula jadi yang sering digunakan ialah makanan alfalfa, atau emulsi ikan yang menyediakan nitrogen; serbuk tulang atau fosfat membekalkan fosforus; dan makaan hidangan laut atau makan granit membekalkan kalium.

Kelemahannya ialah penggunaan bahan-bahan dari baja ini lebih perlahan. Baja organik sebaliknya tidak menyediakan makanan terus kepada tanaman sebaliknya menambah nutrien kepada tanah untuk disesuaikan dengan pertumbuhan tanaman secara perlahan lahan dan berterusan.

Memahami Asas mengenai N-P-K

Terdapat juga banyak mikronutrien penting dalam baja yang baik, yang pada asasnya dikenali sebagai N-P-K yang merupakan  kunci  kepada asas menghasilkan baja sendiri di rumah. N adalah untuk nitrogen, P untuk fosforus, dan K untuk Kalium. Masing-masing mempunyai peranan penting dalam menyempurnakan kesihatan tanaman kita.

Nitrogen adalah nutrien yang paling penting kepada tanaman untuk membesar dan subur - batang tinggi dengan pertumbuhan daun yang baik. Jika anda meneliti kandungan N-P-K produk komersial yang mengiklankan 'Pertumbuhan Ajaib' anda akan mendapati sebenarnya tidak ada keajaiban langsung - pertumbuhan yang luar biasa adalah sebenarnya disebabkan oleh nisbah N-P-K yang seimbang tetapi jumlah nitrogen pada kadar yang besar dalam campuran tersebut.

Fosforus diperlukan untuk perkembangan sistem akar yang sihat dan kuat, dan untuk menggalakkan pembungaan yang banyak. Baja khusus untuk pembungaan biasanya mempunyai kandungan fosforus yang tinggi.
Kalium membantu pertumbuhan pokok, pengeluaran protin, tahan lasak, ketahanan penyakit, ketahanan serangan serangga dan penggunaan air yang cekap.  Tanaman tanpa kalium yang mencukupi membesar agak perlahan dengan daun kuning.

Sentiasa ingat satu peraturan asas yang boleh digunakan untuk penggunaan semua baja - 'less is more' Jika anda menggunakan terlalu banyak baja atau kepekatan yang terlalu kuat, anda sebenarnya lebih banyak menyebabkan kerosakan berbanding kebaikan kepada tanaman. Tindakan yang boleh merosakkan tanaman bermula dari tanda-tanda daun terbakar - coklat, bergulung tepi daun dan daun yang layu dan jatuh dari batang. Sentiasa berhati-hati - 'less is more'.

Kini, dengan pemahaman yang mudah untuk maklumat di atas, anda sudah bersedia untuk membuat baja anda sendiri. Berikut adalah beberapa penyelesaian yang boleh membawa kejayaan:

Baja-Baja Mudah Dari Rumah
Terdapat banyak benda-benda yang biasa ditemui di dapur anda, dan di tempat lain sekitar rumah, bahawa bahan tersebut boleh digunakan sebagai baja tumbuhan.

Air Akuarium
Menyiram tumbuh-tumbuhan anda dengan menggunakan air akuarium yang diambil keluar dari tangki apabila membersihkannya. Hanya air tawar sahaja. Jangan gunakan air dari tangki air masin. Sisa ikan sangat sesuai dan membantu tanaman anda tumbuh dengan segar dan cepat membesar.

Pisang
Pisang bukan sahaja lazat dan sihat untuk manusia, tetapi ia juga memberi banyak faedah kepada tumbuhan lain. Apabila menanam bunga ros, timbus sebiji pisang (atau hanya kulit) dalam lubang di samping bunga ros tersebut. Pertumbuhan bunga ros memerlukan baja yang dapat dibekalkan oleh kulit pisang yang umum tahu kulit pisang tersebut membekalkan kalium yang sangat diperlukan tumbuhan untuk membesar.

Serbuk Kopi
Serbuk kopi
serbuk kopi yang terpakai mengandungi kira-kira dua peratus nitrogen, kira-kira satu pertiga daripada satu peratus daripada asid fosforik, dan sejumlah kecil kalium (biasanya kurang daripada satu peratus). Serbuk kopi ini amat sesuai kerana sedikit berasid terutama kepada tumbuh-tumbuhan seperti beri biru, evergreen, azaleas, bunga ros, camellia, avokado, dan banyak veriati pokok buah-buahan.
Azalea merupakan tanaman perdu berbunga dari genus Rhododendron, dan salah jenis tanaman yang menyukai naungan sehingga Azalea ini dapat tumbuh baik disekitar tanaman/pohon besar. Saya mencadangkan anda mengeringkan serbuk kopi dan kemudian menabur serbuk tersebut di sekitar tumbuh-
tumbuhan anda. Elakkan ditabur berkelompok tebal untuk mengelakkan kecenderungan tompokan tersebut berkulat apabila basah.

Azalea
Serbuk tea yang telah digunakan juga berfungsi baik sebagaimana serbuk kopi. Taburkan hampas daun teh di sekeliling pangkal tumbuhan yang sesuai terhadap asid, termasuk tomato dan bunga ros. Adalah dimaklumi bahawa hampas kopi adalah baik untuk tumbuh-tumbuhan, tetapi daun teh mengandungi ketiga-tiga nutrien besar, N-P-K, serta beberapa mineral surih. Ini bermakna tea sesuai untuk menjadi sebahagian komponen dalam menghasilkan baja buatan sendiri.





Air Masakan
Air rebusan jagung yang banyak manfaat.
Banyak nutrien dilepaskan ke dalam air ketika kita merebus makanan. Air yang digunakan untuk mendidih kentang, sayur, telur atau jagung boleh digunakan sebagai baja. Cuma perlu diingat untuk menyejukkannya sebelum
disiram pada tanaman anda.
Air rebusan jagung misalnya selain sebagai baja tanaman dan makanan ternakan juga bermanfaat untuk menyembuhkan berbagai macam penyakit, seperti batu ginjal, batu hempedu, tekanan darah tinggi dan diabetes.
Berikut cara penggunaan air rebusan jagung sebagai ubat.

Batu ginjal
Caranya, sediakankan 4 tongkol jagung muda berserta rambutnya sebanyak 1 genggam dan daun pokok pecah beling yang masih segar 8 helai. Kemudian, rebus semua bahan tersebut dengan 110 ml air. Saring air rebusan tersebut, dan minum setiap hari. Apabila batu ginjal yang berbentuk butiran mirip kerikil dan berbuih keluar, hentikan minum ramuan ini, dan beralihlah kepada amalan minum daun misai kucing. 

Diabetes
Caranya dengan meminum air rebusan jagung tanpa dipisahkan dari tangkainya secara rutin, dua atau tiga kali dalam seminggu. Jagung memiliki rasa manis semulajadi yang baik untuk pengidap diabetes. 

Batu Hempedu
Caranya, ambil 5 tongkol jagung muda dan 5 gram kumis kucing segar. Kemudian rebus kedua bahan tersebut dengan 110 ml air. Saring dan minum setiap hari selama dua minggu. Insyallah akan dialami sendiri khasiatnya melalui kesihatan yang semakin baik.

Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
Caranya dengan merebus 5-7 tongkol jagung muda dan rambutnya sebanyak 1 genggam dengan 110 ml air. Saring dan minum air rebusan tersebut selama seminggu.
Ok. Jangan banyak petua kerana tajuk ini semata-mata memfokus kepada penghasilan baja buatan sendiri.

Kulit Telor/Cengkerang Telor
Kulit telor membekalkan kalsium kepada tanaman
Cengkerang mengandungi lebih kurang 1% nitrogen, tentang asid fosforik setengah peratus dan unsur surih lain yang menjadikan bahan ini merupakan baja yang praktikel. Kalsium merupakan nutrien tumbuhan yang penting yang berperanan utama dalam pembentukan sel dan pertumbuhan. Perkembangan akar memerlukan kalsium, Sementara kalsium ini akan habis digunakan dalam proses pertumbuhan pokok.  Oleh itu, ini adalah cara yang ideal untuk 'kitar semula' kulit telur anda. Hanya perlu menghancurkan kulit telur menjadi serbuk dan menaburkan di sekitar tanaman anda.

Abu Kayu
Abu kayu membekalkan kalium dan kalsium untuk tanaman
Abu kayu boleh ditaburkan ke tanah untuk membekalkan kalium dan kalsium karbonat. Kayu keras adalah yang terbaik. Jangan gunakan abu di kawasan yang anda khaskan untuk tanaman yang sesuai kepada tanah berasid. Ini disebabkan abu adalah alkali dan boleh meningkatkan kealkalian di dalam tanah.


Teh Hijau
Satu penyelesaian yang boleh membantu untuk pertumbuhan tanaman tumbuhan air iaitu teh hijau yang boleh digunakan untuk tumbuhan air setiap empat minggu. Gunakan satu uncang teh ke 2 gelen air.

Rambut
Rambut adalah sumber yang baik daripada nitrogen dan ia mempunyai keupayaan lain iaitu sebagai penghalau rusa. Satu sumber yang baik untuk rambut ini bukan sahaja rambut sendiri tetapi juga di kedai gunting rambut atau salun kecantikan tempatan. Agensi pembekal rambut ini akan mendapat sedikit sebanyak kelegaan kerana rambut yang bertimbun di salon mereka telah anda kurangkan. Namun ianya tidak terhad kepada rambut manusia sahaja, rambut binatang seperti bulu kuda, dan kucing turut dapat berfungsi sama.

Mancis Api
Untuk menjadikan ini sebagai baja, hanya perlu meletakkan keseluruhan macis ke dalam lubang tanah atau merendam mancis ini ke dalam air. Magnesium akan terhurai melalui larutan air dan boleh berfungsi sebagai baja kepada tanaman.



Susu Tepung

Susu tepung bukan sahaja baik untuk kegunaan manusia tetapi juga untuk tumbuh-tumbuhan. Ianya merupakan sumber kalsium yang perlu dicampur dalam ke tanah sebelum menanam. Oleh kerana susu itu adalah dalam bentuk serbuk, ia mudah untuk digunakan oleh tanaman anda.

Beberapa Resipi Mudah menghasilkan Baja Buatan Sendiri 
Ini merupakan beberapa resipi membuat baja yang sedikit lebih kompleks yang saya amalkan.
Resipi 1
Bahan-bahan:

No comments:

Post a Comment