BUKU PANDUAN TANAMAN DURIAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
بَهِيمَةٌ إِلاَّ كَانَ لَهُ بِهِ
صَدَقَةٌ
“ Tak ada seorang Muslim yang menanam pohon atau menanam tanaman, lalu burung memakannya atau manusia atau haiwan, kecuali ia akan mendapatkan sedekah kerananya. ” [HR. Al-Bukhoriy dalam Kitab AL-Muzaro'ah (2320), dan Muslim dalam Kitab Al-Musaqoh (3950)]
Tips Penting Penanaman Durian
Kromolitograf oleh Hoola Van Nooten, sekitar 1863 |
Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa arang sebenarnya mempunyai banyak rahsia dan manfaat. Sifat bagi arang ialah menyerap, ia menyerap apa sahaja yang bersifat negatif yang hampir dengannya, bahkan partikal ion negatif dalam udara pun diserapnya. Dengan memiliki sifat ini arang juga bermanafaat untuk tumbuhan, dimana fungsi arang membersihkan unsur negatif jika ditaburkan rata dipangkal pokok sehingga lingkungan 1 atau 2 kaki garis pusat.
Buah durian merupakan salah satu tanaman yang boleh tumbuh dengan baik di kawasan yang beriklim tropika, kebanyakan jenis tanaman buah ini banyak terdapat negara Asia, akan tetapi melalui kemajuan teknologi kini tanaman durian ini mula tersebar di berbagai negara eropah. Buah durian ini mempunyai ciri bau yang khas tersendiri iaitu memiliki aroma bau yang kuat jika sudah masak (matang),serta mempunyai kulit keras dan berduri yang turut sama menjadikan namanya durian. Pokok durian biasanya berbuah satu kali saja pada setiap tahun,akan tetapi terdapat jenis buah durian tertentu yang boleh berbuah sebanyak 2 kali dalam setahun.
Durian merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang paling digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. Ada yang berpendapat durian berasal dari kepulauan Borneo kerana ianya banyak didapati tumbuh liar di dalam hutannya dan telah ditanam di Semananjung Malaysia dan tersebar luas di Asia Tenggara. Umumnya durian terdapat di Gugusan Pulau-pulau Melayu. Nama saintifik bagi durian ialah Durio zibethinus. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, Durio graveolens, Durio dulcis dan Durio kutenjensis
Durian Gondol Lombok, Nusa Tenggara Barat |
Cara penanaman
Tanah yang sesuai seharusnya mengandungi unsur organik dan sedikit pasir disamping berada pada kawasan yang memiliki ketinggian antara 60 s/d 700 dari ketinggian permukaan laut,curah hujan 1700 s/d 2700 mm per tahun, dengan suhu antara 20 s/d 28 darjah celcius.
- Sebelum memulai proses penanaman benih lakukan dulu proses pengolahan tanah dengan betul.
- Bersihkan kawasan tanah dari berbagai rumput dan kayu/sampah yang tidak diperlukan
- Lakukan proses penghalusan tanah dengan membajak atau mencangkul secara merata.
- Tambahkan baja organik haiwan dan tumbuhan yang sudah terurai dengan baik pada setiap kawasan penanaman pokok.
- Tambahkan batu kapur halus dan garam pada kawasan tanaman, supaya tanah dalam keadaan neutral dan berkualiti.
- Tanah dikorek dengan ukuran 60x60x50 cm sebagai tempat penanaman benih pokok.
- Pastikan jarak lubang antara satu dengan yang lainnya paling kurang 11meter supaya nanti tanaman akan tumbuh dengan baik.
- Setelah proses penyediaan lubang selesai, taburkan baja organik pada setiap lubang tanah dengan ketebalan 2 cm. Ada juga pengusaha tanaman durian memasukkan sekurang-kurangnya sekilo ikan mentah ke dalam lubang tanaman sebagai penggalak akar dan baja kepada pokok yang akan ditanam.
- Biarkan tanah tersebut selama 2 minggu, supaya proses penguraian baja berlaku dengan sempurna.
- Pilih benih yang berkualiti kerana ini sangat mempengaruhi pertumbuhan dan hasil yang akan diperolehi.
Alat yang di perlukan:
- Cangkul(boleh pakai yang lebih modern)
- Alat pembersih rumput
- Gunting pemotong yang tajam
- Alat spry/semburan baja dan menyiram
- Benih pokok durian
Langkah Penanaman
- Sebaiknya awal penanaman bibit di lakukan pada awal musim hujan.
- Untuk memulakan proses penanaman anak pokok sebaiknya di lakukan pada waktu pagi hari jam, 06.00 s/d 09.00, atau pada waktu petang sekitar jam 4.00 bergantung kepada keadaan cuaca. Penanaman dalam cuaca panas boleh menyebabkan anak pokok layu dan mati.
- Pastikan akar tanaman tidak rosak ketika membuka plastik polybeg supaya tanaman tidak layu/mati.
- Setelah proses penanaman pokok selesai, lakukan penyiraman dengan air pada semua kawasan tanaman.
- Pastikan tahap kelembaban tanah berada pada tahap optima. Kawasan tanaman boleh ditutup dengn jerami atau daun kering. Biarkan jerami tersebut selama 2 hingga 3 bulan untuk mengekalkan kelembapan untuk menggalakkan pertumbuhan akar.
Langkah Perawatan
- Lakukan penyiraman air 3 kali dalam seminggu.
- Lakukan pembersihan rumput di area lahan tanah secara berkala.
- Lakukan pembajaan tambahan dari unsur organik setiap 1 bulan sekali.
- Lakukan semburan kimia anti virus/hama secara berkala.
- Lakukan penaburan batu kapur halus dan garam dalam 3 bulan sekali.
- Lakukan penggemburan tanah di area tanaman setiap 1 bulan sekali.
- Jika tanaman sudah tumbuh besar lakukan pemangkasan pada bagian tanaman yang kurang baik atau layu.
- Jika tanaman sudah mulai tahap berbunga,lakukan penyerbukan secara manual, dengan cara memakai alat kuas yang halus, sapukan kuas pada bunga yang sudah mekar secara teliti jangan sampai merosak bahagian yang lain. Bertujuan mengawal bunga daripada serangga / haiwan perosak. Sekiranya penyemburan tidak berjalan dengan lancar sudah pasti buah yang di hasilkan juga tidak akan secara maksima.
- Jika tanaman sudah mulai berbuah lakukan pemilihan pada buah secara berkala,buang buah yang tidak sihat supaya tidak menular kepada buah yang lain.
- Sebaiknya buah di minimakan kepada 2 atau 3 biji dalam setiap rumpun supaya kualiti buah dapat ditingkatkan.
- Jika buah sudah mula besar, tangkainya perlu diikat dengan tali untuk mengelakkan buah rosak ketika jatuh ke tanah. Selain itu juga, kerja-kerja mengikat tangkai buah durian yang purata seberat 10 kg itu dapat mengelakan anda dihantar ke hospital kerana dihempap buah durian Monthong.
Pokok durian yang tumbuh dalam keadaan semulajadi yang boleh mencapai 20 m hingga 45 m. Bagi pokok durian cantum ketinggian pokok selalunya tidak melebihi 20m. Sebaran kanopi pokok diantara 10 m –12 m (bergantung pada jenis variasi), memang untuk jenis buah durian yang tumbuh secara semulajadi di hutan kebanyakan memiliki ketinggian antara 20 hingga 70 meter.
Daun
Durian Dalit/durian hutan biasa terdapat di Sabah. |
Bunga
Bunga durian akan keluar dicelah-celah bekas ketiak daun pada dahan-dahan yang matang. Satu jambak bunga mempunyai kira-kira 20 atau lebih bunga. Bunganya berukuran 5 –7 cm panjang dan berbau seperti susu masam.
Buah
Buah Durian Dalit Merah dikenali juga sebagai Tenom Beauty |
Buah durian mempunyai isi yang berwarna putih, putih kekuningan, kuning keputihan, kuning oren, oren dan oren kemerahan mengikut jenis klon. Jangkamasa buah durian gugur kira-kira 90 – 130 hari selepas bunga berkembang.
Durian Pelangi
Durian Pelangi terdapat di Papua New Guinea |
Pada buah durian tertentu jenis durian pelangi warna merah lebih dominan, warna isi durian pelangi menarik jenis durian pelangi berisi tebal dengan ketebalan mencapai 39 %, buah durian pelangi mampu bertahan 6-7 hari, lazimnya buah durian pelangi tua mampu mencapai 500 biji durian semusim dan boleh berbuah 2 kali setahun. Buah durian pelangi lazat, rasa manis dengan texture lembut.
Keperluan Agroklimatik
Iklim
Durian memerlukan suhu diantara 17 oC hingga 32 oC dan taburan hujan 1700 mm hingga 4060 mm setahun. Pokok durian tidak tahan kemarau panjang. Walaubagaimanapun, pokok durian memerlukan musim kemarau yang pendek iaitu 2 hingga 8 minggu dengan taburan hujan yang rendah untuk mengalakkan pengeluaran bunga.
Tanah
Pokok durian boleh tumbuh diatas pelbagai jenis tanah dan tanah lom liat berpasir yang mempunyai saliran yang baik didapati sangat sesuai untuk pentumbuhan dan penghasilan buah yang berkualiti. Bagi jenis tanah gambut dan tanah bris adalah tidak sesuai untuk tanaman durian. Sistem saliran yang tidak sempurna hendaklah dielakkan kerana akar durian sangat sensitif terhadap air yang bertakung. Ia akan menggalakkan serangan penyakit akar dan batang iaitu Phytophthora palmivora. Tanah yang mempunyai pH 6 hingga 7 adalah sesuai. Kawasan yang cerun landai dan rata adalah baik untuk durian tetapi kawasan cerun 18 darjah adalah tidak sesuai.
Kawalan rumpai
Pada peringkat awal (pada tahun pertama) pertumbuhan pokok durian, rumput di sekeliling pokok hendaklah selalu dibersihkan setiap kali sebelum dibaja secara manual, bagi pokok yang berumur 2 tahun ke atas tidak digalakkan menggunakan cangkul kerana ianya akan mencederakan akar yang aktif mengambil makanan. Manakala di kawasan pokok durian yang matang, rumput dipotong dalam tempoh sebulan sekali dengan menggunakan Service Cut/Rotaslasher.
Pemangkasan
Pemangkasan dilakukan di peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok yang mempunyai batang utama yang tegak dan dan dahan-dahan primer yang bersudut mendatar. Kerja pemangkasan pokok durian bermula selepas 6 bulan ditanam di ladang.
Pemangkasan pokok matang selalunya dibuat selepas musim buah dengan membuang tunas-tunas air yang tidak produktif, dahan-dahan yang patah, layu, berpenyakit disamping memberikan pengudaraan yang baik serta membolehkan pancaran matahari menembusi kanopi.
Jenis pemangkasan yang biasa diamalkan adalah:
1. Pemangkasan pembentukan batang utama – di awal pertumbuhan.
2. Pemangkasan penjagaan seperti membuang tunas-tunas air yang tidak produtif, mati dan
berpenyakit.Mengurangkan penggunaan racun kimia.
Tujuan pemangkasan ialah:
Membentuk dan mengawal pembentukan pokok.
Membuang tunas air yang tidak produktif, reput, berpenyakit dan mati.
Memberikan ruang pengudaraan yang baik pada pokok.
Mengalakkan pengeluaran buah yang banyak, berkualiti dan baik.
KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL
Kematangan:
Pokok durian yang ditanam dari benih cantuman biasanya mengeluarkan hasil pada tahun ke enam selepas ditanam walaupun kadangkala ada pokok yang boleh mengeluarkan hasil pada umur 4 atau 5 tahun selepas menanam. Pokok dari benih anak biji pula mengeluarkan hasil selepas 7 –10 tahun menanam.
Hasil:
Hasil pada peringkat awal pengeluaran adalah tidak menentu dan rendah ( 10 – 60 buah sepokok) dan boleh meningkat kepada 50 – 100 buah/pokok pada umur 10 tahun. Pokok durian yang menjangkau umur 20 tahun atau lebih boleh mengeluarkan hasil sehingga 100 – 200 buah sepokok semusim. Walau bagaimanapun hasil berubah dari tahun ketahun mengikut keadaan cuaca.
Musim Buah
Pokok durian mengeluarkan hasil yang tidak menentu, iaitu pengeluaran yang tinggi pada satu tahun dan berkurangan pada tahun berikutnya. Di bahagian utara seperti Kedah, Perlis dan Penang. Musim utama ialah dari bulan April hingga Julai sementara dibahagian selatan ialah pada bulan Jun hingga September. Di setengah kawasan dimana terdapatnya musim kemarau pada pertengahan tahun musim berbuah akan jatuh pada hujung tahun iaitu bulan November hingga Januari. Pokok dokong memerlukan musim kering yang jelas ( 3 - 4 minggu ) untuk pengeluaran bunga. Hujan pada waktu itu boleh memberi kesan kepada pembentukan buah.
Pendebungaan Berbantu
Pada keadaan biasa dimana beberapa campuran klon ditanam di sesuatu kawasan pendebungaan berbantu tidak diperlukan memandangkan bilangan buah yang keluar adalah tinggi. Jika sekiranya terdapat dimana pada awal penghasilan hanya terdapat kekurangan bunga maka pendebungaan berbantu boleh diamalkan.
Penuaian
Di Malaysia amalan yang biasa ialah dengan membiarkan buah jatuh ke tanah bagi mendapat buah yang matang (optimum) untuk dimakan segar. Buah durian boleh juga dipetik dengan memotong buah apabila mencapai peringkat matang melalui beberapa kaedah dan dibiarkan tangkainya jatuh sebelum digunakan. Buah durian ini biasanya boleh dituai setelah buah itu jatuh(maka dari itu saya sarankan supaya buahnya di ikat),dan boleh di anggarkan bermula dari bunga yang sedang mekar harum semerbak mewangi lagi nyaman dan menyegarkan itu pada kadar 4 hingga 5 bulan. Catatan yang betul dapat memberi panduan penuaian yang betul tanpa menunggu buah jatuh. Penting untuk mengelak penuaian awal sebelum cukup usia kerana buahnya tidak matang dan tidak berkualiti. Perlu diingat juga sebaiknya ketika memetik buah menggunakan alat gunting yang tajam, potong pada bagian tangkai buah jangan sampai melukakan buah yang lain.
Kumpulkan hasil tuaian pada tempat yang sejuk,untuk proses pemasakan(supaya buah matang) cukup anda letakkan pada ruangan yang tidak terkena sinar matahari secara langsung Pastikan juga ruang tempat penyimpanan itu tidak lembab secara berlebihan, supaya buah cepat matang dan tidak mudah busuk. Biasanya buah akan matang(masak)sekitar 2- 3 hari. Sekiranya buah sudah masak, makanlah hasil tanaman anda dengan senyum lebar tanda kesyukuran. Ketika itu ketawalah seadanya meskipun anda sedang sendirian.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI DAN PENYIMPANAN
Penyimpanan
Buah durian yang luruh ke tanah apabila sudah masak boleh disimpan diantara 1 – 4 hari pada suhu ambien (28oC) mengikut klon. Suhu yang rendah (5 - 10oC) boleh memanjangkan tempoh penyimpanan ke 2 - 4 minggu. Buah durian yang hampir matang sepenuhnya hendaklah disimpan pada suhu yang lebih tinggi (15°C) bagi mengelakkan kesan sejukbeku. Pada suhu ambien buah-buah ini boleh disimpan diantara 1 – 2 minggu terpulang kepada peringkat kematangan semasa memotong.
Variasi Durian Dari Thailand
Durian “Chanee” D123
atau Gibbon (Ungka) dipercayai mendapat namanya kerana buah durian selalunya keluar di hujung dahan/ranting seolah-olah seekor ungka yang bergayut di atas pokok.
Durian “Kanyao” (Long Peduncle) D158
Dalam bahasa Thai, Kan bermaksud “Peduncle/tangkai” manakala Yao bermaksud “Long/panjang”. Jadi, asal namanya bertepatan dengan rupa bentuknya yang dimana tangkainya adalah lebih panjang dari varieti yang lain.
Durian “Monthong” D159
atau Golden Pillow (Bantal Emas), mengikut bahasa Thai, Mon bermaksud “pillow” (bantal) dan Thong bermaksud “Gold” (emas) . Jadi, Monthong dinamakan bersempena dengan rupa bentuk buahnya. Ia dikatakan berbentuk seperti bantal manakala isinya berwarna kuning keemasan.
Durian “Kradumthong”
atau Golden Button (butang emas). Dalam bahasa Thai, Kradum bermaksud “button” (butang) manakala Thong bermaksud “Gold” (emas) kerana putiknya adalah kecil dan bulat, kelihatan seperti butang pada baju orang China dahulu kala.
Jenis-jenis durian
Kaedah Pembiakan Klon Durian
Kaedah Pembiakan Klon Durian :
Kaedah utama pembiakan klon pokok durian adalah dengan menggunakan kaedah cantuman mata tunas. Kaedah ini dapat menghasilkan pokok yang mewarisi ciri-ciri induk dengan lebih cepat. Pokok penanti yang digunakan akan menjadikan bahagian batang dan akar klon menjadi kuat, pokok rintang penyakit dan menghasilkan buah bermutu.
Berikut disenaraikan 10 klon durian yang sesuai untuk tanaman komarsial.
Klon durian yang belum disenaraikan dalam senarai daftar Jabatan Pertanian
Ochee/ Duri Hitam
Klon ochee telah mula disebarkan di utara Malaysia sejak tahun 80an.. mula menjadi masyhur sejak tahun 2005 dengan harga yang agak mahal sekitar rm40 sekilo. Durian Ochee berwarna merah tua yang cukup menarik dengan isinya yang lemak lembut tanpa urat dengan haruman yang cukup aromatik.
Pohon durian ini banyak ditemukan di hutan Malaysia milik penduduk asli setempat. Ciri khas pohon durian kura-kura, ia berbuah di pangkal pohon. Warna buahnya sama seperti buah durian pada umumnya, isinya berair dan rasanya manis. Durian dengan nama latin Durio testudinarium ini di daerah asalnya sering ditemukan di pinggir aliran sungai.
Variasi Durian Dari Thailand
atau Gibbon (Ungka) dipercayai mendapat namanya kerana buah durian selalunya keluar di hujung dahan/ranting seolah-olah seekor ungka yang bergayut di atas pokok.
Durian “Kanyao” (Long Peduncle) D158
Dalam bahasa Thai, Kan bermaksud “Peduncle/tangkai” manakala Yao bermaksud “Long/panjang”. Jadi, asal namanya bertepatan dengan rupa bentuknya yang dimana tangkainya adalah lebih panjang dari varieti yang lain.
Durian “Monthong” D159
atau Golden Pillow (Bantal Emas), mengikut bahasa Thai, Mon bermaksud “pillow” (bantal) dan Thong bermaksud “Gold” (emas) . Jadi, Monthong dinamakan bersempena dengan rupa bentuk buahnya. Ia dikatakan berbentuk seperti bantal manakala isinya berwarna kuning keemasan.
Durian “Kradumthong”
atau Golden Button (butang emas). Dalam bahasa Thai, Kradum bermaksud “button” (butang) manakala Thong bermaksud “Gold” (emas) kerana putiknya adalah kecil dan bulat, kelihatan seperti butang pada baju orang China dahulu kala.
Jenis-jenis durian
Kaedah Pembiakan Klon Durian
Kaedah Pembiakan Klon Durian :
Kaedah utama pembiakan klon pokok durian adalah dengan menggunakan kaedah cantuman mata tunas. Kaedah ini dapat menghasilkan pokok yang mewarisi ciri-ciri induk dengan lebih cepat. Pokok penanti yang digunakan akan menjadikan bahagian batang dan akar klon menjadi kuat, pokok rintang penyakit dan menghasilkan buah bermutu.
Berikut disenaraikan 10 klon durian yang sesuai untuk tanaman komarsial.
Klon
|
Nama biasa
|
Saiz buah
|
Ciri isi
|
Ciri khas
|
D24
|
0
|
Sederhana
(1-2 kg)
|
Warna
kuning, isi tebal bertekstur halus, rasa lemak manis, sedikit pahit dan aroma
kuat
|
Duri
tajam, biji besar, mudah merekah dan masak tak serata
|
D99
|
Kop
Kecil
|
Sederhana
(1-2 kg)
|
Warna
krim kekuningan, isi sederhana tebal, bertekstur halus, basah, rasa lemak
manis dan aroma kuat
|
Buah
berjambak, biji leper atau kesep
|
D123
|
Chanee
|
Besar
(2-4 kg)
|
Warna
kuning keemasan, isi tebal bertekstur sederhana halus, rasa lemak manis dan
aroma kuat
|
Buah
besar dan biji kecil
|
D145
|
Tuan
Mek Hijau/Beserah
|
Sederhana
(1-2 kg)
|
Warna
kuning keemasan, isi sederhana tebal bertekstur halus, rasa lemak manis dan
aroma harum
|
Buah
dempak di tangkal dan di hujung
|
D158
|
Kan
Yau/Tangkai Panjang
|
Sederhana
(1-2 kg)
|
Warna
kuning keemasan, isi tebal dan tekstur berserat, rasa manis dan kurang aroma
|
Tangkai
panjang 15-17 cm
|
D159
|
Mon
Thong/Bantal Mas
|
Besar
(4-6 kg)
|
Warna
kuning, isi tebal bertekstur halus, rasa manis berkrim dan kurang aroma
|
Buah
besar mencapai 4-6 kg/biji
|
D168
|
Durian Mas Hjh. Hasmah
|
Sederhana
(1-1.5kg)
|
Mudah
dibuka. Isi sederhana besar, pejal, berwarna kuning oren, sederhana tebal dan
rasa lemak manis dan sedikit pahit.
|
Buah
sederhana besar, bulat, kulit berwarna hijau perang, tangkai pendek dan kecil
(4cm.
|
D169
|
Tok
Litok
|
Sederhana
(1-2 kg)
|
Warna
kuning, isi tebal dan berserat, rasa lemak manis, sedikit pahit
|
Duri
tajam, biji besar, mudah merekah dan masak tak serata
|
D197
|
Raja
Kunyit/Musang King
|
Besar
(2-2.5 kg)
|
Warna
sangat kuning, isi tebal bertekstur halus, rasa lemak manis dan pahit
|
Warna
isi terlalu kuning dari biasa, harga mencecah RM30/kg
|
D175
|
Udang
Merah
|
sederhana
(1
1/2-3kg)
|
Isi
berwarna kuning, tebal, ira isinya halus, lembik, rasanya lemak manis.
|
berbentuk
bujur. Kulit berwama hijau perang dan durinya pendek.
|
Klon durian yang belum disenaraikan dalam senarai daftar Jabatan Pertanian
Ochee/ Duri Hitam
Isi durian Ochee |
Berbunga 2 kali setahun dengan peratusan yang tinggi akan menjadi buah. Antara klon durian yang terkategori berkualiti tinggi. Bahkan pengusaha tanaman ini perlu teliti kerana buah yang banyak akan mengakibatkan dahan akan patah kerana buah durian ochee 90% gred A. Pohon ochee akan mula berbuah pada tahun ke 5 selepas ditanam. Buah durian Ochee tahan lasak dengan perubahan cuaca berbeza dengan kebanyakan jenis durian yang agak sensitif.
Kelemahan pokok ini ialah pokoknya yang mudah diserang penyakit memerlukan penjagaan yang teliti. Dahannya agak rapoh, mudah patah dan perlu kayu sokongan terutama ketika berbuah. Ia juga memerlukan pembajaan yang kerap. Kadar kandungan isi ochee juga lebih tinggi berbanding Musangking walaupun Musangking lazimnya memiliki biji yang nipis. Tempoh permatangan lebih kurang 120 sampai125 hari..peka kpd perubahan cuaca. 2 kali berbuah setahun satu kebiasaan.
Kami ada membekal/menjual pelbagai jenis anak pokok buah terutamanya durian..antara yang terhangat dipasaran durian monthong/bantal mas dan ochee/duri hitam..berminat utk harga terbaik hubungi saya D'Kaduk Herbs & Floral.area Bangi
ReplyDeleteAzizi 0122440099..
ass salam sya minat utk menanam pokok durian rendang dikwasan rumah dlm satu atau dua batang pokok durian bolehkah sya berbuat demikian kalau boleh sya ingin mencari jenis musang king atau yg mana sesuan utk sya tanam pada pendapat tuan,minta penjelasan,
ReplyDeletetanam pokok durian di kawasan rumah adalah idea yang baik. selain mudah untuk penyelangaraan, pokok ini sesuai untuk berteduh(bukan musim buah) dan mudah untuk petik hasil. pada saya, elok tanam pokok yang terjamin kualiti buah spt Musang King, Ochee(duri hitam) atau Monthong dan beberapa jenis durian yang berkualiti. Sumber benih boleh diperolehi di gerai jualan tanaman pertanian. Benih pokok ini boleh juga dihasilkan sendiri dengan mempelbagaikan jenis durian dalam pokok yang sama. Benih pokok yang dijual biasanya telah melalui proses pertanian yang membolehkannya berbuah dengan lebih cepat dan ketika pokoknya masih rendah. Selamat bertani.
ReplyDeleteTerbaik tdy!
DeleteSaya dah beli pun 2 anak pokok monthong. Cuma nak tanya saudara tdy, ok tak kalu tanam dalam pasu? Saya ada pasu besar saiz tempayan gitu. Tujuannya taknak akar pokok tu menjalar apabila besar kelak akan menjahanamkan lantai rumah atau tepi longkang. Apa pendapat saudara tdy.
Terima kasih
Sy ada membekal pokok Durian Bantal Emas..sepokok Benih sy Jual Rm60 ( tidak termasuk penghantaran ) area Perak Tengah,Kg.Gajah..berminat boleh Whatsaap ke 01124271022 Terimakasih..
ReplyDeletePokok durian klu dijaga dengan baik, perawatan dan penyelangaraan pokok yang baik akan menghasilkan buah yang lumayan. Apa yang dikatakan baik itu antaranya kawasan penanaman yang sesuai. Durian lazimnya mempunyai pokok bersaiz besar dan akar yang melebar dalam tanah dengan jangka hayat hidup antara 80 hingga 150 tahun. Pokok yang tumbuh daripada biji benih boleh mencapai ketinggian sehingga 45 m. ini bermakna penanaman dalam tempayan kurang sesuai untuk jangka masa panjang. Untuk tidak mengecewakan saudara, pokok durian ternyata boleh berbuah walaupun ditanam dalam tempayan dengan buah yang kurang kualiti tetapi penjagaan harus rapi. penyiraman jangan kurang dan jangan lebih. Pokok durian tidak dapat tumbuh dengan subur di tanah yang terlalu kering atau terlalu lembap dan boleh mati atau terencat pertumbuhannya jika terdedah kepada keadaan air bertakung. Penjagaan yang agak rumit. Sampai masanya pokok tersebut harus juga ditanam di lapangan sebenar. cuba lawati blog ini. harap boleh membantu. http://sarnoahmaddarsono.blogspot.my/2014_08_01_archive.html
ReplyDeleteSalam Tuan,
ReplyDeletesaya ada 2 hektar tanah yang saya ingin cuba tanam pokok durian musang king. Untuk kepastian, semasa pokok masih kecil (anak pokok), perlu atau tidak saya tanam pokok lain sebagai contoh pokok pisang utk dijadikan tempat berteduh utk anak pokok durian tersebut?
Salam Tuan,
ReplyDeletesaya ada 2 hektar tanah yang saya ingin cuba tanam pokok durian musang king. Untuk kepastian, semasa pokok masih kecil (anak pokok), perlu atau tidak saya tanam pokok lain sebagai contoh pokok pisang utk dijadikan tempat berteduh utk anak pokok durian tersebut?
Anak benih durian agak sensitif dan perlu diberi naungan. Apatah lagi dari benih musang king yang umumnya ditanam menggunakan cantuman mata tunas. Daun kelapa, daun kelapa sawit, daun nipah atau bakul sayur-sayuran biasanya digunakan untuk memberi naungan sehingga pokok berumur setahun. Kaedah menanam pokok pisang sebagai pelindung amat digalakkan. Sebaiknya pokok pisang ditanam di empat pennjuru pada jarak 2m dari anak benih durian.
ReplyDeleteSalam....
ReplyDeleteSy ada kemusykilan berkenaan penanaman durian di tanah rata. Jenis tanah sedikit berpasir. Sy ada tanam durian dekat rumah. Dalam usia 1 tahun pokok tumbuh subur sehingga 10kaki tinggi. Akhirnya pokok telah mati. Persoalannya, adakah durian hanya sesuai di tanah tinggi dan tanah merah?
Salam....
ReplyDeleteBenarkah mitos yg mengatakan apabila akar tunjang durian terkena air( bagi durian yg ditanam berdekatan sungai) Durian akan mati?.
Pokok durian tidak dapat tumbuh dengan subur di tanah yang terlalu kering atau terlalu lembab dan boleh mati atu terencat pertumbuhannya jika terdedah kepada keadaan air bertakung. Terdapat cara penanaman durian di Nonthaburi, Thailand iaitu menyediakan sistem saliran atau perparitan di sekeliling pokok sebagai kaedah kawalan air bertakung terutama di kawasan tanah rendah. Perparitan ini juga berfungsi sebagai sumber air kepada pokok dan memudahkan kerja-kerja pembajaan. ini bermakna pokok durian tumbuh sesuai bukan hanya di kawasan tanah tinggi tetapi juga di kawasan tanah rendah dengan sistem pengendalian yang betul. Cuma berdasarkan pengalaman, terdapat perbezaan rasa buah durian yang ditanam di kawasan tanah tinggi dengan tanah rendah walaupun dari baka yang sama.
ReplyDeleteAnak pokok montong baru berumur 7 bulan baru beli tapi ada masalah kat daun ada warna tompok keputihan dan ada anak pokok yang lain kering dan gugur hampir 1 pokok.anak pokok dalam polybag lagi belum ditanam.kwsn yg hendak ditanam adalah tanah liat kwsn rata.camne masalah ini boleh dihadapi.minta tunjuk ajar tuan semoga allah membalasnya...
ReplyDeletesaya ingin bertanya mengenai pokok durian yang ditanam di dalam pasu bunga belakang rumah,biasanya mengambil berapa lama untuk pokok itu berbuah?minta penjelasan dari yang pakar.
ReplyDeleteBoleh kirim ank benih ke sabah?
ReplyDeletebg pendapat tuan durian monthong sesuai tanam dalam pasu atau tanah...? dalam dilema nie...
ReplyDeleteBoleh take pokok durian nothing ditanam d dalam tempayan
ReplyDeleteBoleh take pokok durian nothing ditanam d dalam tempayan
ReplyDeleteSaudara Shahrul Alam...Dalam blog ini terdapat panduan menanam pokok durian, cara penjagaan dan keadaan tanah. Biasanya benih durian yang dibeli dalam polybag mempunyai kesesuaian tanah yang baik. Cumanya penjagaan dan penyelangaraan terhadap benih ini terabai menyebabkan terjadi masalah seperti yang dinyatakan. Banyak sebab daun benih dalam polybag gugur. lazimnya ialah kekurangan air selain serangan penyakit. Tiada masalah tanam di tanah rata dan tanah liat. Cuma perlu pastikan beberapa petua dan panduan menanaman yang sesuai sebagaimana yang sudah dinyatakan dalam blog ini. Selamat mencuba.
ReplyDeleteHehe Hoho ...Pokok durian utk tujuan pembuahan tidak sesuai ditanam di dalam pasu belakang rumah kerana pokok durian memerlukan ruang yang besar utk pembesaran pokok dan akar. Tanam dalam pasu sesuai utk perhiasan. Tetapi terdapat juga peminat tanaman ini yang menanam dlam pasu besar dan berbuah tetapi jumlahnya tidak banyak. buah pun satu satu dua biji sj.
ReplyDeleteRustom Alwie... benih pokok durian pelbagai jenis sdh ada dijual di beberapa nurseri tanaman di Sabah. Terdapat di beberapa tempat di daerah Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran dan Keningau. (setakat yang saya pernah lawati). Lebih mudah kalau berkesempatan berkunjung di Gaya Street setiap hari ahad. Di sana terdapat pelbagai jenis tanaman boleh diperolehi. Harga juga tidak terlalu mahal. selamat berkunjung.
ReplyDeleteSaudara Unknown...benih durian Monthong(Bantal emas) boleh ditanam dalam pasu atau tempayan. Setiap kali pokok membesar, pindahkan ke pasu yang lebih besar sesuai dengan saiz pokok.
ReplyDeletesaya akan tanam 8 anak pokok durian pilihan sendiri secara rapat 6-7 kaki antara satu sama lain kerana kawasan terhad. saya akan cantas bhgn atas bila pokok besar agar sentiasa rendah 10-12 kaki kerana dekat rumah. saya akan pastikan air, baja dan cahaya cukup. saya tak kisah kalau setiap pokok hanya berbuah 2-3 biji semusim kerana matlamat utama saya bukan untuk kuantiti tetapi dpt makan durian musang king,duri hitam,d99,d160,monthong,tangkai panjang,telur buaya dan puangmanee dlm tahun yg sama.Terlalu geram dgn harga yg tersangat mahal skarang. baik tanam sendiri. soalannya,mampukah pokok yg akan ditanam dgn cara di atas bertahan lama dan berbuah? Di mana nak cari anak pokok durian pelangi indonesia?
ReplyDeleteMacam mana nak kenal pokok durian Musang King? Ada ciri-ciri khas tak?
ReplyDeletesaya ada tanah di kampung.. tapi kampung(perak) saya dan tempat tinggal saya sekarang(seremban) agak jauh.. boleh ker bg tips untuk saya memulakan penanaman ini untuk perniagaan akan datang.. jika tak keberatan boleh emailkan di el_mie19@yahoo.com.
ReplyDeleteSalam saudara..boleh ke sy minta no contact saudara untuk pertanyaan yang lebih lanjut?
ReplyDeleteAdakah anak pokok hasil cantuman tunas yg diambil dari pokok yg blm pernah berbuah akan menghasilkan buah kelak? Samakah kualitinya nanti dengan baka cantuman tunas yg pernah berbuah?
ReplyDeleteAsalam tuan..apakah baja NPK utk baja pokok n baja buah yg beli d kedai akan merusakkan struktur tanah??? Kalu guna baja kopi organik adakah sesuai sy guna utk pokok sebesar 20meter..umur 4 tahun..tqvm tuan harap jawapan
ReplyDeleteboleh tak taman dikawasan tanah gambut?..
ReplyDeleteKalau buat sistem titisan air baja pada pokok, adakah sesuai?
ReplyDeleteCadangan dan inisiatif yang bijak. Saya punya cadangan iaitu tanam cuma 4 pokok berbanding 8 pokok dengan keluasan yang minima. Kesemua variasi durian spt musang king, duri hitam,d99,d160,monthong,tangkai panjang,telur buaya dan puangmanee yang digemari masih boleh dinikmati melalui teknik mencangkok durian dengan kombinasi setiap jenis durian yang digemari itu ke dalam satu pokok. Ruang lebih luas dan ada pelbagai variasi buah durian dlm satu pokok.
ReplyDeleteTuan. Saya bercadang untuk menanam pokok durian menggantikan kelapa sawit tua di atas tanah seluas 1/2 ekar di Kampung Bukit Hijau Selangor (bersebelahan Bandar Puncak Alam). Keadaan tanah tersebut datar dan tiada air bertakung di permukaan tanah. Walaubagaimana pun paras air bawah tanah adalah setinggi 2-1/2 kaki di bawah aras tanah berdasarkan lubang sediada.
ReplyDeleteSesuaikah untuk tanaman durian atau perlukah saya menambak kawasan tersebut setinggi 1.0 kaki sebelum menanam?
assalamu'alaikum..yg mana lebih baik.durian musang king,duri hitam dll yg biasa berbanding hibrid? makaud saya dari segi ketahanan pokok,kuantiti buah,umur berbuah dan jangka hayat pokok.trima kasih..
ReplyDeleteAssalammualaikum nak kepastian kenapa buah durian Dah masak hingga merekah tetapi still tidak ggur. T.kasih
ReplyDeleteAssalammualaikum nak kepastian kenapa buah durian Dah masak hingga merekah tetapi still tidak ggur. T.kasih
ReplyDeleteMaaf kerana beberapa kemusyhkilan yang belum sempat sya respon. Saudara dan sahabat sekalian boleh berhubung dengan saya melalui no hp 0198815681. Sekadar perkongsian ilmu dengan ilmu yang sangat minima ini. Hanya Allah juga yang lebih mengetahui.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya bercadang nak tanam musang king di tapak sawah tinggal/kering. Perlukah Saya pulihkan struktur keseluruhan tanah tersebut atau hanya pada lubang tanaman durian sahaja?
ReplyDeleteKawasan penanaman durian sesuai ditanam di tapak sawah tinggal asalkan kawasan tersebut mempunyai saliran yang baik iaitu tidak lagi menjadi kawasan basah dan lembab serta sering ditenggelami air ataupun kawasan takungan air.
ReplyDeleteAs salam Tuan.. Bolehkah sy ambil tunas dari anak pokok yang dibeli dan masih belum berbuah untuk dicantumkan dgn anak benih yg disemai dari biji durian?
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Saya tanam pokok durian motong 4 1/2 kali dari tebing batu.. Ada kah akar pokok durian tu nanti boleh merosak kan tebing tu? Tolong bg nasihat tuan.
ReplyDeleteBoleh. Sangat sesuai sb biasanya tunas dari benih yang dijual tu dihasilkan melalui kaedah yang sama. Boleh mempercepatkan proses pembuahan pokok berbanding menanam bermula dengan biji. Biasanya klu sya membeli benih yang dijual di nurseri pokok, saya akan memilih pokok yang banyak cabang atau ranting supaya boleh dijadikan tunas kpd biji yang disemai. Klu ambil terus dari pokok indung, pastikan memilih indung yang sdh pernah berbuah.
ReplyDeleteAdakah akar durian Monthong (Bantal emas) akan merosakkan tebing? Tebing x rosak. Tebing itu akan lebih kukuh kerana diikat oleh akar pokok durian Monthong. cuma bila pokok durian ditanam dekat tebing, semakin curam tebing tu, semakin gayat orang panjat pokok, buah durian klu gugur pn akan jatuh nunnnn...Xda masalah. boleh tanam.
ReplyDeleteBaja jenis apa yg perlu dibubuh dalam lubang sebelum tanam bagi tips
ReplyDeleteJarak 11m x 11m adalah jarak yg sesuai bg penanaman pokok durian ke?
ReplyDeletedusun sy dh bertahun terbiar.. rumput dn ank pokok faham-faham je la.. skrang ni tgh berbuah, sesuai ke kalau diracun dulu rumput rampai tu? ade menjejaskan apa2 pada pokok durian tak? durian yg tunggu masa untuk gugur tu ada apa2 masalah tak contohnya isi tak elok atau buah jd buruk ke? usia pokok dah puluhan tahun
ReplyDeleteterima kasih tuan
Salam.
ReplyDeletePerlukah tanam dalam satu kebun, baka Musang King atau Duri Hitam, mesti campur tanam baka lain2 contohnya Udang Merah, IOI? Atau durian kampung? Supaya ada "pendebungaan bersilang"?
Kenapa begitu? Saya fikirkan bahawa tanaman baka durian biar sejenis dlm 1 kebun, supaya tak "tercemar" dgn baka2 lain...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam.. sy adam. Sy tinggal di kawasan perumahan. Sy ada tanam pokok durian di dalam tempayan dengan tanah gambut hampir 2 tahun. Tetapi sejak sebulan lepas, daun jadi layu dan gugur. Batang dan ranting pokok jadi kering, rapuh dan mudah patah. Di batang pokok ada banyak kulat yg jenis berkapur. Sy nak pindah kan pokok tu ke tanah di pinggir padang rumput di kawasan perumahan sy, tapi tanah padang itu tanah merah dan bercampur batu. Adakah pokok durian sesuai/boleh di tanam di tanah merah yang sedikit bercampur dengan serpihan batu bata? Baja apa yg sesuai untuk kulat di batang pokok dan pandangan tuan supaya pokok durian sy kembali subur? Harap informasi dr tuan dapat membantu.. terima kasih..
ReplyDeletePokok durian sesuai ditanam di tanah merah walaupn ada campuran batu. Perlu beri perlindungan kpd pokok dari terdedah langsung dengan sinar panas matahari terutama kpd pokok durian yang masih kecil. boleh guna jaring atau pokok pelindung. demikian juga dengan keperluan penyiraman sekiranya tanah kering. Penyakit akar putih atau jangkitan kulat pada pokok adalah disebabkan antaranya oleh keadaan tanah yang perlu dirawat. banyak racun anti fungus yang dijual di pasaran yg mengkhusus kpd sesuatu jenis penyakit tanaman.
ReplyDelete