• Konsep Kraf
• Fungsi/ Kegunaan
• Kraf Dimensi Baru
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;
- Menghurai dan menganalisis konsep kraf dengan pelbagai contoh spesifik.
- Menerangkan konsep, fungsi, bahan dan menganalisa kepentingan kraf
- Menerangkan konsep, fungsi dan bahan kraf dalam konteks kehidupan harian.
Konsep Kraf
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai hasil kerja tangan yang memerlukan kreativiti dan kemahiran dalam penghasilannya. Kraf tangan juga adalah salah satu peninggalan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Setiap bangsa dan masyarakat di seluruh dunia mempunyai budaya kraf tangan yang diperturunkan kepada generasi baru. Kraf tradisional ini dihasilkan secara bertukang, menenun, mengukir, menempa, menganyam dan lain-lain. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti logam, tanah liat, kayu, benang dan sebagainya.
”kraf adalah
aktiviti yang mengubah bahan mentah menjadi barangan yang dirancang dengan
menggunakan kemahiran yang boleh dipelajari.”
Colingwood
Berdasarkan kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa kraf tangan merupakan seni tradisi yang turun temurun dan boleh dipelajari samada dari segi teknik, motif dan bahan yang digunakan.
Secara keseluruhannya kepelbagaian jenis kraf tangan di negara kita menunjukkan ketinggian teknologi yang diwarisi oleh tukang. Ini menggambarkan manifestasi serta keperihatinan pandai tukang terhadap pengalaman dengan persekitaran alam. ( Syed Ahmad Jamal, 1992.)
No comments:
Post a Comment