PENGERTIAN KRAF DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tajuk  ini juga meliputi konsep Kraf Tradisional dan Kraf Dimensi Baru serta fungsi dan bahan kraf  tersebut. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menghuraikan konsep Kraf Tradisional dan Kraf Dimensi Baru serta fungsi/kegunaan kraf tersebut dengan merujuk kepada buku-buku dan juga tokoh seni. Anda juga seharusnya boleh menganalisis kepentingan kraf dalam konteks kehidupan harian di samping dapat menghuraikan fungsi kraf dahulu dan sekarang.

Konsep Kraf
Fungsi/ Kegunaan
Kraf Dimensi Baru

 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;
  1. Menghurai dan menganalisis konsep kraf dengan pelbagai contoh spesifik.      
  2. Menerangkan konsep, fungsi, bahan dan menganalisa kepentingan kraf
  3. Menerangkan konsep, fungsi dan bahan kraf dalam konteks kehidupan harian.

Konsep Kraf

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai hasil kerja tangan yang memerlukan kreativiti dan kemahiran dalam penghasilannya. Kraf tangan juga adalah salah satu peninggalan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Setiap bangsa dan masyarakat di seluruh dunia mempunyai budaya kraf tangan yang diperturunkan kepada generasi baru.  Kraf tradisional ini dihasilkan secara bertukang, menenun, mengukir, menempa, menganyam dan lain-lain.  Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti logam, tanah liat, kayu, benang dan sebagainya.

kraf adalah aktiviti yang mengubah bahan mentah menjadi barangan yang dirancang dengan menggunakan kemahiran yang boleh dipelajari.” 
Colingwood
Berdasarkan kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa kraf tangan merupakan seni tradisi yang turun temurun dan boleh dipelajari samada dari segi teknik, motif dan bahan yang digunakan. 

Secara keseluruhannya kepelbagaian jenis kraf tangan di negara kita menunjukkan ketinggian teknologi yang diwarisi oleh tukang.  Ini menggambarkan manifestasi serta keperihatinan pandai tukang terhadap pengalaman dengan persekitaran alam. ( Syed Ahmad Jamal, 1992.)




No comments: