Alam Fauna dan Flora

Fenomena Alam

EDUP3053 Teknologi Pengajaran & Pembelajaran

Sudut Agama dan Moral

Halaman Kesihatan

Halaman Pertanian

Halaman Pendidikan Seni Visual

Sudut Hiburan & Rekreasi

Konsep dan Fungsi Kraf

Kraf menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah perusahaan (kerja, seni) yang memerlukan daya kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan. Projek ini diyakini akan memanfaatkan pencipta, peminat, pereka bentuk, penyelidik, penuntut dan pelawat. Istilah lain pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah memerlukan (dihasilkan dengan) kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan.
Selain itu, Kraf juga bermaksud, “Keluaran Kraf tangan” bererti apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian daripada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walaubagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian. Ini pula menurut Akta 222-Akta Perbadanan kemajuan Kraf tangan Malaysia 1979.
Jelaslah disini kita dapat lihat bahawa Kraf mempunyai makna yang sama dan berkait rapat dengan Kraf Tradisional. Dengan perkataan Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alatan atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha.
Kraf merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalaan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf kaya dengan unsur-unsur kebudayaan masyarakat pada masa dahulu yang jelas tercermin dalam hasil buatan mereka. Antaranya ukiran kayu, di mana kita dapat lihat hasil ukirannya menunjukkan gaya, sifat, garisan dan warna yang melambangkan sesuatu adat atau kaum. Kebanyakkan alatan dan barang yang digunakan untuk menghasilkan kraf ini hanyalah barangan kegunaan harian dan dari sumber asli. Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan juga adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka. Masyarakat di Malaysia ini terus mengembangkan lagi idea dan fungsi sesuatu benda, bukan sahaja tujuan kegunaan malah menghasilkan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan.
Hasil ciptaan kraf ini adalah daripada proses pengamatan dan pemikiran masyarakat untuk menjelmakan melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam. Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi merupakan warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman batu lagi. Antara fungsi yang menjadi kelengkapan kehidupan harian kita ialah seperti domestik, alat muzik, alat permainan, alat pertahankan diri, dan alat perhiasan.
Setiap pembuatan kraf ini mempunyai fungsinya yang tersendiri. Dalam rencana ini, akan menceritakan serta memberi penjelasan tentang kegunaan kraf. Beralih kepada kraf yang pertama iaitu Keris.
Bahagian Keris
Secara umumnya kita dapat tahu menurut Kamus Dewan Bahasa Keempat pada muka surat 760, Keris membawa maksud senjata bermata dua yang tajam. Kita dapat lihat dimana struktur pada keris itu mempunyai keunikan serta keseniannya yang tersendiri. Keris dikategorikan sebagai alat pertahankan diri. Gambar tersebut membuktikan ukiran yang terdapat pada keris dan nama-namanya. Keris merupakan sejenis senjata penting dalam masyarakat budaya Melayu dan seni ukir diaplikasikan pada bahagian sarung keris, bentuk hulu dan mata keris. Jenis senjata-senjata lain yang juga dihiasi dengan corak ukiran ialah tumbuk lada, lawi ayam dan badek. Kaum Iban dan kaum Kenyah juga pakar menghasilkan senjata seperti parang (ilang) dan perisai (terabai). Bahagian hulu dan sarung parang diukir Pacat manakala permukaan perisai pula diukir dengan ukiran Sulur Paut dan ukiran Kepala Hantu Gergasi. Sama seperti alat pertahankan diri yang lain seperti golok, parang dan tombak. Ia berfungsi sebagai pertahankan diri dan di gunakan di medan peperangan.
Parang
Beralih kepada kraf yang seterusnya ialah, “Batik”. Definisi batik berpandukan Kamu Dewan (2005) pula ialah kain yang dilukis atau diterap dengan lilin. Batik merupakan kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Batik bermaksud titik manakala dalam bahasa Jawa pula batik bermaksud setitik lilin. Batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan China dalam abad ke 7. Seni Batik cap juga telah lama wujud di Indonesia. Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air. Bermula di Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1914 yang telah dipelajari di kepulauan Jawa. kegunaan batik pada masa dulu, sekarang, dan yang akan datang merupakan aset budaya. Penggunaan batik dapat disesuaikan menurut bahan, motif, dan warna. Hal ini akan sangat penting kerana ketika masa bekerja, batik mempunyai aspek kegunaan yang bermanfaat bagi manusia. Perkembangan produk ini meluas sehingga kegunaan batik pun tersebar. Dengan begitu, batik menjadi senonim dengan kehidupan manusia.
Batik
Tenunan merupakan simpulan benang-benang yang diwarnakan dengan menggunakan bahan pewarna semula jadi seperti daun terung sebagai warna biru, daun bemban sebagai warna hijau, kunyit sebagai warna kuning, biji kundang sebagai warna ungu, buah kesumba India sebagai warna merah tua, dan campuran tanah liat dengan sabut kelapa sebagai warna hitam. Manakala peralatan untuk menenun dinamakan kek atau kel. Terdapat dua jenis kek iaitu kek tangan dan kek lantai yang terkenal di negeri-negeri Kelantan, Pahang, Terengganu dan Sarawak. Terdapat tiga jenis tenunan yang popular di Malaysia iaitu Tenunan Pahang, Tenunan Songket (kain benang emas) dan Tenunan Pua. Tenunan Pahang merupakan tenunan kain yang bercorak ragi atau tanpa corak yang tidak mempunyai ragam hias. Di Kelantan, tenunan jenis ini dikenali sebagai tenunan balas sementara di Kampong Gerung, Kelantan dikenali sebagai setuli benang.
Tenunan
Tenunan ini ditenun dengan menggunakan kek Siam. Bahan utama yang digunakan ialah benang sutera dan kapas. Bagi negeri Kelantan pula, pembuatannya banyak menggunakan benang setul. Tenunan songket menggunakan kaedah tenunan asas iaitu Tenunan Tabby, benang pakan dan satu benang loseng. Tenunan ini sama seperti tenunan Pahang tetapi menggunakan benang emas atau perak. Jenis Tenunan mempunyai tiga jenis tenunan. Yang pertama, tenunan huraian biasa diperbuat daripada benang kapas dan sutera untuk golongan rakyat biasa. Ada beberapa nama corak berdasarkan bentuk corak yang dicipta oleh penenun corak beragi ialah corak yang menggunakan benang emas untuk menghasilkan corak garis lurus pada bahagian kepala kain. Selain itu, corak susunan petak dam dipanggil corak Muar. Seterusnya. corak Bugis adalah corak susunan catur. Yang terakhir, corak samarenda pula adalah corak melintang yang lebar yang berlatarkan warna gelap. Kain tenunan Pahang merupakan jenis kain tenun biasa yang popular dan biasanya ia dijadikan sebagai kain samping. Bentuk dekoratif dan pakaian boleh digunakan sebagai pakaian mengikut ukuran panjang dan lebar kainnya. Kini, hasil tenunan dipelbagaikan dalam bentuk dimensi baru dengan menggabungkan fabrik lain sebagai bahan sampingan.
Anyaman adalah satu jenis kraf yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu.
Anyaman
Terdapat anyaman ketupat, tikar mengkuang, alat keperluan harian dan sebagainya telah banyak dihasilkan khususnya penduduk di kampung-kampung. Terdapat beberapa jenis anyaman kaum Melayu seperti, anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.  Anyaman Anyaman adalah satu jenis kraf yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Terdapat anyaman ketupat, tikar mengkuang, alat keperluan harian dan sebagainya telah banyak dihasilkan khususnya penduduk di kampung-kampung. Terdapat beberapa jenis anyaman kaum Melayu seperti, anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.  Anyaman berkembang sejak dahulu lagi dan tidak mempunyai pengaruh dari luar. Orang dahulu menganyam daunan, tali rotan, untuk menghasilkan barang keperluan hidup seperti tikar, bakul, tempat buaian, dan kini anyaman sudah dikomersilkan dengan penghasilan barangan menarik seperti hiasan dinding, bekas duit, bekas tisu, alas pinggan, kipas, bekas tembakau dan sebagainya. Sewaktu dahulu, aktiviti anyaman ini dikatakan dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Malah, kini hasil seni anyaman tidak lagi terhad kepada bentuk tradisional malahan reka bentuk baru dari segi rupa, warna dan corak, teknik dan bahan, seringkali diubahsuai mengikut citarasa pengguna.
Perhiasan diri adalah merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Amalan menghias diri telah bermula sejak zaman primitif lagi. Masyarakat pada zaman itu menggunakan pelbagai warna untuk mewarnai tubuh badan mereka sebagai hiasan diri. Faktor kepercayaan dan kebubayaan menentukan cara penghiasan diri bagi sesuatu kumpulan manusia. Apabila manusia bertamadun, rekaan pelbagai alat perhiasan diri mula diciptadengan menggunakan pelbagai bahan yang berharga seperti emas, perak dan batu permata. Dengan penemuan perhiasan dan wang emas di Lembah Bujang, Kedah, membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah menggunakan alat perhiasan diri sejak abad tujuh masehi (7 M) lagi. Pada zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu pembuatan barangan kemas adalah untuk memenuhi keperluan dan kegunaan keluarga di raja. Oleh yang demikian, penghasilan barangan kemas pada zaman dahulu adalah di bawah naungan istana. Antaranya ialah hiasan kepala, telinga, leher, tangan dan kaki serta hiasan di kepala.
Cucuk sanggul merupakan alat perhiasan yang biasa di pakai oleh kebanyakan wanita Melayu zaman dahulu bagi menyimpan rambut panjangdan membuat sanggul. Mereka menggunakan pelbagai cucuk sanggul.
Cucuk Sanggul
Cucuk sanggul diperbuat daripada buluh, tembaga, perak, suasa dan emas. Cucuk sanggul digunakan untuk menyemat dan menahan sanggulsupaya tidak terburai. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai hiasan yang menambahkan seri kepada si pemakai. Untuk itu cucuk sanggul dihias dengan batu-batu permata beranika warna. Wanita nyonya dan ceti di Melaka menggunakan beberapa cucuk sanggul yang menyerupai ekor merak yang kembang. Sisir rambut merupakan alat untuk mengemas dan merapikan rambut. Selain digunakan untuk menyisir rambut, sikat juga digunakan sebagai hiasan kepala yang telah disematkan pada sanggul dalam kedudukan tertentu. Sikat dibuat daripada bahan seperti kayu, tanduk, buluh, tulang, gading dan kulit. Bahagian atas mata sisir dihiasi dengan ukiran yang menarik. Terdapat tiga jenis hiasan telinga tradisional Melayu, iaitu anting-anting (subang jurai), kerabu dan sunting malar. Anting-anting diperbuat daripada emas dan suasa yang dibuat dengan teliti dan halus. Ia dipakai oleh pengantin perempuan dan wanita untuk ke majlis tertentu. Bentuk anting-anting selalunya berjuraidan labuh. Kerabu ialah subang yang melekat pada telinga yang dibuat dalam pelbagai bentuk seperti geometrik, flora dan diikat dengan sebutir batu permata atau mutiara. Sunting malar pula merupakan satu hiasan yang digantung ditelinga dan berjurai ke bawah. Biasanya wanita yang memakai sunting malar akan menyanggul rambut agar kelihatan lebih berseri.
Terdapat beberapa jenis hiasan leher tradisional Melayu seperti rantai, loket, dokoh dan kalung. Rantai terbahagi kepada dua jenis, iaitu rantai pendek dan rantai labuh.Rantai diperbuat daripada emas, suasa atau perak yang bermotifkan awan larat atau flora. Kadang kala ia diikat dengan intan atau berlian. Loket hanya dipakai bersama rantai. Loket selalunya bermotifkan fora dan fauna dan dibentuk dalam pelbagai rupa seperti geometrik dan organik. Ada juga loket yang diikat dengan batu permata atau mutiara sebagai hiasan. Dokoh terkenal di kalangan penduduk di Pantai Timur SemenanjungMalaysia. Ia bermotifkan alam semulajadi seperti bentuk daun dan dicantumkan bertingkat-tingkat pada seutus rantai. Selalunya dokoh mempunyai tiga tingkat. Kalung dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat daripada emas atau perak.Bentuknya berjalur dan bertingkat-tingkat hasil daripada sususan rantai halus. Terdapat dua jenis kalung iaitu kalung panjang dan kalung pendek dan selalunya leper. Kalung juga dikenali sebagai aguk.
Alat hiasan diri ialah benda yang disarung pada bahagian anggota badan khususnya pada jari, pergelangan tangan dan kaki seperti cincin, gelang tangan, dan kaki. Cincin dipakai di bahagian jari dan biasanya di jari manis. Ada juga yang memakai lebih daripada sebentuk cincin. Cincin dibentuk dalam pelbagai rupa seperti bertatahkan permata dan juga cincin tanpa permata iaitu cincin belah rotan. Ada juga cincin yang diukir indah pada birainya untuk menampakkan seri dan keunikannya. Gelang tangan sangat disukai oleh wanita dari dahulu hingga sekarang. Ia diperbuat daripada emas atau perak. Ada gelang yang berukuran timbul bermotifkan flora dan bentuk geometri. Terdapat juga gelang yang dihiasi dengan permata mengikut citarasa pemakainya. Ada gelang yang dibuat lohong di dalamnya dan ada juga yang padu. Gelang yang berbentuk rantai dinamakan rantai tangan dan dipakai di pergelangan tangan. Bentuknya leper dan kadangkala diikat dengan batu permata. Gelang kaki biasanya dipakai oleh pasangan pengantin dan keturunan di raja.Bentuk dan pembuatannya adalah serupa dengan gelang tangan dan selalunya dipakai sepasang. Terdapat pelbagai ukiran yang dijadikan hiasan pada gelang kaki.

Hiasan ini terdiri daripada tali pinggang dan pending. Tali pinggang direka dalam pelbagai jenis dan bentuk untuk menjadikan seseorang penakainya lebih bergaya dan menarik dengan memakai pending sebagai kepala tali pinggang. Tali pinggang diperbuat daripada emas, perak dan tembaga. Pending pula biasanya dihiasi dengan motif-motif fora dan fauna yang amat halus dan menarik buatannya. Baju tradisional Melayu selalunya dihiasi dengan kerongsang dan butang yang menarik. Kerongsang dipakai sebagai kancing dan juga sebagai penghias baju, terutamanya baju kebaya labuh. Terdapat berbagai-bagai jenis kerongsang yang diperbuat daripada emas atau perak dan diukir atau dihiasi batu permata. Butang baju pula berfungsi seperti kerongsang tetapi ianya dipakai pada bajukurung lelaki sahaja. Butang baju Melayu diperbuat daripada emas, perak dan suasa. Ada di antara butang baju yang dihiasi dengan batu permata.
Wau adalah salah satu permainan tradisi yang dimainkan untuk mengisi lapang.
Wau
Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuai padi. Sehingga kini wau masih di mainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang, Selangor dan Johor. Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan sejak zaman pemerintahan Empayar Melaka. Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat, Wau Bayan, Wau Bulan, Wau Burung, Wau Ikan, Wau Helang, Wau Kucing, Wau Merak, Wau Jala Budi, Wau Katak, Wau Puyuh, Wau Sewah, Wau Payang dan banyak lagi nama yang kebanyakan dikenali di daerah masing-masing di tanah air. Wau diertikan sebagai layangan iaitu rangka kayu yang baluti kertas dan diterbangkan dengan tali layang-layang dan dijadikan aktiviti untuk tujuan tertentu terutamanya sebagai aktiviti rekreasi. Merupakan alat permainan yang dibuat daripada kertas, gentian atau kain yang berangka daripada buluh atau gentian. Wau yang berkepala, bersayap, berekor dan bertali teraju diterbangkan dengan bantuan angin. Wau yang terdapat dalam palbagai-bagai bentuk dan nama dikenali juga dengan nama layang-layang di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. Perkataan wau digunakan oleh rakyat di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia terutama sekali di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Menurut Wayne Hosking dalam “kites of Malaysia” perkataan wau berasal daripada Belanda iaitu berasal daripada perkataan “Wouw”. Merujuk kepada sejenis burung besar yang biasa dijumpai di Asia tenggara. Pandangan ini bercanggah dengan pendapat orang tua-tua di Kedah. Menurut mereka perkataan wau berasal daripada perkataan Thailand. Di Thailand layang-layang dipanggil sebagai wau. Fakta terbaharu yang dijumpai, menyatakan bahawa perkataan wau wujud daripada bunyi yang dihasilkan oleh busar yang tedapat pada wau. Apabila wau dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur itu menghasilkan bunyi ‘wau’,’wau’, ‘wau’ secara irama. Ciri utamanya mempunyai kepala, sayap dan ekor.
Ukiran kayu tradisional juga adalah satu hasil kreativiti masyarakat Melayu yang mengagumkan. Ukiran ini kerap kita lihat pada tangga rumah Melayu, kisi-kisi rumah, masjid, istana, rumah makam, rumah kediaman, kepala sampan, perabot rumah dan barangan hiasan dan keperluan harian seperti bingkai jam, bingkai cermin, bingkai gambar, katil dan sebagainya. Namun di Malaysia, ukiran bukan sahaja dihasilkan oleh orang Melayu malahan, suku kaum di Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Teknik ukiran yang dihasilkan adalah hampir sama, tetapi motif yang dipilih mungkin agak berbeza. Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, ‘carving tool’ (Khairuddin Talib: 2011). Terdapat empat jenis ukiran iaitu, ukiran layang, ukiran larik, ukiran timbul dan ukiran tebukan tembus. Seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu yang menyatakan seni ukiran Melayu tradisi telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Yang kini menjadi peninggalan yang amat berharga. Tambahan pula, kedatangan Islam pada ketika itu yang membawa Al-Quran sebagai pegangan menjadi sumber motif ukiran bercirikan Islam contohnya kaligrafi.  Seni ukiran di Malaysia juga antara seni kraf yang terkenal di dunia mungkin kerana keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu-kayan yang digunakan sebagai bahan binaan, alat perahu, senjata, dan hiasan. Terdapat pelbagai motif yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah terdiri daripada motif flora, motif fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos, motif geometri dan motif seni khat atau kaligrafi yang menggunakan huruf Arab. Proses menggarap idea adalah berunsurkan objek disekeliling mereka seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat Al Quran. Kebanyakannya melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang bernaungkan agama Islam. Dikebanyakan rumah Melayu, ciri-ciri Islam agak terserlah dengan ukiran khat pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai cermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Di masjid atau surau juga sering kita dapati ayat-ayat Al Quran di ukir di kayu dan diletakkan di dinding serta ukiran motif pelbagai diukir pada mimbar masjid atau surau. Di bawah adalah contoh-contoh ukiran yang telah diambil untuk kita analisis bagaimana idea motif itu digarap dan ditafsirkan dan pengaruh apakah yang memberi makna kepada hasil ukiran tersebut. Antara kegunaan ukiran kayu ini ialah bangunan. Bangunan yang dimaksudkan adalah rumah kediaman, masjid, surau, ruang legar dan lain-lain. Corak ukiran kayu menghiasi bahagian tertentu bangunan seperti permukaan pintu, tingkap, dinding, lebar layar, tiang dan cucuran atap. Selain itu, perabot dan aksesori. Seperti katil, meja, kerusi, kaki lampu, bingkai cermin, skrin pengadang dan mimbar masjid. Lain-lain barangan ialah seperti papan rehal dan congkak.
Kraf tembikar telah wujud di Malaysia sejak Zaman Neolitik lagi.
Labu Sayong
Kini perusahaan tersebut masih giat dijalankan di beberapa tempat. Antara kawasan yang masik terkenal dengan perusahaan tembikar tradisional ialah:
Labu Sayong, Sayong, Kuala Kangsar, Perak
Labu Pulau Tiga, Pulau Tiga, Parit, Perak
Tembikar Mambong, Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan
Tembikar Terenang, Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang
Pasu, Kuching, Sarawak
Apakah fungsi labu? Fungsinya adalah untuk menyimpan air minuman. Negeri Perak terkenal dengan perusahaan ini. Perusahaan membuat labu di negeri Perak dijalankan di dua mukim iaitu Mukim Sayong, Kuala Kangsar dan Mukim Pulai Tiga, Parit. Di Sayong, labu dikenali dengan panggilan ‘labu sayong’ yang berwarna hitam. Manakala di Mukim Pulau Tiga pula dipanggil ‘labu pulau tiga’ berwarna kuning kemerahan. Tahukah anda ada berapa jenis labu? Labu dikelaskan kepada lapan jenis seperti berikut:
(i) Labu panai
(ii) Labu gelugor
(iii) Labu tela
(iv) Labu gombol
(v) Labu bocong
(vi) Labu pucung
(vii) Labu belalai gajah
(viii) Labu lepap
Tembikar jenis ini selalunya digunakan untuk mengangkat air dari perigi atau sungai, tempat menyimpan atau merebus air. Antara geluk dengan buyung bentuknya hampir serupa iaitu mulut luas sedikit, berbadan bulat dan berleher pendek. Perbezaannya ialah badan buyung licin tanpa hiasan manakala geluk kadangkala sarat dihias dengan pelbagai motif. Jambangan bunga merupakan balang untuk mengisi bunga dan saiznya adalah tinggi. Ia banyak dihasilkan di Sayong, Pulau Tiga dan Sarawak. Jambangan bunga di Perak bentuknya seperti labu tetapi saiznya ditinggikan dan bahagian bibirnya bergelombang. Manakala di Sarawak jambangan bunga dikenali sebagai pasu tinggi atau pasu Sarawak yang penuh dihiasi dengan motif-motif tradisional Sarawak.







No comments:

Post a Comment