Selain itu, Kraf juga bermaksud, “Keluaran Kraf tangan” bererti apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian daripada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walaubagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian. Ini pula menurut Akta 222-Akta Perbadanan kemajuan Kraf tangan Malaysia 1979.
Jelaslah disini kita dapat lihat bahawa Kraf mempunyai makna yang sama dan berkait rapat dengan Kraf Tradisional. Dengan perkataan Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alatan atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha.
Kraf merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalaan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf kaya dengan unsur-unsur kebudayaan masyarakat pada masa dahulu yang jelas tercermin dalam hasil buatan mereka. Antaranya ukiran kayu, di mana kita dapat lihat hasil ukirannya menunjukkan gaya, sifat, garisan dan warna yang melambangkan sesuatu adat atau kaum. Kebanyakkan alatan dan barang yang digunakan untuk menghasilkan kraf ini hanyalah barangan kegunaan harian dan dari sumber asli. Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan juga adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka. Masyarakat di Malaysia ini terus mengembangkan lagi idea dan fungsi sesuatu benda, bukan sahaja tujuan kegunaan malah menghasilkan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan.
Hasil ciptaan kraf ini adalah daripada proses pengamatan dan pemikiran masyarakat untuk menjelmakan melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam. Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi merupakan warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman batu lagi. Antara fungsi yang menjadi kelengkapan kehidupan harian kita ialah seperti domestik, alat muzik, alat permainan, alat pertahankan diri, dan alat perhiasan.
Setiap pembuatan kraf ini mempunyai fungsinya yang tersendiri. Dalam rencana ini, akan menceritakan serta memberi penjelasan tentang kegunaan kraf. Beralih kepada kraf yang pertama iaitu Keris.
Bahagian Keris |
Parang |
Batik |
Tenunan |
Anyaman adalah satu jenis kraf yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu.
Anyaman |
Perhiasan diri adalah merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Amalan menghias diri telah bermula sejak zaman primitif lagi. Masyarakat pada zaman itu menggunakan pelbagai warna untuk mewarnai tubuh badan mereka sebagai hiasan diri. Faktor kepercayaan dan kebubayaan menentukan cara penghiasan diri bagi sesuatu kumpulan manusia. Apabila manusia bertamadun, rekaan pelbagai alat perhiasan diri mula diciptadengan menggunakan pelbagai bahan yang berharga seperti emas, perak dan batu permata. Dengan penemuan perhiasan dan wang emas di Lembah Bujang, Kedah, membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah menggunakan alat perhiasan diri sejak abad tujuh masehi (7 M) lagi. Pada zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu pembuatan barangan kemas adalah untuk memenuhi keperluan dan kegunaan keluarga di raja. Oleh yang demikian, penghasilan barangan kemas pada zaman dahulu adalah di bawah naungan istana. Antaranya ialah hiasan kepala, telinga, leher, tangan dan kaki serta hiasan di kepala.
Cucuk sanggul merupakan alat perhiasan yang biasa di pakai oleh kebanyakan wanita Melayu zaman dahulu bagi menyimpan rambut panjangdan membuat sanggul. Mereka menggunakan pelbagai cucuk sanggul.
Cucuk Sanggul |
Terdapat beberapa jenis hiasan leher tradisional Melayu seperti rantai, loket, dokoh dan kalung. Rantai terbahagi kepada dua jenis, iaitu rantai pendek dan rantai labuh.Rantai diperbuat daripada emas, suasa atau perak yang bermotifkan awan larat atau flora. Kadang kala ia diikat dengan intan atau berlian. Loket hanya dipakai bersama rantai. Loket selalunya bermotifkan fora dan fauna dan dibentuk dalam pelbagai rupa seperti geometrik dan organik. Ada juga loket yang diikat dengan batu permata atau mutiara sebagai hiasan. Dokoh terkenal di kalangan penduduk di Pantai Timur SemenanjungMalaysia. Ia bermotifkan alam semulajadi seperti bentuk daun dan dicantumkan bertingkat-tingkat pada seutus rantai. Selalunya dokoh mempunyai tiga tingkat. Kalung dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat daripada emas atau perak.Bentuknya berjalur dan bertingkat-tingkat hasil daripada sususan rantai halus. Terdapat dua jenis kalung iaitu kalung panjang dan kalung pendek dan selalunya leper. Kalung juga dikenali sebagai aguk.
Alat hiasan diri ialah benda yang disarung pada bahagian anggota badan khususnya pada jari, pergelangan tangan dan kaki seperti cincin, gelang tangan, dan kaki. Cincin dipakai di bahagian jari dan biasanya di jari manis. Ada juga yang memakai lebih daripada sebentuk cincin. Cincin dibentuk dalam pelbagai rupa seperti bertatahkan permata dan juga cincin tanpa permata iaitu cincin belah rotan. Ada juga cincin yang diukir indah pada birainya untuk menampakkan seri dan keunikannya. Gelang tangan sangat disukai oleh wanita dari dahulu hingga sekarang. Ia diperbuat daripada emas atau perak. Ada gelang yang berukuran timbul bermotifkan flora dan bentuk geometri. Terdapat juga gelang yang dihiasi dengan permata mengikut citarasa pemakainya. Ada gelang yang dibuat lohong di dalamnya dan ada juga yang padu. Gelang yang berbentuk rantai dinamakan rantai tangan dan dipakai di pergelangan tangan. Bentuknya leper dan kadangkala diikat dengan batu permata. Gelang kaki biasanya dipakai oleh pasangan pengantin dan keturunan di raja.Bentuk dan pembuatannya adalah serupa dengan gelang tangan dan selalunya dipakai sepasang. Terdapat pelbagai ukiran yang dijadikan hiasan pada gelang kaki.
Hiasan ini terdiri daripada tali pinggang dan pending. Tali pinggang direka dalam pelbagai jenis dan bentuk untuk menjadikan seseorang penakainya lebih bergaya dan menarik dengan memakai pending sebagai kepala tali pinggang. Tali pinggang diperbuat daripada emas, perak dan tembaga. Pending pula biasanya dihiasi dengan motif-motif fora dan fauna yang amat halus dan menarik buatannya. Baju tradisional Melayu selalunya dihiasi dengan kerongsang dan butang yang menarik. Kerongsang dipakai sebagai kancing dan juga sebagai penghias baju, terutamanya baju kebaya labuh. Terdapat berbagai-bagai jenis kerongsang yang diperbuat daripada emas atau perak dan diukir atau dihiasi batu permata. Butang baju pula berfungsi seperti kerongsang tetapi ianya dipakai pada bajukurung lelaki sahaja. Butang baju Melayu diperbuat daripada emas, perak dan suasa. Ada di antara butang baju yang dihiasi dengan batu permata.
Wau adalah salah satu permainan tradisi yang dimainkan untuk mengisi lapang.
Wau |
Ukiran kayu tradisional juga adalah satu hasil kreativiti masyarakat Melayu yang mengagumkan. Ukiran ini kerap kita lihat pada tangga rumah Melayu, kisi-kisi rumah, masjid, istana, rumah makam, rumah kediaman, kepala sampan, perabot rumah dan barangan hiasan dan keperluan harian seperti bingkai jam, bingkai cermin, bingkai gambar, katil dan sebagainya. Namun di Malaysia, ukiran bukan sahaja dihasilkan oleh orang Melayu malahan, suku kaum di Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Teknik ukiran yang dihasilkan adalah hampir sama, tetapi motif yang dipilih mungkin agak berbeza. Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, ‘carving tool’ (Khairuddin Talib: 2011). Terdapat empat jenis ukiran iaitu, ukiran layang, ukiran larik, ukiran timbul dan ukiran tebukan tembus. Seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu yang menyatakan seni ukiran Melayu tradisi telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Yang kini menjadi peninggalan yang amat berharga. Tambahan pula, kedatangan Islam pada ketika itu yang membawa Al-Quran sebagai pegangan menjadi sumber motif ukiran bercirikan Islam contohnya kaligrafi. Seni ukiran di Malaysia juga antara seni kraf yang terkenal di dunia mungkin kerana keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu-kayan yang digunakan sebagai bahan binaan, alat perahu, senjata, dan hiasan. Terdapat pelbagai motif yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah terdiri daripada motif flora, motif fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos, motif geometri dan motif seni khat atau kaligrafi yang menggunakan huruf Arab. Proses menggarap idea adalah berunsurkan objek disekeliling mereka seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat Al Quran. Kebanyakannya melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang bernaungkan agama Islam. Dikebanyakan rumah Melayu, ciri-ciri Islam agak terserlah dengan ukiran khat pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai cermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Di masjid atau surau juga sering kita dapati ayat-ayat Al Quran di ukir di kayu dan diletakkan di dinding serta ukiran motif pelbagai diukir pada mimbar masjid atau surau. Di bawah adalah contoh-contoh ukiran yang telah diambil untuk kita analisis bagaimana idea motif itu digarap dan ditafsirkan dan pengaruh apakah yang memberi makna kepada hasil ukiran tersebut. Antara kegunaan ukiran kayu ini ialah bangunan. Bangunan yang dimaksudkan adalah rumah kediaman, masjid, surau, ruang legar dan lain-lain. Corak ukiran kayu menghiasi bahagian tertentu bangunan seperti permukaan pintu, tingkap, dinding, lebar layar, tiang dan cucuran atap. Selain itu, perabot dan aksesori. Seperti katil, meja, kerusi, kaki lampu, bingkai cermin, skrin pengadang dan mimbar masjid. Lain-lain barangan ialah seperti papan rehal dan congkak.
Kraf tembikar telah wujud di Malaysia sejak Zaman Neolitik lagi.
Labu Sayong |
• Labu Sayong, Sayong, Kuala Kangsar, Perak
• Labu Pulau Tiga, Pulau Tiga, Parit, Perak
• Tembikar Mambong, Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan
• Tembikar Terenang, Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang
• Pasu, Kuching, Sarawak
Apakah fungsi labu? Fungsinya adalah untuk menyimpan air minuman. Negeri Perak terkenal dengan perusahaan ini. Perusahaan membuat labu di negeri Perak dijalankan di dua mukim iaitu Mukim Sayong, Kuala Kangsar dan Mukim Pulai Tiga, Parit. Di Sayong, labu dikenali dengan panggilan ‘labu sayong’ yang berwarna hitam. Manakala di Mukim Pulau Tiga pula dipanggil ‘labu pulau tiga’ berwarna kuning kemerahan. Tahukah anda ada berapa jenis labu? Labu dikelaskan kepada lapan jenis seperti berikut:
(i) Labu panai
(ii) Labu gelugor
(iii) Labu tela
(iv) Labu gombol
(v) Labu bocong
(vi) Labu pucung
(vii) Labu belalai gajah
(viii) Labu lepap
Tembikar jenis ini selalunya digunakan untuk mengangkat air dari perigi atau sungai, tempat menyimpan atau merebus air. Antara geluk dengan buyung bentuknya hampir serupa iaitu mulut luas sedikit, berbadan bulat dan berleher pendek. Perbezaannya ialah badan buyung licin tanpa hiasan manakala geluk kadangkala sarat dihias dengan pelbagai motif. Jambangan bunga merupakan balang untuk mengisi bunga dan saiznya adalah tinggi. Ia banyak dihasilkan di Sayong, Pulau Tiga dan Sarawak. Jambangan bunga di Perak bentuknya seperti labu tetapi saiznya ditinggikan dan bahagian bibirnya bergelombang. Manakala di Sarawak jambangan bunga dikenali sebagai pasu tinggi atau pasu Sarawak yang penuh dihiasi dengan motif-motif tradisional Sarawak.
No comments:
Post a Comment