Alam Fauna dan Flora

Fenomena Alam

EDUP3053 Teknologi Pengajaran & Pembelajaran

Sudut Agama dan Moral

Halaman Kesihatan

Halaman Pertanian

Halaman Pendidikan Seni Visual

Sudut Hiburan & Rekreasi

Thursday, 5 September 2013

SENI ABAD KE-20

PROF. DR. MULYADI MAHAMOOD
Dapatkan koleksi buku-buku yang ditulis oleh PROF. DR. MULYADI MAHAMOOD untuk pengetahuan yang lebih mendalam tentang perkembangan sejarah seni tanah air  dan luar negara.

Pengenalan
Perkembangan seni pada abad ke-20 begitu kompleks dengan wujudnya pelbagai aliran seni. Pada peringkat awal, gaya seni abad ke-19 banyak memberi inspirasi, dan kemudiannya perkembangan masyarakat dan politik secara umumnya turut mempengaruhi seni. Bab ini hanya akan membicarakan aliran seni yang utama, iaitu :
1. Fauvism (s.1905)
2. Ekspresionisme (s.1905)
3. Kubisme (s.1907)
4. Futurism (s.1910)
5. Dadaisme (s.1915)
6. Surealisme (s.1920an)
7. Abstrak Ekspresionisme (s.1940an)
8. Pop Art (s.1950an)
Fauvisme
Ditubuhkan di Paris pada 1905, karya-karya fauvis memperlihatkan penggunaan warna tanpa batasan. Lazimnya, warna-warna panas, meriah dan ceria, seperti kuning, jingga serta merah digunakan dalam karya-karya landskap, figura manusia, alam benda dan pemandangan dalaman. Istilah Fauvisme diperkenalkan oleh pengkritik seni  Louis Vauxcelles. Di antara pelukis-pelukis utamanya ialah Matisse, Derain, dan Vlaminck.
Contoh-contoh karya
1. Matisse, ‘Study for The Joy of Life’ (1905)
2. Matisse, ‘Harmony in Red’ (1908-09)
3. Matisse, ‘Red Room’ (1908-09)
4. Derain, ‘Port of London’ (1906)
5. Derain, ‘Portrait of Matisse’ (1905)
6. Vlaminck, ‘Portrait of Derain’ (1905)
7. Vlaminck, ‘Kitchen Interior’ (1904)
Andre Derain-The Port of London -1906

Matisse, ‘Harmony in Red’ (1908-09)
Ekspresionisme
Terdapat dua kumpulan ekpresionis di Jerman.
Die Brucke (The Bridge)
Ditubuhkan di Dresden pada 1905, karya-karya mereka merakamkan emosi manusia yang keras dan hebat. Di antara ciri-ciri stail yang utama ialah gabungan warna cerah dengan garisan ekspresif, serta bentuk-bentuk dan imej figura yang digayakan. The Bridge disifatkan sebagai sebuah “jambatan” yang menghubungkan gaya seni waktu itu dengan gaya seni akan datang. Pengaruh-pengaruh Munch dan Fauvisme dapat dikesan. Di antara pelukis-pelukis yang utama ialah Emil Nolde dan Kirchner.
Contoh-contoh karya
1. Emil Node, ‘Candle Dancer’ (1912)
2. Kirchner, ‘Lady with a Mirror’ (1912)
3. Kirchner, ‘The Street’ (1913)
Der Blaue Reiter (The Blue Rider)
Lahir di Munich pada 1911, karya-karya pelukis aliran ini lebih bersifat imaginative dan tidak sekeras karya-karya pelukis The Bridge. Penggunaan warna disifatkan lebih lembut dan dekoratif. Di antara pelukis-pelukis utama ialah Franc Marc dan Wassily Kandinsky.
Contoh-contoh karya
1. Franc Marc, ‘Two Kittens’ (1912)
2. Franc Marc, ‘Dear in the Woods’ (1913)
3. Kandinsky, ‘Improvisation’ (1910)
4. Kandinsky, ‘Improvisation’ (1912)

Painter Wassily Kandinsky. Painting. Improvisation 10. 1910 year
"Improvisation 10". 1910 yearOil on canvas

Kubisme
Diasaskan oleh Pablo Picasso dan George Braque di Paris pada 1907, tujuan utamanya adalah membebaskan bentuk dari rupa semulajadinya. Mereka mengubah bentuk semulajadi kepada satah-satah visual serta memperlihatkan kepelbagaian sudut pandangan dalam sesebuah karya. Kubisme disifatkan sebagai satu aliran penting pada abad ke-20 serta dianggap sebagai ibu kepada seni lukis abstrak serta berkonsep intelek. Istilah Kubisme diberi oleh pengkritik seni Louis Vauxcelles dalam ulasan pameran Braque berjudul “Cube”. Umumnya terdapat empat peringkat Kubisme:

1. Proto-Kubisme (s.1902-1908)
Picasso dan Braque terpengaruh dengan stail Cezanne dan seni topeng Afrika. Bentuk-bentuk semulajadi dipermudahkan, berlandaskan teori Cezanne bahawa alam terbentuk berasaskan bentuk-bentuk geometric seperti kun, silinder dan sfera.
Contoh-contoh karya
1. Picasso, ‘Portrait of Getrude Stein’ (1906)
2. Picasso, ‘Les Demoiselles d’Avignon’ (1907)
3. Braque, ‘ The Large Nude’ (1907)

Picasso, ‘Les Demoiselles d’Avignon’ (1907)

2. Analitik Kubisme
Bentuk-bentuk semulajadi dipermudahkan serta digambarkan dalam bentuk pecahan satah-satah geometrik. Pelbagai sudut dipersembahkan di atas permukaan catan yang bersifat dua dimensi.  Warna lebih bersifat monokromatik.

Contoh-contoh karya
1. Picasso, ‘ Reservoir at Horta’ (1909)
2. Braque, ‘ Landscape View Over Horta’ (1908)

3. Kolaj (s. 1910-1930)
Alam benda menjadi subjek utama catan. Kolaj dibentuk menerusi penampalan keratin-keratan kertas seperti akhbar dan majalah ke atas kanvas ataupun panel.
Contoh-contoh karya
1. Picasso, ‘Sheet of Music and Guitar’ (1912)
2. Picasso, ‘Still Life with Chair’ (1911-12)
3. Juan Gris, ‘Still Life in front of an Open Window’ (1915)

4. Sintetik Kubisme (s.1912-1930)

Objek-objek yang boleh dikenali kembali wujud dalam catan dengan penggunaan warna-warna yang lebih cerah.

Contoh-contoh karya
1. Picasso, ‘ Three Musicians’ (1921)
2. Picasso, ‘ Three Dancers’ (1925)
3. Braque, ‘ Still Life on a Marble Table’ (1925)






Futurisme
Berkembang di Itali, ia dipengaruhi oleh gaya Kubisme. Karya-karya Futuris berkisar kepada isu perkembangan teknologi, industry, dan era kejenteraan. Justeru itu, karya-karya mereka seakan-akan menggambarkan elemen-elemen pergerakan dan kelajuan. Di antara pelukis-pelukis utama ialah Baccioni dan Carlo Carra.
Contoh-contoh karya
1. Duchamp, ‘ Nude Descending a Staircase’ (1912)
2. Boccioni, ‘Spiral Expansion of Muscles in Movement’ (1913)
3. Carlo Carra, ‘Funeral of an Anarchist Galli’ (1910)
Dadaisme
Ia bermula di Zurich pada sekitaran 1915, kemudiannya merebak ke New York, Cologne, Paris dan negara-negara Eropah lain. Antara tujuan-tujuan utama kumpulan ini ialah membantah Peperangan Dunia Pertama dan masyarakat yang mencetuskannya. Mereka juga melahirkan seni tidak bermakna untuk menunjukkan kekosongan hidup masyarakat moden. Mereka melahirkan karya-karya yang provokatif untuk melihat reaksi serta kejutan golongan yang berpegang kepada nilai-nilai tradisi. Karya-karya mereka yang disifatkan sebagai “anti-art” membawa unsur-unsur jenaka yang melampau dan “ganas”. Di antara pelukis-pelukis utama ialah Jean Arp, Duchamp dan Max Ernst.
Contoh-contoh karya
1. Duchamp, ‘ Bicycle Wheel’ (1913)
2. Duchamp, ‘ L. H. O. O. Q’ (1919)
3. Duchamp, ‘ The Fountain’ (1918)
4. Jean Arp, ‘Mountain Table Anchors Navel’ (1925)
5. Max Ernst, ‘The Elephant of the celebes’ (1921)
Surealisme
Di antara tujuan-tujuan utama aliran ini ialah meneroka alam bawah sedar. Karya-karya yang bersifat fantasi itu juga dihubungkan dengan dasar-dasar dadaisme. Imej-imej alam mimpi yang mustahil atau absurd diolah serta digambarkan dalm suasana kebenaran. Di antara seniman-seniman utama ialah Salvador Dali, Joan Miro dan Max Ernst.
Contoh-contoh karya
1. Salvador Dali, ‘The Burning Giraffe’ (1935)
2. Salvador Dali, ‘The Persistence of Memory’ (1931)
3. Magritte, ‘ The Heart of the Matter’ (1928)
4. Magritte, ‘ Time Transfixed’ (1939)
5. De Chirico, ‘ The Disquieting Muses’ (1916)
6. Joan Miro, ‘Harlequin’s Carnival’ (1925)
Abstrak Ekspresionisme
Aliran ini bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1940an dan dianggap sebagai stail catan terpenting yang pertama di Negara tersebut. Kesengsaraan dan kemusnahan yang wujud akibat Peperangan Dunia Kedua menyebabkan ramai pelukis Eropah berhijrah ke Amerika dan ini menyebabkan pusat seni Barat bertukar ke Amerika Syarikat. Antara tujuan-tujuan utama abstrak ekspresionis ialah perluahan perasaan menerusi kebebasan penggunaan warna dan sapuan berus. Aksi serta proses berkarya menjadi subjek dan kebanyakan catan bersifat tidak representasi (“non-representational”), kecuali imbasan figura manusia yang kelihatan samar. Sapuan berus mereka disifatkan sebagai spontan, ekspresif dan agresif. Ia lebih merangsang penglihatan dan bukan memperkenal imej yang menarik. Ia suatu aktiviti fizikal ke atas kanvas yang bersifat eksperimentasi sebagai satu kaedah menyesuaikan diri terhadap perkembangan semasa yang kompleks. Di antara pelukis-pelukis utama ialah Jackson Pollock, Arshille Gorky, Willem De Kooning, Hans Hofmann, dan Mark Rothko.
Contoh-contoh karya
1. Willem de Kooning, ‘ Women IV’ (1952-53)
2. Willem de Kooning, ‘Women and Bicycle’ (1952-53)
3. Jackson Pollock, ‘Lucifer’ (1947)
4. Jackson Pollock, ‘Blue Poles’ (1953)
5. Arshille Gorky, ‘Golden Brown Painting’ (1947)
Pop-Art
Por Art bermula di England pada pertengahan 1950an dan terus menular ke Amerika Syarikat di mana ia berkembang pesat dalam tahun 1960an. Ia merakam objek seharian sebagai sandaran budaya popular. Subjek-subjeknya diambil daripada objek-objek dan imej-imej harian seperti tin sop dan bir, serta dari media massa seperti iklan, komik dan kartun. Potret bintang filem turut digambarkan sebagai wira budaya. Pop Art berkait rapat dengan sesuatu yang disukai ramai pada sesuatu masa atau kebudayaan popular. Ia mencerminkan keadaan sekeliling pengguna di samping melukiskan pengembalian imej bergambar dalam seni, selepas penguasaan Abstrak Ekpresionisme. Di antara seniman-seniman utamanya ialah Jasper Johns, Andy Warhol, Roy Lichtenstein, Robert Rauschenberg dan Claes Oldenburg.
Contoh-contoh karya
1. Andy Warhol, ‘Campell’s Soup Cans’ (1961-62)
2. Andy Warhol, ‘Marilyn Monroe’ (1962)
3. Roy Lischtenstein, ‘I can see The Whole Room’ (1961)
4. Roy Lichtenstein, ‘Blonde I’ (1961)
5. Jasper Johns, ‘Three Flags’ (1958)
6. Tom Wesselmann, ‘Great American Nude’ (1963)
7. Claes Oldenburg, ‘ Soft Typewritter’ (1963)
8. Robert Rauschenberg, ‘ Monogram’ (1959)
Seni arca
Pada awal abad ke-20, pengarca-pengarca berkarya sebagai reaksi kepada Rodin, sama ada menentang gayanya ataupun terpengaruh dengan ciri-ciri ekspresifnya. Pengarca-pengarca Kubisme pula menggabungkan bentuk-bentuk geometric yang abstrak. Kebanyakan gaya arca serupa dengan catan. Dalam konteks ini, penghayat boleh melihat bagaimana unsur-unsur catan dterjemah dalam bentuk tiga dimensi, misalnya dalam arca-arca oleh Picasso.
Meskipun pada peringkat awal abad ke-20 itu para pengarca lebih berpegang kepada pengertian tradisional seni arca, iaitu karya seni tiga dimensi yang berisi padu, static dan boleh ditatap dari 360 darjah sudut pandangan, fahaman itu kemudiannya dipecahkan dengan kemunculan ide-ide baru yang dicetuskan oleh para pengarca serta aliran seni yang baru. Contoh ketara ialah kelahiran aliran Konstruktivisme, pergerakan seni arca abstrak yang diasaskan pengarca adik beradik Antoinne Pevsner dan Naum Pevsner (Naum Gabo) pada 1917 di Russia. Dalam konteks ini, arca bukan hanya berkisar pada persoalan bentuk padu yang static di dalam ruang, tetapi mereka juga menekankan persoalan ruang itu sendiri. Arca-arca abstrak mereka menggunakan bahan-bahan moden seperti aluminium , perspek, kaca lutsinar dan plastic, bukan lagi terikat dengan bahan-bahan tradisi seperti batu dan marmar. Arca-arca Henry Moore lebih tradisional sifatnya, menekankan ciri-ciri formalis sebagaimana Rodin, menerusi subjek figura manusia yang digayakan.
Pengertian atau perbezaan diantara catan dan arca menjadi tidak jelas apabila media campuran digunakan dalam menghasilkan kedua-dua bentuk seni ini, terutamanya dalam karya-karya assemblage atau combined painting oleh Rauschenberg. Pertumbuhan pelbagai aliran seni, seperti Pop Art menyaksikan bahan-bahan tradisional arca semakin ditinggalkan, misalnya menerusi Claes Oldenburg yang menghasilkan arca-arca lembut (soft sculpture) menggunakan plastic, kulit dan seumpamanya. Pengarca-pengarca lain kemudiannya menghasilkan arca pemasangan (installation) menerusi pelbagai media, di samping mereka yang mengekalkan pendekatan tradisi, serta menggunakan bahan-bahan jumpaan (found objects) dan bahan-bahan sedia ada (ready made objects) seperti Duchamp dan Picasso. Kesemua ini memeriahkan serta mempelbagaikan dunia arca moden.
Contoh-contoh karya
Formalism
1. Aristide Maillol, ‘Meditteranean’ (s.1901)
Ekspresionisme
1. Wilhelm Lehnbruck, ‘Kneeling Woman’ (1911)
2. Gaston Lachaise, ‘Standing Woman’ (1912-27)
Kubisme
1. Raymond Ducham-Villon, ‘Horse’ (1914)
2. Alexander Archipenko, ‘Walking Women’ (1912)
3. Jacques Lipchitz, ‘Man with Mandolin’ (1917)
4. Julio Gonzales, ‘Woman Combing Her Hair’ (1930-33)
Arca timbulan
1. Henry Matisse, ‘Back I’ (1901)
Futurism
1. Umberto Boccioni, ‘Unique Form of Continuity in space’ (1913)
Dadaisme
1. Jean Arp, ‘Mountain Table Anchors Navel’ (1925)
2. Marcel Duchamp, ‘Bicycle Wheel’ (1913)
3. Man Ray, ‘Gift’ (1921)
Contoh-contoh karya
1. Henry Moore, ‘Two Forms’ (1936)
2. Alberto Giocometti, ‘The Palace at 4.00 a.m.’ (1932-33)
3. Alexander Calder, ‘Lobster Trap and Fish Tail’ (1939)

No comments:

Post a Comment