Ladang ubi Keledek |
Nama saintifik, Ipomoea batatas L LAMK dari keluarga Convolvulaceae.
Ia adalah jenis tanaman umnisi yang ditanam di atas batas menggunakan keratan sebagai benih.
Selain itu, ia kaya dengan karbohidrat, zat besi, vitamin A, B2, C dan beta karotena. Keledek dipercayai berasal dari bahagian Tropika Benua Amerika dan pada masa ini mempunyai taburan yang luas di semua kawasan tropika, subtropika dan kawasan yang bercuaca panas.
Tanah yang paling sesuai untuk tanaman keledek ialah tanah gembur berpasir dan mengandungi banyak bahan organik. Bagi mendapatkan hasil tinggi, ubi keledek memerlukan keadaan panas yang berpanjangan iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan. Ia juga memerlukan cukup kelembapan tetapi tidak tahan kepada keadaan air yang bertakung.
Terdapat pelbagai varieti atau klon keledek. Antara klon yang disyorkan termasuklah Gendut, Telong, Jalomas, Keledek China, Ubi Biru, Susu Lembu, Bukit Naga, Serdang 1, Kuala Bikam, Large White, Kangkung dan Vitato. Ia terdiri dari pelbagai saiz dan bentuk. Warna kulit dan isi juga ada pelbagai jenis termasuk putih, kuning, merah. ungu dan jingga. Perubahan gaya hidup dan kehendak pengguna masa kini meningkatkan cabaran kepada pengeluar hasil pertanian untuk mengeluarkan produk yang bukan saja menepati kehendak dari aspek fizikal dan citarasa, malah juga selamat untuk dimakan.
Selain dibungkus dengan sempurna, hasil pertanian perlu bebas dari sisa baki racun perosak dan memenuhi tahap kualiti fizikal dikehendaki pasaran. Untuk mencapai tahap kualiti optimum, Keledek perlu dikendalikan dengan sebaiknya bermula dari amalan ladang, pengendalian lepas tuai hingga ke peringkat pemasaran.
Kutipan hasil dilakukan antara 90 hingga 105 hari selepas menanam bergantung pada varieti. Kematangan umumnya dikenal pasti apabila daun awal bertukar kekuningan dan layu. Ubi keledek yang dikutip diasingkan, dibersihkan, dirawat antara tiga hingga empat hari, digred dan dibungkus sebelum dipasarkan. Pastikan ia sentiasa kering dan disimpan di tempat teduh dan mempunyai pengudaraan yang baik.
Untuk simpanan jangka panjang, ia boleh disimpan pada suhu 13 hingga 16 darjah celsius dengan kadar kelembapan relatif 85 hingga 90 peratus di mana jangka hayat kekal antara empat hingga enam bulan.
Keledek dikelaskan kepada tiga gred, tertakluk kepada ciri-ciri gred seperti gred premium, satu dan dua.
Spesifikasi gred premium merujuk dari varieti yang sama, kematangan dan saiz yang seragam, sempurna bentuk, permukaan kulit kering, bersih dan segar, selain bebas daripada kecacatan atau kerosakan.
Gred satu pula dari varieti yang sama, kematangan dan saiz seragam, sempurna bentuk, permukaan kulit kering, bersih dan segar. Gred dua pula dari varieti yang sama, kematangan dan saiz yang seragam, sempurna bentuk, permukaan kulit kering, bersih dan segar. Tahap kematangan keledek juga terbahagi tiga indeks seperti indeks belum matang, matang dan lebih matang. Indeks belum matang seperti keseluruhan permukaan kulit licin dan terdapat akar rambut, isi kurang padat, mudah dipatahkan dan mengeluarkan getah cair berwarna putih jernih apabila dipotong. Indeks matang pula seperti permukaan kulit kasar, tiada akar rambut, isinya padat, tidak mudah dipatahkan dan mengeluarkan getah berwarna putih yang hampir pekat apabila dipotong. Indeks lebih matang pula membabitkan permukaan kulit lebih kasar dan terdapat rekahan, isinya kenyal, tidak padat, berongga dan mengeluarkan getah yang pekat apabila dipotong.
Tips tanam ubi keledek
UBI keledek yang ditanam secara meluas di negara ini boleh hidup subur dalam julat suhu 27 hingga 30 darjah Celsius dan kawasan dengan taburan hujan melebihi 100 sentimeter setahun. Ia juga sesuai di tanam di kawasan tanah lom berpasir dan tidak bertakung air dengan pH tanah yang sesuai adalah 4.5 hinga 7.0
Penanaman
Ubi keledek boleh hidup di pelbagai jenis tanah termasuk tanah yang kurang subur dengan pembajaan yang sesuai. Saliran perlu untuk mengelak air bertakung dengan membina parit. Tanah perlu dibajak dengan bajak piring untuk membalik- balikkan tanah untuk menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik. Ia diikuti dengan bajak putar untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang gembur. Batas perlu untuk tanaman ubi keledek dengan ketinggian 30 hingga 40 sentimeter (sm) dan lebar 60 sm.
Bahan dan jarak tanaman
Ubi keledek ditanam menggunakan keratan batang dan pucuk dari pokok yang sedang menjalar.
Panjang keratan lebih kurang 30 sm yang mana keratan dicucuk ke dalam tanah dan tinggalkan sebahagian pucuk di permukaan tanah. Jarak antara pokok adalah 25 sm bergantung kepada jenis tanah dan varieti ubi keledek.
Pembajaan
Bagi tanah yang berasid, pengapuran perlu untuk menaikan pH.
Kadar pembajaan yang biasa adalah 70N:86P2O5:173K2O kg/ha bergantung kepada kesuburan tanah, jarak tanaman dan keadaan tanah. Baja diberi selepas tiga atau empat minggu ubi keledek ditanam.
Pengawalan rumpai
Merumpai dijalankan semasa pokok membesar iaitu tiga minggu selepas ditanam dan sekali lagi mengikut keperluan. Kawalan rumpai boleh secara manual atau menggunakan racun rumpai.
Kawalan perosak dan penyakit
l Musuh ubi keledek adalah seperti tikus, siput dan lain-lain. Serangga yang biasa menyerang adalah kumbang Cylas formicarius yang mana larvanya akan menyerang pangkal pokok dan kumbang dewasa akan duduk melekat pada daun, akar dan batang. Penyakit akar hitam atau reput pangkal pokok disebabkan oleh Ceratosmella fimbriata. Kawalan secara amalan kultura yang baik dan membuang pokok-pokok yang diserang penyakit.
Pungutan hasil
Hasil ubi keledek boleh dipungut antara empat hingga enam bulan selepas ditanam bergantung kepada jenis dan penjagaan. Ubi keledek boleh disimpan tetapi mestilah cukup tua dengan tempat penyimpanan yang mempunyai pengudaraan yang baik. Anggaran hasil adalah di antara 10 dan 15 tan/ha bergantung kepada penjagaan dan jenis ubi keledek.
Ubi keledek |
Resepi sayur daun keledek tumis dengan sambal belacan
Daun muda dan pucuk ubi keledek dimakan sebagai sejenis sayuran. Daun ini dianggap sebagai sayuran yang murah dan kasar. Namun ia merupakan sumber yang baik untuk vitamin A, C dan B2, serta lutein. Ia juga kaya dengan protein maka menjadi sayuran yang elok untuk dimakan setelah memakan ubi-ubi yang kurang nutrisi.
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak daun keledek sayur yang muda (boleh beli kat pasar)
1 camca besar ikan bilis
Garam dan sedikit gula
1 camca besar sos tiram
Minyak untuk menumis
1/2 cawan air
BAHAN TUMBUK :-)
1 biji bawang besar
1/2 inci belacan
1 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan
3 ulas bawang putih
2 biji cili hijau (nak pedas boleh tambah cili padi)
CARA MEMBUATNYA :-)
Asingkan daun dari batangnya, jika daun besar kerat 2, dan kerat2 batangnya (yang bahagian lembut sahaja). Cuci kedua2 bahagian dan toskan. Letak dalam tapis berasingan. Ikan bilis dicuci sekejap, toskan dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan sos tiram, masak sekejap dan tuang air. Bila mendidih, masukkan batang keledek dan masak hingga lembut.
Tambah daunnya, gaul rata dan perisakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata dan bila daun nampak layu sedikit, matikan api, angkat dan tabur dengan ikan bilis goreng tadi, hidangkan segera bersama nasi hangat dan sambal belacan.
Daun Ubi Keledek |
Kuih Talam Ubi Keledek |
300 gm keledek merah - rebus dan lecek
75 gm tepung beras
75 gm tepung ubi
150 gm santan kotak
150 gm air
250 gm gula pasir - (guna 200 gm)
1 sudu kecil garam
1/2 sudu teh esen vanila (jika suka)
sedikit pewarna kuning
lapisan atas
100 gm tepung ubi
200 gm santan pekat
200 gm air
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
cara
lapisan bawah
Blend semua bahan dan masukkan dalam periuk. Kacau di atas api sederhana hingga pekat.
Sapu minyak pada loyang. Tuangkan ke dalam loyang. Boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 minit.
lapisan atas
Blend semua bahan dan masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan keledek tadi.
Kukus semula selama 10 minit.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dekeluarkan dari acuan dan dipotong
Khasiat daun ubi keledek dalam perubatan tradisional
Perubatan tradisional menggunakan daun Ubi Keledek
Inilah daun ubi keledek, bukan sahaja boleh dibuat sayur malah ada kegunaan lain yang mungkin sesetengah daripada kita tak tahu. Saya sendiri telah menggunakannya, bisul sembuh selepas semalaman penggunaannya. Tapi bisul biasalah, bukan bisul yang berkaitan dengan diabetes atau penyakit-penyakit lain.
Macamana penggunaannya? ambil daun keledek, gentelkan pada tapak tangan sehingga keluar air dan tampalkan pasa bisul. Biarkan semalaman, dan esoknya bisul hilang tanpa dapat dikesan lagi.
Sebaiknya letak daun keledek ini pada bisul yang baru menjadi.
Hi tdy, thank you for sharing the details and info. about Ubi Keledek.
ReplyDeleteI'm in a business and constantly looking for opportunities to source this item locally direct from farm.
Is it possible that you can share the contacts with me?
I can be contacted via sooky322@gmail.com
Thank you very much.