Alam Fauna dan Flora

Fenomena Alam

EDUP3053 Teknologi Pengajaran & Pembelajaran

Sudut Agama dan Moral

Halaman Kesihatan

Halaman Pertanian

Halaman Pendidikan Seni Visual

Sudut Hiburan & Rekreasi

Monday, 23 December 2013

KHASIAT DAUN MULBERRY

KHASIAT DAUN MULBERRY
Daun dan buah Mulberry
Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat sutera, jika tidak makan daun ini ulat sutra tidak menghasilkan sutera yang baik. Maka disebabkan itulah jika di Malayasia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.  Oleh kerana itu, banyak petani yang membudidayakan tanaman ini. Mulberry memiliki sebutan nama yang berbeda di tiap negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenali sebagai Murbei atau arbei, di barat disebut Mulberry dan di Cina dikenal dengan nama Sangye.

Mulberry adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut. Mulberry merupakan tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China. Dikenali dengan nama botaninya, Morus Alba, pokok mulberi yang ditanam di negara China adalah Mulberry putih. Pokok mulberi lain yang menghasilkan buah berwarna hitam dan merah pula banyak ditanam di negara-negara beriklim tropika dan sub-tropika.

Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. Manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
Menurut ahli kimia, daun murbei mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamda hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik, fumarat, folat, dan asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.
Seiring dengan berjalannya waktu dan penelitian mengenai tanaman ini, maka dapat diketahui beberapa khasiat daun mulberry pada  tubuh manusia, diantaranya:

1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
5. Membantu dalam kehilangan berat badan
6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk
7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
12. Menambahkan tenaga
13. *Meningkatkan produksi susu badan*
14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
15. Memiliki semua 18 asid amino dan vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)
Kini terdapat daun mulberry yang telah diproses untuk dijadikan ubat.


Kuatkan sistem cerna dan serapan

Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua. Disebabkan banyak khasiatnya, maka jus Mulberry telah dihasilkan secara komersial sebagai makanan kesihatan dan amat popular di China, Jepun dan Korea. Bukan itu sahaja, buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juka mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja boleh juga mengambil jus mulberi bagi menambahkan cecair badan dan menguatkan penglihatan.

Buah Mulberry juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa pening, sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut.

Ubat kebas tangan dan kaki

Daun Mulberry pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema.

Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai unat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang kebas, bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

Akar pokok Mulberry boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Cara Penanaman

Pokok mulberry senang ditanam. Pokok mulberry ditanam dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul.


No comments:

Post a Comment