The Great Wave at Kanagawa |
Masyarakat Jepun amat menyedari kepentingan warisan tinggalan nenek moyang mereka dan ikatan atau hubungan mereka dengan tanah besar Asia walaupun secara realitinya mereka menjalani kehidupan yang berasingan iaitu sebagai masyarakat kepulauan.
Selain itu, aspek lain yang amat penting dengan masyarakat awal Jepun ialah kepekaan mereka terhadap sifat-sifat kedewaan. Misalnya, keindahan alam semula jadi yang terdapat di Jepun dianggap sebagai satu anugerah daripada dewa kepada kepulauan Jepun.
Hal ini demikian kerana secara legendanya, masyarakat Jepun mempercayai mereka berasal daripada Dewi Matahari iaitu bukan sahaja keturunan, tetapi meliputi asal-usul tanah dan negara Jepun itu sendiri.
Kepercayaan asal-usul ini juga boleh dibuktikan melalui makna Nihon (Nippon) dalam bahasa Jepun yang membawa maksud asal matahari iaitu matahari terbit.
Jepun atau Nihon/Nippon dalam bahasa jepun juga dikenali sebagai Tanah Matahari Terbit. Jepun juga pernah dikenali sebagai Yamato. Nihon, telah diterima secara am sebagai nama untuk Jepun dan telah digunakan buat pertama kalinya oleh cendiakawan-cendiakawan Jepun. Orang-orang Korea yang telah ramai datang ke Jepun pada awal abad ke 7. Istilah Nippon telah digunakan dengan meluas semasa era Meiji (186-1912) dan Taisho (1912-1926). Selepas perang kedua, Nihon sebaliknya lebih banyak digunakan dirujukkan kepada Jepun.
SEJARAH AWAL JEPUN
Zaman Yayoi
Tempoh Yayoi secara tradisional bertarikh dari 300 SM hingga 300M. Bukti arkeologi terawal Yayoi ditemui di Kyūshū utara, walaupun ini masih diperdebatkan. Kajian-kajian terbaru yang dijalankan mendapati bukti genetik dan arkeologi telah ditemui di kedua-dua timur China dan barat Jepun memperkuatkankepercayaan bahawa orang Yayoi berasal dari satu kawasan di selatan Yangtze. Antara 1996 dan 1999, satu pasukan diketuai oleh Satoshi Yamaguchi, seorang penyelidik di Muzium Sains Kebangsaan Jepun, telah membandingkan jasad Yayoi yang ditemui dalam prefek Yamaguchi dan Fukuoka Jepun dengan Jiangsu wilayah pantai China melalui ujian DNA mendapati terdapat banyak persamaan antara Yayoi dan Jiangsu.
Budaya Yayoi tersebar dengan cepat kepada pulau utama penyebatian Honshū dengan peribumi budaya Jōmon. Satu kajian baru-baru ini yang menggunakan spektrometri jisim pemecut analisis dikarbonkan keatas tembikar dan kayu pancang, menandakan peralatan ini bertarikh 900-800SM, 500 tahun lebih awal daripada apa yang dipercayai sebelumnya.
Tembikar zaman Yayoi dijumpai di Kugahara |
Apabila populasi Yayoi bertambah, masyarakat menjadi lebih terstrata dan kompleks. Mereka menghasilkan tekstil, tinggal menatap di kampung sebagai peladang dan membina bangunan-bangunan dengan kayu dan batu. Mereka juga mengumpulkan kekayaan melalui pemilikan tanah dan pengumpulan bijian. Faktor-faktor ini meningkatkan tahap pembangunan dan mewujudkan golongan sosial yang berbeza dalam masyarakat. Berdasarkan sumber-sumber Cina kontemporari menjelaskan penggunaan tatu dalam masyarakat menunjukkan perbezaan dalam taraf sosial. Ketua-ketua Yayoi, di beberapa bahagian di Kyūshū, dipercayai telah menaja, dan secara politik menguasai, pertukaran barang-barang bernilai dengan gangsa. Pertanian beras basah dengan masyarakat luar terutama dari Yangtze, Selatan China melalui kepulauan Ryukyu atau Semenanjung Korean membawa kepada pembangunan dan pertumbuhan satu masyarakat agraria yang banyak terdapat di Jepun.
Cermin Gangsa |
Zaman Yayoi telah dibezakan dengan pengenalan alat-alat logam dari benua asia terutamanya dari negara China. Tanah-tanah telah dibuka untuk penanaman padi dan teknik-teknik pengairan telah digunakan dengan meluas yang telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam pengeluaran padi.
Perbezaan di dalam perkembangan sosial dan politik juga wujud di antara pihak pemerintah dan rakyat. Lama-kelamaan lebih ramai pemimpin-pemimpin politik mula muncul di jepun, seperti di Yamato (kini merupakan daerah Nara) dan Kyushu. Kumpulan Yamato ini telah berjaya mendapat keunggulan ke atas golongan-golongan lain yang dipanggil Uji.
Zaman Jōmon 14,000–300 SM
Zaman Kofun 250–538
Zaman Asuka 538–710
Zaman Nara 710–794
Zaman Nara muncul pada tahun710-749 Masihi. Pada zaman ini, Jepun banyak menjalin hubungan dengan Korea dan China hingga membawa kepada Jepun dipengaruhi oleh sistem pemerintahan di China iaitu pemerintahan dibawah Dinasti Tang (618-906 Masihi). Dari segi pengukuhan tamadun pada zaman Nara, maharaja Jepun iaitu Putera Shotoku sangat tertarik untuk mempelajari dan meniru corak pemerintahan Dinasti Tang yang unggul dalam tamadun China. Cabaran yang dihadapi pada zaman Nara ialah selepas kemangkatan Putera Shotoku pada 621 Masihi, suku Soga telah mengukuhkan dan menambah kekuasaan mereka serta menunjukan tanda-tanda yang mereka bersedia hendak merampas kuasa. Pada tahun 645 Masihi berlaku rampasan kuasa yang diketuai oleh Nakatomi-no-Ktamari yang dikenali sebagai Fujiwara Katamari.
Zaman Heian 794–1185
Zaman Heian muncul pada tahun 794-1185 Masihi apabila istana di Heian-kyo didirikan di Kyoto. Dalam tempoh itu sebuah kerajaan tentera telah ditubuhkan di bawah pimpinan Minamoto-no-Yoritomo. Zaman Heian boleh dianggap sebagai satu zaman yang penuh tradisi Jepun dan amat memberi perhatian kepada hidup berperaturan, beradab dan dilafazkan dengtan indah dalam kehidupan serta kesenian. Zaman Heian merupakan kebudayaan yang sangat mengambil berat tentang gaya terutama untuk mencapai kesempurnaan dalam bidang seni lukis,puisi, kesusasteraan, ukiran dan senibina. Kuasa politik sebenar maharaja telah merosot dan susur galur maharaja telah masuk ke dalam keluarga Fujiwara kerana mereka telah menggunakan taktik berkahwin dengan keluarga diraja. Anggota keluarga yang paling berjaya, berkuasa dan terkenal ialah Fujiwara-no-Michinaga yang memerintah selama lebih 30 tahun di bawah lapan orang maharaja.
Zaman Kamakura 1185–1333
Kerajaan Kamakura ditubuhkan oleh Yoritomo pada 1192 Masihi, beliau dilantik sebagai Sei-I-Taishogun. Kamakura terletak di wilayah sagami telah menjadi ibu negara dan pusat kegiatan politik Jepun. Zaman Kamakura juga merupakan kerajaan keshogunan iaitu bersifat kediktatoran tentera yang pertama dalam sejarah negara Jepun. Kerajaan seperti ini dipanggil kerajaan“Khemah” atau Bakufu dalam bahasa Jepun. Dalam Zaman Kamakura menyaksikan pertumbuhan bilangan estet-estet persendirian atau dipanggil sebagai Syo atau Syoen. Dalam Zaman Kamakura ini juga telah merakamkan pertumbuhan ekonomi yang positif dalam sejarah Jepun. Ini dilihat dalam peningkatan dan pertambahan hasil sektor pertanian yang besar. Beberapa ancaman dan permasalahan dalam kerajaan Kamakura antaranya ialah dua krisis utama iaitu hilangnya waris Minamoto dalam siri kepimpinan Bakufu Kamakura yang diasaskan oleh Yorimoto dan digantikan dengan pengganti-pengganti raja Hojo. Kerajaan Kamakura berakhir pada tahun1333 Masihi akibat timbulnya cuba andari beberapa orang maharaja Jepun yang berusaha menggulingkan kerajaan tersebut.
Akhirnya Maharaja Godaigo berjaya mengambilalih namun selepas dua tahun baginda telah kehilangan kekuasaan politiknya.
Zaman Muromachi, Nanboku-chō, Sengoku, (Ashikaga) 1336–1573
Tempoh Sengoku (c. 1467 - c. 1603) ialah satu tempoh dalam sejarah Jepun ditandai oleh pergolakan sosial, komplot politik dan konflik ketenteraan. Ia berakhir apabila semua kuasa politik disatukan di bawah Tokugawa shogunate .
Tahun tahun sebelumnya telah memperlihatkan pengaruh dan kawalan Shogunate ke atas daimyo hilang beransur-ansur. Walaupun shogunate Ashikaga telah mempertahankan struktur pentadbiran shogunate Kamakura dan mentadbir kerajaan pahlawan berdasarkan hak sosial ekonomi yang sama dengan pengiktirafan oleh Hōjō namun ia gagal memenangi kesetiaan banyak daimyo terutamanya yang berada jauh dari ibu kota, ( gelaran untuk pemerintah sesebuah kawasan pada zaman feudal Jepun)
Kebanyakan daripada pemimpin-pemimpin ini mula berlawan antara satu sama lain untuk mempertahankan kawasan pengaruhnya. Hubungan perdagangan dengan China meningkat membolehkan pembangunan ekonomi. Pengunaan kewangan juga semakin meluas berikutan kemunculan kota kota perdagangan. Ia menggabungkan dengan perkembangan dalam pertanian dan dagangan skala kecil, Ini membawa kepada kecenderungan untuk membentuk kuasa autonomi tempatan yang lebih luas di semua peringkat hierarki sosial. Seawal permulaan abad Ke-15, penderitaan disebabkan oleh gempa bumi dan kebuluran sering berkhidmat untuk mencetuskan pemberontakan bersenjata oleh pekebun bosan hutang dan cukai.
Perang Ōnin (1467-1477), merupakan konflik berpunca dari masalah ekonomi dan pertikaian ke atas pewarisan Shogun, juga dianggap sebagai permulaan tempoh pemerintahan Sengoku. Tentera "timur" dari keluarga Hosokawa dan sekutu-sekutunya bertembung dengan tentera "barat" dibawah Yamana. Pertempuran berlaku di luar dan di sekitar Kyoto mengambil masa hampir 11 tahun mengakibatkan bandar Kyoto musnah. Peperangan ini juga telah merebak ke wilayah-wilayah lain.
Pemerintahan ini berkesudahan melalui siri tiga orang panglima tentera iaitu, Oda Nobunaga, Toyotomi Hideyoshi , dan Tokugawa Ieyasu, yang telah menyatukan Jepun. Selepas kemenangan terakhir Tokugawa Ieyasu di pengepungan Osaka dalam 1615, Jepun menikmati keamanan di bawah Tokugawa Shogunate , memasuki satu era keamanan yang dipanggil "Sakoku". (dasar tutup pintu)
Pemerintah pada zaman keshogunan Ashikaga Takauji adalah seorang pemimpin tentera di bawah pentadbiran Maharaja Godaigo. Kebangkitan Pemerintahan Keshogunan Ashikaga adalah disebabkan oleh kegagalan pemerintahan Maharaja Godaigo menjaga kepentingan komander tentera di bawah pentadbirannya. Selepas tahun 1368, pemerintahan kerajaan Ashikaga diwarisi oleh Yoshimitsu, struktur pemerintahan yang dibuat berdasarkan kesetiaan dan perpaduan. Peranan yang dimainkan oleh Yoshimitsu dan pegawai bawahannya dikawal dengan keras tetapi adil, dan pengawasan vassal adalah terlalu subjektif untuk dikawal. Pada zaman kerajaan Ashikaga, perkembangan ekonami berlaku dengan pesat melalui pengagihan kuasa yang diperkenalkan. Masyarakat yang terpisah berdasarkan kelas dapat disatukan melalui pembinaan Bakufu. Melalui dasar pentadbiran yang dilakukan oleh kerajaan Ashikaga ini sebanarnya telah menyebabkan pemerintah Ashikaga yang digelar shugo mengalami kekurangan pengaruh secara berperingkat-peringkat seterusnya mengalami kejatuhan. Pada tahun1565, Shogun Ashikaga iaitu Yoshiteru telah dibunuh dan beliau telah diganti oleh Ashikaga Yoshihide yang meninggal dunia tiga tahun kemudian. Yoshiaki telah dilantik sebagai Shogun oleh Oda Nobunaga yang telah menjadi seorang daimyo yang paling berkuasadi Jepun.
Yoshiaki kemudian telah dipecat oleh Nobunaga dalam tahun 1573. Keadaan ini telah menamatkan zaman pemerintahan Keshogunan Ashikaga di Jepun.
Azuchi–Momoyama 1568–1603
Edo (Tokugawa) 1603–1868
ZAMAN EDO
Setelah Toyotomi Hideyosi meninggal dalam perang melawan Korea yang kedua setelah perang pertamanya gagal, ia digantikan oleh Tokugawa
Ieyasu. Tokugawa Ieyasu iaitu seorang daimyo keturunan Minamoto Yoritomo yang
diberikan kekuasaan untuk menjalankan pemerintahannya di daerah Mikawa, Aichi.
Pada tahun 1600 perang saudara telah berlaku antara keluarga Hideyori dengan keluarga Tokugawa Ieyasu. Perang ini disebabkan oleh ketidakpuasan keluarga
Hideyori atas digantinya Toyotomi Hideyosi dengan Tokugawa Ieyasu. Dalam perang
ini dimenangkan oleh Tokugawa Ieyasu. Atas kemenangannya itu, Ieyasu diangkat
menjadi Sei I Tai shogun oleh Tenno. Kemudian ia memindahkan pusat pengendalian pemerintahan di Edo (Tokyo).
Selama pemerintahan dipegang oleh keluarga Tokugawa, keadaan
di dalam Negara Jepun menjadi damai dan stabil. Perdamaian dan kestabilan ini
pun merupakan anjakan permulaan yang besar dalam bidang produktiviti dan
perekonomian Jepun. Keadaan ini memaksa rakyat jepun untuk mencari pasaran di
kota-kota dan daerah lainnya supaya
mereka dapat menjual hasil pengeluarannya secara bebas. Seiring berjalannya waktu,
Jepun merasa bahawa pasaran yang ada di dalam negeri tidak memadai sehingga
Jepun mulai mengadakan hubungan dagang dengan negara-negara luar khususnya
negara barat. Akan tetapi dengan majunya perdagangan tersebut, ajaran agama
kristen yang sangat berkait rapat dengan sistem masyarakat feudal mulai
tersebar luas sehingga banyak masyarakat Jepun yang memeluk agama tersebut.
Melihat keadaan Jepun yang demikian itu, Ieyasu membuat peraturan tentang larangan agama kristen masuk ke Jepun. Namun
peraturan itu menimbulkan pemberontakan di Shimabara kerana adanya
ketidakpuasan para pemeluk agama kristen. Pemberontakan tersebut dikenal dengan
Shimabara no ren.
Semakin hari pemberontakan tersebut semakin meluas bahkan
pemerintah Jepun tidak sanggup untuk menanggulangi semuanya sehingga
mengharuskan Jepun untuk melakukan Sakoku yaitu dasar menutup pintu kepada luar.
Dalam hal ini, Jepun tidak menerima orang luar masuk ke negaranya dan tidak
juga mengizinkan warganya keluar negeri. Selama masa sokaku (isolasi) Jepun tidak mengetahui perkembangan dunia luar. Bahkan pada saat itu negara barat
tengah menyusun suatu peradaban yang lebih modern. Masa sokaku ini mempunyai
tujuan untuk mengembalikan suasana damai dan stabil seperti sedia kala juga
Jepun ingin membentuk jati diri (nasionalisme) yang kuat dinegaranya.
Pada tahun 1615 Ieyasu menetapkan kod untuk pendekar yaitu
Bukeshohatto. Akibat dari Bukeshohatto ini adalah hubungan antara pemerintah
dengan masyarakat menjadi renggang. Pemerintahan Tokugawa Ieyasu berkembang
pesat menjadi demokratis. Pemerintahannya sebagian besar dikuasai oleh para
daimyo dan para pembantu langsung shogun. Daimyo dan para pembantu shogun ini selain bertugas untuk mengawasi pertahanan pantai, juga membangun
kastil dan istana yang memakan biaya banyak.
Selain itu terdapat juga susunan masyarakat pada zaman Edo
yang disebut Shinōkōshō. Kata Shinōkōshō berasal dari:
Shi= bushi= samurai/militer
Nō= nōmin= petani
Kō= kōsakunin= pekerja
Shō= shōnin= pedagang
Selain yang disebutkan diatas ada golongan masyarakat yang
tidak digolongkan ke dalam Shinōkōshō, yaitu orang-orang buangan yang disebut
Eta atau Hinin.
Tahun 1605 M Ieyasu menyerahkan jabatannya kepada anaknya,
Tokugawa Hidetada (Shōgun generasi
ke-2). Tetapi dirinya masih memerintah sebagai Shōgun yang mengundurkan diri
sampai dirinya meninggal tahun 1616 M. Kemudian Shōgun generasi ke-3, Tokugawa
Iemitsu membuat peraturan untuk mengatur para Daimyō yang disebut Sankin Kōtai,
yaitu para Daimyō diwajibkan untuk datang dan menetap di Edo sampai beberapa
waktu untuk membantu pemerintah pusat. Perekonomian para Daimyō menjadi susah
sehingga tidak punya tenaga untuk melawan Shōgun.
Pada zaman
Genrōku (zaman kecil yang ada selama zaman Edo. Berlangsung tahun 1646 M sampai
1709 M) perekonomian menjadi kacau karena krisis ekonomi. Tokugawa Yoshimune
(Shōgun generasi ke-8) melakukan
beberapa pembaharuan untuk membangun kembali perekonomian Bakufu. Ada tiga
reformasi yang dilakukan.
Reformasi pertama= Merancanakan pajak yang berlipat
ganda dan cara membuka lahan baru serta
memerintahkan kaum Bushi untuk menghentikan hidup bermewah-mewah dan berhemat.
Reformasi ini berhasil, tetapi tidak berlangsung lama.
Reformasi kedua= Memerintahkan kaum Bushi untuk berhemat,
menganjurkan Bushi untuk belajar beladiri dan ilmu pengetahuan serta
mengeluarkan perintah bahwa Bushi tidak perlu membayar hutan kepada kaum
pedagang. Reformasi ini gagal tapi mampu menolong kaum Bushi.
Reformasi ketiga= Memerintahkan kaum Bushi untuk berhemat
dan melarang perkumpulan pedagang besar yang melakukan pemborongan. Reformasi
ini gagal.
Pada waktu itu perdagangan berkembang dengan sangat pesat.
Golongan petani merupakan produsen yang sangat membantu kehidupan
golonagn-golongan lain. Tapi mereka sendiri sangat menderita karena diwajibkan
membayar pajak yang sangat tinggi. Bahkan ada satu semboyan yang berbunyi
“jangan diberi baik kehidupan maupun kematian.” Artinya bahwa petani harus
ditempatkan sebagai kelas masyarakat yang hanya wajib berproduksi dan membayar
pajak.
Ketika kekacauan di dalam negeri sedang bergejolak yang
disebabkan oleh adanya pemberontakan petani. Negara-negara barat terus mendesak
agar Jepun membuka pantainya. Inggeris mengadakan revolusi industri dan
mengadakan ekspansi ke seluruh dunia dan Amerika pun bermaksud memperluas
jangkauannya ke Asia. Pada tahun 1854 M Amerika memaksa Jepun untuk
menandatangani persetujuan dagang (persetujuan Kanagawa) yang membuat Jepun harus membuka negeri dari bangsa asing.
Pembukaan negeri (Kaikoku) tersebut membuat rakyat dan Bushi menjadi susah serta
perekonomian menjadi kacau. Dua golongan Bushi tingkat bawah yang disebut
Satsuma dan Chōshū bersatu dan memulai gerakan Sonnōjōi melawan orang asing
tetapi kalah. Mereka mengakui kekuatan orang asing dan berfikir untuk
menjatuhkan Bakufu dan menyelenggarakan pemerintahan baru yang berpusat pada
kaisar. Saat itu muncul gerakan-gerakan anti Bakufu yang disebut Bakumatsu.
Akhirnya Pemerintahan Tokugawa resmi berakhir ketika Tokugawa
Yoshinobu menyerahkan pemerintahan ke tangan Tennō (Taisei Hōkan) pada tanggal
9 November 1867 untuk menghadapi krisis. Pada 19 November 1867 Tokugawa
berundur dari jabatannya.
Di bidang kebudayaan muncul beberapa karya cipta diantaranya:
1. Dari segi pendidikan,
muncul sekolah yang diselenggarakan di kuil-kuil Buddha yang disebut Terakoya.
Selain itu muncul juga ajaran Kokugaku yaitu ilmu pengetahuan yang meneliti
ilmu klasik Jepun dan mencari pemikiran-pemikiran asli Jepun.
2. Di bidang
kesusasteraan, muncullah Haiku yang diciptakan oleh Matsuo Bashō.
3. Dalam bidang seni
pertunjukan, berkembang Kabuki.
4. Dalam bidang seni
lukis yang paling berkembang adalah Ukiyo-e yaitu lukisan yang menggambarkan
dunia Kabuki, dunia Sumō, dan dunia wanita penghibur. Ada juga Nishiki-e yaitu
gambar yang dibuat dengan dicetak pada papan menggunakan warna-warna yang
indah. Seni lain yang berkembang adalah Yūzen (kain celup) dan keramik Jepun.
5. Hasil karya golongan
militerat dan pedagang kota yang paling terkenal yaitu upacara minum teh.
Meiji Restoration 1868–1912
Tempoh Meiji juga dikenali sebagai era Meiji, bermula dari 8 September, 1868 hingga 30 Julai 1912. Tempoh ini mewakili pertama separuh daripada Empire of Japan ketika masyarakat Jepun beralih daripada sebuah masyarakat feudal terpencil kepada bentuk moden. Perubahan asas menjejaskan struktur sosial, politik dalaman, ekonomi, tentera, dan hubungan luar negeri.
Pada Zaman Meiji, pendidikan dan ilmu pengetahuan telah menjadi agenda penting untuk menandingi kuasa-kuasa Barat. Pemimpin Meiji sedar bahawa pelajaran penting untuk menjadi kuasa ekonomi dan militari termoden. Hal ini dilakukan dengan penyerapan teknologi pengetahuan dari negara-negara tersebut. Pelajaran juga dianggap sebagai kunci kunci untuk membina sebuah negara yang kukuh. Beratus-ratus penuntut dihantar ke luar negeri untuk mempelajari sains, pentadbiran dan teknik perindustrian Barat. Pada ketika ini, pakar-pakar teknologi Barat telah digaji untuk mengajar pelbagai kemahiran kepada rakyat Jepun. Pada tahun 1871, Kementerian Pelajaran di Jepun telah ditubuhkan manakala setahun kemudian, negara Jepun telah dibahagikan kepada lapan daerah pelajaran. Setiap daerah mempunyai sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 buah sekolah rendah. Kanak-kanak yang berusia enam tahun ke atas wajib menerima pelajaran sehingga 16 bulan. Menjelang tahun 1880, terdapat lebih 28 000 buah sekolah rendah dengan hampir dua juta orang murid. Walaupun Jepun telah bergelar negara yang membangun, namun Jepun tetap memberi tumpuan dan penekanan dalam bidang pendidikan. Ia merupakan salah satu daripada perkara penting selepas perlembagaan baharu dibentuk. Pendidikan moden di Jepun wujud selepas Pembaharuan Meiji dan tradisi pendidikan wajib serta pendidikan tinggi dibentuk pada tahun-tahun seterusnya. Walaubagaimanapun, sistem ini telah diubah selepas Perang Dunia Kedua, iaitu mengikut sistem pendidikan Amerika Syarikat.
Kebudayaan
Zaman Edo
1. Dari segi pendidikan, muncul sekolah yang diselenggarakan di kuil-kuil Buddha yang disebut Terakoya. Selain itu muncul juga ajaran Kokugaku yaitu ilmu pengetahuan yang meneliti ilmu klasik Jepang dan mencari pemikiran-pemikiran asli Jepang.
2. Di bidang kesusastraan, muncullah Haiku yang diciptakan oleh Matsuo Bashō.
3. Dalam bidang seni pertunjukan, berkembang Kabuki.
4. Dalam bidang seni lukis yang paling berkembang adalah Ukiyo-e yaitu lukisan yang menggambarkan dunia Kabuki, dunia Sumō, dan dunia wanita penghibur. Ada juga Nishiki-e yaitu gambar yang dibuat dengan dicetak pada papan menggunakan warna-warna yang indah. Seni lain yang berkembang adalah Yūzen (kain celup) dan keramik Jepang.
5. Hasil karya golongan militerat dan pedagang kota yang paling terkenal yaitu upacara minum teh.
Zaman Meiji
1. Diberlakukannya kalender solar gregorian dan agam kristen akhirnya diakui karena mendapat banyak kritikan dari luar negeri.
2. Memotong rambut kuncir menjadi pendek dan mulai memakai pakaian gaya barat.
3. Mulai mengenal tata cara makan daging dan mulai memakannya sehingga banyak didirikan restoran sukiyaki.
4. Dibidang pendidikan, didirikanlah beberapa universitas di Tokyo yang masih ada sampai sekarang.
5. Dibidang seni yang masih populer yaitu kabuki.
6. Dibidang sastra, lahirlah waka dan Haiku.
7. Dibidang industri mulai dibangun industri pemintalan kertas dan sutera.
Zaman Taisho
1. Dibidang seni lukis yang berkembang yaitu lukisan ukiyo-e yang telah banyak dipengaruhi oleh budaya barat.
2. Dibidang perfilman, lahirlah film “bisu”, dan dihidupkan oleh komentator yang disebut “benshi”, yang memiliki ketrampilan sebagai pendongeng professional.
3. Dibidang musik, mulai diperkenalkan orkestra dan komposisi innstrumen
4. Dibidang sastra lahirlah sastrawan bernama Akutagawa Ryūnosuke yang menulis novel ”Rashomon”, ”Hana”, ”Jigokuhen”, dll.
Zaman Showa
1. Dibidang pendidikan adanya aturan wajib belajar 6 tahun (sebelum perang) kemudian menjadi 9 tahun (setelah perang).
2. Pembebasan individual & perutamaan demokratisasi nilai-nilai baru meluas.
3. Terdapat kebebasan dalam berfikir,berdiskusi dan berkepercayaan.
Cetakan Blok Kayu Jepun -Ukiyo-e
blok kayu |
Perkataan “Ukiyo” berasal dari perkataan Buddha yang bermaksud dunia sedih. Aspek yang digambarkan dalam Ukiyo-e adalah tentang dunia terapung yang meujuk kepada perasaan dan kebebasan yang tidak abadi atau tidak kekal. “ e” pula bermaksud gambar atau lukisan. Pada zahirnya, Ukiyo-e menceritakan kekayaan sejarah zaman Edo di bawah pemerintahan Shogun yang terasing dari dunia luar. Kegiatan dilakukan berkisar tentang persembahan teater, restoran, kedai minum, geisha dan rumah pelacuran kelas atasan.
The Kabuki actor Otani Oniji II |
Secara amnya, mereka membuat poskad dengan menggambarkan kehidupan seharian. Pada awal abad ke-18, cetakan telah menambah kualiti dari segi kualiti kertas, rupa bentuk dan saiz cetakan bertambah dan pelbagai. Selain itu, teknik cetakan juga bertambah moden. Pada awalnya, cetakan yang berwarna akan dilakukan dengan tangan. Pada pertengahan abad ke-18, Okumara Masanobu ( penerbit & pelukis ) telah membuat eksperimen dengan menggunakan lebih daripada satu kayu blok untuk menghasilkan beni-e’ atau gambar merah. Seniman iaitu Suzuki Harunobu merupakan tokoh cetakan yang cemerlang dan beliau terkenal di Edo.
A girl as Kiku - salah satu karya Suzuki Harunobu |
Shunga |
Shunga merupakan karya seni yang bergaya ukiyo-e ( karya di atas). Lukisan beliau biasanya berkait dengan adegen percintaan. Seni Shunga bermula sejak era Muromachi (1336-1573) dan dipengaruhi oleh pelukis erotik dari dinasti Tang di China, Chou Fang. Seni Shunga dibuat dan dijual dalam bentuk lembar atau dalam bentuk buku dinamakan “ enpon”. Selain itu, karyanya juga dalam bentuk gulungan yang dinamakan “kakemono-e”. Karya shunga yang dibuat di Osaka & Kyoto terdiri daripada warna yang lebih kaya jika dibandingkan dengan karya Edo. Hal ini kerana karyanya menggunakan “gofun” iaitu sejenis bubuk kulit kerang putih yang dicampur dengan berbagai bahan hingga menjadi pigmen yang beraneka warna.
Ketika era pemerintahan Kaei (1845-1854), banyak kapal pedagang asing datang ke jepun untuk membuat urus niaga. Oleh sedemikian, seni cetakan Ukiyo-e ketika itu telah banyak mengalami transformasi terutama dari segi budaya.
Selepas itu, diikuti pula dengan zaman keagungan Meiji iaitu disekitar tahun 1868, pada masa itu, negara Jepun sedang mengamalkan dasar terbuka kepada bahan import seperti hasil fotografi yang telah menggantikan seni Ukiyo-e secara keseluruhannya. Pengaruh barat ke atas Jepun juga berlaku dalam era ini. Ukiyo-e ketika itu jatuh dan menjadi amat tidak bernilai sehingga hasil cetakan ini hanya dijadikan sebagai kertas pembalut bahan dagangan. Ketika masyarakat barat melihat dan menjumpai kertas cetakan ini, keras itu telah menjadi sumber ilham penting kepada pengksrya-pengkarya daripada aliran impresionisme, kunisme, dan post-impresionis seperti Vincent Van Gogh, James Abbott, McNeil Whistler, Claude Monet dan lain-lain, pengaruh ini telah dikenali sebagai Japonisme di Barat.
Katsushika Hokusai |
Seniman terkenal Jepun yang dikenali sebagai Hiroshige yang dilahirkan dengan nama Ando Juemon adalah daripada keluarga biasa yang hidup sederhana. Namun pada umur 13 tahun, beliau bersama dua adiknya telah menjadi yatim-piatu namun tetap perlu menghadapi dunia fana yang tiada menentu.
Ando Juemon |
Hiroshige yang terdiri daripada dua huruf Kanji (aksara China Han ), huruf pertamanya di ambil daripada namanya sendiri dan yang kedua daripada nama si anak. Tidak lama kemudian, si anak menerbitkan hasil karya seni pertamanya ketika beliau baru berumur 16 tahun. Tahun 1780 sehingga 1800 merupakan zaman keemasan kesenian Ukiyo-e apabila banyak seniman terkenal seperti Hokusai, Utamaro dan gurunya sendiri saling bersaing menyempurnakan seni aliran ini.
Seni lukisan Ukiyo-e (mengecat) berdasarkan kejadian seharian. Namun seperti yang terjadi di negara Eropah, seni hanya disajikan untuk dinikmati oleh golongan elit daripada masyarakat Edo sahaja.
Disebabkan itu, tema lukisan berkisar kehidupan para bangsawan atau figura wanita yang cukup terkenal ketika itu sedangkan lukisan pemandangan dan kehidupan rakyat biasa kurang diminati. Namun pada zaman Edo berikutnya yang disebut zaman kemunduran, terjadi satu perubahan seni kepada masyarakat umum sehingga memelonjakkan permintaan ke atas karya seni.
Zaman kemunduran yang berkaitan dengan kejatuhan ekonomi menyebabkan segala percetakan harus dilakukan dalam jumlah besar untuk mencapai skala ekonomi yang ditetapkan. Antara satu-satunya cara menyelesaikan kemelut ini ialah memasarkan karya seni kepada masyarakat umum dengan harga tinggi.
Hiroshige yang berkarya di zaman itu mendapat keuntungan tambahan kerana bukan saja dia berbakat, tetapi kebanyakan tema lukisannya adalah tentang rakyat.
Dalam lukisan berjudul Tahapan Tokaido misalnya menggambarkan aktiviti masyarakat Edo yang gemar mengembara atau mengunjungi tempat-tempat termasyhur dan tempat suci untuk beribadah walaupun terpaksa menempuh perjalanan jauh.
Hiroshige yang meninggal dunia pada usia 62 tahun turut dikenang dan dihargai sebagai seniman yang banyak berpenat lelah dalam merakyatkan seni ke dalam masyarakat Jepun.
Ferry On The Fuji River |
Nama sebenar beliau ialah Kobayashi Shigeru dilahirkan di Bandar Joetsu pada 11 februari 1883. Beliau berpindah ke Tokyo semasa berumur 17 tahun dan mempelajari sejarah seni Jepun dengan Kajita Hanko semasa pameran di Intendan Bunten lalu mengenali OkakuraTenshin yang memberikan Inspirasi kepadanya. Selepas melawat Eropah, dia membangunkan dan memperkenalkan Stail Natural.
Pada tahun 1914, beliau menyertai pameran Inten kali pertama yang dianjurkan oleh Institut Kesenian Jepun yang dihidupkan kembali oleh Taikan Yokoyama. Beliau bersama Seison Meaeda mengembara ke Eropah. Beliau meniru catan “admonition of the instructress to the court ladies” karya artis cina, Gyu Kaizhi. Turut meminati kesenian Eropah. Mulai aktif di Pameran Inten sebaik pulang dari Eropah dan memperkenalkan "Consise Painting Style” yang bercirikan kehalusan warna dan penggunaan berus secara klasik yang berpandukan catan tradisional Jepun, Yamatoe. Kehalusan seni dikenali sebagai “Shinkotenshuqi atau New Classicism” dan memberikan sumbangan penting dalam catan moden Jepun. Pada 1935, beliau menjadi ahli Imperial Art Academy dan dianugerahkan Order Of cultural pada 1950.
Taketori monogatari - Pemotong bambu 1914 |
Irises |
"Aubergine" sebuah karya Kobayashi menggunakan media dakwat dan sutera berukuran 12.2 x 35.3cm |
No comments:
Post a Comment