Tentera Terracota China

Tentera Terracotta atau "Terracotta Warriors and Horses" ialah satu koleksi ukiran-ukiran terracotta menggambarkan askar Qin Shi Huang. Ia satu bentuk seni pengebumian dengan maharaja dalam 210-209 BCE yang tujuan adalah untuk melindungi maharaja dalam hidup sesudah matinya.

Pada tahun 1974, seorang petani menemukan makam Kaisar Qin, satu dari peninggalan arkeologi terhebat saat menggali sumur dekat Gunung Li di provinsi Shaanxi, Cina. Qin Shi Huang yang meninggal pada tahun 210 SM dimakamkan bersama rombongan misterius pasukan terakota (terracotta warriors). Anggaran dari 2007 terdapat tiga lubang mengandungi tentera Terracotta mengandungi lebih daripada 8,000 orang askar, 130 buah kereta kuda dengan 520 ekor kuda dan 150 ekor kuda pasukan berkuda, sejumlah besar tentera terracotta lain ditemui dalam lubang lain , termasuk pegawai, akrobat dan ahli muzik.
Tentera Terracotta lengkap dengan kepala, tangan, kaki dan Torso dicipta secara berasingan dan kemudian diikat bersama. Lapan wajah cetakan digunakan.Kemudian tanah liat telah ditambah untuk memberikan ciri-ciri wajah individu. Ciri rumit seperti ekspresi wajah telah ditambah. .Formasi tentera tepat sesuai dengan pangkat dan tugas. Mereka bervariasi tingginya, seragam dan gaya rambut sesuai dengan kedudukan. Ciri wajah individu, dan senjata aktual dan baju besi pertempuran. Senjata asli telah pudar. Ia adalah bukti jumlah tenaga kerja dan kemahiran yang terlibat dalam pembangunan mereka. Hal ini juga menunjukkan kekuatan yang dimiliki pemerintah.

Sejak saat itu, para arkeolog telah menghabiskan 40 tahun lamanya untuk mengungkapkan secara rinci ukuran patung prajurit dari lubang seluas 22 mil persegi (57 kilometer persegi).Penggalian-penggalian di Museum of the Terracotta Army yang terletak sekitar 25 mil (40 kilometer) di timur Xi'an telah menemukan sekitar 8.099 terakota. Selain patung prajurit, juga ditemukan kuda, kereta kuda, senjata - termasuk akrobat untuk menghibur Qin di alam kubur.
230 meter panjang dan 62 meter lebar di korek untuk menjelmakan patung tentera lebih daripada 6,000 buah yang telah tertanam lebih 200 tahun yang lampau.
Banyak ahli berpendapat bahawa pasukan terakota tersebut dikuburkan bersama Maharaja Cina pertama untuk melindunginya di alam akhirat dan ingin disembunyikan. Kini, patung pasukan terakota misterius yang merupakan salah satu keajaiban dunia ini menarik sekitar 2 juta penngunjung setiap tahun.

Persenjataan
Pedang era Qin
Arkeologi telah menjumpai sekitar 40.000 senjata yang terbuat dari logam di lubang terakota itu. Dari lembing ke kapak, busur dan panah, senjata menakjubkan ini dilindungi dalam berlapis kromium. Meskipun Jerman dan Amerika mengakui bahawa lapisan kromium mungkin bertarikh 1937 dan 1950, ia sudah ada di Cina sejak 200 tahun yang lampau.

Berwawasan Tinggi
Ketika Qin baru berumur 13 tahun, usaha membina makam agungnya telahpun bermula.. Menurut sejarawan Cina bernama Sima Qian dalam Records of the Grand Historian, lebih dari 700.000 orang terlibat dalam pembangunan makam selama 36 tahun. Meskipun merupakan salah satu pencapaian terhebat Qin, namun ia juga terkenal dengan pencapaian dalam bidang politik dan budaya.

Qin telah memperkenalkan satu landasan penulisan naskah, menghubungkan desanya dengan terowong dan jalan raya, menyatukan wilayah yang berperang, memajukan teknologi kaji logam, menyeragamkan ukuran dan timbangan, membangun Tembok Besar versi pertama dan kemudian menghubungkannya dengan bahagian taktik.

Meskipun banyak memajukan kerajaan, namun Qin juga terkenal dengan kekasarannya. Ratusan kerangka telah ditemukan di makam tersebut, kebanyakan dipercayai tukang dan pekerja yang membantu pembangunan perkuburan itu. Menurut Sima Qian, para buruh ini dibunuh demi merahsiakan lokasi dan khazanahnya: "Setelah pemakaman dan penyembunyian hartanya, pintu tengah ditutup dan pintu luar terkunci untuk memenjarakan semua tukang dan buruh agar tidak ada yang keluar. Pepohonan dan rumput ditanam di seluruh makam untuk menjadikannya terlihat seperti bukit,"

Qin takut akan kematian dan dikatakan berusaha menghasilkan berbagai jenis ubat. Maharaja Qin dikatakan telah mengutus 8,000 orang, termasuk pakar herba untuk mencari penawar ajaib. Sementara menungu tonik tersebut, maharaja Qin menggunakan ubat mengandungi merkuri. Akibatnya ialah kematian Maharaja Qin pada umur 50 tahun.

Peta Misteri
Meskipun kuburan Qin belum digali, tetapi legenda mengatakan bahawa pekerjanya mengukir satu peta kerajaan Qin di lantai. Banyak replika istana, bangunan besar, termasuk perangkap (busur untuk menembak penjajah) dikatakan memenuhi ruang makam, sementara batu permata melambangkan langit, dan aliran raksa menggambarkan sumber air pemerintah.

Penyelidikan modern dapat mengenalpasti legenda ini melalui bukti-bukti yang terhasil melalui penggunaan bahan kimia. Pada tahun 2005, sebuah kursus yang dipimpin oleh arkeologi China bernama Duan Chingbo telah mengambil 4000 sampel dari timbunan tanahnya dan mendapati semua sampel positif akan  kewujudan merkuri.

No comments: