Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak

Sinopsis
Tajuk ini merangkumi peringkat perkembangan pengutaraan tampak kanak kanak. Topik-topik kursus ini meliputi latar belakang teori perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak, tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak, peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, estetika dan ekspresi visual, rangsangan dan faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan kanak-kanak, apresiasi hasil seni 2 dimensi kanak kanak dan apresiasi hasil seni 3 dimensi kanak-kanak.

1.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;
1. Menganalisis ciri lukisan kanak-kanak berdasarkan peringkat perkembangan fizikal, emosi, rohani, sosial, mental dan estetik.
2. Membanding beza peringkat pengutaraan tampak kanak-kanak mengikut pandangan tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak.
3. Mengaplikasikan rangsangan lukisan kanak-kanak mengikut peringkatperingkat perkembangan.
4. Membuat apresiasi dan menghargai lukisan kanak-kanak

1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

1.4 Kandungan
Pengenalan
Tajuk Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak merupakan kesinambungan dari tajuk satu dan dua PSV3103. Semasa sesi tutorial di IPG, anda telah menyenaraikan kekuatan beberapa teori yang merupakan latar belakang yang memberi sumbangan atau memainkan peranan terhadap teori Perkembangan Pengutaraan Tampak Kanak-Kanak. Anda juga telah menganalisis tumpuan setiap Tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak dan menghubungkaitkan kurikulum PSV KBSR dengan pandangan tokoh-tokoh tersebut. Manakala tajuk ini lebih menumpukan kepada pendapat tiga tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak iaitu Herbert Read, Viktor Lowenfeld dan Laura H. Chapman. Pendapat tiga tokoh ini akan dihuraikan secara terperinci
berkaitan kajian mereka mengenai peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak. Perbincangan akan meliputi beberapa faktor yang mempengaruhi peringkat pengutaraan tampak kanak-kanak tersebut seperti faktor budaya,sosial dan persekitaran. Untuk modul ini, anda juga akan menghuraikan salah satu peringkat dari aspek budaya, sosial, persekitaran dan sebagainya serta membuat perbandingan secara terperinci peringkat peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut pandangan tiga tokoh tersebut.
Herbert Read
Herbert Edward Read
Nama penuh : Herbert Edward Read
Tarikh Lahir : 4 Disember 1893
Tempat Lahir : Kirkbymoorside, North Yorkshire.
Pekerjaan : Penyajak, Sejarawan Seni Moden, Pengkritik Seni dan Sastera.
Bangsa : Inggeris
Meninggal dunia : 12 Jun 1968

Sejarah awal Read dalam bidang seni
 Read lebih dikenali sebagai pengkritik seni.
 Aktif dalam membincangkan tentang seni moden British bersama dengan Paul Nash, Ben Nicholson, Henry Moore dan Barbara Hepworth.
 Menjadi rakan kongsi kepada Kumpulan Seni Moden Unit One milik Nash.
 Menjadi seorang professor seni halus di University of Edinburgh (1931 – 1933).
 Salah seorang penganjur London International Surrealist Exhibition pada 1936 dan editor majalah Surrealism.

Latar belakang keadaan masyarakat dan sistem pendidikan kreatif pada zaman 1920an-1930an di UK
Peranan National Society of Art Masters(NSAM) dan Art Teacher Guild(ATG)
NSAM: disiplin akademik lukisan dan reka bentuk, pengikhtirafan kompetensi akademik untuk tujuan ekonomi kebangsaan.
ATG: Lukisan kanak-kanak untuk keperluan pendidikan dan perkembangan Kanak-kanak. Mengalakkan kreativiti individual kanak-kanak. Kreativiti berpusatkan kanak-kanak, kebebasan kreativiti, dan kespontanan.

Mengikut Frank Cizek setiap individu kanak-kanak mempunyai kreativiti yang tersendiri dan patut diberi perluang untuk meluahkan pengutaraan tampak atau ekspresi diri.

 Seperti Cizek, Read memberi hujahan bahawa sistem pendidikan itu yang menyebabkan kehilangan kebebasan kreativiti, dan kespontanan kanak-kanak pada umur 10 tahun. Ini adalah kerana sistem pendidikan pada zaman itu melibatkan kanak-kanak umur 10 tahun dalam pendidikan yang begantungkan intellek dan mengabaikan kespontanan dan kreativiti kanak-kanak. Read
menyarankan bahawa kebebasan kreativiti dan kespontanan seharusnya boleh dilanjutkan sehingga ke peringkat dewasa. Maka Read menggunakan rujukan seni advant gard.

 Terdapat tekanan jurang perbezaan sosial politik antara golongan yang kaya dan golongan pertanian. Seni telah menjadi sesuatu kepunyaan golongan kaya. Read terus mencadangkan kepentingan kreativiti yang tersirat pada setiap individu yang secara kolektifnya akan membawa ke kehendak sosil masyarakat. Read menulis tentang “Pendidikan Melalui Seni”. Persamaan simbol dan imej universal dalam lukisan digunakan sebagai alat untuk komunikasi dan seterusnya pendidikan kepada semua dalam komuniti.

Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak
Minat Read terhadap seni kanak-kanak merupakan tugasan beriringan pertamanya semasa membuat penafsiran mengenai kepentingan avant-garde. Subjek seni kanak-kanak pada asalnya merupakan perkara yang kurang penting; hujah mengenai intisari ‘pra-logikal’ dalam kreativiti avant-garde boleh
disokong dengan rujukan kepada keadaan yang nyata dalam seni purba dan lukisan kanak-kanak.
Mengikut Read, kreativiti individu kanak-kanak boleh dilanjutkan ke peringkat selepas 10 tahun sehingga ke dewasa. Mengabungkan falsafah ahli Psyikologi Freud dan Carl Jung, Read telah menulis tentang kepentingan meluahkan imej yang tersirat dalam minda individu. Maka Read
membantahkan sistem pendidikan seni yang merupakan replikasi kepada reality. Pada Read yang lebih penting juga adalah untuk mengeluarkan saranan baru dan bukan mengulangi atau meniru apa yang sedia ada. Pengalaman sedia ada memberi perhatian istimewa yang tepat pada masanya kepada nilai kebudayaan, dan lebih serius dalam menguruskan teori kreativiti kanak-kanak sangat berpadanan dengan semangat perjuangannya terhadap avant-garde.

Seni kanak-kanak adalah kuasa tarikan kepada sesuatu falsafah
Tugasan yang sangat mencabar dalam pendidikan adalah untuk mencegah kanak-kanak daripada kehilangan jalan masuk kepada zaman purba, alam yang asing dan pengalaman terhadap sesuatu budaya yang mana mereka mampu untuk memperlihatkannnya dalam perlambangan.

Read berpendapat bahawa kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang ideal (unggul) dengan yang sebenar. Seni kanak-kanak merupakan persepsi kanak-kanak terhadap realiti. Imej simbolik lukisan-kanak-kanak berasal dari simbol primitif yang telah tersirat pada setiap orang kanak-kanak
Beliau kemudiannya menyedari suatu kualiti tetap yang memberangsangkan dalam seni kanak-kanak mempunyai perkaitan dengan kestabilan komuniti, dan beliau juga menemuinya dengan lengkap pada catan dan arca avantgarde orang dewasa.
Seni kanak-kanak telah dilihat sebagai sesuatu persepsi asas kanak-kanak terhadap realiti dunia sekelilingnya, di mana Read mengambilkira tujuan avantgarde yang menghasilkan imej yang terdapat dalam minda setiap individu
Read mendapati kandungan imitasi seni kanak-kanak memerlukan analisis bagi maksud yang tersirat.

VIKTOR LOWENFELD
Viktor Lowenfeld
Lowenfeld dan Britain (1987) telah memperkenalkan teori perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak yang mengikuti peringkat-peringkat perkembagan fizikal, mental, sosial, intellek, dan estetik, kanak-kanak.
Peringkat perkembangan pengutaraan tampak mereka merangkumi peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, dawning realism, peringkat pseudonaturalistic) dan peringkat adolescent art. Pada setiap peringkat, kanak-kanak mempunyai keperluan dan keinginan asas dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik.
Memenuhi keperluan dan keinginan asas mengikut peringkat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik akan membawa ke perkembangan yang sihat dan menyeluruh.
Pengetahuan yang sedia ada tetapi dalam keadaan pasif boleh diaktifkan melalui cara-cara yang mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran berlaku secar serentak.
Aksi kanak-kanak,objek yang konkrit, tajuk/isi kandungan yang sesuai akan menggalakkan lukisan, pengutaraan tampak, pembelajaran, perkembangan dan tumbesaran. Faktor faktor luaran seperti sosial budaya, alam persekitaran, latar belakang keluarga juga akan memberi kesan terhadap pengutaraan kanak kanak

Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan otot dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada melukis garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

Peringkat Preshecmatic(4-7 Tahun)
Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan. Contoh : Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan
dengan saiz imej yang berbeza-beza.

Peringkat Schematic ( 7-9 Tahun)
Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi.
Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Objek diualang-ulangkan dengan cara yang sama. Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. Contoh :Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah.
Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi

Peringkat Dawning Realism (9-12 Tahun) The Gang Age

Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti dengan butir-butiran.  Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri.
Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit kompetitif serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan

Peringkat Pseudonaturlistic
Reasoning (12-14 Tahun)

Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik

Peringkat Period if Desicion/ Adolescent Art in High School
(14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni

Laura H. Chapman
Laura H.Chapman
Laura H. Chapman ialah seorang perunding dan penulis dalam bidang Pendidikan Seni di Cincinnati, Ohio. Berpengalaman mengajar prasekolah serta kelas dewasa, di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan sekolah sekolah di pusat bandar. Beliau pernah mengajar mahasiswa dan program program ijazah pendidikan seni di Indiana University, The Ohio State University, University of Illinois dan University of Cincinnati.
Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak oleh Laura H.Chapman Perkembangan Artistik (perkembangan penghasilan karya) Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan dan dapat membantu memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak. Model yang telah diformulasikan oleh Lowenfeld (1975) dan Chapman (1972) mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke representasi. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah: Faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna. Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat
perkembangan sahaja.

Tahap Perkembangan Kreativiti
Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai artistik. Menurut beliau, proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai. Terdapat 3 fasa dalam kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni, iaitu:

1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya
diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.

2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan
karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik.

3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu.
membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri. Dalam siri buku “Discover Art”, Chapman telah memberi contoh setiap
pelajaran yang mengikut lankah berikut:
1. Pemerhatian
2. Penerokaan
3. Penghasilan
4. Apresiasi

Tahap Perkembangan Kreativiti ( Proses Artistik ) Laura H. Chapman
Terbahagi kepada 2 fasa, iaitu:
1. Pewujudan idea
2. Perkembangan dan penghalusan idea

No comments: