PENGERTIAN REKA BENTUK DALAM PSV

Modul PSVK3013 Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Institut Pendidikan Guru

Sinopsis

Tajuk  dalam  Pengertian Rekabentuk dalam PSV ini,    secara  ringkas  adalah  untuk meningkatkan  pengetahuan  pelajar  tentang pengertian Rekabentuk  dalam PSV  dan  secara  berterusan akan dapat diaplikasikan di peringkat sekolah dan dalam kehidupan seharian.Pengertian rekabentuk mempunyai kaitan yang rapat penciptaan inovasi dan kreativiti. Tajuk  ini juga meliputi konsep Kraf Tradisional dan Kraf Dimensi Baru serta fungsi dan bahan kraf  tersebut. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menghuraikan konsep Kraf Tradisional dan Kraf Dimensi Baru serta fungsi/kegunaan kraf tersebut dengan merujuk kepada buku-buku dan juga tokoh seni. Anda juga seharusnya boleh menganalisis kepentingan kraf dalam konteks kehidupan harian di samping dapat menghuraikan fungsi kraf dahulu dan sekarang. Untuk  membolehkan  anda  mencapai  hasil pembelajaran,  tajuk  ini  dibahagikan kepada subtopik seperti berikut:
Konsep Rekabentuk
Rekabentuk dan Industri
Rekabentuk Dalam Konteks Kehidupan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;

1. Menerangkan konsep rekabentuk dalam konteks kehidupan harian.
2. Menganalisis kepentingan rekabentuk dalam konteks kehidupan seharian.
3. Memahami bahawa inovasi dan kreativiti memainkan peranan penting dalam  
         penciptaan rekabentuk.

KANDUNGAN

Pengertian Rekabentuk

Reka bentuk ialah suatu cabaran mendapatkan idea baru dan menyatukan benda dalam cara baru. Antara contohnya ialah corak baru, barangan pengguna, pembungkusan dan pakaian. Pada tahap yang lain, rekabentuk boleh jadi suatu perbuatan iaitu suatu kegiatan seni contohnya seorang artis yang sedang menggambarkan iklan baru, seorang arkitek merekabentuk bangunan baru dan seorang pereka  sedang membuat atau menghasilkan bentuk tembikar.

Konsep Rekabentuk

Cuba anda perhatikan objek di bawah dan fahamkan perkaitannya dengan  rekabentuk.


Konsep rekabentuk amat penting dalam bidang seni, ini adalah idea utama dalam penghasilan sesuatu produk . Daripada konsep ini ia  akan mencetuskan  pembinaan idea yang pelbagai berdasarkan  unsur-unsur nilai etika yang termaktub dalam prinsip rekaan dan elemen rekaan.


Rekabentuk dan Industri
Rekabentuk Industri adalah bidang berkaitan dengan rekacipta dan membangunkan konsep serta spesifikasi yang memenuhi fungsi, nilai, bentuk luaran sesuatu produk untuk kebaikan pengguna dan pengeluar. Bidang ini adalah seni gunaan yang menggabungkan penggunaan dan seni menghasilkan produk yang baik sesuai untuk pengguna. Dengan kata lain, bidang ini bukan berkaitan dengan rekaan gear, litar atau bagaimana produk berfungsi tetapi lebih kepada bentuk sesuatu produk bagi memudahkan pengguna.

            Perekabentuk industri adalah profesion yang berada di antara jurutera dan seniman. Mereka bukan jurutera ataupun seniman tetapi seseorang yang dapat mengimbangkan penggunaan seni dan fungsi menghasilkan sesuatu produk atau barang yang sesuai untuk digunakan. Bagi perekabentuk, mereka perlu menghasilkan produk yang cantik, ergonomik dan sesuai digunakan. Perekabentuk industri boleh menjadi pencipta produk baru yang memenuhi keperluan manusia

Rekabentuk Dalam Konteks Kehidupan

Baca petikan dibawah ini untuk memberi satu gambaran tentang kepentingan rekabentuk dalam konteks kehidupan.


Di antara aktiviti rekabentuk dalam konteks kehidupan adalah:
i. Merekabentuk semula atau mengubahsuai sesuatu
ii. Menghias van
iii. Merekabentuk kenderaan
iv. Merekabentuk dan membina rumah mainan
v. Merekabentuk dan membina bangunan 
vi. Merekabentuk grafik







No comments: