Pengkhianatan Silam Dalam Arca The Capitoline Wolf And The Twins


The Capitoline Wolf and the Twins Bahan: Gangsa, 500-480 SM,

Dimensi: 75cm tinggi dan 114cm panjang
Tempat: Musei Capitolini, Rome, Italy
"When the basket in which the infants [Romulus and Remus] had been exposed and was left high and dry by the receding waters, a she-wolf ... heard the children crying and made her way to where they were. She offered them her teats to suck and treated them with such gentleness that the king's herdsman, Faustulus, found her licking them with her tongue. "


Arca agak lebih besar daripada saiz sebenar, berdiri 75 cm tinggi dan 114 cm panjang. Serigala digambarkan dalam satu gaya berjaga-jaga yang tegang, dengan telinga bersedia dan memandang dengan marah dan waspada terhadap sebarang bahaya. Sebaliknya, kembar manusia - digambarkan dalam satu gaya yang sangat berbeza - Kedua kembar seperti tidak menghiraukan keadaan persekitaran mereka. Sangat selesa disusukan oleh seekor serigala.
     Lupa Capitolina, juga dikenali sebagai  Capitoline Wolf, merupakan salah satu simbol  kerajaan Rom purba yang dikaitkan dengan metos dan pembinaannya. Ia merupakan simbol yang masih boleh dilihat di sepanjang italy dan kota Rom. Asal kewujudan Capitoline Wolf bermula dari kisah dua budak kembar bernama Romulus dan Remus dan ibu angkat mereka seekor sarigala betina.
     Numitor merupakan raja sebenar kerajaan Alba Longa telah digulingkan oleh adiknya Amulius yang kemudian mengangkat sumpah sebagai raja. Dalam usaha mengukuhkan kedudukannya dia telah membunuh anak-anak lelaki Numitor. Ini memaksa Rhea salah seorang anak perempuan Numitor melarikan diri walaupun dalam keadaan sedang mengandung. Rhea melahirkan kembar, Romulus dan Remus. Amulius, yang tahu tentang kehamilan, merampas kembar sebaik sahaja mereka dilahirkan. Pemberontak diarah untuk membuang kedua kembar tersebut di Sungai Tiber, satu amalan pembuangan bayi, tetapi kedua kembar ini tidak mati. Seorang pengembala dan isterinya menemui kedua kembar ini di bukit Palatine sedang menyusu dengan seekor serigala betina. Kisah ini menja. di inspirasi kepada terhasilnya karya arca The Capitoline Wolf. Kembar ini diambil dan dibesarkan sebagai pengembala.
     Romulus dan Remus mengetahui pengkhianatan silam ke atas mereka, lalu membunuh Amulius, dan mengembalikan takhta kepada Numitor. Usaha seterusnya kedua kembar ini ialah menentukan bandar baru selepas kerajaan dikembalikan kepada Numitor. Mereka memilih untuk membuat kota baru dengan memilih  Sungai Tiber tempat kedua kembar ini dibuang suatu ketika dulu.  Dlm proses pembinaan kota timbul persoalan siapakah yang harus diangkat sebagai pengasas. Situasi ini menyebabkan berlaku persaingan antara kedua beradik ini yang berakhir dengan Remus dibunuh oleh abangnya Romulus kerana tembok yang dibina oleh Remus lebih tinggi berbanding abangnya.

No comments: