Khasiat Timun Tua

Sebenarnya rasa timun matang tawar. Tidak manis tapi tatkala tangan anda pintar mengambil gula atau sirap atau syrup, sudah dijangkakan rasanya yang manis segar. lazimnya hidangan seperti ini disediakan pada masa berbuka dalam bulan puasa. Namun dihidangkan bukan dalam bulan puasa pun rasanya tetap segar. Apalagi kalau dicampur ais batu dan buah-buahan lainnya. Akan terasa seperti wajah dibelai angin lembut segar dari semua arah dengan berbisik manja. "luculah abang ni. Makan timun tua."

Rupanya yang kurang menarik mungkin antara penyebab timun ini kurang dikenali dan diminati. Timun Tua atau Old cocumber juga dikenali dengan panggilan timun masak atau timun bendang. Bagi masyarakat Cina ia lebih dikenali dengan nama Old Chinese yellow cucumber yang sering digunakan dalam ramuan membuat sup. Di kalangan masyarakat melayu, timun ini memang popular digunakan dalam masakan tempoyak  ikan patin dan masak lemak cili api. Selain itu, timun ini juga mempunyai khasiat membantu menyejukkan badan.
Dalam bahasa latinnya, timun tua dinamakan Curcumis Lativus ity dan terkategori dalam suku cucurbitaceae (suku labu-labuan).

Kenapa mentimun mampu membantu menurunkan tekanan darah tinggi?

Kandungan yang terbanyak dalam timun adalah Kalium, yang sangat bermanfaat untuk menjaga kesegaran tubuh. Selain itu timun juga mengandung mineral, dan provitamin A, air, kalsium, fosfor, vitamin C dan serat. Ada sebuah penelitian yang baru saja dilakukan menunjukkan bahawa makanan tinggi kalium, magnesium dan serat dapat mengurangi tekanan darah. Dengan dikombinasikan dengan diet yang sihat, makanan tersebut akan mampu menurunkan tekanan darah sistolik sebesar 5 poin, serta tekanan darah diastolik sebesar 3,5 poin. Mentimun bukan hanya mengandung tinggi tiga nutrisi alium, magnesium dan serat, ia juga merupakan sumber Vitamin A dan K, folat, asam caffeic, dan silika. Selain itu juga mengandung vitamin C, iaitu antioksidan kuat yang juga dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah.

Rendah sodium

Salah satu alasan lain penggunaan mentimun untuk hipertensi adalah kerana ia hanya sedikit mengandung sodium. Asupan sodium berlebihan dapat menyebabkan tekanan darah tinggi, serta menyukarkan untuk diturunkan kembali. Dengan demikian, membantu menurunkan tekanan darah tinggi dengan mentimun adalah pilihan yang tepat.

Mengandungi kalium

Kalium merupakan mineral yang sangat penting untuk mengawal tekanan darah. Mentimun adalah sumber terbaik kalium, iaitu menyediakan sekitar 442 mg kalium. Asupan kalium yang disyorkan setidaknya adalah 4.700 mg per hari. Selain itu, Sayuran lain dan berbagai jenis buah-buahan, kacang-kacangan , ikan dan yogurt juga merupakan sumber kalium yang baik.

Mengawal Berat Badan

Mentimun sangat baik untuk membantu mengurangi kelebihan berat badan atau obesiti, kerana faktor darah tinggi anda mungkin kerana akibat kegemukan. Jika Anda berhasil menurunkan berat badan menjadi normal, kemungkinan besar darah tinggi yang anda alami juga akan pulih.  Mentimun plusn kulit, dengan berat 301 g atau hampir 11 on hanya mengandung 45 kalori. Lebih dari 95 peratus dari berat timun adalah air, iaitu yang merupakan pemakanan bebas kalori yang dapat menahan nafsu makan secara semulajadi.

Cara-cara Penyediaan

Pilihlah timun yang berkualiti. Anda boleh mendapatkan beberapa biji untuk keperluan beberapa hari, tetapi perlu disimpan di dalam penghawa dingin. Jika anda merasa bosan dengan jus timun dengan citarasa yang sama setiap hari, anda boleh mencubanya dengan mencampurkannya dengan buah sayuran lain. Lobak merah, adalah jenis sayuran yang baik untuk digabungkan ke dalam jus penurun darah tinggi anda.
Saderi
Jika ingin memperoleh kesan yang lebih cepat, anda boleh menambahkannya dengan sayuran lain yang memiliki bahan aktif penurun darah tinggi. Saderi, adalah tumbuhan yang sudah diketahui fungsinya dalam hal menurunkan tekanan darah tinggi.
Selain dapat menurunkan tekanan darah, mentimun juga berfungsi mengekalkan keremajaan kulit anda, membantu pertumbuhan rambut, kuku, dan gigi, dan bahkan membersihkan ginjal tanpa kesan sampingan. Oleh itu, timun sejujurnya boleh dikatakan sebagai sayuran yang luarbiasa untuk membantu menigkatkan tahap kesihatan kita.

Peringatan:

Kurangkan pengambilan jus timun jika tekanan darah tinggi anda sudah kembali normal. Ini boleh memberi kesan tekanan darah rendah. Periksa tekanan darah anda sekali setiap 2 minggu selama mengamalkan cara rawatan ini. Jika tekanan darah sudah normal, jus mentimun juga boleh terus diamalkan untuk menjaga kesihatan. (1 atau 2 kali dalam seminggu)


K

No comments: