Pengenalan
Para sejarawan
mencipta istilah proto-renaisan bagi menghuraikan gaya seni di Itali yang
berkembang di sekitar Florence pada akhir abad ke-13 dan awal abad ke-14. Gaya
seni ini, terutamanya catan menampilkan unsur-unsur seni klasik dan disifatkan
sebagai gaya bagi era sebelum datangnya Renaisan.
Seni catan
Catan merupakan
bentuk seni Proto-Renaisan yang terpenting. Catan dinding dan panel dihasilkan
dalam gaya Proto-Renaisan di mana figura-figuranya ditindankan untuk
menunjukkan jarak dan ruang, komposisinya dipermudahkan, penekanan yang lebih
diberikan kepada unsur-unsur naratif daripada simbolisme sementara penyampaian
emosi disalurkan menerusi ekspresi muka dan gerak tangan. Jarak serta ruang juga
disalurkan menerusi pengolahan cahaya dan bayang. Bentuk pakaian dapat memberi
gambaran terhadap bentuk tubuh badan manusia sementara catan landskap pula
menggambarkan tempat asal yang wujud, bukan fantasi. Seniman-seniman
Proto-Renaisan membuat pengamatan yang terus dan secara langsung terhadap alam.
Catan masih digunakan
untuk menghiasi gereja di samping bangunan-bangunan awam. Golongan pedagang
yang kaya menjadi penaung kerja-kerja seni. Subjek keagamaan dan sekular juga
menjadi penting. Subjek-subjek keagamaan dipetik daripada beberapa sumber utama
seperti:
1. Bible
2. The Apocrypha ;
sekumpulan cerita yang dulu pernah dimuatkan didalam Bible, tapi kemudiannya
dibuang kerana tidak asli.
3. The Golden Legend;
koleksi cerita mengenai kehiduoan pengikut suci kristian yang ditulis oleh Japaco de Voragine, Archbishop Genoa dalam abad ke-13.
4. Mirror of man’s salvation
: Kisah kehidupan Nabi Isa.
Subjek sekular atau
bukan keagamaan seringkali berkaitan dengan politik dan pemerintah.
Terdapat empat aliran
catan yang utama pada era Proto-Renaisan, iaitu :
1. Sieniese School
: pelukis-pelukisnya seperti Duccio dan Lorenzetti.
2. Roman School
: pelukisnya Pietro Cavallini.
3. Florentine School
: pelukis-pelukisnya seperti Cimabue dan Giotto.
4. Pisan School
: pelukisnya Francesco Traini.
Seni Arca
Arca pada peringkat
Proto-Renaisan kebanyakannya merupakan ukiran timbulan yang digunakan untuk
menghiasi mimbar serta pintu gereja. Seperti catan, subjek-subjeknya dipetik
dari Bible.
Media Dan Teknik
1. Batu
marmar digunakan untuk arca timbulan serta arca berdiri bebas kerana ia mudah
didapati di Itali. Ia digabungkan dengan bahan-bahan lain seperti granit dan
batu-batu lain.
2. Gangsa
juga digunakan.
Dua gaya arca di
Itali dalam abad ke-14 itu adalah :
1. Gaya klasik
Punyai
cirri-ciri Rumawi seperti dalam figura, pakaian serta struktur seni bina.
Pengarca utama ialah Nicola Pisano.
2. Gaya gotik
Diilhamkan
dari Perancis. Pengarcanya Giovanni Pisanno. Figura-figuranya dipersembahkan
dalam aksi serta emosi yang bertenaga.
Contoh-contoh karya
Seni catan
1. Duccio,
“The Calling of the Apostles”, (1309-1311 M).
2. Duccio,
“Virgin and Child Enthroned with Saints”, (1308-1311 M).
3. Cimabue,
“Virgin and Child Enthroned with Angels And Prophets”, (1280-1290M).
4. Giotto,
“Madonna Enthroned”, (s.1310M)
5. Giotto,
“The Arena Chapel Frescoes”, (1305M)
Seni arca
1. Nicola
Pisano “Pulpit, Pisa Baptistry”, (1259-60M)
2. Giovanni
Pisanno, “Pulpit, St. Andrea, Pistoia” (1301M)
No comments:
Post a Comment