Empat teras utama Discipline-based Art Education ialah
1. Produk Seni
kemahiran dan teknik untuk menghasilkan karya seni. Karya seni sebagaimana kita maklum, dinilai dan diteliti bukan cuma ketika sebuah karya sudah siap tetapi juga bagaimana proses ia dihasilkan.2. Sejarah Seni
Seni berkembang sejak sekian lama dan terbentuk melalui pelbagai peradaban, kepercayaan, teknologi, budaya, dan ideologi yang turut menghasilkan pelbagai aliran. Perkembangan ini tidak akan berhenti cuma di sini. Ia akan terus berkembang seiring dengan pemikiran manusia. Sejak penemuan karya-karya seni gua zaman pra sejarah di Perancis sehingga ke avant-garde dan pertembungan budaya timur barat hingga ke era teknologi menciptakan kepelbagaian dalam karya, sudut pemikiran dan pengaruh. Perlu dikaji pencapaian artistik masa lalu dan hadir sebagai motivasi, idola, gaya atau teknik, dan perbincangan topik, terutama dalam kaitannya dengan budaya, politik, sosial, agama, dan ekonomi peristiwa dan gerakan.
3. Seni Kritik
Pelajar menggambarkan, menginterpretasikan, menilai, teori dan hakimsifat dan kualiti dari bentuk visual, untuk tujuanmemahami dan menghargai karya seni dan pemahaman perananseni dalam masyarakat.
4. Estetika
penilaian sifat, makna, kesan dan nilai seni, ...ahh. Izinkan aku zzz.
2 comments:
tq 4 the note... cikgu...hehhee
semoga memberi manfaat. TQ.
Post a Comment