Tanaman Sambilan: Nanas
Nama Biasa : Nanas
Nama Saintifik : Ananas comosus L. Merill
Keluarga : Bromeliaceae
Asal :
Nanas adalah tanaman tropika yang dipercahayai berasal dari Amerika Selatan. Ia banyak ditanam di Thailand, Filipina dan Afrika.
Kawasan Utama Tanaman :
Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.
Kegunaan :
Nanas enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat jus minuman, kordial, jem, ia juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut.
Kandungan Zat Makanan :
Kandungan Setiap 100g Bahagian
Yang Boleh Dimakan
Tenaga 45.0 kcal
Air 87.8 g
Protin 0.5 g
Lemak 0.1 g
Serat 10.6 g
Abu 0.6 g
Kalsium 0.4 mg
Posporus 24.0 mg
Besi 6.0 mg
Natrium 1.4 mg
Kalium 31.0 mg
Beta Carotene 40.0 mg
Vitamin B1 270.0 mg
Vitamin B2 0.17 mg
Niacin 0.1 mg
Vitamin C 15.2 mg
TANAMAN BOTANIA
Pokok :
Ia adalah sejenis tanaman monokotilidon. Daunnya panjang dan berbentuk lanceolet dan berduri di hujung. Daun nanas tumbuh mengeliling batang meristem.
Buah :
Buah nanas ialah sejenis buah komposit yang terbentuk dari 100 – 200 bebuah. Jambul biasanya terdapat di atas buah yang terdiri daripada batang pendek dan daun.
Kultivar / Klon :
Ciri-ciri Klon:
1. Sarawak Berat : 2 - 4 Berat (kg)
- Pokok teguh, pertumbuhan hingga 120mm tinggi dengan 60-80 melalui daun netha berbunga.
- Daun berduri di hujung.
- Buah berwarna hijau ke perang.
- Isi berwarna kuning pucat.
- Rasa nabus dengan 14 - 17% brix.
2. Gandol 1.5 - Pokok sederhana besar dengan daun berduri di hujung.
- Buah berwarna ungu tua.
- Isi berwarna kuning keemasan dan berongga.
- Tidak berapa manis dengan indek 8 - 15%.
3. Mauritius 0.5 - 1.5 - Pokok kecil dengan daun berduri hijau kebiruan.
- Buah berwarna hijau tua.
- Isi berwarna kuning.
- Rasa manis dengan indek 15 - 17%
KEPERLUAN TANAMAN
Cuaca :
Nanas adalah tanaman jenis xerophytic di mana ia agak tahan kepada keadaan kemarau. Ia boleh hidup dalam taburan hujan tahunan antara 500 – 3000 mm.
Tanah :
Nanas boleh ditanam pada kebanyakan jenis tanah daripada tanah alluvium ke asid sulfat dan tanah gambut dengan saliran yang baik.
AMALAN KULTUR
Bahan Tanaman :
Nanas biasa dibiakkan dengan pembiakan tampang seperti jambul,sulur pangkal, sulur udara dan sulur tangkai.
Jarak Tanaman :
Ia ditanam dengan jarak 30 x 60 x 120 cm. menjadikan 37,000 pokok sehektar.
Menanam :
Dalam penanaman nanas mengaruh bunga adalah perlu untuk mendapatkan pendebungaan yang berkesan supaya penuaian hasil dapat diseragamkan. Ini dilakukan dengan menggunakan hormon seperti asid asetik naftalena (NAA), ethrel, planofix dan kalsium karbid. Masa yang sesuai dijalankan aruhan ini ialah ketika pokok berumur antara 8 – 10 bulan selepas penanaman.
Pengurusan Air :
Dalam penanaman nanas sistem pengairan tidak begitu penting kerana ia agak tahan kepada keadaan kemarau, walau bagaimanapun saliran mesti disediakan menggunakan saliran permukaan.
PENGURUSAN PEROSAK
Penyakit yang biasa menyerang nanas adalah seperti berikut :
Penyakit:
Reput Pangkal (Thielariopsis paradoxa)
Tanda-tanda
Sebab bahan tanaman reput di pangkal. Berlaku apabila sistem penyimpanan tidak teratur. Tanda lesion bertukar ke hitam.
Kawalan
Baiki sistem penyimpanan dan pembungkusan bahan tanaman. Celup bahan tanaman dalam captofol atau benomyl atau bordeaux mixture.
Penyakit:
Buah 'collapse' (Erwinia chrysanthemi)
Tanda-tanda:
Buah menjadi lembut dan busuk. Kulit bertukar dari ungu ke hijau pekat.
Buang semua pokok yang berpenyakit. Sembur vektor dengan heptachlor.
Penyakit:
Mata Dalam (Penicillium funiculosum)
Tanda tanda: Sebabkan dinding ovari menjadi keras seterusnya ke bahagian teras. Kawal mite dengan racun serangga.
Kawalan:
Kurangkan baja nitrogen. Sembur dengan campuran bordeaux.
Penyakit:
Reput Teras (Erwinia chrysanthemi)
Tanda tanda
Daun-daun menjadi lembut dan busuk. Daun-daun biasanya bergelembung gas.
Kawalan
Amalkan amalan kultura yang baik. Baiki saliran.
Perosak yang biasa menyerang nanas adalah seperti berikut :
Perosak
Koya (Dysmicoccus brevipes)
Tanda-tanda Makan daun, akar dan buah. Daun bertukar merah bermula dari hujung daun.
Kawalan
Sebabkan pokok layu. Methyl Engenol sebagai promar sebagai umpan dengan Malathion (0.1% a.i)
Teritip
(Diaspis bromeliae)
Makan daun, buah dan batang. Tompok-tompok kloronik terbentukdi daun. Sembur dengan malathion 0.15% a.i atau minyak putih 2.0% a.i.
Perosak
Hama Merah (Stigmacus floridanus)
Makan pada daun tua sebabkan lekuk-lekuk coklat di bahagian yang diserang.
Kawalan:
Sembur dengan dicofal atau amitraz atau hexythiazox 0.1% a.i.
Rumpai :
Racun herba pra cambah digunakan sebelum menanam. Semburan dibuat antara barisan dengan menggunakan racun herba kontak.
KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL
Kematangan :
Nanas boleh dikutip hasil antara 115 – 130 hari selepas berbunga bergantung kepada 'variety'.
Hasil :
Purata hasil beberapa varieti adalah seperti berikut :
Mauritius : 20 t/ha
Sarawak : 40 t/ha
Gandol : 60 t/ha
Indeks Penuaian :
'Variety' Mauritius dan Gandol boleh dikutip apabila satu atau kurang daripada mata adalah masak sebaliknya bagi nanas Sarawak ia boleh dikutip apabila satu mata masak (daripada pangkal).
MENGUTIP DAN PENYIMPANAN HASIL
Pasca Tuai :
Buah dikutip dengan memotong tangkai menggunakan pisau yang tajam. Buah-buah yang dituai dimasukkan ke dalam guni atau bakul buluh dan dihantar ke pusat pengumpulan untuk penggredan.
Penyimpanan :
Nanas patut diedarkan segera selepas dikutip kerana tempoh hayat penyimpanan nanas adalah 4 – 5 hari dalam suhu bilik (25 – 35ºC). Untuk pasaran jauh buah patut disimpan dalam suhu kurang dari 6ºC.
EKONOMI
Jumlah kos pengeluaran sehektar selama 28 bulan ialah RM 6,900.00.
No comments:
Post a Comment