Thursday, 19 September 2013

PEMIKIRAN SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN ETIKA

Oleh:
Gede Agus Palguna

Etika pada pandangan Islam

1.        Pendahuluan
Pemikiran adalah asas dalam membentuk etika kehidupan yang harmonis, sejahtera dan sejagat. Melalui asas ini, beberapa teori etika telah dibina untuk memerihalkan pendekatan etika yang dapat diimplentasikan dalam kehidupan manusia. Oleh itu, terdapat dua kaedah yang digunakan oleh tokoh-tokoh etika yaitu kaedah deontologikal dan teleologikal dalam membincangkan tingkah laku manusia yang dikategorikan baik atau buruk, patut atau tidak dan benar atau salah.

2.        Teori Etika Deontologi
Teori ini menggunakan pendekatan berorientasikan tindakan. Mengikut pendekatan ini, pengukuran dan penilaian sesuatu tingkah laku bergantung kepada tindakan seseorang individu dan bukan akibat daripada tindakan tersebut. Ini menunjukkan bahawa penilaian tentang betul atau salah tindakan seseorang dilihat daripada pengukuran. Situasi ini tidak relevan karena dalam aspek yang lain peraturan yang dipegang oleh golongan tersebut kemungkinan tidak dapat diterima dalam konteks yang sejagat.. Teori deontologi diuraikan seperti berikut:
a.       Teori deontologi peraturan (rule deontologry) yang mengatakan bahwa kepiawaian tentang betul atau salah sesuatu tindakan itu adalah terdiri dari satu atau lebih peraturan. Peraturan itu merupakan asas dan bukan pertimbangan moral seseorang itu dalam sesuatu tindakan.
b.      Teori deontologi tindakan (act deontology) menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan moral adalah bersifat spesifik dan menitikberatkan apa yang telah berlaku atau tindakan dalam situasi tertentu.



Teori-Teori Etika Deontologikal
Perbincangan teori etika deontogikal melihat kepada teori prinsip kewajiban (duty) dan teori kepribadian mulia (virtues).
a)      Prinsip Kewajiban
Salah satu prinsip kemoralan dalam teori deontologi peraturan (rule deontology) yang dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724 - 1804) ialah prinsip kewajiban atau tugas (duty). Prinsip ini menegaskan bahwa tugas dilakukan semata-mata karena tugas itu. Kant menjelaskan hal ini sebagai.
1)      Konsep tekad baik (Goodwill)
Konsep tekad baik atau goodwill bermaksud sesuatu yang baik tanpa syarat dalam melakukan sesuatu tindakan. Kant menyatakan perkara-perkara yang baik ialah membuat sesuatu bakat minda seperti kebijaksanaan dan kecerdasan pemikiran, keberanian dan kesederhanaan pemikiran.
2)      Prinsip perintah mutlak (Categorical Imperative Principle)
Prinsip ini merupakan prinsip moral yang bermaksud peraturan atau undang-undang moral telah dibentuk harus dipatuhi oleh semua orang tanpa pengecualian. Prinsip-prinsip yang tidak mampu melayani semua, maka perlu ditolak atau menjadi peraturan moral. Kemoralan bermula apabila individu menolak prinsip-prinsip yang tidak boleh dijadikan peraturan universal.
3)        Prinsip bermatlamatkan kemanusian
Tekad baik juga mementingkan prinsip kemanusiaan yang menjadi matlamat, bukan alat perlakuan individu.
4)        Tekad individu yang rasional
Seterusnya formula tekad baik ialah tekad yang menggubal undang-undang moral sejagat dengan tekad individu yang rasional.

b)   Teori Kepribadian Mulia (Virtue Ethics)
Teori kepribadian Mulia atau virtue menitikberatkan perwatakan manusia dari segi falsafah moral.  Etika keperibadian mulia mengambil berat tentang budi pekerti manusia yang berasaskan kepada keunggulan. Kemahiran dalam etika diharapkan dapat membantu manusia untuk membuat pembentukan moral yang bijak dalam kehidupan. Eika kepribadian mulia dinyatakan sebagai etika virtues dalam penulisan Aristotle (384-322 S.M). Perkataan virtue berasal daripada perkataan Latin iaitu virtus atau Greek dengan perkataan arete, yang bermaksud kekuatan yang merujuk kepada kelakian. Bagi Aristotle, virtues&apos atau kepribadian mulia adalah sekumpulan konsep seperti keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan bermoral masa kini.

2.        Teori Teleologikal
Golongan yang mengatakan bahwa tiada pertalian antara peraturan masyarakat (kemoralan sosial) dan keperibadian mulia dengan etika, biasanya lebih cenderung berfikir sendiri tentang kriteria moral. Oleh itu, mereka telah berfalsafah dan akhirnya menghasilkan beberapa teori etika yang mengutamakan atau berasaskan prinsip tertentu yang berbeda dan bertentangan. Ia dikategorikan sebagai teori teleologi yang menegaskan bahawa kriteria dan piawai asas tentang sesuatu tindakan atau peraturan yang benar, baik, salah, jahat dan sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yang dianggap baik. Oleh itu, teori teleologi dikenali sebagai consequentialism. Bagi teori ini, kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya Ini menyebabkan wujud beberapa jenis teori teleologi yang berbeda seperti utilitarianisme dan individualisme (egoisme).
1)        Utilitariatisme
Etika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah keseronokan iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral. keseronokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan, yaitu keseronokan.
v  Istilah-Istilah dalam Utilitariatisme
Terdapat dua istilah dalam prinsip utiliti yaitu:
a)         Kebaikan.
Menurut prinsip utiliti, pengalaman keseronokan mesti dikaitkan dengan kebaikan dan pengalaman kesakitan dikaitkan dengan kejahatan. Kita sepatutnya menentang pengenalpastian kebaikan dengan keseronokan karena ada nilai lain yang berkait dengan kebaikan yang lebih patut dianggap sebagai matlamat hidup.
b)  Kebahagiaan.
Prinsip utiliti juga menyamakan keseronokan dengan kebahagiaan. Sedangkan terdapat perbedaan antara keseronokan dan kebahagiaan. Menurut Frankena (1973), `keseronokan' membayangkan perasaan yang agak khusus dan membayangkan sensasi `rendah' atau sensasi fizikal, iaitu sesuatu yang tidak mendalam atau berpanjangan. Manakala kebahagiaan melibatkan kepuasan jangka panjang dan lebih mendalam. Oleh itu, jika kita bersetuju dengan ciri-ciri keseronokan di atas, dengan menegaskan bahawa keseronokan ialah kebahagiaan, keraguan kita akan bertambah tentang sama ada kebahagiaan mesti dilihat sebagai tujuan utama kehidupan manusia atau tidak.
v  Prinsip-Prinsip Utilitarisme
Adapun prinsip-prinsip utiliti terdiri daripada, yaitu:
a.         Prinsip utiliti dalam keseronokan dan kesakitan yang melibatkan perasaan.
b.         Keseronokan dan kesakitan bukan sahaja subjektif, tetapi sesuatu yang disangsikan atau kabur.
c.         Prinsip utiliti menggambarkan manusia hanya sebagai pemburu keseronokan atau manusia itu secara naluri semestinya membenci kesakitan.
d.        Tindakan baik atau jahat yang boleh disukat.

b)       Individualisme dan Egoisme
Individualisme adalah teori etika yang berasaskan sosial yang menganjurkan kemerdekaan, kebenaran dan kebebasan bagi individu. Ia adalah sikap individu atau kumpulan yang mementingkan diri dari aspek pemikiran dan etika yang dikenali sebagai egoisme. Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang ­menganggap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk atau jahat jika sesuatu itu merugikan diri sendiri. Egoisme boleh dibagikan kepada egoisme psikologi atau egoisme etika. Beberapa faktor yang menggalakkan egoisme berlaku yaitu:
1.        Pengaruh persekitaran sosial terhadap nilai-nilai seseorang individu.
2.        Sikap mempertahankan diri sendiri (ego) atau sikap mengagumi diri sendiri.
3.        Ketidakganjalan dalam motif dan dorongan karena setiap motif personaliti dikaitkan dengan perkembangan individu.
Secara umum, teori egoistik ini boleh dikaji dalam dua aspek, yaitu psikologi dan etika. manakala, aspek kedua egoistik adalah satu perkara ideal yang memerlukan seseorang bertindak secara egoistik. Thomas Hobbes (1588-1679) menjelaskan bahawa perkara-perkara yang ingin dilakukan adalah baik  (good) dan perkara-perkara yang kita benci sebagai jahat (evil). Tiada perkara dengan sendirinya adalah baik atau jahat tetapi akan menjadi baik atau jahat apabila seseorang menerima atau menolaknya. Sesuatu tindakan manusia adalah untuk mencapai apa yang baik yaitu perkara yang mereka inginkan atau untuk mengelak segala yang jahat yaitu perkara yang dibenci. Ini bererti Hobbes berpendapat bahawa manusia sentiasa bertindak untuk mencapai sesuatu yang baik untuk diri mereka sendiri.

4.        Penutup
Pemikiran adalah asas dalam membentuk etika kehidupan yang harmonis, sejahtera dan sejagat. Melalui asas ini, beberapa teori etika telah dibina untuk memerihalkan pendekatan etika yang dapat diimplentasikan dalam kehidupan manusia. Oleh itu, terdapat dua kaedah yang digunakan oleh tokoh-tokoh etika yaitu kaedah deontologikal dan teleologikal dalam membincangkan tingkah laku manusia yang dikategorikan baik atau buruk, patut atau tidak dan benar atau salah. Perbincangan teori etika deontogikal melihat kepada teori prinsip kewajiban (duty) dan teori kepribadian mulia (virtues). Adapun jenis teori teleologi yang berbeda seperti utilitarianisme dan individualisme (egoisme).

No comments: