PROF. DR. MULYADI MAHAMOOD
Dapatkan koleksi buku-buku yang ditulis oleh PROF. DR. MULYADI MAHAMOOD untuk pengetahuan yang lebih mendalam tentang perkembangan sejarah seni tanah air dan luar negara.
Pengenalan
Istilah Rococo merujuk kepada stail catan yang berkembang di Perancis, muncul daripada penggunaan motif rocaille di istana Louis XIV. Kemuncaknya adalah semasa pemerintahan Louis XV (s.1730-45). Rocaille bermaksud beralun. Rococo juga merupakan reaksi ke atas gaya Baroque yang dianggap berat dan padat. Rococo lebih ringan, menggabungkan kesan cahaya dengan garis-garis elegan untuk kesan dekorasi penuh perhiasan dan berudara. Rococo memberi lebih penekanan kepada imaginasi daripada kebenaran, kepada cahaya dan warna daripada bentuk.
Seni catan
Perancis
Catan easel yang kecil menjadi popular menggantikan karya-karya awam yang berukuran besar. ‘Fetes Galantes’, suasana pertemuan pasangan kekasih di desa menjadi kegemaran Watteau. Adegan-adegan erotic yang dangkal, figura bogel serta tema-tema mitologi serta potret turut dihasilkan untuk golongan bangsawan. Untuk kelas pertengahan, Chardin melukis alam benda, pemandangan alam benda, pemandangan dalaman, sementara Greuze pula merakamkan suasana moralisitik menerusi subjek-subjek yang bersifat sentimental.
Ciri-ciri catan
Figura-figura dalam karya Watteau kelihatan halus dan disusun dalam bentuk tiga segi. Watteau mempunyai buku lakaran figura yang khas dan kebanyakan imej figura yang sama dihasilkan dalam beberapa catan. Imej-imej figura yang dihasilkan oleh Chardin banyak digambarkan dalam suasana dan aktiviti harian. Baucher dan Fragonard menghasilkan imej figura yang lebih padat dan kukuh. Catan-catan aristocrat menggambarkan pemandangan desa yang ideal, sementara golongan pertengahan menggemari karya-karya yang merakamkan suasana dalaman yang sederhana.
Contoh-contoh karya
1. Jean-Antoine Watteau
‘L’ Indifferent’ (s.1716)
‘Pilgrimage to Cythera’ (1717)
2. Jean-Baptists Simeon Chardin
‘Kitchen Still Life’ (1730-35)
‘Grace at Table’ (1740)
3. Francis Boucher, ‘The Triumph of Venus’ (1740)
4. Jean Honore Fragonard, ‘Bathers’ (1765)
5. Jean Baptice Greuze, ‘The Village Bride’ (1761)
England
Unutk pertama kalinya, aliran catan Inggeris muncul dan berkembang. Hogarth menghasilkan karya-karya yang bertema kemasyarakatan. Sementara Gainsborough dan Reynolds meneruskan tradisi potret.
Catan dihasilkan untuk golongan diraja, bangsawan dan kelas pertengahan. Catan genre termasuklah karya-karya kritikan sosial yang pedas dihasilkan oleh Hogarth menampilkan unsur-unsur kartun dan karikatur yang hebat, sehingga beliau menerima jolokan Bapa Karikatur Inggeris. Meskipun menyara hidup sebagai seorang pelukis potret, Gainsborough pula amat meminati subjek landskap.
Contoh-contoh karya
1. William Hogarth, ‘Marriage a la mode’ (1743-45)
2. William Hogarth, ‘Characters and Caricartures’, (1743)
3. William Hogarth, ‘The Bench’, (1758).
4. Thomas Gainsborough, ‘The Market Cart’ (1787)
5. Thomas Gainsborough, ‘Mrs. R. B. Sheridan’, (s.1783)
6. Sir Joshua Reynolds, ‘Lady Sarah Bunbury’, (1765)
7. George Stubbs, ‘Lion Attacking a Horse’, (1770)
8. William Blake, ‘The Circle of the Lustful’ (1824-27)
Amerika
Dua orang pelukis utama Amerika pada abad ke-18 ialah Benjamin West dan John Singleton Copley. Kedua-duanya berhijrah ke England untuk mengembangkan kebolehan masing-masing.
John Singleton Copley menghasilkan potret pada peringkat awal kariernya, dan kemudian menumpukan kepada subjek-subjek sejarah. Benjamin West juga menghasilkan catan-catan sejarah. Namun begitu, catan-catan sejarah West dianggap bersifat inovatif dan penuh makna dalam mencerminkan suatu kesinambungan stail dan ikonografi. Misalnya dalam karya ‘The Death Of General Wolfe’, (s.1770), West telah merujuk catan-catan keagamaan yang bersubjekkan ratapan kematian Christ sebagai inspirasinya. Ini secara tidak langsung telah membolehkan para penghayat menghubungkan karya beliau dengan karya-karya besar lain dalam tradisi sejarah seni, contohnya karya-karya daripada era Proto-Renaisan dan Renaisan oleh Giotto dan Fra Angelico.
Contoh-contoh karya
1. John Singleton Copley, ‘Paul Revere’, (1768-70)
2. Benjamin West, ‘ The Death of General Wolfe’, (s.1770)
Itali
Cuma ‘The Venetian School’ menghasilkan pelukis-pelukis agung pada abad ke-18, misalnya Tiepolo yang menghasilkan fresco siling untuk penaung-penaung seni di Jerman dan Sepanyol. Karya-karyanya merakam cerita-cerita hikayat, sejarah dan keagamaan.
Media dan teknik
Kebanyakan pelukis menggunakan cat minyak di atas kanvas. Tiepolo menggunakan teknik ‘secco su fressco’ yang diwarisi dari zaman Bizantine. Teknik ini merupakan campuran bahan-bahan seperti telur, minyak, lilin, air dan dihasilkan di atas plaster yang lembab.
Ciri-ciri catan
Karya-karya Tiopolo dianggap indah, halus dan elegan. Figura-figura dipersembahkan secara dramatic menerusi kompsisi yang unik dan ‘foreshortening’.
Contoh-contoh karya
1. Giovanni Batista Tiepolo
‘The Banquet of Anthony and Cleopatra’ (1750)
‘The Vestiture of Bishop Harold’, (1750-53)
Seni arca
Pengarca yang terkemuka ialah Houdon dari Perancis. Beliau terkenal dengan potret-potret yang dihasilkan dengan terperinci penuh dengan ciri-ciri realisme. Subjek-subjek mitologi dan potret popular di Perancis.
Contoh-contoh karya
1. Jean Antoine Houdon
‘Voltaire’, (1778)
‘Count Caliostro’, (1771-89)
No comments:
Post a Comment