Buku lama berjudul Basic Principles of Curriculum and Instruction yang ditulis Tyler pada 1949 sampai masa ini masih menjadi rujukan dalam proses pengembangan kurikulum. Menurut Tyler model pengembangan kurikulum rasional lebih bersifat bagaimana merancang suatu kurikulum sesuai dengan tujuan dan misi suatu institusi pendidikan.
Menurut Tyler ada 4 perkara yang dianggap fundamental untuk mengembangkan kurikulum, iaitu :
1. Menentukan tujuan
Menentukan tujuan merupakan hal yang paling awal dan harus dikerjakan kerana tujuan akan menentukan arah/sasaran pendidikan. Terdapat beberapa pertanyaan untuk mempermudah dalam menentukan tujuan, iaitu:
i. Mana halatuju pendidikan murid-murid itu?
ii. Apakah kemampuan yang harus dimiliki murid lepeasa mengikuti program pendidikan?
iii. Dari mana dan bagaimana kita menentukan tujuan pendidikan ?
Ketiga pertanyaan di atas dapat dijadikan acuan dalam menetukan tujuan agar tujuan yang dikehendaki akan dapat difokuskan dan direalisasikan. Dalam merumuskan tujuan, ada beberapa perkara-perkara yang perlu diambilkira seperti faktor pelajar, sekolah, kehidupan masa kini, disiplin ilmu, falsafah, dan psikologi belajar.
Dalam menentukan tujuan, ia bergantung kepada falsafah pendidikan yang diamalkan. Terdapat 3 tujuan kurikulum iaitu:
Disipline oriented |
Tujuan kurikulum bersifat disiplineoriented menekankan pada penguasaan teori-teori yang ada dalam disiplin ilmu. Jadi dalam merumuskan tujuan diambil dari teori-teori para ahli.
Child centered |
Bersifat childcenterd bererti berpusat pada anak didik, dalam merumuskan tujuan harus disesuaikan dengan bakat minat anak didik, keperluan anak didik dan kemampuan anak didik.
Societycentered bermaksud berpusat pada kehidupan masyarakat. Jadi dalam merumuskan tujuan lebih ditekankan untuk kehidupan masyarakatnya sendiri. Tujuan kurikulum harus sesuai dengan keadaan lingkungan masyarakat, keadaan sosial ekonomi masyarakat, apa yang diperlukan dan harus sesuai dengan falsafah pendidikan yang diamalkan.
Walaupun secara teori tampak begitu tajam pertentangan antara kurikulum yang bersumber dari displin akademik, kurikulum yang bersumber dari keperluan pribadi dan keperluan masyarakat, akan tetapi dalam praktiknya tidak setajam apa yang ada dalam teori. Anak adalah organisme yang unik, yang memiliki berbagai ragam yang berbeza. Ia juga adalah makhluk sosial yang berasal dari masyarakat dan akan kembali kepada masyarakat, oleh kerana itulah tujuan kurikulum apa pun bentuk dan modelnya pada dasarnya harus mempertimbangkan berbagai sumber untuk kepentingan individu dan kepentingan masyarakat.
2. Menentukan pengalaman belajar
Pengalaman belajar yang dimaksud adalah adalah segala aktiviti dalam berinteraksi dengan persekitaran. Jadi dalam merumus kurikulum perlu memperhatikan latar belakang pendidikan anak didik dan pengalaman anak didik. Penyusunan kurikulum perlu mengambilkira persepsi anak didik agar mereka dapat bersedia dari segi mental dan emosi maupun dalam bentuk perlakuan.
3. Mengorganisasi pengalaman belajar
Mengorganisasi pengalaman belajar merupakan hal yang sangat penting. Pengalaman belajar perlu diorganisasikan agar terstruktur sehingga lebih mudah dalam merumus kurikulum dan hasilnya dapat dimaksimakan. Pengorganisasian ini boleh saja berbentuk mata pelajaran maupun dalam bentuk program.
Langkah pengorganisasian ini sangatlah penting, sebab dengan pengorganisasian yang jelas akan memberikan petunjuk kepada pelaksanaan proses pembelajaran sehingga menjadi suatu pengalaman belajar yang nyata bagi pelajar. Ada beberapa prinsip menurut Tyler (1950: 55) dalam mengorganisasi pengalaman belajar, iaitu sebagai berikut.
Prinsip kesinambungan ada yang bersifat vertikal dan horizontal. Bersifat vertikal maksudnya bahawa pengalaman belajar yang diberikan harus memiliki kesinambungan yang diperlukan untuk pengembangan pengalaman belajar selanjutnya. Contohnya, apabila anak diberikan pengalaman belajar tentang pengembangan kemampuan membaca bahan-bahan pelajaran bersifat kemasyarakatan, harus diyakini bahawa pengalaman belajar tersebut akan diperlukan untuk mengembangkan keterampilan berikutnya, contohnya ketermapilan memecahkan masalah-masalah sosial. Prinsip kesinambungan yang bersifat horizontal bermaksud suatu pengalaman yang diberikan pada siswa harus memiliki fungsi dan bermanfaat untuk memperoleh pengalaman belajar dalam bidang lain. Contohnya pengalaman belajar dalam bidang matematik harus dapat membantu untuk memperoleh pengalaman belajar dalam bidang ekonomi ataupun dalam bidang lain.
Prinsip kesinambungan mempunyai hubungan yang erat, perbezaannya hanya terletak pada aras kesulitan dan keluasan skop. Ini bermaksud setiap pengalaman belajar yang diberikan kepada pelajar harus turut sama memerhatikan tahap perkembangan pelajar. Pengalaman belajar yang diberikan dalam kelas Tahun 3 harus berbeza dengan pengalaman pada kelas seterusnya.
Penilaian
Evaluasi dilakukan untuk mengetahui apakah tujuan yang telah ditetapkan dalam kurikulum tercapai atau tidak. Dalam menilai terdapat 2 aspek yang perlu diberi perhatian iaitu:
Evaluasi harus menilai apakah ada perubahan tingkah laku pelajar sesuai dengan tujuan yang telah ditetapkan.
Penilaian sebaiknya menggunakan lebih dari satu alat ukur dalam suatu waktu tertentu.
Terdapat 2 fungsi penilaian sebagai perkara yang penting dalam pengembangan kurikulum.
1.Fungsi sumatif
Yang dimaksud fungsi sumatif adalah penilaian digunakan untuk memperoleh data tentang pencapaiaj pelajar. Dengan adanya penilaian kita dapat mengetahui bagaimana tahap pencapaian tujuan atau tahap penguasaan isi kurikulum oleh setiap pelajar.
2.Fungsi formatif
Fungsi formatif ini digunakan untuk melihat tingkat efaktif proses pembelajaran, adakah program yang telah ditetapkan sudah dianggap sempurna atau masih perlukan penambahbaikan.
Sedangkan menurut Model Objectives Tyler berpendapat bahawa penilaian kurikulum sebagai pengukuran performa anak didik terhadap tujuan perilaku yang sudah dirumuskan. Selain itu masih ada beberapa model lainnya yang menjurus kepada penilaian terhadap ketercapaian objektif, iaitu :
Hammond, lebih berfokuskan kepada pengaruh faktor institusional dan instruksional di dalam mencapai tujuan.
Provus, memfokuskan kepada apakah terdapat perbezaan antara pengamatan kurikulum dan standard atau tujuan yang sudah dipersetujui.
No comments:
Post a Comment