Thursday, 19 September 2013


KONSEP ASAS DALAM PENDIDIKAN MORAL

(Adaptasi; Prof. Madya Dr. Chang Lee Hoon)
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya



1. PENDAHULUAN
Konsep asas berkaitan dengan pendidikan moral telahpun dikaji oleh ahli-ahli
antropologi, falsafah, psikologi dan sosiologi. Secara amnya, pengajian falsafah tentang
moral ataupun disebutkan sebagai falsafah moral atau etika telah memberikan kita sebab dan pengertian tentang andaian dan idea mengenai tindakan yang dianggap baik dan patut dilakukan oleh seseorang individu dalam hidupnya serta dalam hubungan antara individu.Pengajian psikologi tentang moral yang juga disebutkan sebagai psikologi moral telah meluaskan kefahaman kita tentang tingkah laku dan perkembangan kapasiti manusia untuk membuat pertimbangan moral sebagai agen moral yang bertanggungjawab.Pengajian sosiologi tentang moral pula menyumbangkan kepada pengetahuan kita terhadap tindakan sosial individu terhadap orang lain dalam institusi sosial. Sumbangan yang meluas dan mendalam daripada pelbagai bidang ilmu ini telah memberikan sesuatu asas kepada pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Sebagai satu titik permulaan untuk membimbing kita sebagai pendidik Pendidikan Moral, kertas ini akan membincangkan beberapa konsep asas yang dianggapkan penting dan relevan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di dalam kelas.

2. DOMAIN MORAL/ETIKA
Domain moral/etika memberi tumpuan kepada nilai normatif yang dianggapkan baik, benar betul dan patut sepertimana yang diwajarkan dalam perwatakan seseorang individu dan hubungan antara individu (Frankena, 1973; Abdul Rahman Md. Aroff, 1999). Domain moral/etika melibatkan pertimbangan nilai dalam bentuk pernyataan normatif dan ini adalah berbeza daripada pernyataan deskriptif yang merujuk kepada penilaian fakta. Namun begitu, bukan semua pernyataan normatif melibatkan soal moral atau etika.

Ada juga pernyataan normatif yang melibatkan domain nilai yang lain seperti aestetika, agama, adat/tradisi dan undang-undang. Lihat pernyataan yang berikut serta ulasan tentang perbezaan antara pernyataan normatif
dan deskriptif :

(1) Lukisan itu sangat cantik. (pernyataan normatif yang melibatkan soal estetika)

(2) Manusia memerlukan tiga keperluan yang asas. (pernyataan deskriptif yang melibatkan fakta atau empirikal)

(3) Mengikut agama, adalah berdosa jika kita berbohong. (pernyataan normatif yang melibatkan soal agama)

(4) Menanggalkan kasut di luar sebelum masuk ke dalam rumah adalah amalan budaya Malaysia. (pernyataan normatif yang melibatkan soal adat/tradisi yang diamalkan dalam budaya Malaysia.

(5) Menurut undang-undang jalan raya, dia patut berhenti apabila lampu isyarat bertanda merah (pernyataan normatif yang melibatkan soal
undang-undang)

(6) Dia patut berhenti apabila lampu isyarat bertanda merah kerana kegagalan melakukannya akan membahayakan nyawa diri dan pengguna jalan raya yang lain (pernyataan normatif yang melibatkan moral atau etika)

Daripada contoh pernyataan di atas maka boleh dikatakan bahawa terdapat pernyataan yang berbentuk normatif dan berbentuk deskriptif. Selain daripada itu, bukan semua pernyataan normatif pula yang melibatkan soal moral. Jika begitu, bagaimanakah kita dapat mengetahui sama ada sesuatu pernyataan normatif itu melibatkan soal moral atau
tidak?

Pernyataan normatif yang melibatkan soal moral adalah apabila:

(1) Kita menilai sesuatu perbuatan individu atau perlakuan yang dikenali sebagai pertimbangan moral obligasi atau deontic. Contohnya,
(a) Kita patut menepati janji.
(b) Mendera kanak-kanak tidak boleh diterima oleh sesiapa pun.

(2) Kita menilai ciri perwatakan, motif atau peribadi perseorangan yang dikenali sebagai pertimbangan moral aretaic. Contohnya,
(a) Budak itu seorang yang jujur.
(b) Memberi kepada guru disiplin kerana tidak ingin dihukumkan atas
kesalahan yang telah dilakukan adalah salah.

(3) Ia mempunyai implikasi atau kesan langsung terhadap tingkah laku. Contohnya,
(a) Jika kita tidak menghormati antara individu, masyarakat akan tidak hidup secara berharmonis.
(c) Seseorang penagih dadah akan membawa penderitaan kepada keluarganya.

(4) Ia dinyatakan dalam bentuk arahan atau perintah yang melibatkkan perbuatan
patut atau tidak patut dipatuhi oleh individu dalam masyarakat. Contohnya,
(a) Tempat ibadat semua agama patut dihormati.
(d) Mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak, semua kanak-kanak berhak mendapat pendidikan.
(Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon, 1999)

Dalam Pendidikan Moral, kita perlu berfokuskan kepada pernyataan normatif yang melibatkan pertimbangan nilai dalam soal moral. Ianya berbeza dengan pernyataan normatif yang tidak melibatkan soal moral dan pernyataan deskriptif yang tidak bersifat normatif. Namun begitu, terdapat pernyataan normatif yang melibatkan soal bukan moral
iaitu agama, undang-undang, aestetika dan adat/tradis tetapi ada kaitan dengan moral. Contohnya kepatuhan kepada undang-undang ada kaitan dengan moral juga kerana ianya menjaminkan hak individu hidup secara selamat dan bebas.

PERTIMBANGAN MORAL (MORAL JUDGEMENT)

A Dual-Process Theory of Moral Judgment

Lihat contoh soalan yang berikut:
(1) Apakah hak kanak-kanak?
(2) Apakah hubungan antara anak dengan ibu bapa?
(3) Haruskah hak kanak-kanak dilindungi oleh setiap orang dewasa?
(4) Haruskah seorang anak yang didera oleh ibu bapa melaporkan kejadian itu
kepada polis?

Soalan (1) dan (2) memerlukan seseorang membuat pertimbangan deskriptif yang berasaskan kepada fakta atau bukti empikiral dalam sosial-kognitif sama ada terhadap tingkah laku atau institusi sosial. Soalan (3) dan (4) memerlukan seseorang membuat pertimbangan moral yang melibatkan bukan hanya pertimbangan dalam sosial-kognitif tetapi pertimbangan normatif yang melibatkan soal moral (lihat muka surat 3). Menurut Kohlberg (1987 m.s. 10), terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral iaitu (i) pertimbangan tentang nilai bukan fakta (ii) pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan (iii) pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiiri. Oleh kerana pertimbangan moral adalah preskritif maka pertimbangan ini mengarah atau mewajibkan seseorang mengambil sesuatu tindakan yang berasaskan kepada peraturan atau prinsip. Rachels (1995 m.s. 9 - 10), menyatakan bahawa pertimbangan moral mesti disokong dengan (i) sebab yang baik (berdasarkan kepada fakta dan prinsip) bukan perasaan mengikut kecenderungan sendiri (seperti “Saya suka minum teh tarik”) dan (ii) menimbangkan kepentingan setiap individu secara saksama. Shaw (1999) memberi tiga kriteria dalam pertimbangan moral iaitu pertimbangan moral haruslah (i) logikal, (ii) berasaskan fakta dan (iii) berasaskan prinsip moral. Pertimbangan moral yang tidak mempunyai ketiga-tiga kriteria ini biasanya dianggapkan lemah.

Menurut MacKinnon (1995) pertimbangan moral amat berkait rapat dengan teori etika
dan prinsip etika/moral seperti yang diringkaskan dalam rajah yang berikut:

Teori Etika (Moral)
Prinsip Etika (Moral)
Pertimbangan Etika (Moral)

Teori etika adalah “a systematic exposition of a particular view about what is the nature
and basis of good or right” (MacKinnon, 1995, m.s. 8). Teori etika memberikan sebabmunasebab atau norma untuk menimbangkan sama ada satu tindakan betul atau salah dan cuba memberi justifikasi atas norma itu. Ia memberikan asas kepada prinsip moral atau garispaduan yang meliputi beberapa nilai yang tertentu. Prinsip ini pula boleh digunakan untuk menentukan apakah tindakan harus dipilih dan lakukan dalam sesuatu situasi yang tertentu.Terdapatnya pelbagai teori etika yang menerangkan apakah yang harus dipertimbangkan semasa membuat pertimbangan moral terhadap sesuatu tindakan seperti teori teleologikal (teori egoism dan teori utilitarianisme), teori deontologikal (teori moral Kant dan teori existentialisme, teori virtue (seperti Aristotle) dan teori kemoralan sosial (seperti Durkheim). Secaranya teori-teori etika menumpukan pertimbangan moral sama ada kepada:Motif Tindakan Kesan
Pendek kata, pertimbangan moral melibatkan (i) pertimbangan normatif dalam domain
moral (lihat muka surat 3) yang berasaskan kepada teori etika (ii) kegunaan prinsip moral serta (iii) berdasarkan kepada logik dan fakta yang relevan dengan isu atau situasi yang dipertimbangkan.

4. PRINSIP MORAL
Prinsip moral biasanya digunakan sebagai satu tujuk arah dalam pertimbangan moral
(Peters, 1981; Mukherjee et al., 1992) kerana ia
:(i) dapat menentukan apakah peraturan moral yang asas dalam kes-kes tertentu;
(ii) menjadikan sesuatu pertimbangan moral relevan;
(iii) memberi bukti dan konsensus dalam sesuatu keputusan moral;
(iv) membolehkan semua fakta yang relevan dikaji sebelum sesuatu keputusan
moral diambil; dan
(v) mempunyai ciri sejagat atau diterima secara umum oleh sesama manusia.

Terdapat dua prinsip moral asas iaitu: adil dan penyayang (care).
(1) Prinsip adil melibatkan konsep hak, kesaksamaan dan balasan serta konsep autonomi atau kebebasan. Tindakan yang adil melibatkan taakulan atau fikiran yang rasional iaitu mengkaji merit, motif dan latar belakang sesuatu kes tertentu. Sesuatu tindakan dianggapkan adil jika (i) hukuman diberi kepada sesuatu salah laku yang dilakukan (ii) hak individu yang dianggapkan sah diberi (iii) terdapat kesaksamaan dalam
ganjaran, harga dan pertukaran dan (iv) kesaksamaan dalam agihan sumber. Prinsip adil menuntut layanan yang sama diberi kepada kes serupa dengan menggunakan pendekatan yang sama dan pertimbangan kepada kes yang memerlukan keperluan khas dengan menggunakan cara yang berlainan jika terdapatnya sebab yang munasabah dan adil (Audi, 1999, Abdul Rahman Md. Aroff, 1999, Mukherjee et al, 1992).
(2) Prinsip penyayang atau care melibatkan konsep hormat, tanggungjawab dan kasih
sayang dalam mengekalkan perhubungan antara individu dan perkembangan kebajikan
orang lain. Prinsip ini memerlukan seseorang individu mengelakkan kecerderaan terhadap orang lain dengan mengambil berat keperluan, kepentingan dan perasaan orang lain dalam berkembangkan kebajikan orang lain. Selain daripada itu prinsip ini juga bermakna bahawa kita melayani orang lain sebagai sesuatu matlamat dan bukan sebagai alat kerana setiap orang mempunyai pandangan dan matlamat tersendiri. Matlamat orang lain tidak semestinya sama dengan kita diri sendiri dan dengan itu pandangan mereka perlu dihormati. Akan tetapi ini tidak bermakna bahawa pandangan orang lain patut diterima jika kita menilaikan bahawa pandangan mereka adalah tidak logik atau munasabah dan dianggapkan tidak baik atau salah dari segi moral. Prinsip juga dikenali sebagai prinsip kepedulian (Abdul Rahman Md. Aroff, 1999) atau prinsip altruisme yang mememberi kepentingan kepada orang lain.

5. PERKEMBANGAN MORAL
Perkembangan moral memberi tumpuan kepada perkembangan karaktor moral, sikap terhadap peraturan moral dan membuat pertimbangan moral (Bailey, 1979). Menurut Downey & Kelly (1978), oleh kerana istilah “perkembangan” memberi satu gambaran yang menunjukkan satu perubahan yang progresif ke tahap yang lebih komplek yang tidak boleh diterbalikkan, maka perkembangan moral membayangan andaian mengenai
apakah yang dianggapkan matang dari segi moral.

Terdapatnya beberapa perspektif atau teori perkembangan moral yang membawa
implikasi terhadap pendidikan moral. Antara perspektif perkembangan moral ini adalah
seperti yang berikut:
(1) Perspektif Perkembangan Moral Kognitif
Teori perkembangan moral kognitif menyatakan bahawa perubahan dalam
pertimbangan moral adalah berstruktur menerusi sistem berperingkat mengikut
perkembangan dan kematangan intelek atau kognitif seseorang individu.
Contohnya, skema Kohlberg (1987) yang ditunjukkan dalam jadual yang berikut:
Tahap Peringkat
Prakonvensional 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan
2: Orientasi instrumental relativis
Konvensional 3: Orientasi persetujuan antara individu
4: Orientasi undang-undang dan peraturan
Pascakonvensional 5: Orientasi contract-legalistic sosial
6: Orientasi prinsip etika sejagat

(2) Perspektif Psikoanalisis atau Personaliti
Psikoanalisis atau pesonaliti (sahsiah) memandangkan bahawa kecenderungan atau impulse yang tidak rasional mesti dikawal melalui kawalan atau larangan sosial. Ini bermaksud bahawa agen yang menetapkan kawalan sosial harus memcampur tangan dalam memperkenalan batasan yang asas dan keselarasan tingkah laku yang rational. Contohnya, teori Freud yang menyatakan bahawa perkembangan moral adalah perkembangan personaliti atau sahsiah kanak-kanak dalam super ego. Super ego ini merupakan agensi atau mekanisme yang mengeluarkan peraturan moral yang dihayati oleh seorang kanak-kanak. Peraturan moral ini diperolehi daripada standard yang ditetapkan oleh orang dewasa yang berdekatan dengan kanak-kanak tersebut. Peraturan moral ini kemudian akan mengawal dorongan (impulse) id iaitu bahagian pemikiran dan sahsiah seseorang yang tidak disedari oleh seseorang itu.

(3) Perspektif Pembelajaran Sosial atau Behaviourisme
Pembelajaran sosial atau behaviourisme menyatakan bahawa pembelajaran moral adalah tingkah laku sosial yang telah dipelajari (socially learned behaviour). Tingkah laku moral boleh dibentukkan menerusi tiga cara iaitu pengajaran secara langsung serta teladan dan imitasi (ibu bapa dan orang lain yang signifikan dalam kehidupan individu itu) kemudian dikekalkan menerusi ganjaran dan peneguhan yang positif (seperti pujian, senyuman, hadiah atau perhatian) atau hukuman dan peneguhan yang negatif (seperti marah, mengurung, memberhentikan hak-hak istimewa dan tidak memberi kasih sayang).

(4) Perspektif Integratif dalam Perkembangan Moral
Perspektif integratif dalam perkembangan moral mempunyai pandangan bahawa perkembangan moral adalah menyeluruh dalam perkembangan karaktor.Contohnya, dalam Model Four Component of Acting Morally oleh Narvaez dan Rest (1995, m.s. 386) dinyatakan bahawa perlakuan moral adalah menerusi empat proses psikologikal dalaman seperti yang berikut:
(i) sensitiviti moral yang melibatkan penerimaan dalam sistem sensori perseptual terhadap situasi sosial dan interpretasi situasi tersebut dari segi tindakan yang boleh diambil, siapa dan kesan setiap tindakan serta reaksi pihak yang terlibat terhadap tindakan yang mungkin diambil.
(ii) pertimbangan moral yang melibatkan membuat keputusan tentang tindakan yang manakah yang paling bermoral. Seorang individu akan menimbangkan segala pilihan dan menentukan apakah seseorang patut melakukan dalam situasi itu.
(iii) motivasi moral yang membawa implikasi di mana seorang individu akan memberi keutamaan kepada nilai moral yang lebih daripada segala nilai yang lain dan berniat untuk memenuhinya.
(iv) perlaksanaan yang mengabungkan kekuatan ego dengan kemahiran sosial dan psikologikal yang diperlukan untuk melaksanakan tindakan yang dipilih.

Kesimpulannya, kesemua perspektif atau teori perkembangan moral yang diberikan di
atas walaupun nampaknya bertentangan, tetapi sebenarnya adalah komplimentari dan
memberi penekanan kepada aspek yang berlainan tentang pertumbuhan dan perkembangan moral (Downey & Kelly, 1978). Menurut Lickona (1980) perkembangan moral harus meliputi tiga rangkaian pertumbuhan moral yang saling berkaitan iaitu perkembangan pemikiran moral, perkembangan perasaan moral dan perkembangan tingkah laku moral. Perkembangan dalam pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah
laku moral akan membawa perubahan yang progresif ke arah kematangan moral.

6. PEMIKIRAN, PERASAAN DAN TINGKAHLAKU MORAL
Tinjuan literatur (seperti Chazan & Soltis, 1975; Wilson, Williams & Sugarman, 1967; Downey & Kelly, 1978; Blasi, 1980; Peters, 1981; Hare, 1981; McPhail, 1982; Straughan, 1982; Gilligan, 1982; Colby & Kohlberg, 1987; Abdul Rahman Md Aroff & Chang Lee Hoon, 1994; Noddings, 1995; Narvaez & Rest, 1995; Lapsley, 1996; Pritchard, 1996; Lickona, 1997; Abdul Rahman Md. Aroff, 1999) telah menunjukkan bahawa pendidikan moral meliputi tiga aspek atau dimensi utama iaitu pemikiran dan penaakulan moral, perasaan dan motivasi moral, serta tindakan dan perlakuan moral.Walaupun terdapat pelbagai penekanan yang berlainan serta persamaan dan perbezaan dalam tafsiran ketiga-tiga aspek atau dimensi moral di antara penulis yang ditinjaukan, aspek atau dimensi moral ini boleh diringkaskan seperti yang berikut:

(1) Perkembangan pemikiran dan penaakulan moral yang berprinsip dengan
(i) memahami maksud nilai moral
(ii) mengenalipasti sesuatu situasi/isu yang melibatkan moral
(iii) menimbang situasi/isu moral daripada perspektif orang lain (role-taking perspective)
(iv) menyelesaikan isu/situasi moral secara objektif berasaskan kepada prinsip
moral yang asas.
(2) Perkembangan perasaan dan motivasi moral dengan
(i) menyedari dan menghormati perasaan dan kebajikan orang lain
(ii) menyedari perasaan dan rasa hormat diri dan
(iii) mempunyai motivasi dan niat untuk bertindak.
(3) Perkembangan tindakan dan perlakuan moral dengan
(i) bertindak secara autonomi berdasarkan kepada prinsip moral yang asas
(ii) bertindak secara konsisten atau sebagai sesuatu kebiasaan dalam kehidupan
(iii) bertanggungjawab sendiri atas tindakan yang diambil
(iv) beriltizam untuk menjadikan nilai sebagai satu ciri perwatakan diri sendiri dan dalam hubungannya dengan orang lain.

Perkembangan dalam ketiga-tiga aspek moral ini adalah bersepadu dan menyeluruh
sepertimana yang dikatakan:
To possess virtue of justice, I must first understand what justice is and
what justice requires of me in human relations (moral knowledge). I must
also care about justice – be emotionally committed to it, having the
capacity for appropriate guilt when I behave unjustly and be capable of
moral indignation when I see others suffer unjustly (moral feeling).
Finally, I must practice justice by acting fairly in my personal relations
and carrying out my obligations as a citizen to help advance social justice
(moral behavior) (Lickona, 1997 m.s. 46).

A morally educated person must not only act or feel in a certain way, but
must do so for the right reasons. If people merely “do the right thing”
unthinkingly out of habit, fear, impulse or conditioning, we would not say
that they have been morally educated, or even that they are acting morally
in an appropriate sense…The person must therefore (a) know what the
right reasons are and (b) have convinced himself that they are right.
Knowing the right reasons depends on understanding the general
principles that underpin moral decision-making. (Wilson dalam
McLaughlin & Halstead, 2000, m.s. 251-252)

KESIMPULAN
Pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral meliputi pengajaran dan pembelajaran
“apa” (kandungan) yang dianggapkan baik, betul, benar dan patut dalam doman moral
dan “bagaimana” (bentuk) membuat pertimbangan moral yang berprinsip. Ini membawa
implikasi bahawa pengajaran secara “indoktrinasi” harus dielakkan dalam pendidikan
moral kerana
…there are rational considerations. As a matter of rationality, there are
moral claims which we have to recognise. But we have to recognise them,
rather than blindly following answers given by others. If something like
this is right, then the idea of imposing morality on others becomes a
contradiction in terms. People will have to appreciate the force of moral
thinking for themselves, and there will be a role for people to see what in
the end they will have to see for themselves. (Haydon, 1997, dalam Tubb,
2000, m.s. 120)

Walau bagaimanapun pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral juga tidak seharusnya neutral dan relatif iaitu yang tidak berasaskan kepada prinsip yang asas kerana:
The pupil should not merely be presented with a series of alternative
moral views and allowed to choose between them. This could amount to a
form of “window shopping” with no criteria for reasonable choice being
given. We have to provide a set of standards or criteria relevant to choice
if we are to educate pupils rather than merely amuse them with different
pictures…Teachers must avoid the pitfall of implying that there are no
right answers in morality; that it is all a matter of taste. The point that it is
mistaken to give pupils right answers “on a plate” because they need to
reach these answers by the exercise of their own reasons via the
appropriate procedures should not be confused with the notion that there
are no “right answers” at all. (Wilson cited by McLaughlin & Halstead,
2000, m.s. 253)

Dalam dunia yang begitu kompleks, di mana seorang individu menghadapi pelbagai
cabaran dan pilihan dalam kehidupan mereka, maka adalah menjadi satu cabaran bagi
setiap pendidik Pendidikan Moral untuk mengalak dan membimbing seorang individu
dalam domain moral supaya mereka dapat menjadikan seorang individu yang bermoral
atau berakhlak mulia, sepertimana yang dihasratkan dalam Rukun Negara kita.

dr abd shatar

No comments: