Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian
Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’.
Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran.
Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaran yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran tajuk berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan yang diajar.
Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran pensyarah. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang pensyarah bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.
Konsep Pentaksiran
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.
Definisi Pentaksiran
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Tujuan pentaksiran
i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iii. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
iv. Memperbaiki pengajaran pembelajaran
Prinsip Pentaksiran
Prinsip Pentaksiran |
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran. Ujian adalah alat ukur. bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.
Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Penilaian di bilik darjah boleh membantu para guru menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar.
a. Diagnosis
Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan. Sekiranya berkesan, guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.
b. Pengredan
Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’, ‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’. Melalui pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain.
Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di sekolah.
c. Pemilihan dan Penempatan
Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi pemilihan dan penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran sains mungkin dipilih untuk mewakili sekolah. Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus tumpuan bidang tertentu.
d. Kaunseling dan Bimbingan
Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan kaunselor boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Keputusan ujian juga membantu para guru dan kaunselor untuk memberi khidmat bimbingan misalnya bagi memandu pelajar menceburi bidang kerjaya yang diminati.
Konsep Penilaian
Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum. Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.
Tujuan Penilaian
i. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak diajar.
ii. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
iii. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
iv. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
v. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
vi. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.
Jenis-Jenis Penilaian
Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.
a. Penilaian Formatif
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan.
Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.
Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.
b. Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke alam pembelajaran yang lebih tinggi.
Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik
Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.
- Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor.
- Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.
- Ujian Prestasi
Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan ujian.
d. Penilaian Alternatif
Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional. Penilaian pengajaran di sekolah sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.
JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
• HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;
i. Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran yang boleh dijalankan oleh pihak penilai;
ii. Menjelaskan konsep pentaksiran yang pelbagai;
iii. Membezakan bentuk – bentuk pentaksiran.
Konsep Pentaksiran
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Pentakiran dapat dirumuskan seperti carta di bawah;
JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
• HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;
i. Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran yang boleh dijalankan oleh pihak penilai;
ii. Menjelaskan konsep pentaksiran yang pelbagai;
iii. Membezakan bentuk – bentuk pentaksiran.
Konsep Pentaksiran
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Pentakiran dapat dirumuskan seperti carta di bawah;
Tujuan Pentaksiran
i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iii. Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap
iv. Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.
2.1 Jenis Pentaksiran
2.1.1 Pentaksiran autentik
Bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Mengikut Rudner & Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.
Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh seperti
yang disebut oleh HillS (1993);
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students).
Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni visual dengan rasional lain seperti yang berikut:
a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan kanak-kanak:
- Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep.
- Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis.
b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak
c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan kesinambungan subjek.
Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Antara ciri-cirinya ialah:
i. Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.
ii. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
iii. Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
iv. Subjek membina maksud yang tersirat.
v. Berpusatkan kanak-kanak.
Contoh-contoh pentaksiran autentik;
Persembahan tarian
Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya
Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni)
Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.
Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;
Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka.
Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.
Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.
Menangani teknologi dan berfikir sistematik.
Kesimpulan Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.
2 comments:
mohon share untuk bahan nota.
gunakan untuk manfaat perkembangan ilmu.
Post a Comment