Senarai Lukisan Termahal di Dunia

Paul Gauguin's 1892 oil painting “Nafea Faa Ipoipo" (When Will You Marry?)

Karya Paul Gauguin Nafea Faa Ipoipo telah dijual dari seorang pemilik persendirian  berasal Swiss hampir USD300 milion. Merupakan karya termahal dunia setakat ini. Demikian  menurut European dan American Art World, harga tersebut merupakan harga tertinggi dalam pembelian karya seni yang pernah terjadi.

Karya tahun 1892 aliran Post Impressionisme  yang bertajuk Nafea Faa Ipoipo, atau  When Will You Marry? telah dijual pada awal februari 2015 kepada Muzium Qatar. Karya tersebut sebelum ini merupakan milik Rudolf Staechlin, seorang pengumpul karya seni berasal dari Switzerland. Menurut Staechelin karya Gauguin dijual kerana tawaran harga yang tinggi. Beliau menjelaskan pembeli tersebut sebelum ini pernah berbelanja lebih 1bilion untuk beberapa karya pelukis ternama seperti Andy Warhol dan Damien Hirst. Muzium Qatar sebelum ini pernah mencipta rekod pada 2001 ketika pembelian karya Cezanne pada harga $259 juta.

Gauguin melukis Nafea Faa Ipoipo pada lawatan awalnya ke Tahiti dalam tahun 1892, mencari inspirasi di luar jauh dari kebiasaan gaya artistik Eropah.

Eugène Henri Paul Gauguin, seorang seniman Post-Impressionist asal Prancis dilahirkan di Paris pada Jun 1848. Terkenal dengan gaya yang unik menghasilkan karya. Beliau tidak mendapat pendidikan formal dalam seni. Banyak karya-karyanya tidak terjual semasa hidupnya. Ternyata karya-karyanya hanya dihargai setelah dia meninggal. Tidak lama setelah dia meninggal dunia, lukisan-lukisannya telah diborong oleh seorang pengumpul karya seni berasal dari Rusia bernama Sergei Shchukin dan membawanya ke pameran Pushkin Museum dan Hermitage. Beberapa karya terjual dengan harga mencapai $39.2 juta. Yang mengaut keuntungan setelah Gauguin meninggal adalah orang lain, bukan keluarganya. Jelas sekali peninggalan dan warisan Gauguin untuk anak-anaknya memang bukan berupa harta yang melimpah, tapi darah seninya.

Berikut adalah senarai harga termahal yang telah dibayar untuk sesebuah lukisan. Lukisan-lukisan yang sangat bernilai, biasanya tidak dijual di lelongan awam.

Lukisan paling terkenal di dunia, terutamanya yang dilukis sebelum tahun 1800, umumnya dimiliki oleh muzium, yang mana amat jarang menjualnya, dan oleh itu, harganya adalah tak ternilai. Guinness World Records telah menyenaraikan lukisan Mona Lisa sebagai sebuah lukisan yang memiliki nilai insurans tertinggi dalam sejarah. Ia telah dinilai pada AS$100 juta pada 14 Disember, 1962, sebelum lukisan dipamerkan ke seluruh Amerika Syarikat untuk beberapa bulan. Walaubagaimanapun, Louvre memutuskan untuk mempertingkat langkah-langkah keselamatan ke atas lukisan ini dan bukannya membayar premium insurans. Mengambil kira faktor inflasi, nilai pada tahun 1962 mungkin bernilai kira-kira AS$670 juta pada tahun 2006.
Terdapat banyak karya-karya besar dan terkenal tidak dicatatkan di sini bukan bermakna tidak bernilai tinggi tetapi tidak dijual oleh muzium yang menempatkan karya tersebut.
Mona Lisa merupakan sebuah karya agung lukisan Leonardo Da Vinci abad ke-15. Kini ia disimpan di Muzium Louvre, Paris, Perancis. Lukisan Mona Lisa popular kerana hasil seninya menampakan lukisan itu seperti bernyawa. Lukisan ini dilukis selama 4 tahun tetapi tidak pernah disiapkan selepas itu.
cezanne-card-players-private-collection
The Card Players (1892-93), Paul Cezanne – $259 juta.

Karya ini sebenarnya merupakan siri lima karya oleh Paul Cezanne seorang pelukis aliran post-impressionis dari Perancis.  Karya terbesar dalam siri ini telah dibeli oleh keluarga diraja Qatar pada 2011 dengan harga $259 juta.

Karya yang muncul terjual dgn harga yang mahal merupakan sebuah karya Jackson Pollock, seorang pelukis Amerika yang dikenal dengan gerakan ekspresionis abstrak. Ekspresionisme abstrak adalah gerakan seni pasca Perang Dunia II di Amerika Syarikat.
No. 5, 1948  Hasil karya Jackson Pollock 
Jackson Pollock
Lukisan “No.5, 1948″ ini berukuran 8′× 4′ dari papan serat, dengan goresan cat coklat dan kuning drizzled di atasnya, membentuk penampilan seperti sarang burung. Pada mulanya lukisan ini dimiliki oleh Samuel Newhouse Irving, Jr dan dipamerkan di Museum of Modern Art sebelum dijual kepada David Geffen, pemilik Geffen Records dan Dreamworks SKG.  David Geffen telah menjual lukisan tersebut pada David Martinez pada 2 November 2006. Penjualan yang diuruskan oleh Balai Lelang Sotheby ini meraih angka tertinggi dengan nilai 155.300.000 Dollar Amerika dan menjadikannya antara karya termahal di dunia.

Women III atau Wanita III adalah karya pelukis abstrak ekspresionis Willem de Kooning. Willem de Kooning juga termasuk dalam kategori Action Painter, sungguhpun ia tidak sepenuhnya meninggalkan figura. Dalam hal ini ia berbeza dengan pelukis Abstrak Ekspressionisme yang lain. Namun, ia juga menggunakan gerakan energetik seperti pelukis abstrak ekspresionis terkenal, Pollock dan Kline.  Sapuan berusnya yang kuat dan cepat serta warna yang cemerlang mengungkapkan rasa kebuasan (keganasan). Makna yang sesungguhnya dari objek wanita ini belum pernah dijelaskan sepenuhnya.
Karya Women III merupakan siri lukisan de Kooning dalam era 1950an yang bertemakan wanita.
Berukuran 1.7 m x 1.2 m dihasilkan pada 1953.
Lukisan Women III adalah salah satu dari enam seri lukisan de Kooning yang dibuat antara tahun 1951 dan 1953. Dari tahun 70-an sampai 1994, lukisan ini merupakan sebahagian dari koleksi Museum Seni Kontemporer Teheran. Revolusi pada tahun 1979 telah menyebabkan lukisan ini tidak dapat dipamerkan kerana peraturan ketat yang telah ditetapkan oleh kerajaan tentang hasil karya seni visual yang bersifat vulgar. Pada tahun 1994, lukisan ini secara senyap telah dijual oleh Thomas Ammann Fine Art pada David Geffen. Pada bulan November 2006, lukisan itu dijual oleh Geffen pada seorang jutawan bernama Steven A. Cohen. Harga lukisan tersebut ketika ini adalah 152.500.000 Dollar Amerika.

Potret Adele Bloch-Bauer I adalah lukisan karya Gustav Klimt yang dihasilkan pada 1907. Pada Jun 2006, lukisan ini dijual pertama kali dengan harga US $ 148.7 juta kepada Ronald Lauder untuk dipamer di Neue Galerie miliknya di New York City. Klimt memerlukankan waktu tiga tahun untuk menyelesaikan lukisan itu. Lukisan berukuran 138 x 138 cm ini menggunakan media cat minyak dan emas pada kanvas, yang menunjukkan ornamentasi yang sukar dan kompleks seperti yang terdapat pada gaya Jugendstil. Klimt adalah anggota Vienna Secession, kumpulan seniman yang memisahkan diri dari cara tradisional lukisan.
Gambar lukisan ini dilukis di Wina atas permintaan seorang usahawan bernama Ferdinand Bloch-Bauer.

Yang menjadi modelnya, tak lain adalah istri Ferdinand Bauer sendiri, Adele Bloch-Bauer. Adele menjadi satu-satunya model yang dilukis dua kali oleh Klimt pada tahun 1912. Diakhir hidupnya Adele Bloch-Bauer, meminta suaminya untuk menyumbangkan lukisan Klimt ke Galeri Negara Austria saat kematiannya pada tahun 1925. Ketika Nazi mengambil alih Austria, Ferdinand melarikan diri ke Swiss. Kekayaan miliknya, termasuk lukisan Klimt, disita oleh Nazi. Pada tahun 1945, pada sebuah wasiat, Ferdinand Bloch-Bauer menyebutkan anak saudaranya yang bernama Maria Altmann, sebagai pewaris kekayaannya yang menandai polemik kepemilikan yang sah atas lukisan tersebut. Maria Altmann (Februari 18, 1916 – Februari 7, 2011) merupakan seorang pelarian Yahudi ketika Nazi menduduki Austria.
Potret Adele Bloch-Baeur I karya Gustav Klimt pada 1907 berukuran 138cm x 138cm. Karya ini telah menempuh sejarah suka duka, kemegahan dan keegoan golongan berpengaruh yang turut memungkinkan karya ini bernilai tinggi. 
Lukisan berjudul “Portrait of Adele Bloch-Baeur” dilukis oleh Gustav Klimt. Dilukis tahun 1907 oleh pelukis dari Austria bernama Gustav Klimt. Lukisan ini sempat dirampas oleh kaum Nazi Jerman ketika Nazi menduduki Austria. Pada tahun 2006, seorang pengusaha kosmetik bernama Ronard S. Lauder, membeli lukisan ini seharga 148.7 juta dollar AS. Lukisan tersebut kemudian dipamerkan di galeri miliknya, Neue Galerie, di New York

Le Rêve (The Dream in French) karya Pablo Picasso 1932 media cat minyak atas kanvas berukuran 130 × 97 cm 
Steven Cohen, pemilik SAC Capital Advisors LP, telah membeli karya Pablo Picasso “Le Reve” dengan harga $155 juta dari seorang pemilik kasino bernama Steve Wynn merupakan harga tertinggi pernah ditawarkan oleh seorang pengumpul karya dari Amerika Syarikat.

Wynn pada awalnya bersetuju menjual karya ini kepada Cohen dengan harga $139 juta pada tahun 2006. Urusan jualbeli dibatalkan selepas Wynn secara tidak sengaja telah meletakkan siku pada kanvas yang menyebabkan terdapat kerosakan warna pada karya tersebut. Cohen memaklumkan masih berminat pada karya tersebut hanya selepas karya itu diperbaiki. Pablo Picasso, berumur 50 tahun ketika menghasilkan portrait Marie-Thérèse Walter 24 tahun dalam gaya menggairahkan.

Karya ini dijual pada kadar  $7,000 pada 1941 by Victor dan Sally Ganz di New York City. Selepas kematian Victor pada 1987 dan Sally pada 1997, koleksi karya mereka termasuk Le Reve telah dilelong di pusat lelongan Christie pada Nov 11, 1997. Le Rêve terjual pada harga $48.4 juta.  Karya ini terjual sekali lagi pada 1213 pada kadar 155 juta.

Potret Dr. Gachet adalah salah satu lukisan yang paling dihormati oleh pelukis Belanda, Vincent van Gogh dan telah mencatat rekod jualan sebanyak AS$82.5 juta (AS$75 juta, ditambah 10 peratus komisyen) pada tahun 1990.
Vincent van Gogh - Dr Paul Gachet - Google Art Project.jpg
Portrait of Dr. Gachet merupakan satu daripada karya yang sangat disukai oleh pelukis Belanda - Vincent van Gogh. Ia gambara kepada Dr. Paul Gachet, seorang doktor yang menjaganya dengan baik pada bulan terakhir hidupnya.  




Lukisan potret ini terdapat dalam dua versi asli, kedua-duanya telah dilukis pada bulan Jun 1890 semasa bulan terakhir Van Gogh sebelum kematiannya. Kedua-dua lukisan menunjukan Doctor Gachet duduk di meja dan menongkat kepala beliau pada tangan kanan. Kedua-dua lukisan boleh dibezakan dengan mudah.

Dance at Le Moulin de la Galette - 1876, oil on canvas

Pierre-Auguste Renoir



Ini adalah salah satu karya terbaik dunia yang menampilkan sebuah tarian di Galette Moulin de la Le. Pada abad ke-19 para pekerja Paris berpakaian dan menghabiskan waktu sambil menari, minum dan makan galettes di malam hari. Lukisan ini terjual seharga USD 135.100.000.

Dikatakan sebagai salah satu karya besar pelukis impresionis Pierre-Auguste Renoir, lukisan tahun 1876 menggambarkan suasana hari isnin di Moulin de la Galette, sebuah kawasan bersejarah dimana terdapat tempat minum dan tari menari di daerah Montmartre Paris. Pada mulanya karya ini dimiliki oleh John Hy Whitney yang juga pemilik Garcon a la Pipe sebuah karya Picasso. Pada bulan Mei 1990, karya tersebut telah dijual oleh isteri mendiang Whitney dalam satu lelongan di Sotheby New York dengan harga  $78.1 juta kepada Ryoei Saito, kolektor kontroversial yang juga memenangi pembelian Potrait of Dr Gachet karya  Vencent Van Gogh. Ketika Saito mengalami masalah kewangan, pihak bank telah menggunakan karya ini sebagai jaminan pinjaman dan mengaturnya supaya dijual kepada pembeli tidak dikenali berasal dari Swiss melalui satu lelongan di Sotheby.
youll-miss-me-the-scream-edvard-munch-copy
The Scream (1895), Edvard Munch – $119.9 juta
Edvard Munch (12 December 1863 – 23 January 1944)
Leon Black membawa karya pastel 1895 in ke pusat lelongan Sotheby New York pada 2012. Terdapat empat versi karya ini dengan tajuk Der Schrei der Natur, atau The Scream of Nature. Karya ini menggambarkan seseorang dalam keadaan menderita dan kesakitan dengan berlatarbelakangkan langit merah berapi-api. Tiga versi lain karya ini terdapat di Oslo, Norway. Salah satu karya dalam versi ini dipamer galleri Kebangsaan Oslo. Karya kedua karya dalam versi ini dipamer di muzeum seni Munch di bandar yang sama.



Picasso baru berusia 24 tahun ketika menghasilkan potret separuh badan dari seorang anak laki seorang ahli politik yang digambarkan sedang memegang paip dan memakai mahkota dari bunga. Karya ini, merupakan sebahagian dari koleksi seniman dijual kepada John Hay Whitney pada tahun 1950 dengan harga $30.000; kemudian pada bulan Mei 2004, lukisan ini terjual dengan harga $104.2 juta kepada kolektor tidak dikenali di balai pelelongan Sotheby New York.

Nude, Green Leaves and Bust - Picasso 1932


Pablo Picasso tak pernah membayangkan bahawa Plateau de Sculpter (Nude, Green Leaves and Bust), akan berakhir menjadi sebuah karya seni yang paling mahal dalam pelelongan. Pada bulan Mei 2010, juru lelong Christie, Chistopher Burge memberikan tawaran yang lebih tinggi dengan harga $106.4 juta. Karya Picasso inilah yang mungkin yang paling mahal ketika ini dalam acara pelelongan.

No comments: