PAPAN CERITA (Storyboard)


DEFINISI

Pelajar-pelajar mesti boleh:
1. Jelaskan maksud papan cerita.
2. Kepentingan dan tujuan papan cerita di bangunkan.
3. Langkah-langkah untuk membangunkan papan cerita.
4. Jenis-jenis papan cerita.

Satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. (Rozinah, 2005)

Susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang di persembahkan bagi tujuan pra-tanyangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif.

Merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur. (B.C Goh, 2009 )

Sesuatu cerita yang dicipta perlu bermula dengan idea. Idea adalah cetusan ingatan seseorang yang boleh mengembangkannya menjadi apa yang perlu dihasilkan. Contohnya, seseorang ternampak batu lalu timbul idea untuk mengukir batu itu menjadi Action Figura.  Dalam konteks penceritaan, perkara sama berlaku. Seseorang penulis skrip dan Storyboard Artist perlu melakukan beberapa perkara untuk mendapatkan idea. Ada yang mengelamun, ada yang berjalan-jalan dan ada yang menconteng.

MAKSUD PAPAN CERITA
Papan cerita disediakan pada peringkat awal proses reka bentuk. Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi multimedia. Dalam melakarkan papan cerita kita perlu mengaplikasi konsep reka letak.  Papan cerita adalah lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan perisian multimedia.

TUJUAN PAPAN CERITA DIBANGUNKAN  Gambaran kasar perisian dan panduan utama kpd pengarangan perisian.  Gambaran bagaimana setiap skrin dikaitkan dgn skrin seterusnya.  Gambaran bagaimana setiap objek berfungsi dalam skrin

KEPENTINGAN PAPAN CERITA  Membantu kita merancang animasi dari 1 gambar ke 1 gambar lain  Membantu untuk meletakkan unsur-unsur mendebarkan dan menarik  Membolehkan kita membuat sebarang perubahan aksi sebelum memulakan proses animasi  Mempersembahkan ‘storyboard’ kepada orang lain untuk mendapatkan maklum balas tentang idea tersebut

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBANGUNKAN PAPAN CERITA 1. Susun semua maklumat dan elemen media. 2. Mengkaji rasional memilih media tersebut. 3. Membuat carta alir (flowchart) atau garis panduan skrin secara umum. 4. Penulisan teks utk papan cerita di peringkat awal. 5. Menyemak kesesuaian kandungan dengan konteks yg ingin disampaikan. 6. Membina hubungan maklumat daripada 1 papan cerita kepada yang lain. 7. Mengkaji semula carta alir dan papan cerita yg dihasilkan.

 JENIS-JENIS PAPAN CERITA
1. Papan Cerita Produksi (Production Storyboard)
2. Papan Cerita Lembaran Konsep atau Lukisan (Conceptual Sheet Or Painting Storyboard)
3. Papan Cerita TV (TV Storyboard)
4. Papan Cerita Animatik (Animatic Storyboard)
5. Papan Cerita Digital (Digital Storyboard)


Setiap papan cerita perlulah mengandungi maklumat seperti berikut :

Suatu lakaran atau lukisan di atas Skrin, halaman atau bingkai.
Warna, penempatan, dan saiz grafik.
Teks sebenar di atas skrin, halaman dan bingkai.
Narasi ( Narration )
Animasi
Video
Bunyi
Terdapat pelbagai jenis papan cerita yang boleh digunakan iaitu

Papan cerita Produksi
Papan cerita Lembaran Konsep atau Lukisan
Papan Cerita TV
Papan cerita Animatik
Papan cerita digital
Rujukan

Rozinah.J. (2005) Multimedia dalam Pendidikan. Kuala Lumpur.

Utusan Publication Goh, B.C (2009) Pengurusan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, Selangor Penerbitan Multimedia.

No comments: