Institut Pendidikan Guru
Tajuk dalam Pengertian Rekabentuk dalam PSV ini, secara ringkas adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang pengertian Rekabentuk dalam PSV dan secara berterusan akan dapat diaplikasikan di peringkat sekolah dan dalam kehidupan seharian.Pengertian rekabentuk mempunyai kaitan yang rapat penciptaan inovasi dan kreativiti. Tajuk ini juga meliputi konsep Kraf Tradisional dan Kraf Dimensi Baru serta fungsi dan bahan kraf tersebut. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menghuraikan konsep Kraf Tradisional dan Kraf Dimensi Baru serta fungsi/kegunaan kraf tersebut dengan merujuk kepada buku-buku dan juga tokoh seni. Anda juga seharusnya boleh menganalisis kepentingan kraf dalam konteks kehidupan harian di samping dapat menghuraikan fungsi kraf dahulu dan sekarang. Untuk membolehkan anda mencapai hasil pembelajaran, tajuk ini dibahagikan kepada subtopik seperti berikut:
• Konsep Rekabentuk
• Rekabentuk dan Industri
• Rekabentuk Dalam Konteks Kehidupan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;
1. Menerangkan konsep rekabentuk dalam konteks kehidupan harian.
2. Menganalisis kepentingan rekabentuk dalam konteks kehidupan seharian.
3. Memahami bahawa inovasi dan kreativiti memainkan peranan penting dalam
penciptaan rekabentuk.
KANDUNGAN
Pengertian Rekabentuk
Reka bentuk ialah suatu cabaran mendapatkan idea baru dan menyatukan benda dalam cara baru. Antara contohnya ialah corak baru, barangan pengguna, pembungkusan dan pakaian. Pada tahap yang lain, rekabentuk boleh jadi suatu perbuatan iaitu suatu kegiatan seni contohnya seorang artis yang sedang menggambarkan iklan baru, seorang arkitek merekabentuk bangunan baru dan seorang pereka sedang membuat atau menghasilkan bentuk tembikar.
Konsep Rekabentuk
Konsep rekabentuk amat penting dalam bidang seni, ini adalah idea utama dalam penghasilan sesuatu produk . Daripada konsep ini ia akan mencetuskan pembinaan idea yang pelbagai berdasarkan unsur-unsur nilai etika yang termaktub dalam prinsip rekaan dan elemen rekaan.
Rekabentuk dan
Industri
Rekabentuk Industri adalah bidang berkaitan dengan rekacipta dan membangunkan konsep serta spesifikasi yang memenuhi fungsi, nilai, bentuk luaran sesuatu produk untuk kebaikan pengguna dan pengeluar. Bidang ini adalah seni gunaan yang menggabungkan penggunaan dan seni menghasilkan produk yang baik sesuai untuk pengguna. Dengan kata lain, bidang ini bukan berkaitan dengan rekaan gear, litar atau bagaimana produk berfungsi tetapi lebih kepada bentuk sesuatu produk bagi memudahkan pengguna.
Perekabentuk industri adalah profesion yang berada di antara jurutera dan seniman. Mereka bukan jurutera ataupun seniman tetapi seseorang yang dapat mengimbangkan penggunaan seni dan fungsi menghasilkan sesuatu produk atau barang yang sesuai untuk digunakan. Bagi perekabentuk, mereka perlu menghasilkan produk yang cantik, ergonomik dan sesuai digunakan. Perekabentuk industri boleh menjadi pencipta produk baru yang memenuhi keperluan manusia
Rekabentuk Dalam Konteks Kehidupan
Baca petikan dibawah ini untuk memberi satu gambaran tentang kepentingan rekabentuk dalam konteks kehidupan.
Di antara aktiviti rekabentuk dalam konteks kehidupan adalah:
i. Merekabentuk semula atau mengubahsuai sesuatu
ii. Menghias van
iii. Merekabentuk kenderaan
iv. Merekabentuk dan membina rumah mainan
v. Merekabentuk dan membina bangunan
vi. Merekabentuk grafik
No comments:
Post a Comment