Ilustrasi
Ilustrasi merupakan satu paparan visual yang dipersembahkan samada dalam bentuk lukisan, gambar foto atau karya seni lain untuk menjelaskan maklumat (seperti sebuah cerita, sajak atau rencana akhbar) melalui satu persembahan visual dalam bentuk grafik. Tujuan ilustrasi adalah untuk menerangkan atau menghiasi suatu cerita, tulisan, puisi, atau informasi tertulis lainnya. Diharapkan dengan bantuan visual, tulisan tersebut lebih mudah dicerna. Ilustrasi dapat memperjelas teks atau ungkapan terutama bagi kanak-kanak yang belum mampu membaca.
Threshing of grain. c. 1422-1411 BCE
Ilustrasi merupakan bentuk visual dari teks atau ungkapan. Dengan menggambarkan suatu adegan dalam sebuah cerita, ianya dapat menerangkan secara umum karakter atau keseluruhan isi cerita. Selain itu, ilustrasi berfungsi untuk menarik pembaca agar tertarik untuk membaca cerita. Sebuah ilustrasi yang dipaparkan dalam sebuah majalah berfungsi sebagai pendukung estetik dari sebuah cerita. Selain fungsi tersebut, ilustrasi juga dapat mewakili perwatakan cerita yang ditampilkan, ada korelasi antara visual dan latar belakang cerita.
Menurut Baldinger (1986:120), ilustrasi adalah seni membuat gambar yang berfungsi untuk memperjelas dan menerangkan naskah. Sedangkan menurut Jan D. White (1982:110) ilustrasi adalah sebuah tanda yang tampak di atas kertas, yang mampu mengkomunikasikan permasalahan tanpa menggunakan kata. Ia dapat menggambarkan suasana, seseorang, dan bahkan objek tertentu agar dapat menarik penggambaran suasana yang dapat membawa pembacanya ke alam cerita. Kemahiran ini tentunya memerlukan ketajaman minda dari seorang ilustrator.
Selain itu, seorang ilustrator harus menguasai anatomi tubuh manusia, binatang, dan bentuk-bentuk benda lainnya secara benar, dan dapat mengatur komposisi yang baik, memiliki gaya atau ciri yang khas agar ilustrasinya menarik, dan menguasai teknik menggambar. Oleh yang demikian, seorang ilustrator harus pandai menggambar, menguasai berbagai macam bentuk benda, anatomi manusia dan binatang, dan mahir dalam menggunakan alat-alat gambarnya, serta menguasai berbagai cara menggambar.
Fungsi khusus ilustrasi antara lain:
- Memberikan bayangan setiap karakter di dalam cerita
- Memberikan bayangan bentuk alat-alat yang digunakan di dalam tulisan ilmiah
- Memberikan bayangan langkah kerja
- Mengkomunikasikan cerita.
- Menghubungkan tulisan dengan kreativiti dan individualitas manusia.
- Memberikan humor-humor tertentu untuk mengurangi rasa bosan.
- Dapat menerangkan konsep
Ilustrasi berfungsi untuk
- Menarik perhatian.
- Merangsang mint pembaca terhadap keseluruhan pesan.
- Memberikan eksplanasi atas pernyataan.
- Menonjolkan keistimewaan daripada produk
- Memenangkan persaingan
- Menciptakan suasana khas
- Dramatisasi pesan.
- Menonjolkan suatu merk atau semboyan dan mendukung judul iklan.
Ciri-ciri ilustrasi yang baik antaranya
- Keaslian dan rekaan yang kreatif
- Kemantapan dan kehalusan gaya melukis
- Kesesuaian antara ilustrasi dengan teks
- Boleh mempengaruhi dan menambat hati dan perasaan pelanggan
- Menggunakan alat dan bahan dengan betul
- Disesuaikan dengan tema dan tajuk
- Pengolahan prinsip rekaan yang berkesan.
- Rupa bentuk ilustrasi ringkas dan mudah diingati, warnanya berkesan.
- Ciptaan mempunyai pengertian dan mesej yang jelas
Bentuk ilustrasi awal telah digunakan di dalam kerajaan purba Mesir dalam bentuk gulungan daun papyrus dan kertas kulit. Ciri khas ilustrasi tersebut berupa
dekorasi naskah dengan pewarnaan, dan gambar dengan hiasan tepi bersalut emas. Konsep
ilustrasi juga awal juga dapat ditinjau kembali ke zaman silam melalui lukisan dinding prasejarah dan konsep
tulisan hieroglyph.
Ilustrasi awal tamadun Mesir menggunakan warna dan kertas yang diperbuat dari papyrus
Perubahan pesat berlaku terhadap ilustrasi selepas Perang Dunia Pertama disebabkan kepesatan suratkhabar, majalah, dan buku
berilustrasi yang memungkinkan adanya eksperimen teknik oleh pengkarya. Banyak ilustrator yang menjadi kaya dan terkenal. Tema yang mendominasi adalah hasil aspirasi usahawan Amerika ketika itu.
Di Eropah, seniman pada masa keemasan
dipengaruhi oleh kelompok Pre-Raphaelite
dan gerakan-gerakan yang berorientasi kepada desain seperti Arts and Crafts
Movement, Art Nouveau,
dan Les Nabis. Contohnya Walter Crane, Edmund Dulac, Aubrey Beardsley, Arthur Rackham dan Kay Nielsen.
Pada
kurun ke 16, sekolah-sekolah seni di Jerman menunjukkan komitmen yang tinggi
dalam penghasilan ilustrasi. Albert
Durer, Hans Burgkmair, Altorfer dan Hans Holbein adalah tokoh ilustrasi ukiran. Pada
kurun ke 17, dengan diketuai oleh Rembrandt, ilustrasi terus berkembang
meliputi pelbagai aspek dan subjek.
ILUSTRASI FESYEN
Young Hare Albrecht Dürer,1502
Lion resting - Rembrandt 1652
Ilustrasi Maklumat - Carta, rajah, graf
Biasanya ilustrasi maklumat digunakan untuk menerang prestasi sesebuah
organisasi korporat. Gambaran untung rugi akan lebih jelas dan mudah dilihat
untuk membuat perbandingan melalui persembahan rajah-rajah yang berkesan.
Ilustrasi jenis lain seperti peta jalan, topografi, rajah, dan gambar
yang menerangkan sesuatu situasi serta keadan atau faktor-faktor yang memberi
maklumat juga boleh digolongkan dalam kumpulan ini.
Digunakan untuk menerangkan kedudukan perniagaan sesebuah organisasi korporat
Berfungsi sebagai sumber maklumat yang dipaparkan dalam bentuk tajah, jadual,
carta, peta dan pelan
Dipetik dari Malaysia Property News
ILUSTRASI FESYEN
Salah satu daripada keperluan
asas manusia ialah pakaian selain daripada makanan dan tempat tinggal. Tujuan
manusia berpakaian adalah untuk menutup tubuh badan yang berfungsi sebagai
pelindung dari cuaca, penyakit, haiwan dan lain-lain.
Rekabentuk dan stail
pakaian berubah dari satu abad ke satu abad yang lain mengikut adat dan budaya
sesetengah masyarakat. Pakaian juga digunakan bagi menunjukkan personaliti
seseorang kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.
Pengetahuan tentang evolusi
berpakaian adalah penting untuk kita mengetahui asal-usul pakaian yang dipakai
sekarang. Terdapat tiga aspek mengapa manusia perlu berpakaian, iaitu
aspek fisiologi, aspek psikologi dan aspek sosiologi.
Ilustrasi
fesyen popular sejak 1920an untuk menggambarkan pakaian semasa. illustrasi
jenis ini ketika itu tiak mementingkan figuratif dan lebih bertumpu kepada
kehalusan dan ketelitian rekaan fesyen. Ilustrasi fesyen moden lebih bergaya.
Ketelitian diberi kepada posisi tubuh figura untuk memberi kesan visual yang
unggul pada rekaan pakaian.
Ilustrasi
fesyen juga mengaplikasikan pelbagai alat, bahan, media, dan teknik selain
daripada pensel, pen, dakwat yang digunakan pada peringkat awal. terdapat juga
ilustrasi bagi fesyen rambut, kasut, dan sebagainya.
Ilustrasi fesyen adalah seni yang unik. Pembuatanya
memerlukan keseimbangan antara gambar dan rincian pakaian yang utuh. Inilah
sebabnya mengapa ilustrasi fesyen termasuk keterampilan yang cukup sulit untuk
dikuasai.
Salah
satu bidang kerjaya yang memenlukan kreativiti seseorang individu itu ialah
bidang seni reka fesyen. Dunia bidang fesyen sentiasa berubah mengikut
perkembangan masa. Pada hari ini kita boleh lihat pelbagai jenis fesyen direka
bentuk dan dicipta.
Bidang ini sebenarnya bukanlah bidang yang
menjadi ajaran monopoli kaum wanita, sebaliknya boleh diceburi oleh kaum lelaki
juga. Ramai juga pereka fesyen lelaki yang terkenal dan berjaya, dalam dunia
rekaan fesyen masa kini sama ada di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.
Kemahiran dalam mencipta fesyen yang disesuaikan
dengan pemilihan jenis kain serta padanan warna yang betul sudah tentu akan
nampak menarik jika dipakai oleh pemakainya.
Misalnya, kebaya labuh yang menggunakan
fabrik sutera dengan motif beranika,
dipadankan
dengan selendang bersesuaian warna, sudah tentu penampilan pemakainya begitu
anggun sekali. Dalam hal ini, seorang pereka perlu mempunyai kemahiran dan
keupayaan memilih warna dalam membuat rekaan fesyen agar sesuai untuk dipakai mengikut
masa dan persekitaran. Jika tersalah pilih akan
menampakkan kejanggalan kepada si pemakai.
Pereka fesyen perlu mengetahui tentang
keseluruhan jenis pakaian, jenis kain dan fesyen sama ada untuk lelaki, wanita atau
kanak-kanak yang mempunyai pelbagai citarasa dan minat. Pereka faesyen yang
baik sudah tentu dapat memenuhi mengikuti kriteria seperti di atas.
Sebenarnya, tugas seorang pereka fesyen ialah
untuk menghasilkan idea dan lakaran menarik sesuatu fesyen yang diciptanya.
Selain itu, untuk mencetuskan idea dan kreativiti yang menarik, sudah tentu tugas
mereka memerlukan masa yang panjang dalam menghasilkan sesuatu fesyen itu.
No comments:
Post a Comment