Oleh:
Gede Agus Palguna
Etika pada pandangan Islam |
1. Pendahuluan
Pemikiran adalah asas dalam membentuk etika kehidupan yang harmonis, sejahtera dan sejagat. Melalui asas ini, beberapa teori etika telah dibina untuk memerihalkan pendekatan etika yang dapat diimplentasikan dalam kehidupan manusia. Oleh itu, terdapat dua kaedah yang digunakan oleh tokoh-tokoh etika yaitu kaedah deontologikal dan teleologikal dalam membincangkan tingkah laku manusia yang dikategorikan baik atau buruk, patut atau tidak dan benar atau salah.
2. Teori Etika Deontologi
Teori ini menggunakan pendekatan berorientasikan tindakan. Mengikut pendekatan ini, pengukuran dan penilaian sesuatu tingkah laku bergantung kepada tindakan seseorang individu dan bukan akibat daripada tindakan tersebut. Ini menunjukkan bahawa penilaian tentang betul atau salah tindakan seseorang dilihat daripada pengukuran. Situasi ini tidak relevan karena dalam aspek yang lain peraturan yang dipegang oleh golongan tersebut kemungkinan tidak dapat diterima dalam konteks yang sejagat.. Teori deontologi diuraikan seperti berikut:
a. Teori deontologi peraturan (rule deontologry) yang mengatakan bahwa kepiawaian tentang betul atau salah sesuatu tindakan itu adalah terdiri dari satu atau lebih peraturan. Peraturan itu merupakan asas dan bukan pertimbangan moral seseorang itu dalam sesuatu tindakan.
b. Teori deontologi tindakan (act deontology) menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan moral adalah bersifat spesifik dan menitikberatkan apa yang telah berlaku atau tindakan dalam situasi tertentu.
Teori-Teori Etika Deontologikal
Perbincangan teori etika deontogikal melihat kepada teori prinsip kewajiban (duty) dan teori kepribadian mulia (virtues).
a) Prinsip Kewajiban
Salah satu prinsip kemoralan dalam teori deontologi peraturan (rule deontology) yang dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724 - 1804) ialah prinsip kewajiban atau tugas (duty). Prinsip ini menegaskan bahwa tugas dilakukan semata-mata karena tugas itu. Kant menjelaskan hal ini sebagai.
1) Konsep tekad baik (Goodwill)
Konsep tekad baik atau goodwill bermaksud sesuatu yang baik tanpa syarat dalam melakukan sesuatu tindakan. Kant menyatakan perkara-perkara yang baik ialah membuat sesuatu bakat minda seperti kebijaksanaan dan kecerdasan pemikiran, keberanian dan kesederhanaan pemikiran.
2) Prinsip perintah mutlak (Categorical Imperative Principle)
Prinsip ini merupakan prinsip moral yang bermaksud peraturan atau undang-undang moral telah dibentuk harus dipatuhi oleh semua orang tanpa pengecualian. Prinsip-prinsip yang tidak mampu melayani semua, maka perlu ditolak atau menjadi peraturan moral. Kemoralan bermula apabila individu menolak prinsip-prinsip yang tidak boleh dijadikan peraturan universal.
3) Prinsip bermatlamatkan kemanusian
Tekad baik juga mementingkan prinsip kemanusiaan yang menjadi matlamat, bukan alat perlakuan individu.
4) Tekad individu yang rasional
Seterusnya formula tekad baik ialah tekad yang menggubal undang-undang moral sejagat dengan tekad individu yang rasional.
b) Teori Kepribadian Mulia (Virtue Ethics)
Teori kepribadian Mulia atau virtue menitikberatkan perwatakan manusia dari segi falsafah moral. Etika keperibadian mulia mengambil berat tentang budi pekerti manusia yang berasaskan kepada keunggulan. Kemahiran dalam etika diharapkan dapat membantu manusia untuk membuat pembentukan moral yang bijak dalam kehidupan. Eika kepribadian mulia dinyatakan sebagai etika virtues dalam penulisan Aristotle (384-322 S.M). Perkataan virtue berasal daripada perkataan Latin iaitu virtus atau Greek dengan perkataan arete, yang bermaksud kekuatan yang merujuk kepada kelakian. Bagi Aristotle, virtues&apos atau kepribadian mulia adalah sekumpulan konsep seperti keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan bermoral masa kini.
No comments:
Post a Comment