Kesenian Tamadun Barat/Eropah

Tugasan Jecka & Laura: PSVK3013 Pengenalan Seni Visual

Latar Belakang

Eropah pada zaman pertengahan awal atau dikenali juga sebagai zaman gelap (500-1000M) merupakan satu era yang tidak menampakkan perkembangan tamadun kerana masa itu Eropah mengalami zaman kucar kacir dan pencerobohan, hidup tanpa pelajaran, sistem kerajaan yang tidak teratur, kebuntuan ekonomi dan tiada sistem perbandaran. 
Kesusasteraan Latin juga tidak mengalami apa-apa perkembangan. Tiada pembacaan atau penghasilan karya-karya baru. Pada zaman Pertengahan Lanjutan (1000-1500M) masyarakat Eropah mula bangkit dari zaman kegelapan. Mereka mula menyedari kepincangan mereka dari pelbagai aspek. Pada zaman ini mula berlaku pembaharuan dalam bidang kesenian. Wujud satu seni baru iaitu ‘Gothic’ dan ‘Romanesque’. Gereja dan istana dibina berdasarkan bentuk ini. Corak Gothic ini banyak terdapat di England, Jerman dan Itali dan sedikit di Rom.
Perkembangan kesenian di Eropah menampakkan kemajuannya pada zaman Renaisans/Rennaisanse (Rennaisanse merupakan zaman yang berlaku antara zaman pertengahan dengan zaman moden. Renaisans adalah suatu gerakan intelektual yang berkembang di selatan Eropah iaitu di Itali dari abad ke-14 hingga abad ke-16. Ia juga dianggap sebagai ‘kelahiran semula’ yang bermaksud bahawa masyarakat Eropah ingin kembali ke zaman kegemilangan Greek dan Rom. 
Renaisans kemudian berkembang ke utara Eropah iaitu ke negeri-negeri England, Belanda, Jerman dan Perancis. Pada zaman inilah timbul minat dan kecenderungan baru untuk memulihkan semula bidang kesenian dan ilmu pengetahuan tamadun purba Yunani dan Rom. Pada zaman ini orang Eropah mula menghasilkan kesenian dan kesusasteraan baru.

Kesenian Pelbagai Budaya (Barat)

Kesenian berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud ’kemahiran, cara atau kaedah’ (skill, way or method).  Namun secara lahiriah, manusia dikatakan mempunyai kebolehan tersendiri dalam menghasilkan segala bentuk hasil tangan mereka.
Budaya Barat (kadang-kadang disamakan dengan peradaban Barat atau peradaban Eropah, mengacu pada budaya yang berasal dari Eropah. Istilah "budaya Barat" digunakan sangat luas untuk merujuk pada warisan norma-norma sosial, nilai-nilai etika, adat istiadat, keyakinan agama, sistem politik, artifak budaya khusus, serta teknologi. 
Secara spesifik, istilah budaya Barat dapat ditujukan terhadap pengaruh budaya Klasik dan Renaisans Yunani-Romawi dalam hal seni, filsafat, sastra, dan tema hukum dan tradisi, dampak sosial budaya dari periode migrasi dan warisan budaya Keltik, Jermanik, Romanik, Slavik, dan kelompok etnis lainnya, serta dalam hal tradisi rasionalisme dalam berbagai bidang kehidupan yang dikembangkan oleh filosofi Helenistik, skolastisisme, humanisme, revolusi ilmiah dan pencerahan, dan termasuk pula pemikiran politik, argumen rasional umum yang mendukung kebebasan berpikir, hak asasi manusia, kesetaraan dan nilai-nilai demokrasi yang menentang irasionalitas dan teokrasi.
Pengaruh budaya Alkitab-Kristiani dalam hal pemikiran rohani, adat dan dalam tradisi etika atau moral, selama masa Pasca Klasik. Pengaruh budaya Eropa Barat dalam hal seni, musik, cerita rakyat, etika dan tradisi lisan, dengan tema-tema yang dikembangkan lebih lanjut selama masa Romantisisme. 
Konsep budaya Barat umumnya terkait dengan definisi klasik dari Dunia Barat. Dalam definisi ini, kebudayaan Barat adalah himpunan sastra, sains, politik, serta prinsip-prinsip artistik dan filosofi yang membedakannya dari peradaban lain. Sebagian besar rangkaian tradisi dan pengetahuan tersebut umumnya telah dikumpulkan dalam kanon Barat. Istilah ini juga telah dihubungkan dengan negara-negara yang sejarahnya amat dipengaruhi oleh imigrasi atau kolonisasi orang-orang Eropa, misalnya seperti negara-negara di benua Amerika dan Australasia, dan tidak terbatas hanya oleh imigran dari Eropa Barat. Eropa Tengah juga dianggap sebagai penyumbang unsur-unsur asli dari kebudayaan Barat. 
Beberapa kecenderungan yang dianggap mendefinisikan masyarakat Barat moderen, antara lain dengan adanya pluralisme politik, berbagai subkultur atau budaya tandingan penting (seperti gerakan-gerakan Zaman Baru), serta peningkatan sinkretisme budaya sebagai akibat dari globalisasi dan migrasi manusia.

Pelbagai Bidang

Seni Bina, Seni Ukir dan Seni Lukis

Pada kurun ke-13 Perancis telah menampakkan perkembangan dalam bidang seni bina apabila bangunan-bangunan yang besar-besar yang dibina pada kurun ke-11 telah digantikan dengan pembinaan dewan yang indah dan hebat. Begitu juga dengan penghasilan lukisan kaca dan ukiran serambi yang rumit. Gereja yang besar-besar juga dibina seperti di Charters, Bourges, Rheims dan Amiens. Penghasilan karya oleh golongan humanis pada zaman Renaisans telah berjaya memulihkan semula kesenian Yunani dan Rom. Seni bina pada zaman pertengahan lebih mementingkan ciri-ciri agama dan kerohanian. 
Pelukis-pelukis pada awal kurun ke-15 mula melukis dan mengukir mengikut pemikiran mereka secara bebas. Hasil-hasil lukisan mereka adalah berbentuk benda-benda hidup. Tumpuan mereka adalah kepada bentuk badan manusia. Pada zaman Renaisans, bandar Florence menjadi pusat seni bina yang pertama. Pakar seni bina yang pertama di Florence ialah Fillipo Brunelleschi. Beliau berjaya membina bangunan yang mempunyai ciri-ciri zaman Renaisans yang pertama di Rom.
Filippo Brunelleschi (1377-1446)

Brunelleschi dianggap sebagai pengasas pembinaan bangunan zaman Renaisans. Bangunan tersebut dikenali sebagai ‘Innocent Hospital’. Pengukir-pengukir Florence yang mengikut jejak langkah beliau ialah Lorenzo Ghiberti dan Donatello. Pada kurun ke-16 Rom telah muncul sebagai pusat kesenian dan pembinaan. 

Seni Lukis


Dalam bidang seni lukis, muncul pelukis-pelukis terkenal seperti Leonardo da Vinci (1452-1519) dengan lukisannya yang sangat terkenal iaitu Mona Lisa. Beliau juga menghasilkan lukisan lain yang juga terkenal seperti The Madona And The Child, St.John dan Madona and The St.Anne. Di samping melukis potret, beliau juga banyak menghasilkan lukisan pemandangan atau keindahan alam. Beliau telah memperkenalkan tulisan cermin yang masyhur yang mengandungi huruf-huruf songsang. 
Selain itu terdapat Raphael (1483-1520) dan Michaelangelo (1475-1564). Michaelangelo lebih menumpukan kepada pengkajian keindahan tubuh badan manusia. Ukiran-ukiran beliau bersaiz besar. Antara penghasilan beliau yang terkenal ialah ukiran patung David. Beliau juga telah mengukir patung Nabi Musa, Night, Dawn dan Day. Patung-patung ini menjadi tugu peringatan Medici. Beliau juga telah menghiasi Gereja Sistine dengan lukisan dinding seperti pemandangan yang terdapat dalam kitab Injil. 
Beliau telah menyiapkan lukisan pada gereja besar St. Peter di Rom ketika berumur 71 tahun. Para pelukis dan pengukir ini telah menyebabkan munculnya era baru dalam bidang lukisan  dan seni bina dalam sejarah Eropah. 

Kesusasteraan
Zaman Renaisans telah memunculkan ramai penulis yang menghasilkan tulisan yang bermutu. Petrach telah menghasilkan banyak jenis karya. Karyanya yang paling masyhur ialah Swan Book yang merupakan syair percintaan. Beliau banyak menghasilkan karya dalam bahasa Latin dan Itali. Beliau juga mengkaji karya dan tulisan-tulisan Yunani dan Rom dan menterjemahkannya. Beliau telah berjaya mengembalikan kegemilangan karya-karya Yunani dan Rom. 
Boccaccio pula menghasilkan Decameron yang merupakan karya yang pertama ditulis dalam bahasa Itali yang kemudian telah diterjemahkan ke bahasa lain. Penyair Itali yang paling terkenal ialah Dante Aligheri dengan karya yang berjodol The Divine Comedy. Melalui karya ini beliau mempersendakan syurga dan neraka. Nicollo Michiavelli menghasilkan The Prince. Ia merupakan karya mengenai perhubungan pemimpin dan rakyat. 
Seorang tokoh humanis dari Belanda bernama Desiderius Erasmus melalui karyanya berjodol Praise of Folly telah mengkritik pihak gereja yang mengamalkan rasuah.
England juga telah menghasilkan beberapa orang pengarang dan penyajak terkenal seperti Geoffery Chaucer, Thomas More dan William Shakespeare. Chaucer telah menghasilkan Canterbury Tales yang cuba menyingkap perangai dan tabiat masyarakat England. Thomas More dalam karyanya yang berjodol Utopia telah mengkritik kuasa mutlak raja. Shakespeare pula bukan sahaja berbakat dalam penulisan drama bahkan juga merupakan seorang penyair. Banyak karyanya diterjemahkan ke bahasa lain.
Perancis tidak ketinggalan dalam penghasilan sastera yang ditulis dengan menggunakan bahasa sendiri. Lagu separuh epik menyentuh tentang jasa Raja Arthur, Charlemange dan hero-hero lain zaman silam. Penciptaan puisi lirik yang indah yang bertemakan cinta keperwiraan, kemuliaan hubungan manusia sesama manusia, kemudian dilagukan dari istana ke istana. Karya seperti ini kemudian merebak ke Sepanyol dan Jerman.
Di Jerman, puisi lirik mereka lebih kepada pemujaan kepada hero mereka seperti Tristan, Parsival, dan watak dari sastera rakyat Jerman iaitu Siegfried. Terdapat juga sajak lucah dan berunsur satire yang cuba menyindir pegawai gereja dan gereja. Terdapat juga puisi lirik berunsur cinta. 

Muzik dan Drama


Bidang muzik turut mengalami perkembangan pada zaman Renaisans. Istana Burgundy memainkan peranan penting dalam sejarah muzik. Pada akhir kurun ke-15, pencipta-pencipta muzik Flemish memainkan peranan yang penting. Penggubah-penggubah muzik zaman Renaisans telah menggabungkan semua irama muzik. Ini menyebabkan bidang muzik menjadi bertambah rumit. 
Pemain-pemain muzik mula menggunakan biola dan piano. Pementasan drama menjadi penting semasa zaman Renaisans. Pihak-pihak yang berkuasa dan mempunyai sumber kewangan telah mementaskan drama. Temanya mengenai kisah kehidupan seharian. Kemajuan dalam bidang drama telah mendorong kewujudan panggung wayang. Panggung pertama yang dibina di England ialah panggung Globe.




Bibliografi
MuBaroque. ( 2009 , Mac 31). Tamadun Dunia STPM. Didapatkan dari Tamadun Dunia STPM: http://tamadundunia-stpm.blogspot.com/2009/03/kesenian-tamadun-barateropah.html

Badrul Azmi Abdul Holed. Mohd Effendi Muhammad Suandi, Muhamad Farizuan Rosli & Norshah Afizi Shuaib. (2014). Sejarah Dan Apresiasi Seni Lukis Dan Seni Reka. Perlis: Penerbit Universiti Malaysia Perlis.


Chua Yan Piaw. (2011). Pendidikan Seni Visual SPM. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn Bhd.

No comments: