Enam Aspek Kreativiti Kanak-kanak Menurut Robert Schirmacher

Robert Schirrmacher (1997) menyatakan kreativiti boleh didefinisikan kepada enam aspek yang merangkumi:
1.Kreativiti sebagai sikap
kreatif adalah suatu cara yang unik untuk melihat persekitaran tanpa jawapan betul atau salah, yang ada hanya kemungkinan-kemungkinan terhadap sesuatu situasi. Kanak-kanak menunjukkan sikap kreatif apabila mereka mencuba sesuatu yang baru dan cara lain melakukan sesuatu. Menolak sempadan dan meneroka kemungkinan, memanipulasi idea dan bahan mengikut kehendak mereka, Memisahkan dan mencantumkan idea menerusi cara yang berbeza. Terlibat secara fizikal, menyelesaikan masalah mereka dan bertanya soalan atau melakukan sesuatu yang menuntut cabaran
2. kreativiti sebagai proses melakukan sesuatu.
Pendekatan proses diperlukan untuk melibatkan proses kreatif walaupun akhirnya tidak akan mendapatkan hasil yang dikehendaki. Proses kreatif melibatkan pemikiran, percakapan, bermain, mencatat, mengkaji objek, memanipulasi idea sebagai asas proses.
3. kreativiti sebagai suatu produk.
Setiap produk mempunyai nilai kreatif.
4.  kreativiti sebagai hasil.
Hasil sama ada dalam bentuk pemikiran mahupun hasil maujud merupakan suatu bentuk kreatif yang telah melalui proses pemikiran, penjanaan dan penghasilan. Edison sebagai contoh berjaya menghasilkan mentol lampu hasil pemikiran kreatifnya. Kanak-kanak terlalu sedikit yang mempunyai orientasi hasil kerana mereka cepat bosan, namun jika digalakkan dan dimotivasikan, akan menjadi hasil yang mereka banggai.
5. Kreativiti sebagai kemahiran
Mereka yang mempunyai kreativiti kemahiran biasanya mempunyai potensi bakat. Namun jika kemahiran ini tidak diasuh dan digunakan ianya kan pudar.
6. Kreativiti sebagai tret personaliti
Ia sebagai bentuk personaliti seseorang yang terdapat di dalam dirinya.

HALANGAN-HALANGAN KEPADA KREATIVITI 
Kanak-kanak yang kreatif berasa terperangkap dalam persekitaran yang mempunyai struktur sosial, norma, nilai, kepercayaan dan budaya yang telah ditetapkan (Habibah & Noran 2002). Kanak-kanak kreatif berani menyatakan pendapat yang berbeza dari biasa bukan sahaja tidak diberi ganjaran sebaliknya ditertawakan dan dilabel sebagai ‘pengacau’ atau ‘banyak mulut’.
Mereka juga biasanya akan ditegur dan penggunaan perkataan ‘jangan’ membantutkan keupayaan kreatif kanak-kanak. Menurut Yong (1983) pada usia 4 hingga 5 kanak-kanak berada pada tahap kreatif yang paling berbanding apabila usia mereka semakin meningkat, ini adalah disebabkan faktor-faktor persekitaran yang menghadkan kreativiti. Faktor-faktor ini termasuklah peraturan, desakan, arahan dan larangan tanpa penjelasan. Sebaliknya mereka yang memberi jawapan yang selamat tetapi tidak kreatif diberi penghargaan kerana mampu memberi apa yang dikehendaki oleh guru.

Mengikut Torrance (1965) matlamat kebanyakan usaha terapi adalah untuk membantu individu menjadi lebih kreatif supaya mereka boleh menghadapi tekanan hidup dengan lebih wajar. Khayalan dan bayangan juga sangat penting dalam proses kreatif. Torrance dan Myres (1970) menyatakan bahawa ramai kanak-kanak disekat pemikiran mereka kerana ibu bapa dan guru memberi amaran supaya mereka menghentikan khayalan. Sebenarnya khayalan patut dihidupkan sehingga perkembangan mental kanak-kanak sudah sampai ke tahap yang membenarkan pemikiran kreatif yang lebih realistik.
Alamshah (1972) menyatakan bahawa halangan kepada kreativiti ada banyak. Antaranya boleh dikenal pasti adalah sosio ekonomi, psikologikal dan “characterological”. Halangan-halangan sosioekonomi terdiri daripada tanggapan- tanggapan yang salah, pengambilan risiko dan kecerdasan manusia. Halangan psikologikal pula merangkumi kurangnya desakan dalaman, perasaan rendah diri dan tanggapan yang salah tentang bakat berhubung dengan kreativiti. Halangan-halangan “characterological” berfokus kepada kurangnya disiplin kendiri, pertautan, ketiadaan dan komitmen.


No comments: