TEKNOLOGI INSTRUSTIONAL

Dipetik dari Modul Teknologi Instruksional AEU untuk sokongan kepada pelajar-pelajar sya di AEU, OUM dan PISMP

Apakah instruksi?

 Good (1959) mendefinisi instruksi sebagai penyediaan aktiviti, bahan dan keadah untuk  memudahkan pembelajaran manakala
 Moore (2002) mendefiniskan instruksi sebagai langkah yang diambil oleh seseorang untuk membantu seorang lain untuk membina potensinya ke peringkat maksimum.
Heinich (2004) melihat instruksi sebagai satu organisasi maklumat dan persekitaran (lokasi, media dan kaedah) yang disusun dengan tujuan memudahkan pembelajaran

Apakah Teknologi?
Galbraith (1967) mentakrifkan teknologi sebagai "the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks”. Kata kunci dalam takrifan ini ialah "aplikasi sistematik pengetahuan kepada tugas praktikal" yang membayangkan bahawa teknologi tidak terhad kepada penggunaan objek fisikal seperti mesin, perkakasan atau peralatan untuk "tugas-tugas praktikal" tetapi juga termasuk aplikasi proses seperti teknik, kaedah dan prosedur untuk "tugas-tugas praktikal" (Saettler, 1968). Dengan lain perkataan teknologi instruksional adalah aplikasi teknologi (objek dan proses) untuk memudahkan proses pembelajaran.

Mari kita meneliti pula beberapa definisi teknologi instruksional dan bagaimana ia telah berubah dan perkembang sejak beberapa tahun terkemudian. Sebelum itu, kita harus jelas dengan istilah teknologi instruksional atau teknologi pengajaran dan teknologi pendidikan yang digunakan secara bertindih. Apakah perbezaan antara teknologi pendidikan dan teknologi instruksional/pengajaran? Untuk mengelakkan kekeliruan, teknologi pendidikan teknologi pengajaran atau teknologi instruksional akan digunakan silih berganti dalam bab ini. Istilah tersebut membawa maksud yang sama.

 Encyclopaedia Teknologi Pendidikan (2008) mentakrifkan teknologi pendidikan sebagai suatu proses yang sistematik dan berulang untuk mereka bentuk instruksi atau latihan agar dapat meningkatkan prestasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan penggunaan sistem, persekitaran, alat, produk, dan strategi yang bijak untuk meningkatkan pembelajaran dan kecekapan manusia

 Gagne, Briggs & Walter (1988) mendefinisikan teknologi instruksional sebagai satu bidang yang mengandungi dua komponen, iaitu perancangan dan pembangunan instruksional yang sistematik. Ia adalah aplikasi teori dan lain-lain ilmu dalam pembangunan dan pelaksanaan pengajaran.

 Molenda, Pershing & Reigeluth (1996) mentakrifkan teknologi pengajaran sebagai satu profesion di mana pengetahuan sains instruksional dan seni pengajaran, yang diperoleh daripada kajian dan pengalaman, digunakan untuk membangun dan mengurus, secara ekonomi dan berkualiti, bahan-bahan pengajaran dan sistem yang menyumbang kepada penyediaan persekitaran pembelajaran yang berkesan untuk memajukan pencapaian pelajar.

 Pada tahun 1972, Jawatankuasa Definisi dan Istilah Persatuan Komunikasi Pendidikan dan Teknologi (AECT) yang dipengerusikan oleh Donald P.Ely, mentakrifkan teknologi pendidikan sebagai bidang yang terlibat dalam memudahkan proses manusia belajar menerusi proses kenalpasti,
pegembangan, organisasi dan penggunaan pelbagai bahan pembelajaran serta menguruskan proses tersebut.

Lima Domain Teknologi Instruksional dalam Definisi AECT
 Pada tahun 1994, Seels dan Richey bersama Jawatankuasa Istilah dan Definisi Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan (AECT) mentakrifkan teknologi pengajaran sebagai aplikasi teori pembelajaran dan teknologi baru dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan prestasi. Elemen utama yang terkandung dalam definisi adalah spesifikasi lima domain asas, yang
menerangkan pengetahuan asas dan fungsi yang dilakukan oleh golongan profesional. Domain ini adalah reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk menghasilkan pembelajaran.

REKABENTUK: Rekabentuk adalah proses menentukan syarat untuk pembelajaran. Domain ini merupakan sumbangan terbesar teori teknologi pengajaran kepada bidang pendidikan yang lebih besar. Tujuan reka bentuk adalah untuk menghasilkan strategi dan produk bersekala besar seperti sesuatu program pengajian dan kurikulum, serta yang berskala kecil, seperti satu unit pelajaran atau modul pembelajaran. Sebagai contoh, aplikasi teori pengajaran dan pembelajaran untuk reka bentuk kursus atau kurikulum sekolah, analisis ciri-ciri pelajar dan konteks pembelajaran (Persekitaran fizikal, keperluan, tugasan), perancangan strategi pengajaran, dan interaksi manusia-komputer /reka bentuk antara muka untuk memudahkan pembelajaran.

PEMBANGUNAN: Pembangunan adalah proses menterjemahkan spesifikasi reka bentuk ke dalam bentuk fizikal. Domain pembangunan merangkumi pelbagai teknologi yang digunakan dalam pengajaran. Ia tidak terasing daripada teori dan amalan yang berkaitan dengan pembelajaran dan reka bentuk. Ia juga berkaitan dengan pengurusan, penilaian, atau penggunaan. Pada asasnya, domain
pembangunan mencakupi mesej yang terdapat dalam kandungan, strategi pengajaran yang berasaskan teori P & P dan manifestasi fizikal teknologi seperti perkakasan, perisian dan bahan-bahan pengajaran. Oleh yang demikian, teknologi cetak, teknologi audiovisual, teknologi berasaskan komputer, dan teknologi bersepadu (seperti multimedia interaktif), boleh dibangunkan untuk tujuan
pengajaran jika proses pembangunan adalah berasaskan teori dan reka bentuk instruksional. Pembangunan teknologi instruksional mungkin tidak lengkap jika proses itu tidak didasarkan kepada teori.

PENGGUNAAN: Penggunaan adalah tindakan menggunakan proses dan sumber untuk pembelajaran. Mereka yang terlibat dalam penggunaan adalah bertanggungjawab untuk menyesuaikan pelajar dengan bahan dan aktiviti pembelajaran, menyediakan pelajar untuk berinteraksi dengan bahan-bahan terpilih dan aktiviti, memberi bimbingan semasa pembelajaran, menyediakan penilaian keputusan, dan menggabungkan domain penggunaan ini ke dalam prosedur
organisasi secara berterusan.

PENGURUSAN: Pengurusan melibatkan kawalan teknologi pengajaran melalui perancangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan. Individu dalam bidang ini kerap dipanggil untuk menyediakan pengurusan dalam pelbagai keadaan dan persekitaran. Seorang pakar teknologi instruksional mungkin terlibat dengan usaha seperti pengurusan projek pembangunan pengajaran atau pengurusan pusat sumber sekolah. Matlamat sebenar untuk aktiviti pengurusan mungkin berbeza mengikut keadaan, tetapi kemahiran asas pengurusan masih kekal tanpa mengira persekitaran.

PENILAIAN: Penilaian adalah proses menentukan keupayaan dan kejayaan pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan penentuan kualiti, keberkesanan atau nilai program, produk, projek, proses, objektif atau kurikulum. Sebagai contoh, seorang pakar teknologi pengajaran mungkin bekerja sebagai perunding, mengenal pasti jurang antara penilaian dan hasil pembelajaran sebenar untuk sesuatu program atau produk dan mencadangkan perubahan dan penambahbaikan.

PERUBAHAN KONSEPSI TEKNOLOGI PENGAJARAN / PENDIDIKAN
Sebelum menjejaki sejarah teknologi pengajaran, marilah kita mengkaji bagaimana penekanan dan fokus pengajaran telah berubah dalam 100 tahun yang lalu.
Tow dan Phillips (1982) mengesan perubahan konsep teknologi pendidikan menggunakan pola atau archetypes yang telah dikenal pasti oleh Davies (1978), pakar psikologi terkenal dan teknologi pengajaran. Davies (1997) mengenal pasti tiga jenis archetypes manakala Phillips (2001) menambah satu lagi archetype untuk menjelaskan perkembangan ini. Archetype adalah adalah pola asal
atau model di mana semua perkara adalah berdasarkan kepada jenis yang sama. Teknologi Pendidikan 1 (ET1):
Archetype atau Pola Pandang Dengar ET1 memberi tumpuan kepada penggunaan mesin, peralatan dan lain-lain alat bantuan mengajar. Pada dasarnya pendekatannya adalah kepada perkakasan untuk pendidikan. Tumpuan pengajaran adalah tumpuan guru. "Teknologi dilihat sebagai satu cara untuk menjenterakan atau mengautomasikan proses pengajaran menggunakan peralatan yang boleh menyampai, mengukuh, mengedar dan merakam agar dapat
menghasilkan bahan rangsangan pengajaran boleh meningkatkan impak guru serta meluaskan potensi pelajar” (Davies, 1978)

Davies mengaitkan model ET1 ini sebagai archetype pandang dengar yang dibangunkan pada tahun 1930-an dan menjadi lebih ketara selepas Perang Dunia II. Ia melihat perkakasan pandang dengar sebagai membantu persembahan kelas, meningkatkan demonstrasi dengan memberi akses kepada realiti atau simulasi realiti yang guru sendiri tidak mampu untuk menyediakan atau menyelesaikan masalah logistik. Sebagai contoh, penggunaan CCTV sebagai penyelesaian kepada masalah
bilangan pelajar yang besar. Pendekatan ET1diguna pakai sedikit demi sedikit dan tidak selaras dan akibatnya sering tidak sepadan dengan amalan sistematik mengikut takrif teknologi pendidikan yang diberikan sebelum ini.
Teknologi Pendidikan 2 (ET2): Archetype atau Pola Kejuruteraan ET2 adalah berkaitan dengan aplikasi prinsip sains tingkah laku untuk meningkatkan pembelajaran. Walaupun perkakasan digunakan, tumpuan adalah terhadap pelajar dan pembelajaran supaya ia boleh diistilahkan sebagai pendekatan perisian. "Teknologi dilihat sebagai satu cara untuk menyediakan kemahiran untuk mereka bentuk pengalaman baru atau mengemaskini pengalaman pembelajaran semasa. Mesin dan
mekanisme dilihat semata-mata sebagai instrumen persembahan atau transmisi" (Davies, 1978).
Contoh Model Pendekatan sistem dalam Archetype Kejuruteraan

Pendekatan ini mula dibangunkan dalam program pengajaran terancang di awal tahun 1960-an
sebagai hasil kerja pelaziman operan oleh Skinner. Ia pertama kali digunakan untuk proses mereka bentuk bahan yang mengandungi urutan kandungan yang perlu dipelajari satu langkah pada satu masa (Rajah 1.2).
Kemudian aplikasi telah diperluas untuk meliputi kurikulum dan pembangunan kursus. Berdasarkan pendekatan kejuruteraan ia mengambil bentuk satu siri langkah-langkah yang perlu diikuti yang bermula dengan mengenal pasti matlamat instruksi dan penentuan objektif pengajaran, dikuti dengan pemilihan strategi pengajaran dan sumber dan penilaian pengajaran. Maklum balas adalah sebahagian daripada proses tersebut.

Teknologi Pendidikan 3 (ET3): Archetype/Pola Penyelesian Masalah ET3 menggabungkan ET1 dan ET2 tetapi tidak mengekalkan urutan tetap prosedur ciri ET2. "Ia menolak pembangunan instruksional secara sistematik (iaitu prosedur langkah-demi-langkah, mekanikal atau mekanistik) sebagai satu-satunya cara membina bahan secara linear atau urutan, memihak pendekatan sistemik (iaitu organik bukannya mekanistik) menetapkan prosedur dengan memberi tumpuan yang lebih mendalam mengenai proses serta produk pengajaran dan pembelajaran. ET2 menggunakan konsep analisis sistem pendidikan, dan bias terhadap keperluan individu serta agak lebih berat ke arah kumpulan atau pasukan dalam mana individu memainkan peranan"(Davies, 1978,). Oleh itu, ET3 pada asasnya menekankan pendekatan sistemik terhadap pendidikan. Pendekatan sistemik digunakan sama ada di peringkat perancangan pengajaran, membangunkan kurikulum atau sesuatu program pengajian di seluruh institusi, pendekatan ini cuba menentukan sempadan bagi sistem yang dipertimbangkan dan mengambil kira semua faktor-faktor yang terlibat.

Faktor-faktor ini melibatkan pelbagai aspek seperti pertimbangan etika nilai-nilai yang dianggap penting untuk menyemai dasar dan keperluan masyarakat. Justru pendekatan ini dikatakan menyeluruh, bersepadu dan humanisme. Namun ET3 masih menggunakan perkakasan dan perisian yang berkaitan dengan ET1 dan ET2, pendekatan adalah jelas lebih fleksibel dan menyeluruh daripada dua teknologi ini. Oleh itu, pendekatan ini menyediakan satu lagi perkembangan dalam konsep teknologi pendidikan konsep teknologi pendidikan

Teknologi Pendidikan 4: (ET4): Archetype atau Pola Pembelajaran Berasaskan Teknologi
ET4 dicadangkan oleh Phillips (2001), yang melihat teknologi sebagai mewujudkan persekitaran
pembelajaran di mana teknologi bukan semata-mata alat atau bantuan tetapi mewujudkan persekitaran di mana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pertumbuhan pesat teknologi terutama Internet yang mempunyai ciri interaktiviti, keupayaan multimedia dan anjakan dinamik bilik darjah ke arah pendekatan berpusatkan pelajar menyediakan kemunculan ET4 atau persekitaran pembelajaran berasaskan teknologi yang mengamalkan banyak unsur ET1, ET2 dan ET3. Penggunaan komputer yang hanya menyediakan pelajaran elektronik yang dibangunkan menggunakan pendekatan sistem mungkin tidak lagi mencukupi. Akses kepada rangkaian global, maklumat dalam format multimedia dan pembelajaran dalam talian merupakan konsep yang berbeza dalam pembelajaran. Walaupun ET4 masih di peringkat awal, kajian awal menunjukkan bahawa teknologi adalah paling berguna untuk tujuan strategik dalam pembelajaran persekitaran, konteks dan bidang kandungan tertentu. Selain itu teknologi membantu interaksi antara guru dan pelajar yang terlibat dalam proses pengajaran-pembelajaran.
Sejumlah besar maklumat yang terdapat dalam Internet mewujudkan peluang baru untuk belajar secara global. Peningkatan kapasiti dan hubungan rangkaian dalam Internet menjadikan pembelajaran melalui medium baru ini bukan sahaja memudahkan akses kepada maklumat tetapi juga menjadi lebih berkuasa kerana mempunyai banyak maklumat. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi membawa pakar kandungan dari luar dan ahli-ahli komuniti ke dalam bilik darjah.
Mereka menyediakan contoh dunia sebenar, model baru serta menawarkan peluang pembelajaran yang tidak mungkin boleh dinikmati oleh pelajar tanpa bantuan teknologi.

1.4 APAKAH YANG DILAKUKAN OLEH PAKAR TEKNOLOGI
INSTRUKSIONAL?
Profesional dalam dalam bidang teknologi instruksional bekerja dalam pelbagai
pekerjaan, seperti:
 Guru kelas yang menggunakan teknologi instruksional secara berkesan
 Juru bina multimedia interaktif
 Pereka Pengajaran
 Penyelaras Teknologi
 Jurulatih Teknologi /Pembekal Latihan Profesional kakitangan
Keperluan latihan/pengajaran atau masalah prestasi mungkin wujud dalam mana-mana
organisasi atau persekitaran di mana kakitangan atau pejawat awam perlu menunjukkan Indeks Prestasi Utama (KPI). Sebagai contoh, senario berkenaan mungkin termasuk:
 Mendedahkan ibu bapa tentang penggunaan teknologi instruksional yang digunakan dalam sekolah
 Latihan kepada pekerja atau pengguna menggunakan produk dan peralatan teknologi baru
 Kemahiran guru sekolah atau pelajar menggunakan komputer dan teknologi mudahalih
 Menyediakan program untuk pelajar menggunakani teknologi pendidikan jarak jauh

Setiap perniagaan, agensi, institusi dan sekolah perlu menunjukkan prestasi yang boleh menyumbang kepada misi organisasi dan masyarakat. Pendidikan dan latihan adalah dua institusi yang kuat untuk meningkatkan prestasi kerana ia dapat memastikan bahawa orang ramai akan mempunyai kemahiran, kebolehan, dan sikap yang diperlukan untuk melakukan kerja mereka. Para pekerja dalam bidang teknologi pengajaran menggunakan proses sistematik untuk memenuhi keperluan pendidikan
dan latihan. Hasilnya, teknologi pengajaran membantu masyarakat melaksanakan kerja dengan lebih berkesan dalam persekitaran perkembangan teknologi dan sosial yang pesat.

SEJARAH TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL: SEBELUM 1600
Lukisan Gua Prasejarah 35.000 tahun yang lalu.
 Altamira, Sepanyol
Manusia purba menggunakan seni sebagai satu cara untuk merakam cerita dan idea berkomunikasi. Sebelum amalan penulisan diketahui atau dikenali, manusia mengukir dan mengcat gambar di dalam gua batu. Dinding dan gambar digunakan sebagai medium komunikasi. Lukisan gua batu wujud dari tahun 250,000 SM, iaitu Zaman Paleolitik hingga 3500 SM iaitu Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.
Lukisan gua batu merupakan bentuk seni terawal. Gambar binatang, burung, manusia, senjata, simbol dan peta adalah beberapa maklumat yang direkodkan dalam bentuk seni gua (Rajah 1.3). Gambar ini menyampaikan maklumat tertentu kepada manusia purba. Ia adalah satu-satunya bentuk medium yang digunakan sebelum wujudnya tulisan dan bahasa. Lukisan dan seni zaman purba adalah menarik untuk dijadikan bahan penyelidikan mengenai alat yang digunakan untuk melukis gambar dan bagaimana manusia hidup kekal untuk seribu tahun. Seni Gua boleh didapati di seluruh dunia seperti di China, Australia, Afrika, Eropah dan juga di Malaysia.

b) PENULISAN MESIR
Egyptian hieroglyphs
Sambil tamadun berkembang, teknologi juga dilukis atau dicat telah dipindahkan dalam bentuk tulisan di atas kertas. Di Mesir, manusia menggunakan kaedah tulisan seperti satu patah perkataan atau abjad untuk mewakili gambar seperti haiwan, burung dan perkara-perkara lain. Kaedah penulisan Mesir ini dipanggil hieroglif. Ia adalah satu sistem penulisan formal yang mengandungi gabungan logographs, glyphs fonetik dan ideographs. Hieroglif boleh ditulis dalam tiga arah: dari atas ke bawah, dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri. Skrip Hieratik (keramat) dan skrip demoitik yang bersifat rakyat adalah lain bentuk penulisan yang wujud di zaman Mesir. Oleh kerana bentuk tulisan ini dianggap "suci", dan juga disebabkan pengaruh barat dan Yunani, tulisan Mesir hanya digunakan di Mesir dan tidak digunakan di tempat lain. Tambahan pula penulisan "glyphic" memerlukan kemahiran khas serta bergantung pada penulis scribe untuk menyampaikan mesej dalam bentuk bertulis. Pelajar menggunakan serpihan tembikar atau kalam papan batu untuk menulis, kerana bahan ini adalah lebih murah daripada papyrus, iaitu bahan mentah kertas.

No comments: