Dipetik dari tulisan
PROF. DR. MULYADI MAHAMOOD
Disebabkan tajuk yang ingin dikupas adalah umum maka saya telah mengecilkan
skop kajian dan hanya tertumpu kepada
sebahagian gerakan seni yang wujud pada zaman Neo Klasik dan pergerakan
seniman pada abab ke 20 sahaja .
Berdasarkan dan rujukan yang saya buat bahawa mengetahui tentang aspek
seseorang seniman sememangnya penting untuk mengetahui pergerakan seorang seni
tersebut.
Antara sebahagian kepentingannya dan faktor utama yang dapat saya kupas
adalah :
- Apakah
motif sesuatu motif pergerakan yang diambil atau dipilih oleh seseorang
seniman tersebut?
- Apakah
kepentingan yang boleh diambil oleh seseorang seniman tersebut memilih
pergerakan yang diambil?
- Dan
lain-lain.
Berikut adalah hasil kupasan kajian yang saya
lakukan:
Pengertian Neo-Klasik
Untuk
mendifinisikan Neo-klasik secara tepat adalah agak sukar, dan memerlukan
pencarian dan analisis yang begitu kompleks sekali. Disebabakan terdapat kepelbagaian hasil
pengkajian dan pendapat yang telah menjadi rujukan dan hasilan ilmiah
mengenainya. Namun demikian secara dasarnya dapatlah Neo-Klasik
didefinasikan secara umumnya iaitu ‘ neo’ beerti baru atau ‘ the sences new’, revived, recast,
moddernized, laters dan beberapa istilah lagi yang membawa kesamaan maksudnya.
Manakala ‘ klasik’
pula membawa pengertian unik, sumber rujukan, piawaian, standard, baik,
terpuji, terutama dan sebagainya. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa gerakan
neo-klasik ini bermatlamat menghidupkan dan mengembalikan zaman kegemilangan
seni klasik yang terdapat pada masa itu. Gaya aliran neo-klasik lahir sebagai
reaksi atau tindakbalas terhadap gaya Rokoko. Gerakan ini mula wujud pada
penghujung abad ke-18 dan berkembang pada awal abad ke-19. Namun begitu mesej
dan falsafah yang dibawa oleh kedua-dua gerakan ini sangatlah berbeza.
Walaupun kelahiran neo-klasik
berkait rapat dengan kegemilangan rokoko, namun ciri-cirinya adalah berbeza dan
bersifat tersendiri. Jika tumpuan seni rokoko untuk golongan istana dan
golongan bangsawan, tetapi neo-klasik mementingkan peningkatan patriotisme
dalam diri sehingga timbulnya revolusi Prancis ketika itu. Sebagai contoh karya
bertajuk ‘Death of Marat’ karya Jasques-Louis David.
Ciri-ciri Neo-Klasik
Perkembangan
penghasilan karya pada zaman gerakan neo-klasik adalah berlandaskan peraturan
dan terikat dengan disiplin dan berteraskan falsafah tersendiri untuk standart
dan penghasilan sesebuah karya yang bersifat gerakan yang diperjuangkan. Antara
ciri-ciri karya neo-klasik ialah:
1. Melukis berdasarkan aturan dan falsafah
seni yang dipersetujui
2. Menggambarkan kehebatan pahlawan dan
penceritaan tentang kebangsawanan
3. Mengandungi ikon, lambang,simbol dan
kiasan susun atur objek yang memberi makna contohnya figuratif
4. Lukisan yang realistik dan peniruan yang
sempurna yang merakamkan aksi, emosi melalui raut wajah.
5. Menunjukkan pengaruh teater di dalam
menghasilkan karya di mana terdapat watak utama, pencahayaan watak pembantu,
latar depan, latar tengah dan latar belakang.
6. Figura yang menjadi motif pengkarya
diaksikan dengan pelbagai gaya persembahan untuk menceritakan sesuatu
masej contohnya “ The Death Of
Socrates”.
7. Tema dan teknik ditentukan oleh Akedemi
Seni seperti tema perjuangan, kepentingan menjaga kualiti karya, sesebuah karya
perlulah merakam aksi-aksi yang melampau dan merakam sejarah
Kategori Neo-Klasik
Neo-klasik terbahagi kepada
beberapa bahagian antaranya ialah ‘ Neo-Klasik rotic’ yang lebih mejurus
kepada merakamkan kisah-kisah cerita cinta lama contohnya di dalam karya ‘
Angelica Kauffamann’ seorang pelukis wanita yang menghasilkan karya beliau
yang bertajuk ‘ Ariadne’.
Seterusnya zaman ‘
Neo-Klasik erudision, Neo- Klasik idealist art theory’ yang memberi
penegasan tentang peri pemtingnya mengekalkan kesempurnaan hasil seni dengan
cara mengumpul segala bahagian-bahagian yang paling menarik daripada
ketidak-sempurnaan realiti alam semulajadi.
Selepas daripada itu timbul
pula ‘ Neo-Klasik Archeologic’ sebagai merakam kebenaran sejarah di
dalam hasilan seni khasnya catan. Manakala yang terakhir sekali ialah ‘
Neo-Klasic Stoic’ yang berkiblatkan budaya dan resam budaya silam contohnya
kegemilangan amalan kesopanan dan peradaban manusia yang menjadi model atau
rujukan moral bagi penonton-penonton kontemporari.
Perkembangan Neo-Klasik dalam Tiga Fasa
Zaman neo-klasik berkembang
seiring dengan pengaruh persekitaran termasuklah politik, ekonomi, sosial dan
revolusi industri pada masa itu. Berikut adalah tahab-tahab perkembangan
neo-klasik dalam tiga fasa:
Fasa I
Antara tahun 1750 hingga 1790 neo-klasik pada fasa
ini merupakan era dan masa yang paling penting kerana pendedahan dengan
tokoh-tokoh seni terawal yang menjadi pelopor gerakan ini seperti Benjamin
West dan J.L. David.
Fasa II
Fungsi seni pada sekitar tahun 1790 hingga 1830
ialah sebagai alat propaganda, seni menjadi suatu alat penyampai maksud
propaganda pada zaman Rom, Prancis dan empayer napolean khususnya.
Fasa III
Sehinggalah ke tahun 1830 dan seterusnya seni
neo-klasik terus berkembang dan menyumbang kepada seni moden bahkan iannya
sebagai perintis kepada seni moden. Perkembangan ini beterusan sehingga
terlahirnya gerakan romantisme.
Sejarah Perkembangan Neo-Klasik
Terdapat
tanggapan dan pendapat bahawa kesenian dihasilkan sekitar tahun 1760 ke atas
dan diketegorikan sebagai ‘ Neoclasio’. Usaha-usaha memurnikan tema-tema klasikal
begitu pesat pada akhir abad ke lapan belas. Mengikut pendapat Lorenz Eitner,
zama neo-klasik bermula daripada masa ‘ Inckelmann’ dan berakhir pada
‘Baudelaire’. Tempoh ini meliputi kehidupan empat generasi yang mana melibatkan
tokoh-tokoh pelukis sekitar tahun 1750 hinggalah ke tahun 1850. Perkembangan
dan pengaruhnya juga melahirkan dua era yang berbeza iaitu pertama yang menuju
aliran revolusi dan yang kedua ke arah menurun berkaitan dengan hal ehwal
revolusi.
Kejatuhan Neo-Klasik
Berdasarkan
sumber Robert Rosemblum di dalam buku pengkajian beliau yang bertajuk ‘
Neoclassicism’ jelas menceritakan bahawa daya kreativiti pengkarya dibatasi
oleh pihak penaja yang terdiri daripada pihak gereja dan para bangsawan. Tema
lukisan ditetapkan oleh institusi, ini menyebabkan pengkarya ini terasa bosan
dengan tema yang sama dan seolah-olah menunjukkan bahawa seni hanyalah untuk
golongan tertentu sahaja. Pengkarya hanya bertanggungjawab menjaga dan memujuk
hati golongan oligarki ini dengan penghasilan catan yang menggambarkan
kemewahan, ketinggian darjat, kekuasaan dan nilai metarial dan arkitektur yang
melampau dan boros sedangkan pada masa masa jiwa pelukis-pelukis ini tertekan
dan kosong. Berikutan itu maka timbullah gerakan Romantisme bagi
meminda dan menentang corak gerakan seni sebelumnya.
Antara sebab wujudnya gerakan
romantisme adalah kerana protes terhadap peraturan neo-klasik. Seiring dengan
itu maka terhasillah karya yang bertentangan sifatnya berbanding karya-karya
seni yang di hasilkan pada zaman neo-klasik seperti ‘” The Death Of
Sardanapalos” yang dihasilkan oleh Delacroix. Karya ini
menkritik karya terdahulu seperti komposisi pepenjuru, beremosi geram kerana
kezaliman pemerintah atau suasana yang kelam-kabut dan sebagainya. Malahan
temanya juga begitu jauh berbeza kerana tema romantisme berkisar kepada
pembunuhan, keghairahan bersama gundik-gundik, kuda dan hamba yang melambangkan
kemewahan yang dimiliki secara kejam dan kekerasan.
Untuk membezakan antara
gerakan neo-klasik dan romantisme adalah lebih baik jika merujuk ciri-ciri yang
terdapat di dalam gerakan kesenian romantisme, antaranya ciri-cirinya ialah:
1. Seni merupakan suatu kaedah pengucapan
yang tidak terbatas oleh pengkaryanya.
2. Seni merupaka hak dan kebebasan individu.
3. Karyanya berkisar tentang tema yang
mengkritik pemerintahan yang tidak adil.
4. Menolak sama sekali peraturan yang
terdapat di zaman Neo-Klasik.
5. Seni di zaman ini juga dikaitkan dengan
pemberontakan nasionalisme
6. Merakamkan perasaan dan emosi yang hebat.
7. Memuliakan perasaan dan kreativiti.
8. Tema yang sering digunakan ialah mencintai
tanahair, percintaan dan kematian di dalam sebuah karya.
9. Teknik asimetri
10. kontras warna menunjukkkan emosi dan
peranan watak figura yang dilukis.
11. Pencahayaan yang suram dan melambangkan
kekecewaan.
Tokoh Seniman didalam Neo-Klasik
Di
dalam pergerakan tempoh daripada tahun 1800 sehingga 1820 adalah merupakan
zaman eksperimen ataupun penerokaan kepada corak kesenian moden yang dikenali
juga sebagai ‘ Neoclasscism’. Justeru itu penerokaan ke arah kesenian moden ini
telah dijalankan oleh beberapa orang tokoh terkenal pada masa itu. Mereka
terdiri daripada David, Ingres dan Canova.
Mereka adalah berasal daripada Perancis,
secara tidak langsung latar belakang kehidupan dan gaya pemikiran mereka
menjadi sumber ilham untuk mereka menjalankan pengkajian dan melakukan
perubahan dalam dunia visual ataupun seni catan yang cukup terkenal pada ketika
itu.
Berikut adalah penjelasan
sepintas lalu hal-hal kehidupan, usaha-usaha yang dilakukan, pembuahan
idea-idea dan hasilan-hasilan yang dibanggakan terutama perkara yang berkaitan
dengan salah seorang tokoh Neo-Klasik yang dipilih untuk diperbincangkan iaitu
Jacques- Louis David.Kupasan yang dilakukan terhadap tokoh ini bertujuan
untuk memastikan bentuk pergerakan yang pilih oleh beliau dan hasilnya.
Jacques- Louis David ( 1748-1825 )
David atau nama sebenarnya
Jacques- Louis David dilahirkan pada tahun 1748. Sejarah kehidupannya tidak
menentu dan beliau terpaksa mengharungi pelbagai situasi kehidupan yang
mencabar. Beliau pernah menerima penghormatan dalam hidup, dipenjara dan pernah
juga melalui penghidupan yang mengaibkan seperti sejarah penglibatan beliau di
dalam revolusi yang memalukan dan terhina, kerana merancang untuk membunuh
raja. Pada tahun 1816 keadaan ini telah memaksa beliau melarikan diri ke
Brussels dan terus menetap di sini sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir
pada 1825.
Kematangan
pemikirannya di dalam menghasilkan lukisan terserlah pada tahun 1784,
berpandukan dua hasil yang dinilai seta diuji. Gaya evolusinya berterusan
hingga ke akhir, tetapi asasnya tidak berubah. Pengekalan konsep ini telah
mengaitkan daya kreativiti, kepekaan estetika kesenian beliau adalah bersifat
tersendiri dan asli. Antara hasil karya beliau yang dijadikan bahan pengkajian
ialah “ The Potrait of Madame Pecoul”. Yang mana kostum figura di dalam karya
ini tidak mempunyai corak neo-klasik.
Di dalam menghasilkan karya beliau yang seterusnya
seperti “ The Oath Of The Horatii” David tidak berpuas hati dengan konsepnya
sendiri.
Sudut epigramatik nya masih
tertinggal, apa yang kelihatan pada lukisan itu sesuatu yang boleh didengar dan
bukannya boleh dilihat telah memusnahkan unsur-unsur penyatuan di dalam hasil
karya seni.
Seterusnya beliau telah
memutuskan untuk menggambarkan suatu pemandangan yang lebih teliti, di dalam
karya “ The Oath Of The Horatii” yang
dilukis secara imaginasi daripada peristiwa sejarah zaman klasik dan bukannya
dilukis secara langsung daripada pertunjukan.
David juga berhasrat untuk
menghasilkan sesuatu yang hasil yang unggul dan meyakinkan dengan penerapan
seluruh unsur-unsur personaliti di dalam tema dan konsep seni. “ It was he wished to full fill the demand that diderot had already
set forth in his salon of 1771”. Seterusnya beliau percaya bukan sahaja di
Paris tetapi juga di Rome, beliau boleh melukis gambar-gambar wira-wira Roman
yang berjasa, di mana beliau hanya berjalan ke Bandar-bandar terkenal di sana
dan menghabiskan lukisan tersebut.
Merujuk pendekatan dan penggubahan
kesan latar belakang di dalam hasil catan David pula ialah, seni bina yang
digambarkan di dalam bentuk ‘ Stylistically, their evolution in the 1770’s
parallels that of Ledoux’s own architecture’. Ianya digubah mengikut daya
gambaran tersendiri. Di dalam sejarah seni catan David terdapat daya khayalan
seni bina digarap secara mantap ke arah yang lebih hebat, tidak lagi mengikut
cara perhiasan bentuk geometri seperti bentuk silinder, cubes mahupun spera
sebagai bentuk asas.
Secara tidak langsung penglibatan hasil-hasil
seni David di dalam revolusi dan hal-hal berkaitan dengan perkembangan
ketamadunan dan hal-hal yang berkaitan dengan sejarah telah menjulang nama
David ke peringkat yang terulung. Ekoran daripada itu David yang juga sebagai
pemidato dan propagandis terus mengekalkan gaya klasiknya tersendiri dan tidak
mencerminkan gaya yang melampau di dalam seni catan.
David juga melatih sifat kepimpinannya
melalui contoh-contoh yang praktikal dengan corak pemikiran awam. Naluri
kejiwaan adalah sesuatu sumbangan yang besar di dalam dunia seni dan dunia
politik David.
Sebagai seorang ahli teori
tidak bermakna David bertegas dan beremosi di dalam setiap tindakannya dan bagi
mewujudkan situasi-situasi yang bersifat pertembungan rasional, ia masih
kekurangan prinsip yang tetap. Perkara-perkara yang disebut ini membayangkan
tentang prinsip serta sifatnya yang tidak tegas, pemindahan gaya dan
kesungguhannya di dalam politik yang mengandungi sedikit kelemahan dan tidak
seimbang dengan karektornya yang lemah.
Penutup
Eropah pada masa
abad ke 18 dan 19 telah terbahagi kepada beberapa buah negara kecil dengan
pelbagai system pemerintahan seperti pemerintahan raja, demokrasi, gereja dan
tentera. Zaman ini juga, negara-negara eropah berusaha meluaskan kuasa
jajahannya dan berusaha menjadi kuasa imperial yang besar.
Dari
segi pemikiran pula, zaman ini zaman ini merupakan zaman ‘ Age of Enlightment’
yang memberi kebebasan untuk berfikir, mementingkan kebijaksanaan dan hukum
agama diberi toleransi. Secara dasarnya gerakan Neo-Klasik telah membawa
beberapa perubahan yang besar di dalam perkembangan seni eropah yang mana, pada
zaman awal abad ke-19 suatu gerakan baru telah muncul yang dinamakan ‘Romantisme’
yang merupakan suatu gerakan seni amat menekankan rasa simpati yang semulajadi
terhadap sesuatu dan merupakan hak peribadi.
Sebagai contoh pelukis aliran
ini menghasilkan karya yang bertemakan sejarah, keindahan, landskap, alam benda
dan kehidupan seharian yang bertenaga. Francis Goya merupakan antara pelukis
terkenal ‘Romantisme’ telah menghasilkan catan yang bertemakan
keperwiraan sebagai subjek dan memasukkan nilai emosi, aksi bertenaga, bebas
dan banyak unsur dramatization. Karyanya “ Third Of May ”
menceritakan suasana emosi yang tegang,takut dan kezaliman. Lukisannya
mementingkan ketepatan gambaran dari segi perasaan, emosi dan suasana perang.
Warna juga memainkan peranan
yang penting kerana aplikasi kepada warna-warna murung dan kelam menggambarkan
kesedihan dan kekecewaan. Teknik pencahayaan juga turut memberi kesan kepada sesebuah lukisan agar
lebih bersifat dramatik.
Di sini dapatlah dirumuskan bahawa aliran
Neo-Klasik telah membawa perubahan aliran seni yang seterusnya iaitu Romantisme
yang lebih bersifat emosional berbanding aliran seni sebelumnya yang lebih
bersifat patriotisme dan kedamaian serta di era ini pengkarya-pengkarya
didorong ke arah penentangan besar-besaran terhadap karya-karya sebelumnya.
BIBLIOGRAFI
E Lorenz, Neoclassicsm and Romanticsm 1750-1850,
Prentice Hall,
Incorporation. Englewood Cliffs, New Jersey 1970.
En. Zahidee
Bin Hj. Arshad, Nota
Kuliah Pengenalan Sejarah Seni.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
En. Zahidee
Bin Hj. Arshad, Nota
Kuliah 18. Disember 2002,(9.00am –11.00am).
2002
Ahmad Rashidi
Bin Hasan, Sejarah
Seni Lukis Sepintas Lalu.
Karisma Publication Sdn. Bhd. Shah Alam. 2001.
Jacques-Louis David
born: Paris, France; 1748
died: Brussels, Belgium; 1825
Assassination of Marat
1793 Beaux-arts, Brussels |
Lady Macbeth
1784 |
Titania and Bottom
from Shakespeare's A Midsummer Night's Dream 1793 |
Mad Kate
1807 |
Night Hag and Lapland Witches
1796 |
The Nightmare
1781 Institute of the Arts, Detroit, US. |
No comments:
Post a Comment