PENGERTIAN REKA BENTUK DARI SUDUT SENI VISUAL

Reka dapat didefinisikan sebagai satu proses menghasilkan sesuatu ciptaan yang baru bermaksud dari ilham dan idea sendiri atau memperbaharui sesuatu yang lama menjadi sesuatu yang kreatif dan inovatif. Seterusnya, bentuk dapat didefinisikan sebagai sesuatu ciptaan yang menggunakan sains dan matematik dan melalui proses kejuteraan. Bentuk yang di maksudkan di sini ialah sesuatu yang dihasilkan untuk kegunaan ekonomi.
Reka bentuk biasa diterjemahkan sebagai seni terapan, seni bina, dan berbagai pencapaian kreatif lainnya. Dalam sebuah kalimat, kata "reka bentuk" boleh digunakan baik sebagai kata nama mahupun kata kerja. Sebagai kata kerja, "reka bentuk" memiliki erti "proses untuk membuat dan menciptakan objek baru". Sebagai kata nama, "reka bentuk" digunakan untuk menyebut hasil akhir dari sebuah proses kreatif, sama ada sebagai sebuah rencana, kertas kerja, persembahan, permodelan atau berbentuk objek nyata.
Proses perekaan pada umumnya memperhitungkan aspek fungsi, estetika dan berbagai macam aspek lainnya, yang biasanya datanya didapatkan dari kajian, pemikiran, perah otak, mahupun dari reka bentuk yang sudah ada sebelumnya.
Dalam proses menghasilkan reka bentuk memerlukan seorang pereka yang baik supaya dapat menghasilkan rekabentuk yang sempurna. Antara sifat-sifat seorang pereka yang baik ialah mempunyai sifat daya kreatif. Seseorang yang kreatif mempunyai kebolehan menghasilkan produk baru & idea-idea baru serta barangan baru. Selain itu, seorang pereka juga mempunyai sifat inovatif. Seseorang inovatif mempunyai kebolehan memperkenalkan sesuatu yang baru seperti idea-idea baru, cara-cara baru yang selalunya berguna untuk semua. Melalui sifat-sifat ini seorang pereka dapat menghasilkan satu rekabentuk yang baik.
Terdapat ciri-ciri rekabentuk yang baik antaranya iaiah berfungsi dengan baik dan cekap dan sangat ekonomikal dalam lingkungan kekangan yang dikenakan. Namun, untuk menghasilkan rekabentuk yang baik terdapat kekangan yang perlu dihadapi oleh pereka. Kekangan yang dimaksudkan disini ialah suatu aturan yang terpaksa dipatuhi. Diantara kekangan utama dalam rekabentuk adalah kos, keboleharapan (reliability), keselamatan, prestasi, kehendak akta kilang dan jentera, pertimbangan sosiologi, pencemaran dan penggunaan tenaga.
Rekabentuk dalam seni juga adalah sesuatu yang baru, rekabentuk tersebut adalah sesuatu yang dicipta dan ia tiada sebelumnya. Rekabentuk seperti ini adalah sesuatu kerja yang sangat memerlukan pengalaman dan kreativiti pereka. Ia juga banyak menimbulkan masalah yang perlu kepada penyelesaian. Pertimbangan inovasi, kerja-kerja prototaip dan ujikaji yang banyak diperlukan pada peringkat ini.
Perkataan reka bentuk pula berkait rapat dengan kaedah penghasilan. Pengkhususan dalam bidang reka bentuk biasanya lebih melihat pada hasil atau imej pada sesuatu seni atau kraf. Dalam perkara ini, seni reka dikaitkan dengan perkataan komunikasi, iaitu satu tindak balas seni yang dihasilkan kepada khalayak. Komunikasi tampak dan idea seperti garisan, warna, dan bentuk lebih berkesan bagi menerangkan sesuatu kepada khalayak.
Reka bentuk digolongkan kepada dua perkara, iaitu produk dan proses. Produk selalunya dikaitkan dengan hasil, manakala proses pula ialah ‘planning organizing to meet a goal, carrying out according to a particular purpose, creating’ (perancangan, pengelolaan unutk memenuhi matlamat, pelaksanaan menurut tujuan tertentu, penciptaan). Menurut Davis, dua perkara ini telah melibatkan dua unsur, iaitu sumber asli dan buatan manusia. Dari segi kefahaman tentang reka bentuk pula, ia merangkumi kefahaman tentang persamaan dan perbezaan. Bagi memahami perkara ini, seniman harus mengalami proses awalan dan akhiran dalam reka bentuk. Dalam hal ini, perkara yang mempunyai kaitan dengan penghasilan reka bentuk ialah lukisan.
Menurut Lawson, dalam banyak keadaan, komunikasi terhasil atau boleh dicapai dengan penggunaan symbol dan imej kepada khalayak dalam bentuk tema atau mesej yng dilahirkan daripada elemen reka bentuk seperti garisan, warna, bentuk dan tekstur.
Dalam penghasilan reka bentuk pula, selalunya seniman harus membuat manipulasi bagi melahirkan kebebasan. Dalam proses ini, seniman membuat perubahan dan penyesuaian bagi penyelesaian masalah untuk melihat kesan. Proses ini diikuti dengan melukis sehinggalah masalah dalam reka bentuk dapat diselesaikan dalam kraf. Menurut Lawson,  sebagai seniman, dua perkara yang harus difahami, iaitu seni dan sains, selain tahu melukis. Dalam hal ini, seni reka merujuk pada proses penyelesaian masalah yang dilalui oleh seniman atau pereka yang melibatkan satu aktiviti yang dipanggil reka bentuk.
Menurut Lauer, reka bentuk ialah unsur yang mempunyai kaitan dengan fungsi gunaan dan juga fungsi hiasan yang melin[batkan proses. Berkaitan dengan fungsi gunaan, reka bentuk yang dihasilkan dalam sesuatu bidang atau perkara lebih menjuruskan kepada proses penghasilan sesuatu yang dapat dihayati dan praktik. Dalam penghasilan sesuatu yang melibatkan fungsi hiasan pula, ia melibatkan daya kreativiti berbanding dengan prinsip gunaan. Proses penghasilan sesuatau yang melibatkan reka bentuk pula melibatkan tiga perkara yang penting, iaitu memikir, melihat dan membuat. Reka bentuk bukanlah melibatkan proses secara urutan tetai proses yang dilakukan secara bertindan.
Dalam konteks ini, dalam penghasilan sesuatu, proses yang melibatkan pemikiran amat penting bagi penyelesaian kepada permasalahan dalam dalam reka bentuk. Selain proses memikir, proses yang melibatkan penglihatan merupakan proses bagaimana seniman membuat eksperimen secara visual (pandangan) yang berkaitan dengan arah tuju dalam reka bentuk yang melibat rangsangan pemikiran.
Reka bentuk ruang pula ialah susunatur ruang dalaman untuk memenuhi keperluan fungsi rumah sebagai tempat tinggal yg dapat memberi ketenangan mental dan fizikal kpd penghuninya. Sebagai tempat perlindungan daripada pelbagai ancaman luaran (haiwan & iklim), rumah juga diharapkan dapat memenuhi keperluan fungsi spiritual iaitu menyediakan suasana yang sesuai ke arah alam akhirat yang lebih kekal.
Untuk memenuhi keperluan fungsi asas, sesebuah rumah memerlukan sebuah ruang yg dibatasi oleh beberapa elemen yg terdiri daripada bumbung, lantai dan dinding. Ruang kepelbagaian guna ini menampung keperluan hidup seperti berehat, penyediaan makanan dan berinteraksi. Kemajuan hidup dan peningkatan taraf ekonomi menjadikan ruang dikembangkan menjadi lebih spesifik dan rapi. Ruang rumah dibahagikan kepada tiga zon utama iaitu zon hadapan, tengah dan belakang. Setiap zon ditegaskan dengan rekabentuk, struktur & hierarki ruang yang menarik.
Rumah tradisional Melayu mempunyai beberapa ciri-ciri dan reka bentuk senibina yang unik. Antaranya pembinaan rumah bertiang atau disebut juga rumah yang berlantai. Dalam iklim Malaysia yang panas dan lembab, struktur bertiang sesuai untuk mengelakan banjir, gangguan haiwan binatang dan serangga.
Kajian beberapa org sarjana barat berkaitan dgn ketinggian rumah dan hubungannya dgn peredaran udara dalaman rumah membuktikan bahawa rumah lantainya ditinggikan daripada paras bumi ternyata mempunyai beberapa kelebihan daripada segi pengudaraan, tahap kesihatan dan keselesaan penghuninya. Mereka juga menyarankan bahawa rekabentuk rumah yg bertiang amat sesuai dgn iklim panas lembab yang amat bergantung kepada peredaran udara dalaman yang tinggi untuk mencapai tahap keselesaan yang diharapkan.
Kesimpulannya, reka bentuk dalam seni visual sememangnya penting bukan sekadar untuk menimbulkan nilai estetika di dalam reka bentuk yang dihasilkan, tetapi untuk keperluan dan penggunaan masyarakat seperti reka bentuk rumah, banggunan, produk-produk barangan dan lain-lain lagi. Reka bentuk sangat penting untuk menjana kreativiti dan idea yang bernas serta rasional untuk mereka sesuatu benda.

No comments: