Khasiat Buah Merah Papua



Buah merah /Pandanus Conoideus Lam
Pandanus Conoideus Lam / Red fruit is special and typical plant or endemic which grow at Papua island. But most population could seen at Jayawijaya, Jayapura, Manokwari, Nabire, Timika, and Ayamaru Sorong.
Red Fruit plants are grow among the density of tropical forest, spread within cool mountain climate on 2000-3000 meters above sea level in Papua.
The Latin name of Red fruit is Pandanus Conoideus Lam.

Lembah Baliem Wamena
Kawasan Perkampungan di Baliem Wamena
Buah merah adalah buah yang hanya terdapat di daerah Papua New Guinea. Buah Merah juga dikenali dengan nama saintifik Pandanus Conoideus Lam, yang merupakan salah satu tanaman dari jenis pandanus. Tanaman buah merah ini dikatakan terdapat hingga 12 kultivar dan tersebar luas di persekitaran daerah Papua dengan ketinggian hingga 2.300 dpl, seperti di lembah Baliem Wamena, serta di beberapa daerah terpencil lainnya di Papua seperti Arfak, Jayapura, dan kawasan pergunungan Bintang.
Red fruit (Pandanus conoideus Lam) is endemic plant of Papua,
 Indonesia and Papua New Guinea.
Potensi utama dari buah merah ini secara tradisional digunakan sebagai sumber minyak nabati (minyak karotenoid ) oleh masyarakat yang tinggal di daerah pergunungan dan pesisir. Minyak buah merah juga digunakan sebagai penyedap makanan masyarakat Papua, seperti sagu dan ubi jalar. Buah merah mengandung lemak yang cukup tinggi, yaitu 35 % per kg. Kandungan lemak buah ini pada umumnya lebih lemak dari minyak goreng. Dengan demikian, buah merah juga memiliki potensi sebagai sumber minyak nabati selain kelapa dan kelapa sawit.

Minyak buah merah berasal dari lapisan merah seperti jelly yang melekat pada bijinya. Pengeluaran minyak buah merah sehingga ini masih dilakukan dengan kaedah tradisional, yang mungkin berbeza dari satu daerah dengan daerah lain di Papua .

Kandungan nutrisi Buah Merah

Buah merah mengandung omega – 3, omega – 6, dan asam lemak omega 9. Dari jumlah kandungan lemak pada buah merah, yang paling dominan adalah asam lemak oleat dengan jumlah 30% dari jumlah lemak. Buah merah juga mengandung antioksidan seperti karotenoid yang cukup tinggi, serta vitamin E atau tokoferol 11,000-12,000 ppm. Mineral yang terdapat dalam buah merah adalah Fe, Mg, Ca, dan Zn.

Antara lain yang terdapat dalam buah merah adalah beta karoten, dengan nilai hingga 12,000 ppm. Beta karoten diantaranya berkhasiat untuk mencegah kebutaan ( xerophtalmia ), serta penyakit beguk, dan juga dapat digunakan sebagai agen anti cancer.

Kaedah tradisional
Kaedah ttradisional digunakan untuk menghasilkan minyak adalah dengan cara:
1. Buah dipetik dengan dipotong,  dan inti buah kemudian dipotong menjadi potongan-potongan kecil (antara diameter 5-10 cm ).
2. Potongan-potongan tersebut kemudian direbus dengan suhu 100 C agar tekstur buah menjadi lembut.
3. Kemudian dileburkan untuk memisahkan biji dengan isi buah.
4. Seterusnya  sisa air mendidih dibuang hingga tinggal hanya bahagian yang lembik yang perlu ditekan untuk mendapatkan jus.
5. Jus ini kemudian direbus dalam bekas/ periuk untuk mendapatkan minyak. Minyak akan terpisah dari air dan akan terapong dibahagian permukaan. Ini merupakan hasil akhir yang lazimnya digunakan ketika makan ubi atau sagu.
Minyak dan sos buah merah hasil ekstraksi ini boleh disimpan dalam botol yang ditutup untuk menghindari minyak basi dan masam. Biasanya masyarakat Papua menyimpannya di atas perapian, agar kualiti sos dan minyak buah merah tetap terjaga.


Khasiat Buah merah

AIDS

Dikatakan bahawa buah merah dapat mengubati HIV, walaupun belum ada kajian khusus. Kemungkinan disebabkan buah merah yang mengandung tokoferol dan betakaroten yang sangat tinggi. Seperti yang diketahui umum bahawa kandungan bahan tersebut mampu bertindak sebagai antioksidan, yang  dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyakit HIV adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang merosakkan sistem kekebalan badan. Justeru itu, terdapat kemungkinan bahawa buah merah ini juga boleh mengubati cancer dan tumor.

Stroke dan Tekanan Darah
Stroke dan darah tinggi adalah penyakit yang awalnya disebabkan oleh penyempitan pembuluh darah atau penggumpalan darah. Buah merah yang mengandung tokoferol ini dapat melancarkan darah, sehingga sirkulasi darah meningkat dan tekanan darah menjadi normal kembali.

Asid Urik
Asid urik merupakan sisa produk daripada pemecahan purin, bahan yg dihasilkan dalam tubuh kita dan terkandung dalam kebanyakan makanan yang kita makan. Bahan ini dikumuhkan melalui air kencing, tetapi apabila terlalu banyak asid urik dihasilkan, ini boleh menyebabkan serangan radang sendi (gout) khususnya di bahagian jari kaki dan tangan. Ia juga boleh menyebabkan penyumbatan dan karang buah pinggang.

Sesetengah makanan boleh menyebabkan paras asid urik dalam tubuh anda meningkat. Kurangkan makanan yg mengandungi banyak purin seperti daging organ, angsa, itik, ikan tenggiri, kapis dan kupang, serta sayur-sayuran yg kaya dengan purin seperti asparagus, kubis bunga, bayam, cendawan dan kacang hijau. Pengambilan alkohol yg berlebihan terutamanya bir juga menyebabkan paras asid urik meningkat.

Pengambilan makanan ini secara berlebihan akan meningkatkan asid urik dalam darah - hyperuricemia - menyebabkan air kencing menjadi berasid. Asid urik ini akan menjadi kristal di bahagian sendi dan tisu tubuh lalu menyebabkan serangan gout sekiranya asid urik ini tidak dikurangkan.  Tokoferol dalam buah merah dapat membantu melancarkan darah dan memperbaiki sistem kerja dari hati. Dengan demikian hati akan memproses urik asid dalam jumlah yang normal kembali.

Diabetes Mellitus ( DM )
Penyakit jenis ini disebabkan oleh kelenjar pankreas yang tidak mampu lagi memproses insulin dalam jumlah yang cukup. Kesannya, kandungan gula dalam darah meningkat. Kandungan tokoferol dalam buah merah mampu membantu pankreas beroperasi secara normal.

Osteoporosis
Osteoporosis umumnya disebabkan oleh kekurangan kalsium yang lazimnya berlaku kepada orang berusia tua. Buah merah kaya akan kalsium, sehingga mampu mencegah dan membantu untuk mengubati osteoporosis.

Gangguan mata
Beta – karoten tinggi yang terdapat dalam buah merah boleh membantu mengatasi berbagai macam jenis penyakit mata, yang umumnya disebabkan oleh kekurangan vitamin A. Beta – karoten adalah bahan yang diserap oleh tubuh yang diolah menjadi vitamin A.

Meningkatkan Gairah dan Kesuburan
khasiat utama dalam hal ini tak lain adalah adanya Vitamin E (tokoferol) yang sangat tinggi dalam buah merah. Vitamin E dapat meningkatkan kesuburan lelaki dengan cara membantu meningkatkan pemprosesan sperma. Selain itu, buah merah juga mengandung kalori tinggi iaitu 360 kalori, sehingga akan meningkatkan gairah serta keupayaan fizikal kita sepanjang hari.

No comments: