Pengkhianatan Silam Dalam Arca The Capitoline Wolf And The Twins
Lupa Capitolina, juga dikenali sebagai Capitoline Wolf, merupakan salah satu simbol kerajaan Rom purba yang dikaitkan dengan metos dan pembinaannya. Ia merupakan simbol yang masih boleh dilihat di sepanjang italy dan kota Rom. Asal kewujudan Capitoline Wolf bermula dari kisah dua budak kembar bernama Romulus dan Remus dan ibu angkat mereka seekor sarigala betina.
Numitor merupakan raja sebenar kerajaan Alba Longa telah digulingkan oleh adiknya Amulius yang kemudian mengangkat sumpah sebagai raja. Dalam usaha mengukuhkan kedudukannya dia telah membunuh anak-anak lelaki Numitor. Ini memaksa Rhea salah seorang anak perempuan Numitor melarikan diri walaupun dalam keadaan sedang mengandung. Rhea melahirkan kembar, Romulus dan Remus. Amulius, yang tahu tentang kehamilan, merampas kembar sebaik sahaja mereka dilahirkan. Pemberontak diarah untuk membuang kedua kembar tersebut di Sungai Tiber, satu amalan pembuangan bayi, tetapi kedua kembar ini tidak mati. Seorang pengembala dan isterinya menemui kedua kembar ini di bukit Palatine sedang menyusu dengan seekor serigala betina. Kisah ini menja. di inspirasi kepada terhasilnya karya arca The Capitoline Wolf. Kembar ini diambil dan dibesarkan sebagai pengembala.
Romulus dan Remus mengetahui pengkhianatan silam ke atas mereka, lalu membunuh Amulius, dan mengembalikan takhta kepada Numitor. Usaha seterusnya kedua kembar ini ialah menentukan bandar baru selepas kerajaan dikembalikan kepada Numitor. Mereka memilih untuk membuat kota baru dengan memilih Sungai Tiber tempat kedua kembar ini dibuang suatu ketika dulu. Dlm proses pembinaan kota timbul persoalan siapakah yang harus diangkat sebagai pengasas. Situasi ini menyebabkan berlaku persaingan antara kedua beradik ini yang berakhir dengan Remus dibunuh oleh abangnya Romulus kerana tembok yang dibina oleh Remus lebih tinggi berbanding abangnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment