Cara Menanam Pisang

Benih pisang kemudian ditanam dalam lubang berukuran 30sm x 30sm x 30sm bersama-sama dengan campuran baja fosfat, kapur, baja organik dan carbofuran. Pelepah pisang yang tua dan berpenyakit perlu dicantas dari peringkat awal penanaman. Cantasan ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali. Selain itu, pokok pisang memerlukan air sebanyak 8 sehingga 12 liter sehari bagi memastikan pertumbuhan yang baik. Bagi penanaman komersial, penggunaan sistem pengairan adalah perlu.

Cara Penanaman Pisang


Anak pokok pisang sedia untuk ditanam
i. Bacalah BismilLah dulu dan selawat keatas nabi 3x. Ada ahli agama kata setiap pokok yang kita tanam dengan membaca selawat 3x akan ada sepohon pokok tumbuh di akhirat nanti utk kita. Allahualam.

Suhu optimum bagi tanaman pisang adalah antara 25oC sehingga 28oC dan tiupan angin pula tidak melebihi 15 km/jam. Tanaman pisang memerlukan air di antara 1,500 sehingga 2,500 mm/tahun. Penanaman pisang memerlukan air terutama pada peringkat ia berjantung. Walaupun begitu, ia tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 2 jam. Pisang sesuai ditanam di tanah yang bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah yang peroi. Keadaan tanah pula hendaklah rata dan beralun kurang daripada 12 peratus. Benih tanaman pisang diperoleh dengan menggunakan susur pedang, teknik belahan dan tisu didik. Bagi sistem tanaman tunggal, jarak tanaman pisang adalah 2.5m x 2.5m dengan kepadatan 1,600 pokok/ha. Bagi sistem tanaman selingan pula, jarak tanaman yang sesuai adalah 3m x 3m dengan kepadatan 700 sehingga 900 pokok/ha.

Kerja kerja memindahkan anak pisang ke kawasan penanaman yang baru
Anak pisang sesuai diasingkan dan ditanam pada jarak
1.5m di antara pokok  dan 3.0m di antara barisan

Anak pisang sedia untuk di tanam
Benih pisang yang terhasil melalui proses tisu kultur

Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang pokok induk sudah
keluar untuk mempastikan pokok pengganti yang berkualiti.

Penanaman pokok pisang yang teratur memudahkan kerja-kerja penyelangaraan


Cara penanaman
Penulis berlatarbelakangkan kawasan penanaman yang baru dibuka
Anak pokok boleh ditanam melalui polibeg atau anak pokok yang diambil dari indung pisang tua. Proses pengurangan anak pisang dari indung boleh memberikan hasil yang lebih baik pada setiap pokok.
       Gali lubang pada tanah dengan jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1,600 pokok sehektar. Pada jarak 3 m x 3 m kepadatan mencapai 1,100 pokok sehektar. Saya tanam pada jarak 10 langkah setiap tanaman. agak longgar tp mudah utk mengendalikan. hehe. Jangan ikut jarak yang sya buat. jarak ini sesuai untuk penggambaran filem Pakistan. Masukkan anak pokok dengan tegak supaya tidak mudah tumbang ketika berbuah nanti. Gali lubang sebesar 45 cm x 45 cm x 60 cm (1.5 x 1.5 x 2 kaki).  Gaul tanah lapis atas dengan 11-14 kg. baja organan dan 125 gm baja fostat.  Digalak menggunakan Baja Bio King bagi membiak mikrob untuk menyuburkan tanah ketahap maksima. Jarak tanaman ideal ialah antara 3 m x 3 m hingga 3.6 m x 3.6 m. Bilangan pokok per ekar; 600 pokok.

Gemburkan, kemudian letakkan sedikit di dasar lubang bagi memastikan pengakaran cepat berlaku, akan lebih baik hasilnya jika memasukkan 1 kg baja bio-organik dalam lubang sebelum masukkan anak pokok. Anak pokok yang ditanam perlu diteliti pada bahagian akar utk mempastikan tidak ada jangkitan serangga perosak yang biasanya membuat sarang pada bahagian akar anak pokok.

Benih pisang kemudian ditanam dalam lubang berukuran 30sm x 30sm x 30sm bersama-sama dengan campuran baja fosfat, kapur, baja organik dan carbofuran. Pelepah pisang yang tua dan berpenyakit perlu dicantas dari peringkat awal penanaman. Cantasan ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali. Selain itu, pokok pisang memerlukan air sebanyak 8 sehingga 12 liter sehari bagi memastikan pertumbuhan yang baik. Bagi penanaman komersial, penggunaan sistem pengairan adalah perlu.

Pembajaan 
Seterusnya tunggu hingga pokok pisang berbuah. bukan tunggu dekat pokok. Penjagaan pokok sangat penting untuk mempastikan hasil yang lumayan. Biasanya pokok pisang boleh mengeluarkan hasil antara 10 hingga 12 bulan. Bergantung juga kepada jenis pisang yang ditanam. Pokok pisang emas biasanya berbuah dalam tempoh 8 bulan sementara pisang berangan mengambil masa yang lebih lama.
       Pembajaan sebaiknya dimulakan ketika anak pokok baru ditanam. Mula menanam - letakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam. Setelah umur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15. Setelah berumur 6-7 bulan tabur baja buah 12:12:17:2. Kadar baja hanya segenggam atau 250gram setiap pokok
       Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 cm.  Pembajaan menggunakan sistem poket juga biasa digunakan.  Poket atau lubang sedalam 15 cm digali sejauh dalam lingkungan semeter daripada pangkal rumpun atau pokok pisang.
       Dalam sistem tanaman pisang secara tunggal, adalah disyorkan pisang ditanam dengan kaedah sistem tanaman berbatang tunggal atau single stem kerana sistem ini sesuai bagi pekebun pisang yang mementingkan berat tandan dan kualiti buah khususnya untuk eksport.  Dalam sistem berbatang tunggal ini, hanya pokok induk dibiar tumbuh dari mula hingga peringkat berbuah (satu generasi sahaja).  Anak-anak sulur yang tumbuh dibuang semuanya bermula pada 3-4 bulan selepas menanam dan diulangi membuangnya setiap 6-8 minggu sekali sehingga permulaan musim menuai.  Apabila 60% keluasan kawasan telah dituai, pemangkasan menyeluruh dilakukan untuk memilih satu anak sulur sahaja pada setiap rumpun untuk dijadikan ratun dan yang selebihnya dibuang.  Pemilihan pokok ratun ini adalah berdasarkan kepada ketinggian sulur (70-100 cm) dan yang didapati tumbuh di umbisi utama.

       Sementara itu sistem yang sesuai bagi tanaman selingan adalah seperti dihuraikan dalam pemangkasan sulur atau dengan mengguna kaedah sistem berbatang dua.  Sistem ini bermaksud pada setiap masa serumpun pisang mempunyai dua batang pokok iaitu pokok yang akan berbuah dan anak sulur. Dalam sistem ini sulur yang dipilih adalah ketika pokok induk mula mengeluarkan bunga iaitu 8 bulan selepas ditanam bagi pisang berangan dan 6-7 bulan bagi pisang mas.

Pengurusan Air
Pokok pisang memerlukan air sebanyak 8-12 liter sehari.  Biasanya pisang tidak dibekalkan dengan pengairan tetapi ia mendapat bekalan air dari simpanan dalam tanah atau dari air hujan.  Pemasangan sistem pengairan untuk tanaman pisang melibatkan kos yang tinggi.  Sistem pengairan boleh dilaksanakan sekiranya permintaan pasaran pisang yang banyak dan pulangan yang boleh menguntungkan.

Pemangkasan Sulur
Pelepah pisang yang sudah kering perlu dibuang dari pokok untuk menjamin pertumbuhan pokok pisang yang baik. Aktiviti membuang sulur yang tidak dikehendaki dengan tujuan menjarakkan penuaian hasil dalam satu-satu rumpun serta memastikan hasil dan mutu buah tidak terjejas akibat persaingan dalam permakanan.  Pemangkasan peringkat awal dilakukan dengan memilih dan membiarkan satu pokok induk dan satu sulur, di peringkat pokok berumur 3 bulan bagi pisang emas dan 4 bulan bagi pisang berangan.  Seterusnya sulur-sulur lain dipangkas secara berjadual iaitu 3-4 minggu sekali dan dipilih serta dikekalkan satu lagi sulur pada umur 8 bulan bagi pisang emas dan 9 bulan bagi pisangan berangan.  Cara pemangkasan yang mudah ialah menggunakan pisau tajam untuk memotong sulur pada aras tanah.

Cantasan Pelepah
Daun pisang yang sudah tua perlu dibuang dari pokok. Biasanya proses pembuangan pelepah pisang dibuat setiap dua minggu sekali. Pelepah tua dan berpenyakit perlu dicantas dengan menggunakan pisau tajam dari peringkat awal penanaman.  Pelepah tersebut perlu dikumpulkan di suatu lokasi yang ditentukan diantara barisan tanaman pisang.

Menyokong Pokok
Pokok yang condong perlu ditongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok pisang daripada tumbang atau patah tengkok kerana batang tidak dapat menampung buah yang berat. Lazimnya berat setandan pokok pisang ialah 20kg/pokok. Terdapat jenis pisang seperti Berangan/Pisang Sabah/ nipah boleh mencapai 40kg/pokok. Pisang tanduk biasanya perlu disokong dengan kayu sekiranya berbuah lebih daripada 15 biji kerana dibimbangi pokoknya akan rebah sebelum buahnya mencapai tahap kematangan.

Pembungkusan Tandan Pisang
Langkah awal untuk mengawal mutu buah pisang ialah dengan membungkus tandan pisang.  Pembungkusan dapat mengelak gigitan serangga pada buah, geseran dengan daun atau kayu penyokong.  Juga dapat mengelak buah dari calar atau lebam semasa penuaian, pengumpulan dan seterusnya pengangkutan ke rumah pembungkusan.

Sebelum pembungkusan, jantung perlu dipotong terlebih dahulu.  Tandan buah dibungkus dengan menyarung sehingga melepasi sisir utama dan diikat kemas.  Pada penghujung tandan dibiarkan sarung plastik berlebihan menutupi kesemua sisir pisang. Penandaan perlu dibuat selepas pembungkusan supaya tarikh penuaian dapat ditentukan semasa penebangan.

Kutipan Hasil
Pisang akan berjantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam.  Pisang Mas biasanya mengambil masa enam hingga tujuh bulan untuk berjantung dan buah boleh dikutip lapan minggu kemudian.  Pisang Berangan pula berjantung anggaran sembilan bulan selepas menanam dan buah boleh dikutip dalam masa 11-12 minggu kemudian.  Bagi mengelakkan buah tercedera, tebang pokok pisang kira-kira 0.5 meter dari tandan buah.  Potong sedikit-sedikit, sementara sebelah tangan   lagi memegang tandan pisang agar buah tidak terhempas di tanah. Hasil per Ekar; RM15,600. jika tanah seluas 5 ekar hasil yg bakal diperolehi ialah RM78,000/ 5 ekar sahaja. Anggaran kasar sj. tp klu dpt rm10,000 sebulan pn syukur. Penjagaan dan penanaman yang mudah.

Indeks Kutipan Buah Pisang Selepas Keluar Jantung Pisang
Varieti
Tarikh Penuaian (minggu selepas berjantung)
Cavendish
20 - 23
Mas
7- 9
Berangan
11-14
Embun
12-15
Rastali
11-13
Nangka
22
Tanduk
20
Kandungan Zat Makanan
Kandungan
Kandungan / 100 gm yang boleh dimakan
Tenaga
103 kcl
Air
73.3 gm
Protin
1.3 gm
Lemak
0.4 gm
Karbohidrat
23.6 gm
Serat
0.5 gm
Abu
0.9 gm
Kalsium
11.0 mg
Posporus
17.0 mg
Besi
0.6 mg
Sodium
29.0 mg
Potasium
241.0 mg
Kerotin
300 mg
Vit B1
0.07 mg
Vit B2
0.08 mg
Niasin
0.7 mg
Asid Askorbik
17.3 mg
























Tips Penting Penjagaan Pisang
1. Setiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja.
2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah ynag besar dan berat ynag maksimum.
3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang.
4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja.
5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.
6. Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.
7. Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang yang mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh.

Varieti Pisang
Pisang Berangan
Pisang Berangan
Sebagai makanan segar. Berat tandan dengan 8-12 sisir ialah 12 -20 kg. Berat buah setandan bagi pokok yang subur boleh mencacah 35kg. Setiap sisir terdapat 12-20 jejari. Saiz buah antara sederhana hingga besar. Panjang jejari diantara 18 cm dengan ketebalan 2.5-3.5 cm. Kulit buah agak tebal, mudah dipisahkan dan meninggalkan sedikit talian serabut. Isi tegang, berwarna kekuningan oren, wangi, kering dan manis rasanya. Jenis pisang ini mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa. Memerlukan 12-14 bulan proses lengkap untuk mengeluarkan hasil.






Pisang Emas
Pisang Mas
Dikenali juga sebagai Lady Finger, pisang Gula, Sucrier, Niños, Bocadillos, Buahnya bersaiz kecil, berkulit nipis, dengan buah berwarna kuning. Berat tandan sederhana diantara 8-12 kg dengan 5-9 sisir. Sebanyak 14-18 jejari sesisir. Jejari kecil diantara 8-12sm panjang dan 2-3 cm garispusat. Isi tegang, kuning keemasan, harum kewangian dan sangat manis. Jenis pisang yang cepat mengeluarkan hasil. (5 - 6 bulan)




Pisang Cavendish/Montel
Cavendish/Montel
Pisang Cavendish dinamakan sempena William Cavendish, Duke of Devonshire. Namun dikatakan bukanlah sebagai pisang pertama yang diketahui di Eropah. Pada kira-kira tahun 1834, Cavendish telah menerima penghantaran pisang dari Mauritius atas ihsan paderi Alton Towers. Pekebunnya, Sir Joseph Paxton telah membiakkan pisang ini di rumah hijau Chatsworth House. Paxton kemudian menggelarkannya sebagai Musa cavendishii, Antara jenama yang ditanam ialah Montel, Comel,Cabana atau Sun King. Berat tandan melebihi 20 kg dan 15-25 sisir. Jejari berukuran diantara 15-22 sm panjang dan garispusat 3.5-4.0 sm. Kulit yang tebal dan mudah tanggal dari gantungan sisir dan berwarna kuning apabila sudah dibuat rawatan pemasakan dengan suhu rendah. Isinya berwarma putih pekat, bertekstur halus, lembut, manis dan berbau wangi.

Pisang Rastali
Buah Pisang Rastali
Sesuai untuk hidangan segar. Berat tandan antara 10-15 kg dengan 5-9 sisir. Sebanyak 12-16 jejari setiap sisir. Kulit berwarna kuning terang setelah masak dan mudah tanggal. Panjang jejari 10-15 sm dan 3-4 sm garis pusat, kulit senang dikupas dan sangat nipis. Isinya lembut, berwarna putih, rasanya manis sedikit masam dengan rasa berkelat jika belum masak sepenuhnya.



Pisang Tanduk
Pisang Tanduk


Dikenali juga sebagai Horn Plantain, Rhino Horn banana, African Rhino Horn, Pisang Tanduk merupakan sejenis pisang yang bersaiz besar dan dengan bentuknya yang sedemikian menyebabkan ia diberi nama pisang tanduk.

Buah pisang yang boleh mencapai sehingga dua kaki panjang ini adalah antara pisang yang paling panjang. Di Malaysia, pisang tanduk dijadikan kerepek sebagai perniagaan komersial dan ia juga disenarai di dalam Ladang Kontrak oleh FAMA sebagai komoditi. Pisang Tanduk merupakan makanan ruji di Afrika Timur dan Afrika Tengah (Cameroon), Amerika Tengah, kepulauan Caribbean dan di utara persisiran Amerika Selatan (seperti Colombia, Venezuela, dll). Sesuai untuk goreng. Berat tandan 7-10 kg dan terdapat 2 sisir dengan 7-10 jejari. Seringkali hingga 5 jejari sesisir. Saiz pisang tanduk besar dengan ukuran 25-35 sm panjang dan 6-7 sm garispusat. Kulitnya tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isinya krim berwarna oren, setelah masak digoreng. Rasanya manis dan enak dimakan.

Pisang Nipah
Pisang Nipah/Sabah
Dikenali juga sebagai Pisang Sabah. Hanya untuk digoreng. Berat tandan antara 15-28 kg dengan 12-18 sisir. Setiap sisir terdapat 12-20 jejari. Jejari bersegi, pendek dan padat dengan kulit yang tebal.Kulit berwarna kuning setelah masak. Panjang jejari diantara 10-15m dan 3-5 sm garispusat. Isi krim putih bertekstur halus. Setelah digoreng manis rasanya. Pokok pisang Nipah agak tinggi dan boleh mencacah sehingga







Pisang Raja
Pisang Raja
Boleh dimakan segar atau digoreng. Ia juga boleh dijadikan kerepek, direbus, dibuat pengat dan dijadikan bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih atau kek.Berat tandan 10-15 kg dengan 6-9 sisir. Setiap sisir terdapat 12-16 jejari. Panjang jejari 15 sm dan 3-4 sm garispusat. Kulit tebal berwarna kuning setelah masak dan mudah dikupas. Isinya krim oren dengan bertekstur kasar. Nama botani pisang raja ialah musa paradisiaca.







Pisang Serendah
Pisang Serendah/Kapal/Meja
Dikenali juga sebagai Pisang Kapal, setengah tempat menamakannya sebagai Pisang Meja. Biasa ditanam di sekitar halaman rumah kerana ketinggiannya yang minima berbanding saiz pisang biasa bahkan ada juga tandan pisang jenis ini yang mencacah tanah. Mungkin itulah juga sebabnya ia mendapat gelar pisang meja. Tandan pisang serendah kadang-kadang boleh mencecah tanah.
Dari segi luaran, pisang ini memang nampak menarik kerana ia seakan-akan pisang embun. Jelasnya pelbagai nama khusus untuk pisang ini berkait rapat dengan sifat fizikalnya. Sebab itu tidak hairan juga bila kita mendengar pisang ini dinamakan Pisang Hijau kerana warna kulitnya yang kekal hijau walaupun buahnya sudah masak. Tetapi perlu diingat pula bahawa terdapat juga pokok pisang bersaiz rendah yang buahnya berwarna kuning apabila masak. Buah pisang serendah agak kurang manis dan lembik apabila masak. Kulit hijau buahnya akan mudah berubah kepada coklet gelap dan tidak tahan lama disamping buahnya mudah gugur dari tandan.

Pisang Seribu
Pisang Seribu mendapat namanya hasil dari buahnya yang sangat banyak bahkan dikatakan boleh mencacah sehngga seribu. Secara fizikal, bentuk pohon pisang ini tak berbeza dengan pohon pisang biasa. Apa yang membezakan hanya jumlah buahnya yang sangat banyak dalam satu tandan itu. Kerana banyaknya jumlah buah pisang dalam satu tandan menyebabkan saiz buah pisang ini agak kecil sekitar ukuran saiz ibu jari tangan manusia. Pisang jenis ini juga agak kurang ditanam sebagai hasil perniagaan kerana permintaan yang kurang melainkan ditanam sebagai hiasan dan untuk jualan anak pokok. Disebabkan buahnya yang banyak menyukarkan buahnya masak serentak. Ketika bahagian atas sudah tua, maka bagian bawahnya masih dalam proses perkembangan,





Pisang Nangka
Pisang Nangka
Sesuai untuk goreng.Isinya krim putih bertekstur halus, lembut dan masam-masam sedikit . Berat tandan 12-14 dengan 6-8 sisir.Setiap sisir terdapat 14-24 jejari dan bentuk jejari bersegi, memanjang dengan saiz jejari sederhana hingga besar










Pisang Awak
'Pisang Awak' juga dikenali di Australia sebagai 'Ducasse' dan 'Kayinja' di Uganda. Di Thailand, ia dikenali sebagai Kluai nam wa (Thai: กล้วย น้ำว้า, IPA: [kluːəj nam wa]). Istilah nam wa sudah pindah ke dalam bahasa Khmer di mana pisang yang dikenali di Kemboja chek nam va (Khmer: ចេកណាំវ៉ា), tetapi dikenali di Khmer berbahasa wilayah Thai Surin sebagai chek SA (Khmer: ចេក ស) atau pisang putih. Ini pelbagai pisang mempunyai pelbagai romanizations termasuk 'Namwah Tall'. Dimakan segar atau dimasak sebagai sajian. Terdapat juga aktiviti di Sabah yang menjadikan pisang jenis ini sebagai bahan utama dalam menghasilkan tapai. Berat tandan ialah 18-22 kg dengan 8-12 sisir. Setiap sisir 10-16 jejari dan panjang jejari ialah 10-15 sm dan 3-5 sm garis pusat. Kulitnya tebal dan isinya putih keras dan melekit





Pisang Raja Udang
Sesuai dimakan segar. Kulit tebal setelah masak dan mudah dikupas. Isinya berwarna krim. Pisang merah mampu membuatkan anda gembira. Ini kerana pisang merah mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin. Dengan memakan pisang ini dikatakan mampu memperbaiki mood seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan.
Ada juga sebilangan individu yang tidak memakan buah ini atas sebab-sebab tertentu. Antara sebabnya ialah kepercayaan lama berkaitan seorang putera raja.  Suatu ketika dulu di sebuah kerajaan sering berlaku peperangan untuk merebut kuasa dan meluaskan tanah jajahan. Mengikut ceritanya dalam satu peperangan seorang putera raja cedera parah dan berjaya menyelamatkan diri daripada musuhnya. Putera raja itu bersembunyi di sebuah hutan dan berteduh di bawah sepohon pisang. Oleh kerana lukanya yang parah putera raja itu pun jatuh pengsan. Apabila putera raja itu sedar, baginda dapati lukanya telah dirawat oleh seorang gadis. Putera raja itu berterima kasih kepadanya kemudian pulang ke istananya. Putera raja itu dimaklumkan bahawa gadis itu adalah roh jelmaan pohon pisang raja udang itu. Bila putera raja itu kembali ke pohon itu didapati pohon itu berbuahkan pisang berwarna merah kesan daripada darahnya. Oleh kerana terhutang budi, putera raja itu mengisytiharkan kepada rakyatnya bahawa mereka tidak dibenarkan memakan pisang raja udang atau menebang pohonnya.
Pokok ini dikenali juga sebagai pisang merah Musa acuminata AAA 'Red Dacca' atau  'gluay nak', gluay dhaeng atau 'gluay Krang' dalam bahasa Thai. Perkataan 'gluay' bermaksud pisang.
Asal-usul 'Red Dacca', jika dikaji hasil catatan penulisan adalah kabur. Ada yang mengatakan India, ada yang mengatakan Amerika Tengah (nama vernakular lain adalah 'Cuban Red' dan 'Banana Roxa'). Kulit buah 'Red Dacca' boleh berubah kepada warna hijau dan hilang keupayaan untuk membuat pigmen merah, dan kultivar itu dipanggil 'Green Dacca. Semua spesies pisang liar berasal dari Asia timur dan moyang liar 'Red Dacca', Musa acuminata (AA) berasal dari Malaysia. https://dokmaidogma.wordpress.com/page/2/
Terdapat pelbagai nama bagi pisang jenis ini:
  • BulgarianCherven banan (Червен банан)
  • BurmeseShwe nget pyaw.
  • ChineseHong guo jiao (紅果蕉)
  • DanishKubabanan, Æblebanan, Rød banan.
  • DutchRode banaan, Cubabanaan.
  • FrenchFigue rose (Guadeloupe, Martinique), Figue rouge(Haiti), Figue rouge-vin, Figue violette (Guadeloupe), Bacove violette (French Guiana), Banane rouge, Banane violette, Banane de Cuba
  • GermanWeinrote Banane, Kuba Banane
  • GreekKōkkini banāna (Κόκκινη μπανάνα)
  • HindiLāl kélā (लाल केला)
  • IndonesiaPisang Susu Merah
  • ItalianBanana rosa, Banana di Cuba
  • JapaneseAkai banana (赤いバナナ)
  • KoreanBbalgan banana (빨간 바나나)
  • Nepalese : Rato kera (रातो केरा)
  • MalaysianPisang raja udang
  • PortugueseBanana roxa (Brazil), Bananeira roxa, Banana vermelha
  • PolishCzerwony banan
  • RussianKrasniy banan (красный банан)
  • SinhaleseRathambala (රතඹලා)
  • SpanishBanano color clarete, Tafetan (Colombia), Tafetan morado (Colombia), Guineo morado (Cuba), Colorado(Puerto Rico), Platano coloradoPlátano rosado (Ecuador),Plátano rojo (Perú)
  • TagalogMorado
  • TamilSevvazhai (செவ்வாழை)
  • ThaiKluay nak กล้วยนาก
  • MalayalamChovazha, Chenkadali (ചെങ്കദളി), Kappa Pazham
  • Sanskrit : Raktakadali (रक्तकदली)

Pelbagai Jenis Pisang Dari luar Negara
Siam Ruby


Musa Praying Hands Banana/Inabanako

Popoulu

Variasi pisang yang terdapat di Pohnpei (Negeri-negeri Bersekutu Micronesia)
Buah pisang jenis ini menonjol keatas.

Dikenali sebagai Pisang Ethiopia, Pisang Habsy.
 Nama saintifik Ensete ventricosum. Buahnya tidak boleh dimakan.


Pisang Gergasi yang terdapat di Papua Barat Indonesia



Buah Pisang Kerdil berwarna putih.
Mengandungi banyak biji.
Pisang Pink Kerdil


Penyakit 



Penyakit yang sering menyerang pisang adalah seperti berikut
Penyakit moko
Penyakit moko ini disebabkan oleh sejenis bakteria yang nama saintifiknya adalah Ralstonia solanacearum E. Yabuuchi. Moko ini endemik di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ia menular ke merata dunia termasuklah negara kita. Bakteria ini menyerang tanaman makanan seperti pisang, ubi kentang, tomato, terung, cili, kapsikum dan kacang tanah.

Penyakit ini adalah ‘soil-borne’, iaitu penyebarannya adalah melalui tanah. Oleh yang demikian, adalah susah untuk dikawal melalui penggunaan kimia. Jangkitan juga boleh berlaku dari penggunaan peralatan seperti pisau, parang dan cangkul. Jadi kalau petani menggunakan parang untuk memotong batang atau mana-mana bahagian pokok yang berpenyakit moko ini, kemudian menggunakan parang yang sama pada pokok yang lain, bakterianya akan berjangkit kepada pokok itu.

Bintik daun (Sigatoka) (Mycosphaerella musicola)
Bintik-bintik kecil berwarna perang kekuningan atau jalur-jalur hijau kekuningan selari dengan urat daun. Kemudian bintik-bintik ini membesar dan bujur dengan bahagian tengah berwarna perang terang yang dikelilingi warna perang gelap. Bintik-bintik ini akan bercantum antara satu sama lain yang mengakibatkan bahagian daun yang diserang menjadi perang dan kering.
Kawalan : Gunakan kultivar yang resistan. Sembur racun benomyl.

Penyakit Panama (Fusarium witt) (Fusarium oxyspotrium)
Berpunca dari tanah. Simptom pertama bermula dengan daun tua menjadi kuning atau tangkai daun melekang walaupun daun masih hijau. Akhirnya semua daun layu dan mati.
Kawalan: Gunakan varieti yang resisten. Menjaga kebersihan ladang. Gunakan bahan tanaman yang bebas dari penyakit.

Serangga Perosak

Pengorek umbi pisang (Cosmopolites sordidus)
Larva mengorek dan makan umbi pisang. Umbi berlubang dan akan menjadi perang dan busuk. Daun bertukar menjadi kuning. Anak-anak pisang lemah dan mati.
Kawalan
Gunakan bahan tanaman tanpa penyakit dengan celup ke dalam air panas selama 5 – 10 minit. Menyiram racun dieldin pada pangkal pokok. Menjaga kebersihan ladang.

Nematod
Akar-akar yang berjangkit bertukar ke warna coklat kemerahan dan akhirnya menjadi hitam. Akar yang diserang kelihatan tompok-tompok hitam berbintik dan pecah terutama dibahagian umbi dan menjadi reput
Kawalan
Merendam dalam air panas. Menjaga kebersihan ladang. Menyiram dengan racun feramiphos.

Lalat Buah
Larva menyerang buah. Terdapat bintik-bintik hitam bekas tusukan dikulit buah.

Kawalan
Membungkus buah


73 comments:

drmdarif81 said...

Assalamualaikum Tuan,
Terima kasih di atas perkongsian yang menarik.
Bagaimana boleh saya hubungi Tuan untuk perbincangan lanjut?
Terima kasih

drmdarif81 said...

Assalamualaikum Tuan.
Macamana saya boleh berhubung dengan Tuan?

Tdy said...

Tq atas perhatian saudara. boleh menghubungi saya di email: thaddyouch@yahoo.com.my atau di no hp 0198815681. TQ.

azlin said...

terima kasih atas maklumat panduan penanaman pisang, sangat menarik..saya sangat berminat, bagaimana saya menghubungi tuan untuk perbincangan selanjutnya, boleh hubungi sya melalui email, norhazlinamirhassan@gmail.com atau hp sya 0178940519, sya berharap tuan dapat menghubungi saya, sekian

azlin said...

terima kasih atas maklumat panduan penanaman pisang, sangat menarik..saya sangat berminat, bagaimana saya menghubungi tuan untuk perbincangan selanjutnya, boleh hubungi sya melalui email, norhazlinamirhassan@gmail.com atau hp sya 0178940519, sya berharap tuan dapat menghubungi saya, sekian

Tdy said...

Salam Azlin.
Sorry kerana lambat respon.email sya thaddyouch@yahoo.com.my. no hp 0198815681. sebelum ini banyak juga pembaca yg berminat dan memulakan penanaman pisang telah menghubungi saya. banyak yang boleh dikongsi.

Unknown said...

Salam...sy berhajat utk menanam pisang di atas keluasan 1 ekar.sgt memerlukan bantuan nasihat dari tuan.sudi watsap sy di 0199998977.

Tdy said...

keluasan 1 ekar untuk penanaman pisang. berapa jumlah pokok yang boleh ditanam bergantung kepada jenis pisang yang ditanam. Ada pisang yang pokoknya agak besar dan tinggi seperti pisang Nipah/pisang Sabah. Bagi pokok yang bersaiz besar dan tinggi perlu jarak penanaman yang lebih jauh berbanding jenis pisang yang lain seperti pisang emas yang rendah. Bentuk mukabumi yang rata sangat sesuai utk tanaman. kawasan yang bercerun pn sesuai juga tetapi akan mempengaruhi ketinggian pokok yang ditanam. misalnya pokok pisang emas boleh mencapai ketinggian lebih 3 meter sekiranya ditanam dibahagian bawah cerun. Tanaman pokok tunggal untuk keluasan 1 hektar boleh mencapai lebih 1000 pokok pada jarak 2.5m - 3m. Pisang berangan contohnya boleh ditanam sekitar 700-800 pokok secara tanaman tunggal. Perlu perhatian lebih terutamanya baja dan kadar kelembapan tanah.

Unknown said...

Salam, bulan 3 ni saya mula tanam psiang tanduk... 2.5 ekar boleh tanam berapa pokok ye? boleh tuan tinggalkan no tel... 0169747871(whatsapp saya)Isham

Unknown said...

salam tuan, saya hendak memulakan penanaman pisang tanduk pada bulan 3 ini... Jadi dengan keluasan 2.5 ekar berapa banyak pokok boleh tanam.... atau tuan tinggalkan no fon... Isham-0169747871(whatsapp)

Tdy said...

Pisang tanduk melalui kaedah tanaman tunggal boleh ditanam pada jarak 2.5m x 2.5m atau 3m x 3m. Ini bermakna dengan keluasan 1 hektar boleh memuatkan antara 700 pokok hingga 1000 pokok. Jarak penanaman ini perlu disesuaikan pula dengan keadaan bentuk mukabumi, misalnya kawasan yang bercerun curam boleh ditanam lebih dekat.

Myshah said...

Salam tuan . Saya bercadang untuk menanam pisang di dalam dusun durian saya seluas 2 ekar. Pokok durian adalah durian benih kampong yang agsk tinggi. Boleh tuan cadangkan pisang jenis apa yang paling sesuai.
terima kasih.

Tdy said...

kawasan tanaman durian boleh diselang seli dengan pokok pisang sekiranya pokok durian ditanam pada jarak yang longgar dan ruang masih sesuai. kesesuaian ini bergantung pula kepada kadar cahaya matahari yang boleh terus kepada pokok pisang. pokok pisang sangat memerlukan cahaya yang cukup selain baja dan kadar kelembaban tanah yang sesuai. Pokok durian yang tinggi dan ditanam agak rapat akan menyebabkan pencahayaan akan kurang pada bahagian bawah pokok dan tidak sesuai utk penanaman pisang. Kalau masih ada ruang dgn pencahayaan yang cukup, semua jenis pisang sesuai utk ditanam. Pisang emas sangat sesuai kerana saiz pokoknya yang rendah dan cepat mengeluarkan hasil. Saya cadangkan tanam melalui kaedah tanaman tunggal. TQ.

Unknown said...

Berapakan modal tuan utk permulasn tanaman pisang ni?sy baru nak berjinak2 dlm tanaman pisang ni..tq

Tdy said...

saya memulakan tanaman pisang dengan modal yang kecil. membeli seratus anak pokok pisang berangan dan selebihnya saya usahakan dengan mengambil anak pokok di kebun ahli keluarga. ada juga beberapa anak pokok pisang yg diberi oleh kawan2 secara percuma. 100 pokok ini dlm masa beberapa bulan sj akan berkembang menjadi antara 300 - 500 pokok melalui pertumbuhan anak pisang yang baru. Proses ini memakan masa dan lama dan kadang membosankan. terima saja hakikat klu ini saja yang termampu. tanam dengan tenaga sendiri. Paling penting sekali ialah usaha utk memulakan selain adanya ruang atau kawasan untuk penanaman. Penanaman pisang sangat sesuai bagi mereka yang bekerja di pejabat. Ini kerana pisang tidak memerlukan penyelangaraan yang banyak. Kerja-kerja penyelangaraan boleh dilakukan pada hujung minggu atau semasa cuti. Bagi mereka yang mempunyai modal yang besar pasti akan lebih mudah menjayakan projek penanaman kerana kemampuan menyediakan ruang penanaman yang sesuai beserta benih dalam jumlah yang banyak, tenaga kerja yang cukup, maklumat yang lebih baik. Maklumat merujuk kepada pengetahuan tentang pemasaran semasa, pengetahuan tentang baja yang sesuai, kaedah penanaman, kawalan penyakit dsb. Kemampuan mentadbir dengan lebih mudah dengan adanya sumber kewangan. Kalau ada modal yang besar mudah memulakan dengan saiz yang besar. klu ada modal sedikit, masih boleh menjalankan usaha ini tetapi mesti berwawasan. TQ.

Unknown said...

salam sejahtera tuan, terimakasih atas penulisan tuan berkenaan informasi dlm bidang ini, sesungguhnya ia sgt membantu kepada pengusaha2 yg menceburi bidang ini. sy mengusahakn tanaman pokok pisang jenis pisang sabah, saya ingin bertanya tuan... 1. berkenaan tempat pemasaran buah pisang ini pada kuantiti yg banyak, dan berterusan dimna kita boleh memasarkn buah pada bila2 masa, 2. adakah harga pada 80-90 sen sekilo tu tetap atau berubah2, terimakasih tuan..

Tdy said...

Terdapat banyak pengusaha yang bersedia membeli hasil pertanian dalam jumlah yang banyak dan harga yang lumayan. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA)juga merupakan sebuah agensi pemasaran kerajaan yang bersedia membeli buah pisang Sabah dalam jumlah yang banyak dengan harga yang lumayan. Pada ketika ini pihak FAMA bersedia membeli pisang Sabah pada kadar rm1.00 sekilo sekiranya hasil tersebut dihantar terus ke pusat pengumpulan hasil pertanian FAMA. Rm0.80 sekiranya meminta pihak FAMA datang terus ke kebun tuan. RM0.60 sekiranya pihak FAMA menggunakan tenaga kerjanya sendiri untuk mengendalikan kerja2 penuaian hasil tanaman. Ini yang dimaklumkan oleh staff FAMA Sabah. Tidak pasti di Cawangan FAMA yang lain.

Setiap hasil pertanian mengalami situasi turun naik harga. Di Sabah harga jualan buah pisang sabah/nipah ada ketikanya mencacah sehingga RM2.50 sekilo tetapi terdapat juga pemborong membeli pada harga rm0.50/kg. Semuanya dipengaruhi oleh keadaan pasaran. Apa yang perlu diberi perhatian ialah permintaan terhadap buah pisang sabah dan pisang tanduk yang tinggi mewujudkan peluang lumayan kepada setiap pengusaha untuk melipatgandakan pengeluaran tanpa keraguan. http://www.mynewshub.cc/2015/03/22/sabah-bakal-jadi-pengeluar-utama-pisang-negara/

Anonymous said...

salam tuan,terlebih dahulu saya sgt bersyukur atas perkongsian tuan yg sangat bermanfaat kepada setiap insan yg membacanya. Sy ingin bertnya kepada tuan jika ada pihak yg menjual benih pisang sabah secara kultur,sekian terima kasih tuan.

Tdy said...

Beberapa tahun dulu saya pernah membeli benih pisang Montel yang ditanam secara kultur di pedalaman Sabah. Ketika itu penanaman pisang sabah/nipah belum meluas dan ditanam hanya utk kegunaan sendiri. Ini bermakna ada juga kalangan pengusaha yang telah mencuba kaedah penanamanan ini (tisu kultur). Kaedah penanaman kultur ini mampu menampung permintaan benih dalam jumlah yang banyak pada satu satu masa. Tetapi waktu yang terdekat ini tidak ada lagi berita tentang penjualan benih pisang khususnya jenis pisang sabah yang ditanam secara kultur. Ini mungkin disebabkan bekalan anak benih pisang boleh diperolehi dengan mudah kerana pertumbuhan anak pisang yang cepat dari pokok. Sementara permintaan terhadap benih pisang juga tidak tetap. Pembenihan pisang secara kultur sangat sesuai untuk ladang yang bersaiz besar sementara pekebun kecil lebih memilih untuk mendapatkan benih pisang dengan cara biasa.

Unknown said...

assaamualaikum
boleh cadangkan di mama sy boleh dapatkan benih pisang?
wsap sy 01128937269

Tdy said...

Untuk mendapatkn bekalan benih pisang perlu dinyatakan lokasi penanaman kerana kos penghantaran akan meningkat sekiranya melibatkn jarak yang jauh. perlu pula dinyatakan jenis pisang yang diperlukan sebab di lokasi saya benih pisang yang dijual pada masa ini hanya terhad kepada pisang saba dan pisang berangan. Namun terdapat juga beberapa variati pisang tetapi hanya sebagai koleksi.

ساريده سنين said...

Assalamualaikum...

bagus info...sy follow ye... terima kasih...

Tdy said...

Dipersilakan dan dialu-alukan. Terima kasih.

bananaSabah said...

Salam sejahtera tuan,
Terima kasih atas info penanaman pisang yg sangat membantu. Saya berminat untuk memulakan tanaman pisang sabah, masalahnya di kawasan kebun saya banyak terdapat tupai berkeliaran. Mohon pendapat tuan berkenaan haiwan perosak seperti tupai yang menjejaskan hasil pisang Sabah. Bagiamana cara2 kawalan yang sesuai dan adakah lebih menguntungkan jika menanam spesis pisang lain berbanding pisang sabah jika terdapat banyak tupai di kawasan tersebut? Terima kasih.

Unknown said...

As-salam tuan. Saya baru memulakan tanaman pisang Bangla di Penor Kuantan. Dimanakah saya boleh mendapatkan benih anak pisang pada kadar 5000 pokok.

Unknown said...

Saya baru memulakan tanaman pisang di Penor Kuantan Pahang. Dimanakah boleh saya mendapatkan benih anak pisang nangka pada kadar 5000 pokok.

Unknown said...

As-salam tuan. Saya baru memulakan tanaman pisang Bangla di Penor Kuantan. Dimanakah saya boleh mendapatkan benih anak pisang pada kadar 5000 pokok.

ffredrick peterson said...

Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan? pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka, dan lain-lain .. Atau adakah anda telah ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab. Kami adalah pemberi pinjaman swasta, pinjaman kepada perniagaan dan individu dalam kadar faedah yang rendah dan berpatutan kadar faedah 2%. jika Berminat? Hubungi kami hari ini di (eleazardiaz536@gmail.com) dan mendapat pinjaman anda hari ini
Regards,
Eleazar Diaz pasukan pelaburan

Unknown said...

Salam tuan...saya nak tanya pisang sabah..pisang kebatu..pisang abu...pisang nipah..pisang jenis sama ke semuanya..atau lain2..

Unknown said...

Salam tuan...saya nak tanya pisang sabah..pisang kebatu..pisang abu...pisang nipah..pisang jenis sama ke semuanya..atau lain2..

Tdy said...

Pisang Saba adalah sama dengan Pisang Abu, Pisang Nipah atau pisang Kebatu. Ia terhasil dari teknologi pertanian moden melalui proses kacukan pisang jenis Musa acuminata and Musa balbisiana. Malahan terdapat juga jenis pisang Saba yang saiznya lebih besar dan lebih manis, kulit yang lebih nipis tanpa biji, tahan cuaca dan malah tandan lebih besar. Pada pendapat saya rasanya juga lebih enak dari pisang Saba biasa. Saya menamakan pisang ini pisang Maumere kerana berasal dari kepulauan Maumere, Indonesia.

Tdy said...

Bagi pengusaha yang baru memulakan projek dan memerlukan bekalann benih pisang, saya mohon maaf kerana tidak dapat membantu kerana saya berada di kawasan pedalaman Sabah. Kos pennghantaran agak mahal. Sebab itu saya berpendapat, adalah lebih jimat untuk mendapatkan bekalan benih pisang yang hampir dengan lokasi saudara. Ini terutamanya yang berada di Semenanung Malaysia.

Anonymous said...

Assalam tuan, pokok pisang tak boleh terendam lebih 2 jam, bagaimana jika kawasan tanaman pisang dinaiki air sedalam 1kaki, bolehkah diselamatkan? Jika boleh, macam mana nak atasinya?

Tdy said...

pokok pisang tidak mati kalau ditakungi air dalam tempoh 2 jam. Masalah penanaman pisang yang ditakungi air dapat diatasi dengan memperbaiki sistem saliran. Pernah juga saya melawat kebun pisang yang ditakungi air semasa banjir. Dalam tempoh seharian air menengelami kawasan tanaman pisang dengan kedalaman lebih 1m. Apabila air surut pokok pisangpn tersenyum. Mungkin sebab x mati.

Unknown said...

Mohon pencerahan saudara admin...jenis pisang terlaris di pasaran masa kini jenis yang mana ye...tq

Tdy said...

Antara pisang yang laris di pasaran ketika ini: Pisang Saba/Nipah, Pisang berangan, Pisang Nangka, Pisang Tanduk. Beberapa varieti pisang lain juga mendapat permintaan yang banyak terutamanya pisang yang digunakan untuk jualan pisang goreng. Sangat dipengaruhi oleh faktor2 persekitaran/setempat. Maklumat ini penting sebagai panduan memilih jenis pisang yang akan diusahakan. Harap dapat membantu.

Udo@Agro said...

Assalam tuan,terima kasih atas info yg sangat membantu.Saya mengusahakan tanaman pisang berangan dan nangka.

Unknown said...

Hello,
Adakah anda memerlukan bantuan kewangan segera untuk tujuan peribadi atau untuk keperluan perniagaan anda? Berikut adalah beberapa berita baik untuk anda. Kami menawarkan pinjaman kepada individu atau syarikat-syarikat korporat pada kadar peratusan tahunan yang paling rendah.
Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan: -
* Pinjaman Wang Keras
* Pinjaman Perniagaan
* Pinjaman Penyatuan Hutang
*Pinjaman peribadi
* Pinjaman Pengembangan Perniagaan
*Pinjaman pelajar
* Pinjaman Pembangunan Pertanian
... Dan banyak lagi

E-mel: kathleenfosterloanfirm@gmail.com
Anda juga boleh menghubungi IBU PEJABAT kami melalui:
kathleenfosterloanfirmUS@gmail.com

Nama pemiutang: Puan Kathleen

MRS ALICE WALTON said...

Adakah anda memerlukan pinjaman? Pernahkah anda mencari di mana untuk mendapatkan pinjaman? Adakah anda telah cuba untuk mendapatkan apa-apa jenis pinjaman? kemudian memohon sekarang di (alicewaltonloans@gmail.com) jika anda mahu untuk mendapatkan pinjaman yang berpatutan. Pinjaman ditawarkan di sini pada kadar faedah yang sangat rendah 3%. Hubungi kami sekarang jika anda berminat.

Nama penuh:
negara:
Nombor telefon peribadi:
WhatsappNumber:
jumlah pinjaman yang diperlukan sebagai pinjaman:
Tempoh pinjaman:


Email: alicewaltonloans@gmail.com

Puan Alice Walton

MRS ALICE WALTON said...

Adakah anda memerlukan pinjaman? Pernahkah anda mencari di mana untuk mendapatkan pinjaman? Adakah anda telah cuba untuk mendapatkan apa-apa jenis pinjaman? kemudian memohon sekarang di (alicewaltonloans@gmail.com) jika anda mahu untuk mendapatkan pinjaman yang berpatutan. Pinjaman ditawarkan di sini pada kadar faedah yang sangat rendah 3%. Hubungi kami sekarang jika anda berminat.

Nama penuh:
negara:
Nombor telefon peribadi:
WhatsappNumber:
jumlah pinjaman yang diperlukan sebagai pinjaman:
Tempoh pinjaman:


Email: alicewaltonloans@gmail.com

Puan Alice Walton

Siti said...

Assalamualaikum

maaf saya mau tanya, akan tetapi bukan masalah cara menanam pisang, melainkan mengenai pisang tanduk......dalam gambar di atas, pisang tanduk tidak ada jantung ( bunga pisang ), apakah benar pisang tanduk tidak ada jantungnya?

Unknown said...

salam tuan..kalau saya mahu tanam pisang helang berapa jarak yg sesuai antara pokok pisang tu?

Unknown said...

salam..saya mahu tanam pisang helang..berapa jarak yg sesuai utk tanaman pisang helang?

Unknown said...

salam..saya hendak tanam pisang helang..brp jarak yg sesuai utk tanam?

Unknown said...

Terima kasih tuan. Benarkan saya untuk memautkan blog tuan ke ruang Persatuan Usaha Niaga Tani Udsor Sabah, yang baru sahaja ditubuhkan untuk membantu para petani dalam beberapa perkara termasuk memberi pengetahuan tambahan dalam pertanian.

David Ebin
Presiden Persatuan

Unknown said...

Salam tuan..jika kita ingin mengupah pekerja menanam anak pisang Sabah. berapakah upah menanam sebatang pokok untuk sesuatu keluasan tertentu...

Lan said...

Salam tuan..jika kita ingin mengupah pekerja menanam anak pisang Sabah. berapakah upah menanam sebatang pokok untuk sesuatu keluasan tertentu...

Surfacenois said...

Salam tuan. bagaimana cara untuk mengelakkan pokok pisang dari terkena penyakit? saya baru mula menanam pokok pisang, dan saya agak risau tanaman pisang saya terkena serangan penyakit sebelum hasil dapat di tuai. apakah ada penggunaan racun secara berjadual untuk mengelak serangan penyakit? mohon sedikit penjelasan dari tuan. terima kasih.

former Luton said...

Sharing yg amat informative dan inspiring. Tq admin...

hakimnoh said...

terima kasih tuan atas perkongsian ilmu yang bermanafaat. semoga ianya menjadi bekalan yang berkekalan di sana.

hakimnoh said...

terima kasih atas perkongsiaan yang bermanafaat

Nur Tajjali said...

Maklumat ini penting utk panduan sebelum penanaman.kalau pisang berangan ne tuan..ada pembeli yang membeli dalam kuantiti yang banyak kh?

Unknown said...

BERITA BAIK

Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk bermula?
Saya pengarah Nadira Muhammad Loans Limited,
Perkhidmatan pinjaman Nadira Muhammad adalah lesen kredit pelaburan undang-undang, kami menawarkan
Pinjaman kepada Individu dan perniagaan dan menyediakan
Perkhidmatan dan pelaburan yang boleh dipercayai untuk tahap pelanggan / calon
Dengan kadar faedah yang berpatutan sebanyak 2%, dengan jumlah minimum pinjaman dari
(3000 $ / € / Rp) untuk jumlah pinjaman maksimum ($ 700 miliar $ / € / Rp) dengan
Tempoh 1 tahun hingga 25 tahun. Hubungi kami dengan syarikat
E-mail di: Nadiramuhammadloancompany@gmail.com

Misi syarikat ini adalah untuk menyediakan individu dan syarikat
Pertubuhan diri sendiri
Memenuhi keperluan mereka, berharap dan membantu meningkatkan jiwa kita
Dan komuniti mereka. Perlu pinjaman prom? Sekitar
48 jam perkhidmatan penuh untuk pelanggan kami.

Saya berharap dapat bertanya kepada anda secepat mungkin untuk bermula
Seketika, kami bersedia untuk melayani anda
Cari pinjaman yang berminat untuk mengisi borang permohonan di bawah gaji

Unknown said...

BERITA BAIK

Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk bermula?
Saya pengarah Nadira Muhammad Loans Limited,
Perkhidmatan pinjaman Nadira Muhammad adalah lesen kredit pelaburan undang-undang, kami menawarkan
Pinjaman kepada Individu dan perniagaan dan menyediakan
Perkhidmatan dan pelaburan yang boleh dipercayai untuk tahap pelanggan / calon
Dengan kadar faedah yang berpatutan sebanyak 2%, dengan jumlah minimum pinjaman dari
(3000 $ / € / Rp) untuk jumlah pinjaman maksimum ($ 700 miliar $ / € / Rp) dengan
Tempoh 1 tahun hingga 25 tahun. Hubungi kami dengan syarikat
E-mail di: Nadiramuhammadloancompany@gmail.com

Misi syarikat ini adalah untuk menyediakan individu dan syarikat
Pertubuhan diri sendiri
Memenuhi keperluan mereka, berharap dan membantu meningkatkan jiwa kita
Dan komuniti mereka. Perlu pinjaman prom? Sekitar
48 jam perkhidmatan penuh untuk pelanggan kami.

Saya berharap dapat bertanya kepada anda secepat mungkin untuk bermula
Seketika, kami bersedia untuk melayani anda
Cari pinjaman yang berminat untuk mengisi borang permohonan di bawah gaji

james said...

Salam.kepada yang memerlukan benih pisang kultur kami ada membekalkan dan boleh menghantar ketempat anda.semenanjung sahaja.sila wassapp atau call .018 9136619.jamsari..terima kasih

Anonymous said...

Assalam Tn. Tdy,
Terima kasih atas perkongsian ikhlas yg sangat berinformative. Tuan saya sangat berminat untuk mendapatkan benih pisang MAUMERE dri Indonesia ini. Tuan ada menjual nys ke tidak.

Yq
Shahrin Keriys
0122372489

Anonymous said...

Salam tuan... masalah pokok pisang patah semasa berbuah adakah disebabkan berat tandan pisang atau pokok diserang penyakit...

Tdy said...

Saya ada pisang Maumere dari Indonesia. Jumlahnya tidak banyak tetapi boleh diperbanyakkan pada masa akan datang.

Tdy said...

Surfacenois...
Salam tuan. bagaimana cara untuk mengelakkan pokok pisang dari terkena penyakit? saya baru mula menanam pokok pisang, dan saya agak risau tanaman pisang saya terkena serangan penyakit sebelum hasil dapat di tuai. apakah ada penggunaan racun secara berjadual untuk mengelak serangan penyakit? mohon sedikit penjelasan dari tuan. terima kasih.

Terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh menyerang tanaman. Di sini saya tekankan tentang penyakit moko kerana ia merupakan antara jenis penyakit yang sukar diatasi. Penyakit moko ini disebabkan oleh sejenis bakteria yang nama saintifiknya adalah Ralstonia solanacearum E. Yabuuchi. Serangan penyakit boleh berlaku melalui pelbagai cara. Antaranya ialah benih yang ditanam telah dijangkiti penyakit. Terdpat juga keadaan di mana kawasan penanaman yang baru dibuka merupakan kawasan yang tercemar oleh bakteria penyakit tanaman. Peralatan pertanian yang dicemari penyakit tanaman juga boleh menyebabkan tanaman dijangkiti. Oleh yang demikian, adalah susah untuk dikawal melalui penggunaan kimia. Jangkitan juga boleh berlaku dari penggunaan peralatan seperti pisau, parang dan cangkul. Jadi kalau petani menggunakan parang untuk memotong batang atau mana-mana bahagian pokok yang berpenyakit moko ini, kemudian menggunakan parang yang sama pada pokok yang lain, bakterianya akan berjangkit kepada pokok itu. Demikian antara langkah boleh diambil utk mengelak jangkitan.

Marc said...

Salam tuan...sy mau tanya..kalau pisang sabah.. 1 ekar brapa ratus pokok boleh tanam? Dan berapakah jarak penanaman yg sesuai..bagi pisang sabah.. tq

Marc said...

Salam tuan...sy mau tanya..kalau pisang sabah.. 1 ekar brapa ratus pokok boleh tanam? Dan berapakah jarak penanaman yg sesuai..bagi pisang sabah.. tq

Alfred Nehemia said...

Kabar baik!! pencari pinjaman !!!

Nama saya Alfred Daniel Nehemia dari bali Indonesia, roti CEO Daniel Bakery, Pertama-tama saya akan mengatakan bahwa Tuhan harus memberkati Lady jane karena mengenalkan saya kepada perusahaan pinjaman yang jujur ​​dan halal sehingga saya benar-benar percaya bahwa Anda memberi tahu rekan kerja bahwa saya mempunyai Ide bagus untuk memulai bisnis sendiri karena mendapat pekerjaan tidak mudah jadi saya pergi ke bank untuk mendapatkan pinjaman (Rp800 juta) tapi mereka semua meminta uang muka sebesar jumlah pinjaman saya tapi satu-satunya properti yang saya miliki adalah motor. Sepeda, yang membuat saya merasa kecewa
Jadi saya mencari perusahaan pinjaman online tapi kebanyakan menipu dan menipu, saya hampir kehilangan harapan dan kepercayaan diri sampai saya membaca artikel tentang lady jane tapi saya tidak sempat menutup tapi membaca artikelnya jadi saya mencoba pencarian online lain yang disebut craigslist. org dimana saya melihat iklan perusahaan Dangote Loan jadi saya memutuskan untuk melamar dan menghubungi lady jane juga

Dangote Loan Company memberikan pinjaman dengan tingkat suku bunga 2% dan tidak kurang dari Rp20 juta

Saya mengikuti prosedur di sana, memberikan semua yang diminta, saya juga sangat takut, tapi untuk kemuliaan tuhan, doaku dijawab dan uang pinjaman saya ditransfer ke saya tanpa masalah.

jadi jangan buang waktu anda kontak Dangote perusahaan pinjaman Via dangotegrouploandepartment@gmail.com

Anda juga bisa mencari di google untuk informasi lebih lanjut, ini nyata dan sangat nyata atau hubungi saya juga melalui email di alfreddaniel324@gmail.com dan juga di BBM: 7AEA8FA5

Tdy said...

Siti said...
Assalamualaikum

maaf saya mau tanya, akan tetapi bukan masalah cara menanam pisang, melainkan mengenai pisang tanduk......dalam gambar di atas, pisang tanduk tidak ada jantung ( bunga pisang ), apakah benar pisang tanduk tidak ada jantungnya?

Pisang tanduk berbuah melalui jantung yang besar. Ketika kelopak pertama jantung pisang jenis ini terbuka, ia akan menyerlahkan setandan buah pisang, dengan berapa sisir dan biji pisang yang ada tapi tanpa jantung. Berbeza dengan jenis pisang yang lain yang masih ada jantung yang perlu dicantas untuk memberi tumpuan pembesaran kepada buah.

Tdy said...

Blogger Unknown said...
Terima kasih tuan. Benarkan saya untuk memautkan blog tuan ke ruang Persatuan Usaha Niaga Tani Udsor Sabah, yang baru sahaja ditubuhkan untuk membantu para petani dalam beberapa perkara termasuk memberi pengetahuan tambahan dalam pertanian.

David Ebin
Presiden Persatuan

Gunakan agar manfaatnya akan tersebar luas. Semoga dapat membantu.

Tdy said...

Blogger Muhammad Firdaus said...
salam..saya hendak tanam pisang helang..brp jarak yg sesuai utk tanam?

14 April 2017 at 05:16

Pisang helang atau pisang Lang/pisang tanduk hanya memerlukan jarak 2 meter untuk penanaman. Cuma perlu dikurangkan anak pokok untuk menjaga kualiti buah. Pokoknya kadangkala kurus dan mudah patah kerana tidak dapat menampung berat buah. Oleh itu perlu disokong dengan kayu atau buloh.

Tdy said...

Blogger Unknown said...
Maklumat ini penting utk panduan sebelum penanaman.kalau pisang berangan ne tuan..ada pembeli yang membeli dalam kuantiti yang banyak kh?

17 August 2017 at 20:42

Pisang berangan mempunyai permintaa tersendiri dalam pasaran tempatan. Ini adalah kerana rasanya yang sedap manis dan boleh dimakan terus tanpa digoreng terlebih dahulu. Pisang ini juga mempunyai permintaan yang banyak di luar negara. Ini memerlukan kawasan penanaman yang luas sebagai memenuhi permintaan pisang jenis ini. Walau bagaimanapun perlu diingat, anda perlu bersedia dengan beberapa proses penting apabila melibatkan pasaran luar. Antara persediaan asas ialah menjaga kualiti buah. Saiz buah perlu mencapai saiz standard. Ini memerlukan penyelangaraan awal bermula sejak penanaman, pembajaan, proses membuang jantung, dan pembungkusan buah agar buahnya segar dan kulit buah yang cantik. Ia juga perlu melalui proses pengredan dan pembungkusan sesuai bagi kualiti barangan eksport. Semoga maklumat bermanfaat.

Tdy said...

gnr 89 said...
Salam tuan...sy mau tanya..kalau pisang sabah.. 1 ekar brapa ratus pokok boleh tanam? Dan berapakah jarak penanaman yg sesuai..bagi pisang sabah.. tq

3 January 2018 at 04:03

1 ekar boleh tanam sekitar 700-1000 pokok jika ditanam pada jarak 2.5m x 2.5m atau 3mx3m. Penanaman juga perlu mengambil kira bentuk muka bumi. Tanah curam boleh tanam lebih dekat tp perlu diingat bahawa kawasan tanah tinggi dan beriklim panas kurang sesuai utk penanaman pisang yg memerlukan air yang banyak setiap hari. Pokok pisang juga akan tumbuh lebih tinggi dan kurus jika ditanam dikawasan tanah rendah yang lembab dan curam.

Kopeknyioq said...

Saya pun ada menanam pisang nipah..alhamdulilah maklumat yg amat berguna kepada saya terima kasih

Unknown said...

Salam.?pisang sy kenapa jadi tidak subur daun menjadi kuning dan berkarat

aqiella said...

Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Saya pelajar dari universiti tempatan ingin membuat kajian dan ingin membuat satu system tentang penjagaan penanaman pisang di Malaysia.
Boleh saya tahu, kepada siapa yang boleh saya hubungi untuk mendapat maklumat yang lebih lanjunt tentang penjagaan pisang di Malaysia.

Sebarang maklum balas, sukacitanya boleh menghubungi saya di
aqielanor@gmail.com

Terima Kasih

joh said...

Di sabah di mana tuan...mana tau berhampiran sahaja.

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian tuan. Sy baru mulakan kebun pisang di tnh seluas 10000ft. Pisang yg sedia ada adalah pisang awak dan sy bercdg utk menanam pisang berangan dan mas.

Unknown said...

Mcm mana nk dptkan benih pisang luar negara tuan?