Bebola Mata Bumi







Ketika Mikhail Mikhailov seorang jurugambar di kepulauan Sakhalin Russia Timur menaiki helikopter di ruang udara Russia timur, beliau terkejut apabila melihat objek seperti mata manusia yang sangat besar. Setelah didekati ternyata objek itu terhasil dari pembentukan lumpur gunung berapi Pugachevskiy, yang terletak di Pulau Sakhalin.

'Terdapat cukup banyak gunung berapi lumpur di dunia, dan yang satu ini adalah yang terkenal. Tetapi saya tidak pernah melihat ia kelihatan seperti mata!' Kata Mikhailov.

Pemandangan sedemikian tericipta semasa letusan, mewujudkan iris coklat berlumpur sekitar pusat gunung berapi, yang kelihatan berfungsi sebagai pupil bebola mata.

'Ia adalah letusan yang sangat kuat, lumpur itu keluar dari satu titik dan kemudian tersebar dengan seimbang ke membentuk jalur-jalur yang sekata,' kata Mikhailov.

Menurut pengkaji geologi Amerika Syarikat,  lumpur gunung berapi hanyalah kon kecil gunung berapi berbentuk lumpur. Ia tercipta hasil letusan lumpur dari lohong, sama ada yang mengalir sebagai cecair atau dikeluarkan ke udara. 

Biasanya ditemui di zon benam, gunung berapi lumpur terbentuk daripada apa-apa saja gas dan cecair dan cenderung untuk melepaskan metana, disamping itu mereka juga melepaskan sejumlah kecil nitrogen dan karbon dioksida. 

'Ia mencipta pemandangan yang sangat indah, kelihatan betul-betul seperti mata bumi, terutama dari helikopter. Ia pasti satu fenomena yang jarang berlaku,' kata Mikhailov.



No comments: