Tips Masak Mee Segera Agar Tetap Sihat




Adakah anda salah seorang penggemar makanan mee segera? Rasanya hampir setiap orang menggemari makanan ini. Selain cara penyajiannya yang mudah, harga mee segera juga dalam lingkungan harga yang mampu dibeli sehingga tak hairan apabila banyak orang yang menjadikan makanan yang satu ini sebagai pilihan untuk mengalas perut yang lapar.

Terdapat banyak kajian mendapati makanan mee segera ini tidak sesuai dan berisiko terhadap kesihatan. Perlu anda ketahui, terdapat 136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam sebungkus mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO.

The Codex Alimentarius Commission, established by FAO and WHO in 1963 develops harmonised international food standards, guidelines and codes of practice to protect the health of the consumers and ensure fair practices in the food trade. The Commission also promotes coordination of all food standards work undertaken by international governmental and non-governmental organizations.

Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.

Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Tahukah anda bahawa kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya.Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

10 Ramuan Bahaya Dalam Mee Segera

Kalsium Sulfat   : Kapur Paris.
Asid Tartarik   :    Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida  : Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ)   :   Produk berasaskan petroleum iaitu satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT  :   Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate   :  Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin  yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

Pentasodium triphosphate  : Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol  :   Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

 Polydimethylsiloxane  : Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

 Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine)  : Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.



Walaupun menyedari risiko berakibat dari pengambilan makanan ini namun penjualan di hampir semua premis perniagaan menunjukkan mee segera mempunyai permintaan yang tinggi. Ketika bencana banjir melanda negara pada 2014, bahan makanan inilah yang menjadi pilihan kerana hanya memerlukan air panas untuk disediakan.



Kepada anda yang sangat suka makan mee segera, di sini merupakan saranan cara penyajian yang sebaiknya untuk membantu anda meminima risiko atau bahaya dari pengambilan makanan ini.

1. Mee segera memang sedap dan mudah disediakan sehingga banyak orang yang menyukai makanan yang satu ini. Namun tahukah anda bahawa zat kimia yang terkandung di dalam mee segera hanya akan terurai dari tubuh selama 3 hari sehingga anda dianjurkan jangan terlalu kerap mengambil makanan ini. Ini bermakna pengambilan yang ideal hanya sekali dalam satu minggu agar tubuh tetap sihat dan terhindar dari risiko atau bahaya yang terdapat pada mee segera.

2. Ketika memasak mee segera pastikan anda merebusnya terlebih dahulu agar lapisan lilin pada permukaan mee hilang kemudian air rebusan tersebut dibuang dan baru ditiriskan. Biasanya cara penyajian mee segera ada tertera jelas pada bungkusnya, walaupun demikian ternyata masih banyak yang kurang prihatin dan mengabaikan cara penyediaan yang betul ketika memasak mee segera.

3. Pernakah anda mencampurkan terus ramuan mee segera ketika sedang memasak? Jika ya maka sebaiknya ubahlah kebiasaan tersebut kerana sangat berisiko terhadap kesihatan anda. Walaupun tampak remeh namun mencampurkan ramuan perasa ketika sedang memasak mee segera pada suhu yang tinggi boleh menyebabkan kandungan berbahaya didalam mie akan terurai dan semakin aktif. Untuk mengurangkan risiko yang ada sebaiknya campurkan ramuan perasa setelah selesai memasak atau setelah diangkat dari daspur memasak anda.

Nah, apa pendapat anda? Walaupun tidak ada orang yang melarang pengambilan mee segera namun bukan bererti anda harus mengambil makanan ini setiap hari. Sebaiknya ambillah makanan secara seimbang agar keperluan nutrisi dan vitamin didalam tubuh lengkap sehingga anda akan selalu sihat dan bertenaga. ... !

No comments: