PENGENALAN BAHASA VISUAL - FALSAFAH, PENGARUH DAN LATAR BELAKANG DALAM PELBAGAI BUDAYA.

Modul bagi kertas PSV 3102 untuk pelajar PGSR dan PPG

PENGENALAN BAHASA SENI VISUAL
1.1 Penghayatan Seni Dan Pengalaman Estetik
Seni tampak telah wujud sejak dahulu lagi iaitu bermula dari dinding-dinding gua hingga kini yang berkembang dan merangsang terhadap penciptaan imej berbeza dari zaman ke zaman. Ia merupakan satu pengalaman hidup sebagai lambang kesenian  –(Cermin Hidup, kepuasan perasaan dan intelek - Seni Mesir Purba).
Seni mempunyai aneka pengertian antaranya sebagai latihan psikomotor, satira, mesej, ikon, lambang mistik, bercerita, dokumen. Hasrat artis tercapai bila karya siap dan diterima adalah kepuasan kedua. Pemerhati bermula di tempat seniman berhenti, intelek dan emosi pemerhati dan kebolehan untuk mengamati karya. Seniman menghasilkan seni yang berikutnya menjadi bahan subjek bagi tindakbalas pemerhati – aspek ini boleh dianggap sebagai sejenis Bahasa.

Bahasa ini juga mempunyai hubungan dengan seniman. Mempunyai perantaraan yang membawa maklumat yang berasal dari punca karya seni dan bahasa ini ada penerima dan pemerhati. Sebagai pembaca pemerhati perlu mengenali dan dapat menghuraikan lambang dan corak bagi memahami maksud. Seumpama seperti buku bukan semua dapat  fahami isi kandungan bahan.

Pengalaman Estetik merupakan penyatuan daripada sikap subjektif dan kebolehan pengamatan yang bersifat kompleks. Albert R. Chandler –kepuasan yang didapati dalam seni sebagai pengalaman estetik yang beliau takrifkan sebagai kepuasan renungan dan sebagai gerak hati yang memuaskan perasaan. 
Kepuasan pula suatu keadaan akal fikiran yg diperlihatkan untuk memanjang dan mengulangi pengalaman tertentu. 

Pengalaman estetik juga berupa interaksi di antara objek seni dan pemerhati. Kebolehan pemerhati untuk mengamati dan memahami beberapa aspek
atau pengalaman yang turut memberikan sumbangan kpd kepuasan estetik
dan sikap menerima pemerhati.Penghayatan seni melibatkan gerak balas estetik manakala Pengalaman estetik boleh dicapai melalui pengamatan atau fokus
Dengan demikian ia akan mewujudkan suasana yang kondusif dan keseragaman yang harmoni-agar pemerhati dapat berinteraksi dengan baik.
Estetik dari bahasa Yunani ‘aisthesis’-kepekaan, tumpuan kepada hal-hal yang 
bersangkutan dengan indah dan keindahan (Alexander Gottlieb Baumgarten 1714-1762 & Georg Wilhelm Friedrich Hegel 1770-1831)

Pengalaman Pemerhati
Pengamatan tidak berlaku secara otomatik. Dalam sesetengah karya, ia memerlukan usaha dan latihan seperti seniman perlu bergerak balas dengan karya tersebut. Seniman yang kreatif akan memulakan rangkaian yang dapat mencetuskan pengalaman estetik kepada pemerhati. Tanggungjawab seniman berakhir di studio, di luar studio dipikul oleh pemerhati. Jika pemerhati tidak bersedia maka sesebuah karya tidak bermakna dan tidak dapat dirungkai dan difahami.

Penghayatan Dan Nilai
Penilaian bergantung kepada kebolehan penilai dari segi pengalaman dan pengetahuan. Penilaian yang baik dapat membantu pemahaman sesebuah karya dengan lebih jelas. Sebaliknya ini bukan merupakan matlamat kepada individu tersebut untuk mencari makna dalam seni.

1.4  Objek Seni
Karya seni membawa makna yang luas. Takrif seni – Tolstoi pengarang Rusia abad ke-19 pernyataan atau perhubungan (subjek penggambaran). Clive Bell ahli estetik- sifat bentuk dan sifat formal (Bentuk bererti). Karya seni sebagai alat perhubungan. Seniman adalah tukang yang bukan sahaja memanipulasi bahan seperti seorang tukang yang mahir menggunakan alat dan bahan untuk mencapai matlamat karyanya atau sebagai alat perhubungan dan alat peraturan estetik.
Karya seni - satu hasil hasil buatan manusia yang mempunyai bentuk dan peraturan tertentu yang menyuarakan pengalaman manusia.
Keindahan- tindak balas estetik sama dengan tindak balas emosi yang lain dan ia berbeza bagi setiap individu. Seni ialah hasil buatan manusia yang menggunakan bahan yg diatur dengan mahir untuk menyuarakan pengalaman. Dalam lingkungan takrif ini ada yang dapat mencari keindahan, kepuasan intelek dan emosi.

1.5  Seni Sebagai Alat Perhubungan
Perhubungan ialah pemindahan maklumat atau buah fikiran dari sumber kepada penerima. Dalam hal ini bahasa menjadi perantaraan dan alat yang diperlukan.
Seniman menggunakan lambang bergambar sebagai lambang kepada perkataan untuk mencipta makna dengan menggunakan unsur-unsur seni.
Setiap karya seni samada rumit atau mudah apabila digunakan garis sbg unsur tunggal atau unsur asas akan memperolehi makna daripada cara garis itu disusun. Seniman menghasilkan karya dengan unsur bahantaranya dengan bergantung kepada sifat-sifat unsur tersebut.
-Unsur Seni –Arca: bentuk, ruang, jalinan, bahan,warna dan garis
-Catan: warna, bentuk, ruang,jalinan (impasto) ,garis (lakaran)

PENGENALAN FALSAFAH SENI
2.1 Pengertian
Perkataan falsafah dikatakan berasal daripada bahasa Yunani atau Greek Purba yang bermaksud philosophia iaitu cinta akan hikmah atau cinta akan kebijaksanaan. Istilah philosophia mula digunakan dalam abad ke-7 sebelum masihi (S.M.) oleh ahli falsafah Yunani yang bernama Pythagoras. Plato juga merupakan orang yang terawal memberikan takrif dengan lebih khusus. Plato menegaskan falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya iaitu perkara sebenar yang menjadi asas dan inti pati pembentukan sesuatu benda atau perkara. Kini terdapat pelbagai takrif falsafah bergantung kepada sudut pandangan dan pegangan hidup pentakrifnya.
Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan ilmu yang berasaskan renungan dan pentaakulan untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam yang dilihat secara keseluruhan. Terdapat pelbagai jenis falsafah antaranya ialah falsafah nazari atau theoria iaitu pengunaan akal atau fikiran. Selain itu terdapat  juga falsafah amali iaitu praktis atau teknik yang dikatakan membentuk adab masyarakat. Dalam dunia falsafah terdapat ramai tokoh terkemuka antaranya adalah Plato yang cukup dikenali oleh pencinta dunia falsafah yang telah dianggap sebagai pencetus idea falsafah Barat.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1996) falsafah bermakna: ‘Pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain’.
Falsafah Seni pula adalah proses kepada keindahan iaitu memberi gambaran gabungan nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh pengkarya seni. Menurut Mohd Taib Osman (1988):
‘Hasil-hasil kesenian menjadi barang dagangan, lambang status sosial, memenuhi selera mereka yang berkemampuan ataupun santapan rohaniah bagi golongan intelektual’.

No comments: